728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Ahad, 20 Disember 2015

Makanan Kitar Semula

Assalamu'alaikum,
Salam Santai Ahad!

Makanan kitar semula? Heheheh bukan sampah je yang kita boleh recycle, makanan berlebihan pun boleh tau! Sebenarnya, it's more to kita proses semula untuk dijadikan satu resepi/hidangan lain. A switch up. Sekurang-kurangnya tidaklah kita membazir dengan buang begitu sahaja.

Entri hari ini saya nak tunjuk beberapa makanan yang selalu jadi projek kitar semula saya.

ROTI CANAI
Kebiasaannya di rumah saya memang akan ada lebihan roti canai. Si tukang beli penat beratur kat kedai dan lapar menunggu. Jadi, automatik terbeli banyak. Bila sampai rumah, berapa keping sangatlah yang mampu dimakan. Paling tidak, petang atau malamnya Cekebon akan mengendeng nak roti canai reheat letak telur. Once masuk peti ais,..dah tak siapa sudi pandang lagi ;)

Sayang kan? Jadi, kita kitar semula supaya jadi KEREPEK ROTI CANAI.

Kerepek Roti Canai
Best tau! Rangup dan nyum nyummm untuk dikunyah. Nak resepi? Klik di sini.


HIDANGAN SAYUR
Kemelut utama kat rumah ni, lauk sayur selalu tak habis. Kadang-kadang apabila saya masak dalam kuantiti yang sedikit, tak cukup! Bila buat portion lebih sikit, masa tulah Cekengah tak balik rumah/dah makan luar, Cekebon tak lalu, Bott lupa makan...at the end of the day, saya ada satu mangkuk sayur yang tak berusik. Nak buat apa?

Kita buat epok-epok!

Lebihan lauk Sengkuang dan Cendawan Masak Tumis (Resepi di sini)

Sengkuang dan Cendawan Masak Tumis

...kita kitar semula jadi Epok-epok Roti.

Kulit epok-epok kita guna roti.


LONTONG/NASI HIMPIT
Ada nasi himpit/ketupat/lontong lebih masa musim raya? Dah muak/tak lalu nak makan dengan kuah kacang,..dengan rendang? Kita buatlah lontong goreng.

Lontong Goreng Istimewa


ROTI
Bab makan roti pula, memang ada pasang surutnya. Time masing-masing suka makan roti, sekejap je satu buku roti habis. Tak sempat sampai tarikh luput pun. Tapi kalau time tak lalu dengan roti, tak berusik langsung! Duduklah di dalam peti ais membeku sampai ada orang nak makan.

Normally, apabila saya bersihkan peti sejuk, rotilah yang saya check terlebih dahulu. Mana tahu ada kulat/spora yang dah immune dengan suhu dingin. Selain daripada buat epok-epok, kita boleh proses jadi roti sardin goreng atau kruton (croutons).

Roti Sardin Goreng
Roti sardin marvelous ni memang akan cepat habis! Croutons pula boleh buat siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau buat sup ayam ke, sup cendawan ke,..taburkan kruton untuk tambah elemen rangup. Letak dalam hidangan salad pun boleh! Macam di bawah ni :)

Salad Baby Butterhead dan Kruton
Resepi mudah untuk buat kruton (croutons) boleh intai di sini.


Selamat Kitar Semula Food yang Lebih-lebih :)

48 ulasan:

  1. salam kak wah wah, dari pada buang membazir je kan kak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Yes, tak elok bazir2 kan :)

      Padam
  2. bagus akak bagi idea, yana kak rumah ni ada roti arab beli semalam tak habis lagi heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum 2 bulan... Dah boleh petik cendawan... Ha ha ha

      Padam
  3. bagusnya, betul jgak tu.. dri membazir baik diolah jd kudapan makan sambil nonton tv..")

    BalasPadam
  4. woaaah yang roti canai tu selalu buat sbb mmg akan berlebih.. tapi CT suka kerepek tu dari roti canai coz x minat sngt.. lontong goreng superb!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi CT memang xleh go dgn roti canai kan,...err kalau roti tisu ke roti sardin ke boleh tak?

      Padam
    2. adik bradik doh yang sama dgn roti canai mmg kureng.. makan tu makan tp x minat.. hehe.. kalo roti sardin.. bahaha makan part yg sardine bnyak je.. hurm kalo doh tu roti planta suka gak.. tapi roti naan.. roti tisu yes i looike..

      Padam
  5. Hntr sepinggan ke sini. COD ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak sepinggan yg mana satu tu, anies :)

      Padam
  6. Wahhh... banyak jugak yang boleh dilakukan bila makanan tak habis ye... macam roti canai tu, first time dengar pasal kerepek roti canai..

    Tapi, kat rumah ni, reheat , habis jugak roti canai tu.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheehh kalau camtu, nak merasa kerepek roti canai,..memang Firah kena beli extralah. Just untuk cuba buat kerepek :)

      Padam
  7. menarik gak roti sardin goreng tu... roti umah akak slu tak habis... emmm... bgs sgt idea-idea ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolelhlah buat nanti, kak. Inti sardin tu ikut citarasa nak buat pedas ke, masam ke,...nak buat inti lain pun sure sedap! :)

      Padam
  8. janji pas makan x muntah2 sudahh., huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu betul tu, wak. Kalau dah muntah2 tu kira kes naya :)

      Padam
  9. kalau dah kreatif tu.. apa bende pun semua nya kreatif termasuk dalam bab masak-memasak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi bolehlah Intan sekadar buat isi perut :)

      Padam
    2. Campak apa pon jadi... Agaknya kalu SS ada didepan mata... Cikgu nak buat apa dengan SS? Kah kah kah
      * soklan mintak kena ciom... Ha ha ha

      Padam
  10. hahahhaha sedap dan tengah lapar nih.. nak!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni semua dah recycled dlm perut. Camner nak hantar,.. :)

      Padam
  11. kreatif betul akak ni,. Y_Y, huhuhu, sedap semuanya! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Aina free, boleh lah cuba buat ye :)

      Padam
  12. roti sardin goreng tu mcm best
    bagus juga idea ni, takdelah makanan membazir :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain daripada tak membazir, boleh tukar selera. Takdelah kita makan meal yang sama :)

      Padam
  13. lontong goreng tu biasa mak mertua buat.
    ye la kalau merebus piuk besar.
    then anak cucu tak makan, dok makan makanan lain.
    hmmmm lontong goreng!!!

    BalasPadam
  14. Sebaiknya cmtu la kn. Xnk ada pmbaziran..

    BalasPadam
  15. Elok sgt ni kurangnya pmbaziran mcm ni

    BalasPadam
  16. Adusss... Kretif betul laa merepek roti canai tu...

    BalasPadam
  17. Sayur tak abis tu buat popia ok gak...

    BalasPadam
  18. Roti kalu dah berkulat biarkan sampai tumbuh cendawan... Then petik buat lauk... Keh keh keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... bagus2... bijak idea ni.

      Jap lg ada yg ikot... kah kah kah

      Padam
  19. Yang salad tu pernah makan kat vivo... Nak try buat sendiri laa... Ha ha ha

    BalasPadam
  20. Semua masakan yang di kitar semula ni sedap² lah farah...

    BalasPadam
  21. Yang kerepek tu dan lontong tu tak terfikilah boleh kitar semula jadi kerepek yang rangup dan lontong goreng yang sedap...

    BalasPadam
  22. wahhh . ni nadya salu buat. recyle,recyle. ni kes malas namanya. hikhik

    BalasPadam
  23. Perhhh... kerepek roti canai.
    First time dgr.

    Kalo kita petang ... pre heat letak planta... pon sedapp...
    Nyum nyum...

    Mungkin d i dorong faktor lapar...
    Hi hi hi

    BalasPadam
  24. Perhhh... kerepek roti canai.
    First time dgr.

    Kalo kita petang ... pre heat letak planta... pon sedapp...
    Nyum nyum...

    Mungkin d i dorong faktor lapar...
    Hi hi hi

    BalasPadam
  25. Roti expired tu kami bawak p tasik bg ikan mkn...
    Harap2 ikan2 tersebut tidak keracunan makanan... huhuhu

    BalasPadam
  26. sy pun suka recycle makanan.....sayang nk buang...selagi elok lagi utk dimakan kita proses dia jd menu lain....hehehe

    BalasPadam
  27. Saya tak patut tengok post ni memalam. Semuanya menggoda and nampak sedap. Lapaaarrrr :'(

    BalasPadam
  28. Kreatif betul farrah.. bagus tak membazir.. bila kitar semula akan lebih sedap..

    BalasPadam
  29. roti canai tu sllu ayu buat jd mcm pratha kak farrah
    eheheh tapi yang ni mcm nak cube
    nk try gune frozen pny roti canai tu goreng

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...