Sabtu, Disember 19, 2015

Pizza Bungkus

Sebelum ini, saya ada tunjuk cara saya buat pizza nipis (thin crust) menggunakan wrap. Boleh baca di sini. Baki satu keping wrap yang tinggal, saya gunakan untuk pizza bungkus pula. Bahan-bahannya masih sama. Saya gunakan lebihan toppings pizza tu je.

Mula-mula, ratakan sos cili dan sos tomato di atas permukaan wrap. Ikut citarasa kalau hanya nak guna sos cili atau sos tomato sahaja. Saya suka a bit of both. Ada masam-masam sikit, pedas-pedas sikit. Kemudian, untuk pizza bungkus ni saya taburkan sedikit pasrley, thyme dan oregano. Biar ada variasi rasa rempah jentik lidah;)

Setelah itu, letakkan toppings semewahnya di bahagian tengah wrap. Taburkan dengan parutan keju dan sedikit serbuk lada hitam. Lipat wrap supaya jadi bentuk bungkusan macam dalam gambar di bawah ini. Bakar  selama 10 - 15 minit, suhu 180 - 200 darjah celcius.

Paras rupa setelah siap dibakar.

Let's dig in! Jemput makan, semua.


Treat for one yang sangat berbaloi!

Nampak tak lelehan cheese yang bermesra dengan hirisan sosej dan lada benggala tu? Hihihi nikmati dengan senyuman :)

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!






66 ulasan:

  1. haishh... dh meleleh gak air liur ni... hehe... pandai tul la adik sorg ni masak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi, tak pandai mana sis sheila. Buat lepas tekak sendiri bolehla :)

      Padam
  2. Salam kak farrah awat ayat paling bawah tu begitu menusuk jiwa! :(
    nak jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh tu ayat nak menggoda Yana dan Ros suruh buat pizza bungkus. Ikhwan leh pujuk kakak minta tolong buatkan :)

      Padam
    2. @ikhwan - part gigit jari tu keshiannya :)

      Padam
    3. hahaha , sabar jelah, tak tahu nak buat bila makanan kat rumah ni pon tak habis lagi, akak yang siap request kek coklat pulak so pizza nanti laa

      Padam
    4. Takpe. Boleh masuk list dulu :)

      Padam
    5. SS baca ayat tu sambil ketap ketap bibir.. Keh keh keh

      Padam
  3. nampak sedap, nampak sedap... buat orang lapaq... *ala2 lagu NV*

    BalasPadam
  4. wak pon nmpk lelehan cheese yang bermesra dengan hirisan sosej dan lada benggala tu., ammvoiii

    BalasPadam
  5. seram lalu sini..selalu kalau dah makan pun boleh jadi nak makan lagi..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh janganlah seram2. Kalau ros rak datang sini, sunyi sepilah blog saya ;)

      Padam
  6. saya nak komen 'nanti nak try lah'..tapi tak baik menipu..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bhahahah ok kalo akak komen gitu baru ingat nak ketuk pintu rumah..

      Padam
    2. Hahaahah komen Sal paling win! Memang deeeeeppp!

      Padam
    3. Try dlm mimpi... Insyallah x tipu... Keh keh keh

      Padam
  7. kreatifnya. nak buat pun senang :D thanks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab buat senang tu yang best kan...senang buat, lagi senang masuk mulut!

      Padam
  8. Kak Farrah saja jeee nak seksa jiwa kami.. oh noooo..

    BalasPadam
  9. wah hebat juga ya memamask tahnia

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak Farrah :) apa khabar... lama tak singgah sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Ros. Alhamdulillah, sihat seadanya. Thanks ye sudi singgah ke mari walaupun busy :)

      Padam
  11. Balasan
    1. Nanti dah try jangan lupa share di blog Ahlam ye :)

      Padam
  12. sedapnya, baru ngidam nak makan pizza..hee

    BalasPadam
  13. meleleh.. bila la dapat makan masakan Farrah ni

    BalasPadam
  14. akak, dri mula masuk blog, tayang gamba makanan je, dh meleleh air liur ni, :(

    BalasPadam
  15. hadoi!!!
    meleleh cis nyer :)
    bikin lapar pepagi ni. aida x bekfes lagi ni.
    uruskan umah tangga ni jap hah...

    BalasPadam
  16. Aishhh sdpnya plak..blh buat pizza

    BalasPadam
  17. Sedapnya farah tengok cheese dia tu yang meleleh² sampai tak sedar air liur ni pula meleleh²....huhu

    BalasPadam
  18. Menangis tgk entri ni...
    Memang menangis...

    Balik dulu lah tuan tanah...

    Hwaaaaa....

    BalasPadam
  19. nasib baik baru lepas makan...kalau x...menetes air mata tgk gbr nihhh hahahaha

    BalasPadam
  20. Nampak sedap tu.. lagi sedap kalau letak banyak cheese..

    BalasPadam
  21. ehhh tak terpikir plak nak buat bungkus
    sllu wrap ni ayu letak inti lipat dua n buat crust pizza je
    nanti boleh try
    tapi mcm mane nak bagi dia tak xtrbukak kak farrah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.