Jumaat, Disember 18, 2015

Resepi Ayam Bumbu Gurih

Hari ini saya ingin berkongsi resepi Ayam Bumbu Gurih. Ayam Bumbu ini sebenarnya lebih kurang macam ayam berempah sebab kita guna banyak ramuan sebagai perapan.

Daging ayam yang diperap.

Pada dasarnya, di Indonesia cara penyediaan ayam ini ada beberapa peringkat. Mula-mula, ayam akan diperap dengan bumbunya. Setelah diperap, ayam akan dimasak seketika di dalam santan supaya rasa lemak santan dapat menyerap pada isi ayam. Kemudian, barulah digoreng/digril hingga bahagian luarnya rangup dan bertukar keperangan.

Untuk ayam bumbu gurih yang saya sediakan, saya guna shortcut. Semua bumbu saya campurkan sekali dengan santan dan perap selama dua jam. Jom intai resepinya di bawah.


Resepi Ayam Bumbu Gurih versi FAMF Tower

Ayam bumbu gurih :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500g ayam
  • 3 - 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil ketumbar/serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 batang serai
  • lebih kurang 3cm halia
  • sedikit air asam jawa
  • beberapa helai daun salam (bay leaf)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 - 3/4 kotak santan. Seperti biasa saya menggunakan Trim Coconut Milk, Ayam Brand. Rasa tetap enak berlemak, tetapi kandungan lemaknya sudah ditrim :)
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, ketumbar, halia dengan sedikit air asam jawa. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Letak serbuk kunyit, daun salam dan santan. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga semuanya sebati.
  2. Masukkan potongan ayam dan perap selama dua jam. Saya balut mangkuk dengan plastic food wrap dan simpan di dalam peti sejuk. (Bukan di bahagian freezer tau.)
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Saya hanya gunakan beberapa sudu minyak masak sebab saya tak mahu deep fry ayam tu. Lagipun potongan ayam saya tidak begitu besar dan tak makan masa sangat untuk masak.
  4. Goreng ayam hingga bertukar kekuningan dan keperangan. Terbalikkan ayam dan biarkan hingga bahagian sebelah lagi bertukar warna.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan. Abaikan gambar rempah rentung hitam dalam gambar. Bott punya kerja. Dia nak makan rempah hangus macam nasi ayam berempah tu.

Kalau nak hidangan tidak terlalu kering dan berkuah sedikit, ayam bumbu ni kita boleh panggang/bakar. Bungkus ayam (bersama semua perapan) menggunakan aluminium foil yang jenis heavy duty. Kalau tak ada, kerajang aluminium dibuat jadi dua lapisan. Tebal sedikit. Nanti tidaklah kuah perapannya merembes keluar. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 40 - 45 minit.

Ini hasilnya.
Berkuah macam ni pun sedapppp!
Selamat Mencuba!


Psstt! Status saya di tower sekarang ni - ADA TAPI TIADA ;) 
Maaf seandainya banyak komen kalian yang masih belum berbalas, hutang blogwalking yang belum tertunai. Dengan izin-Nya, nanti kita jumpa.


Pelbagaikan hidangan bakar dan kukus anda dengan memiliki buku resepi di bawah ini:





55 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bolehlah, Azra. Buat tukar2 selera :)

      Padam
    2. tgk je pun dah sedap.... mmg sedap...ehhh mcm makan pulakkan... hihihi

      Padam
    3. Wah, dahsyat! Tengok je dapat rasa sekali ye, Ikhwan :)

      Padam
    4. dan IY kena try semua resepi kak farrah ni hehehe

      Padam
  2. Gurih tu mksdnye garingkn.. Lg 1 nk tnye daun salam tu yg org buat ulam ke....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap saya gurih tu enak lazat,...daun salam tu saya tak pastilah orang buat ulam ke tidak. Selalu yg saya guna dlm masakan jenis yg dikeringkan.

      Padam
    2. baru tahu gurih tu garing aka enak lazat heheh

      Padam
    3. Akak dulu ingatkan rangup ke, garing ke,...rupanya sedapppp, enak bangat!

      Padam
  3. Aishh sdpnya..feveret ni ayam msk berempah

    BalasPadam
  4. Assalam kak farrah , insyaAllah ada masa ada kerajianan akan cuba .

    BalasPadam
  5. Tak hari ni akan datang mungkin hehhe, dan kalau tak guna daun salam tak boleh eh

    BalasPadam
  6. hidangan macam ni sangat sanagt ummmph rasanya kalau perap lama kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,...daging ayam akan jadi lebih lembut. Rempah-rempah lagi meresap dengan mesranya :)

      Padam
    2. huh, terasa keenakkan nya bila baca komen akak ni

      Padam
    3. Nak betul2 enak, nanti cuba sendiri ye :)

      Padam
  7. cenggini ceq konpem nak ketuk pintu rumah.. tunggu eh kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Dik Iti, tak yah nak ketuk2. Akak kasik kunci spare terus :)

      Padam
  8. makan dengan nasi planta ke.. ooowh dapnye.. nak paha tau Kak Farrah..

    BalasPadam
  9. rajinnyer cik farah tuuu., salam jumaat dari wak yg jauh dimata yee., ';p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de rajin mana, wak. Tak rajin tak makanlah pula nanti. Salam hujung minggu, wak yang jauh di mata :)

      Padam
  10. Ohh kiranya bumbu tu maksudnya rempah ke Kak Farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye,..bumbu tu perasa,..rempah2 yang kita guna :)

      Padam
  11. sedapnyaa. tunggu rajin je nak dating. hihih. tq share recipe,

    BalasPadam
  12. repeat komen dekat entry 'pizza bungkus'..kakakakah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi terima kasih sebab meriahkan entri ni dengan repeat komen :)

      Padam
  13. first entry akak tntg ayam gurih ni ramai yg ingt daun tu daun kari kan... Daun Salam rupanya...

    BalasPadam
  14. nampak sedap.bila nak cuba tak pasti. mood masak ke laut.. masak yang senang-senang je sekarang ni. hihihi

    BalasPadam
  15. first time dgr nama nih.. mkanan jawa ke apa yer... hehehehe t nk try jgk sbb nmpk sedap..

    BalasPadam
  16. makan ratah dgn sos cili pn sedap ni..

    BalasPadam
  17. hahaha, bucket list kan recipe ni. ahhaha. lepas spm nanti baru buat. ahaha. XD

    BalasPadam
  18. aida sgt suka apa2 berkuah.
    sedap skit nak gaul dgn nasi panas.

    BalasPadam
  19. Meletup... waaahhb terbaek.

    Psssytttt kak farah x nk buat bisnes mangkuk timgkat ke?

    Nk order ni...

    BalasPadam
  20. 1st time mkn ni kt sarawak...

    Ok skrg kita boleh dptkn nya dgn famf delivery....

    Yessss

    BalasPadam
  21. bestnya kalau dpt mkn yg byk bumbu mcm ni....terasa rempahnya tuhhh......nyummm2...hihihi

    BalasPadam
  22. Sedapnya.. boleh cuba kalau aiza rajin nanti.. hehe..

    BalasPadam
  23. mcm renyah je kak farrah
    ayu klu main dgn santan ni mula la berdebar2
    tapi sumbu tu ape kak farrah

    BalasPadam
  24. tunggu beli santan dulu boleh cuba resepi ni hihihii

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.