Selasa, Disember 08, 2015

Resepi Tauhu Telur Lada Hitam

Satu resepi mudah dan yummy untuk disediakan - Tauhu Telur Lada Hitam :)

Tauhu Telur Lada Hitam
Resepi Mudah Tauhu Telur Lada Hitam

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 tiub tauhu telur
  •  1/2 batang lobak merah, dihiris memanjang
  • 1 batang celery, dihiris 
  • 3 - 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 - 3 sudu besar kicap (bukan kicap pekat ye, kicap makan jenis yang manis atau lemak)
  • 1 sudu teh tepung jagung (dilarutkan dengan sedikit air)
  • Garam (hanya jika perlu)
  • Air untuk kuah secukupnya
  • Minyak masak 

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Keluarkan tauhu telur daripada tiub. Potong kepada beberapa bahagian yang berukuran 1.5 - 2cm.
  2. Gunakan kuali leper, panaskan beberapa sudu minyak masak dan goreng tauhu telur sehingga warnanya bertukar perang keemasan. Angkat.
  3. Dengan baki minyak yang ada, tumis bawang putih. Kemudian, masukkan lobak merah dan sedikit air (agak-agak untuk kuahnya). Biarkan seketika sehingga lobak empuk.
  4. Seterusnya, masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Kacau sekata hingga kuah mendidih barulah dimasukkan celery. Saya suka masukkan celery pada saat-saat akhir kerana nak kekalkan kerangupannya.
  5. Perasakan dengan garam jika perlu. Kemudian masukkan air tepung jangung tadi dan kacau hingga kuah memekat.
  6. Tuangkan ke atas tauhu telur yang telah digoreng. Sedia untuk dihidangkan.

Jika tidak mahu menggunakan tauhu telur, boleh juga guna tauhu biasa atau tauhu Jepun. Selain itu, untuk enhance rasa hidangan ini, kita boleh pelbagaikan penggunaan bahan yang lain. Misalnya:
  • Beberapa helai daun limau untuk rasa tangy, masam-masam.
  • Serai yang telah diketuk
  • Hirisan halia
Selamat Mencuba! 

45 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Baru sebentar tadi makan tauhu telur...dah dapat resepi baru pula...

    Terima kasih atas resepi (Nak minta alamat utk segmen apakah saya...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, sis Fida. Nanti cuba tau resepi ni. Tengok kena dengan selera ke tidak :)
      Insya Allah, nanti saya hantar alamat ye.

      Padam
  2. mcm2 jenis tauhu skrg ni erk., ;) rajinnyer

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka makan tauhu yg biasa tu..cicah ngan kuah kacang.. :).. tahu tiub ni macam telur pun ada

      Padam
    2. Ada macam2,..pilihlah ikut citarasa :)

      Padam
  3. tauhu tu tak meletop ka masa goreng?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak,.guna minyak jangan banyak sangat. Api tu biar sederhana je. Jangan panas sangat.

      Padam
    2. ini tauhu favourite saya... tahuhu jepun.. suka tauhu ni sebab die lembut.. mesti kene ada stok dalam fridge bende alah ni sebab senang nak masak

      Padam
  4. sedap nampak ..siap dengan resipi..harap ada lagi reseipi ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, cikgu. Bolehlah nanti request pada orang rumah utk sediakan resepi ini :)

      Padam
    2. cikgu etuza.. kan Farrah selalu share resipi masak-masak kat blog die

      Padam
  5. Yummy.. nampak sedap tauhu telur tu.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Aiza. Rasa pedas2 pepper tu nyumnyummm :)

      Padam
    2. sedap giler hingga tido tak sedar sebab kenyang sangt. ahhahahha

      Padam
  6. Sedap sgt ni kak...blh lya try tukar2 menu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess,..nak menyediakannya pun mudah!

      Padam
    2. saya selalu masak tauhu ni dengan sayur brokoli, pastu tambah carrot.. nyum..nyumm...

      Padam
    3. atau masak dengan cendawan panjang...

      Padam
    4. kalau campur dengan soo-un pun sedap jugak

      Padam
  7. wow! sedap. boleh cuba la lepas ni. tq for sharing farrah

    BalasPadam
  8. salam kak suka bebenor lada hitam ni . :) nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan nampak je... Dah memang sedap....

      Padam
    2. hahahha, tak rasa lagi dah tahu sedap, SS pakai magik eh, hahah

      Padam
  9. Perghhhh... Tauhu dgn blackpeper memang peberet ku.. Sedapnyaaa... Must try this too..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehh SS pun suka eh..nanti masak kan utk JM eh..my feberet too

      Padam
  10. sy kan ckp tkt nk potong tauhu telur tu x tau kenapa hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lh kita anies...
      Sy tiap kali potong pun cam lembik2 hancur sy keejakan.
      Hihihi

      Padam
  11. Tauhu telur is my faveret... nyum nyum

    BalasPadam
  12. Lamanya tak makan tauhu telur :(

    BalasPadam
  13. tauhu telur!!! x pernah masak sendiri lagi..tapi kalau pegi mkn di kedai mesti ambil lauk ni..my feveret

    BalasPadam
  14. arghh...tgk tahu tu dalam mangkuk..ohhh...terasa nk mkn nasi

    BalasPadam
  15. yummy. boleh try untuk bebudak. mommy nya tak makan tauhu >,<

    BalasPadam
  16. yessssssss...sy suka tauhu digoreng dulu spya rasa dia mcm ada kental2 sikit....sedappp hehehe

    BalasPadam
  17. eeeh gemoning Kak Farrah.. ada orang approve komen da =P

    BalasPadam
  18. ahah dasar stalker ranking Kak Farrah.. hari ni robot xdak la Kak Farrah.. mana tah dia pi.. komen lancar saja..

    BalasPadam
  19. sementara Akak JM pegi bercuti 10 hari tu.. mari kita cuba untuk rampas takhtanya hehe..

    BalasPadam
  20. Tahu niii ya allah.my fav.huahhh. sedapnya akak ( ̄∀ ̄)

    BalasPadam
  21. aida x makan tauhu telur!
    but feveret mr.asben :)

    BalasPadam
  22. Boleh cuba nanti tukar selera hihihi..

    BalasPadam
  23. fav ayu tauhu telur ni
    tp kak farrah gunekan kaedah ape xnak bg tauhu tu meletop mase menggoreng
    ke kak farrah pny kuali mmg tak meletop

    BalasPadam
  24. Sedapnyaaaaa, Mekja pernah makan tauhu telur sizzling di Kelantan. Perghhhhh mmg terbaik. sampai sekarang terkenang-kenang. Mmg kena repeat kesana lagi jika ada peluang.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.