728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 30 Jun 2015

True Best Friend


Am very grateful that I have you, Bott :)

Tutorial Kraf Kertas - Kad Hari Raya (Anyaman Mudah)

Entri susulan untuk Projek Kad Raya.

Dalam entri terdahulu, saya dah potong kertas warna/bercorak menjadi jalur-jalur panjang. Saiznya lebih kurang 10cm X 1cm. Pendek sedikit pun tak mengapa, panjang terlebih pun tak jadi masalah kerana kita boleh trim kemudian :)

Baiklah, selain jalur kertas, apa yang diperlukan untuk membuat Kad Hari Raya DIY ialah:

  • Kad kosong (warna dan saiz ikut pilihan/citarasa) - Saya memilih untuk menggunakan kad manila berwarna buff dan kad bercetakan timbul flora kecil berwarna putih. Kedua-duanya bersaiz A4. Setiap keping kad akan dibahagi dua untuk menghasilkan dua keping kad ucapan.

Base card

Isnin, 29 Jun 2015

Salad Baby Butterhead dan Kruton

Antara daun salad kegemaran saya ialah baby butterhead. Baru-baru ni masa shopping jumpa daun ni kat section reduced to clear. Murah. Keadaannya masih OK dan fresh lagi. So, saya buatlah salad simple ni. 

Baby Butterhead Salad with Croutons

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 3 tampuk daun salad baby butterhead
  • 10 biji bebola ikan atau ayam
  • 1 biji bawang Holland

Ahad, 28 Jun 2015

Kerabu Pilihan Saya ;)

Petang ni nak masak apa untuk buka? Bolehlah intai resepi-resepi kerabu di bawah. Mana tahu boleh dijadikan salah satu hidangan untuk berbuka nanti. Klik pada gambar dan pautan di bawah ye.


Kerabu Kaki Ayam
Sedappppppp!

Ramadan 1436 - Projek Kad Raya

Dua tiga hari ni badan rasa lemah sikit time puasa. Tak cukup air kot. Tambahan pula cuaca panas terik sekarang. SABTU, sepanjang hari saya hibernate dalam bilik kraf. Kalah beruang kutub! Sampai masa nak masak baru keluar pergi dapur. Aduhai, lemaunya rasa badan!

Makanya, aktiviti dari pagi ke petang semuanya yang menggunakan tenaga minima. Paling minima. Kemas itu sikit,..susun ini sikit. Nak blogging ke blogwalking ke memang tak larat. Guna tenaga banyak tau nak membaca dan taip komen hihihih. Last-last sambil menonton, saya potong lebihan kertas skrap saya menjadi jalur-jalur kertas kecil.

Jalur-jalur kertas skrap

Sabtu, 27 Jun 2015

Craft Charm untuk DIY



Pek Craft Charm ini saya beli di DAISO. Dah lama dah,..sebelum implement GST lagi. Sekarang ni nak shopping kat DAISO memang kena betul-betul pilih dan scrutinise. Berbaloi ke tak? Worth it ke untuk buat craft. Maklumlah, sekarang ni satu item dah jadi RM5.30!

Saya terpaut hati dengan charms yang cenonet ni semua. Comel! Warna pun rustic gitu. Kebetulan saya ada beberapa ring untul keychain yang warnanya sama dengan charms yang saya beli. Nanti boleh buat DIY keychain. Tak pun buat adjustable bracelets. Mesti cantik! Ala-ala pandora versi rustic. Tapi kena cari tali untuk buat bracelet dululah.

Dah 10 Ramadan. Sekejap je masa berlalu. Selamat berbuka puasa!

Jumaat, 26 Jun 2015

Jom Shopping Raya! Harga Tidak Percaya di LAZADA!

Mood shopping raya sudah tiba! Jom riang raya bersama LAZADA. Hari ni hari terakhir untuk promosi RIANG RIA RAYA 2015. The Big Raya Sale oleh LAZADA ni berlangsung selama 3 hari and hold your breath.....ada diskaun produk sehingga 90%. Yes! Up to 90%!

Lazada Malaysia
Klik Banner untuk Harga Terbaik!

Since hari ni ada masa lapang sedikit, saya pun intai-intailah LAZADA. Banyak betul promo yang Wowwwww! Rambang mata dibuatnya. Tak percaya? Jom tengok!

Ramadan 1436 - Rebut Peluang untuk Minggu Kedua



Free your mind,..
Free your body,..
Free your heart,..
Free your spirit,..


Rasanya setakat ini masih belum sempurna di pihak saya. Moga masuk minggu kedua ni, lebih banyak yang dapat dicapai =)


Rabu, 24 Jun 2015

Tebus KFC Voucher dengan Bonus Points 8share

Apa itu 8share? Baca mengenainya di sini. Bagi yang ada akaun 8share tentu dah familiar dengan Bonus  Points (BP). Selain daripada dapat 20sen atas setiap klik specials (iklan) yang kita kongsi, kita turut kumpul BP yang boleh ditebus dengan voucher KFC, Starbucks Card dan 8share T-shirt. 

Awal bulan yang lalu, saya perasan BP Points dah cecah 500. Terus teruja sebab dengan 500 points tu boleh tebus voucher KFC bernilai RM20.

Jumlah Bonus Points saya.

Wordless Wednesday - Mbak Jambu Rasmi Lot Baru


Credit: Scdha Sein


Thanks So Much, Sis D!

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai Sis D a.k.a Sis Deanna Morni dalam entri Menang Giveaway by Kameq Deanna. Dah terima hadiah dengan gembiranya. Selang beberapa hari, saya terima satu lagi bungkusan. Rupa-rupanya saya dapat hadiah sebab jadi salah seorang top pengomen blognya dari Feb - Mei 2015.

Jom tengok hadiah yang Sis D beri.

Pemberian daripada Sis D

Selasa, 23 Jun 2015

Persis Diva


Assalamu'alaikum,
Intai blog sekejap. Tak larat nak tulis sangat.
Hari ni buka puasa macam salah strategi :)
Tetiba rasa senak dan kembung.
Belanja gambar Yuri.
Babai.
Nak masuk kelas.
Jumpa nanti.

Kenyang buka puasa =)







 

Resepi Mudah - Jejari Keledek Kayu Manis

Ini hidangan berbuka dan moreh hujung minggu lepas. Ada lebihan dua tiga biji keledek Jepun di rumah, baki buat keledek bakar. Kononnya treat untuk diri sebelum puasa. Tak dapat ubi cilembu, ubi Jepun pun sodapppp!

Takkanlah nak buat keledek bakar lagi kan,.. So, kita gorenglah. Buat macam sweet potatoes yang dijual di Shihlin Taiwan Snacks tu. Tapi, yang ini cinnamon version :)
 
Jejari Keledek Kayu Manis Yummy!

Resepi Jejari Keledek Kayu Manis

Arti Hidup - Setia Band feat. Celica (Easy Chords)

Menunaikan janji. Khusus buat anak-anak Setiaku =)


Arti Hidup - Setia Band feat. Celica (OST Di Bawah Lindungan Abah)
Ciptaan: Charly Setia Band

Dengar lagu 'Arti Hidup' di sini.

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


Am Em F C
hidup adalah perjalananku
Am G F E
yang diberikan oleh Tuhanku
Am Em F C
mati pun juga itulah hakku
Am G F E 
yang ditentukan oleh Tuhanku

Am G F C
bila ku terjatuh bangunkan aku
Dm Am B7 E
bila ku lupa sadarkan aku

Ramadan 1436 - 12 Actions

Nak share infografik bermanfaat ni.

12 Actions To Gain Good Deeds & Forgiveness From Allah s.w.t.
Credit

Isnin, 22 Jun 2015

Thank You ST12, Thank You Ayam Brand

Short update before iftar.

Maaf hujung minggu ni tak dan langsung nak blogwalking atau balas komen.
Sibuk buat persediaan untuk bimbing students PT3 siapkan tugasan Geografi mereka.
Saya dan team FunCrayons EduSpace tak menang tangan nak update bahan rujukan.

Sambil-sambil sibuk prepare bahan yang sesuai untuk dikongsikan di blog FunCrayons EduSpace, sempat pula mereka ni main google diri sendiri! Dah puas google diri, main search FAMF Tower pula.
Kes dah penat lah tu!

Hik hik hik..ini antara hasil carian yang mereka jumpa di Twitter dan boleh buat saya senyum lebar.

Jumaat, 19 Jun 2015

Mbak Jambu Kirim Ole-ole Bandung

Mbak Jambu? Yes, Mbak Jambu. Kisah Kak Nam dah khatam. Sekarang waktunya nonton sinetron Mbak Jambu. Heheheh bagi yang tak ada idea langsung siapa Mbak Jambu (or previously known as Kak Nam), singgahlah ke Blog Scdha Sein Photo & Travel.

Ada apa dengan Mbak Jambu? Mbak Jambu ngirim oleh-oleh dari Bandung!

Titipan daripada SS

Kiriman With Love daripada Shikin

Sebenarnya memang rindu benar dengan adinda yang seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Dr. Shikin. Shikin lah antara yang terawal serang tower ini dengan komen bertubi-tubi. Terkial-kial saya masa pertama kali dibom oleh ibu kepada tiga Adam ni. "Banyaknya dia komen!!!"

Bermula dari situlah kami jadi kawan walaupun sekadar di alam maya. Shikin yang saya kenal orangnya punya determination tinggi, kuat semangat, friendly, suka berkongsi pelbagai info especially pertaining to health, suka bagi-bagi hadiah dan rajin sangat blogwalking. Cuma sekarang dek kerana kekangan masa, kita 'jumpa' Shikin tak sekerap dulu.

Awal minggu lepas, Shikin whatsapp inform ada hantar parcel. Bercahaya wajah baca mesej Shikin. Alhamdulillah, parcel selamat sampai ke tangan saya keesokan harinya. Eh, esok ke lusanya? Tapi kira cepat jugalah sampai berbanding selalu.

Khamis, 18 Jun 2015

Belanja Kurma Maya Sebiji Seorang

Assalamu'alaikum.
Maaf sangat-sangat. Dah sehari kita berpuasa barulah saya sempat nak up entri yang proper. Bersempena bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini, saya ingin buka lembaran baru suci murni. Andainya ada:
  • tersalah kata atau bicara dalam entri-entri saya
  • tersalah  komen atau tersalah jawab/respons pada komen
  • tersinggung perasaan sesiapa
  • melakukan apa-apa tindakan, baik dari segi kata-kata mahupun tingkah laku yang membuat sesiapa berasa tidak selesa.

Cekebon Tersentuh di Pagi Ramadan

Assalamu'alaikum.
Salam 1 Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa. Dah baca doa untuk 1 Ramadan? Kalau belum boleh klik sini. Kita baca sama-sama.

Pagi tadi selepas Subuh, saya memerap dalam bilik buat kerja editing. Dah pukul 10 lebih baru keluar gi intai Cekebon.

"Kak, ada surat poslaju. Nek Piah yang ambilkan." (Referring to jiran sebelah rumah tempat surat-surat saya selalu 'mendarat'.)

Saya ambil surat tu dan letak depan Cekebon.

Rabu, 17 Jun 2015

Wordless Wednesday - Marhaban Ya Ramadan


Credit: Lia

Persediaan Ramadan 1436 - Doa Harian Ramadan

Assalamu'alaikum semua. Perkongsian bait-bait doa Ramadan yang boleh diamalkan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Credit- Faheema Patel

Doa Harian Ramadan (Sepuluh Hari Pertama)

Doa 1 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku. Wahai Tuhan sekalian alam! Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Selasa, 16 Jun 2015

Raja dalam istana-lah

Ini kisah saya dan si cilik Jumaat lepas. Memandangkan anak-anak kecil ini masih dalam kemeriahan dan keseronokan cuti sekolah, aktiviti di kelas pun tak tertumpu sangat untuk ikut syllabus. Malam tu, kami belajar lagu kanak-kanak. Buat sing-along session. Salah satu daripada lagunya ialah Lagu Tiga Kupang. Boleh intai chords untuk lagu ni di sini.

Disebabkan ada antara mereka yang tidak berapa familiar dengan Lagu Tiga Kupang, saya tuliskan liriknya di board. Sebelum nyanyi dengan iringan gitar, saya suruh mereka baca lirik terlebih dahulu.

Tiba-tiba,...

"Raja dalam rumah?! Kenapa dalam rumah? Raja dalam istana lah, cikgu. Kan? Kan? Istana kan?"




Haaaa,..apabila si kecil musykil begini,..
agak-agak nak jawab apa? ;)



Isnin, 15 Jun 2015

Persiapan Ramadan 1436 - Ramadan Menu Planner

Ramadan Menu Planner ni saya buat tahun lepas untuk rancang menu mingguan. Baca mengenainya di sini. Tahun ni guna baliklah. Saya cuma edit sedikit, tambah cadangan menu untuk minggu seterusnya.

Klik untuk paparan lebih besar.

Maaf, kali ni ada dalam format JPEG je. Untuk muat turun, klik pada imej di atas hingga paparan yang lebih besar muncul. Right click dan pilih untuk save/download image

Selamat merancang menu harian! :)

Kenyataan Kau Memilih Dia

Awal-awal minggu dah jiwang? Hehehe ini merupakan bait lirik lagu terbaru Cakra Khan. Dari bulan lepas saya tunggu, bilalah nak release single 'Kau Memilih Dia' ni. Di youtube dah mula keluar video lirik/audio version, boleh cari tetapi bukan yang official dari MyMusic. Klip videonya pun baru tunjuk teaser. Nampak macam best...tapi jangan hangin, teasernya memang buka-buka lampu je ;)

Peminat tegar Cakra Khan akan suka lagu ni. Membuai perasaan sungguh! Cubalah dengar.


Lirik Lagu Kau Memilih Dia – Cakra Khan


Dariku tak terima
seluruh cinta seutuhnya

Menang Giveaway By Kameq Deanna

Assalamu'alaikum, 
Selamat memulakan minggu baru!

Last week, saya dapat beberapa kiriman bungkusan dan surat.  Jenuh juga Cekebon dan jiran sebelah rumah jadi 'proxy' untuk tandatangan dan terima parcel-parcel saya. Salah satu kiriman adalah daripada Sis D. Bulan lepas, Sis D anjurkan GA dan saya terpilih sebagai salah seorang pemenangnya. Yeayyyyyy! Entri penyertaan di sini. Pengumuman pemenang di sini.

Screenshot from Blog Kameq Deanna

Sabtu, 13 Jun 2015

Till We Meet Again

Hari ini, 13 Jun, hari lahir arwah baba saya.

Miss you so much! Happy birthday, ba.

Al- Fatihah.


Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

Mari sertai GA Sheila Inspire ni. Ada masa sikit petang ni, join GA lah. Terima kasih atas undangannya ye, sis. Jom, tunggu apa lagi. Syarat GA? Simple sangat-sangat. Klik pada banner di bawah.



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....

Allhadulillah, dengan rezeki Allah Ya Razzaq, saya ada beberapa buku yang hendak diberikan pada anda... Buku nukilan Prof Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd dripada UMP....

Saya selalu gunakan buku beliau untuk panduan hidup saya mengenal makrifatullah yang mana selama ini saya hanya tahu nama Allah Asaul Husna tapi saya langsung tak kenal apakah 99 energi Allah.

Persediaan Ramadan 1436 - Checklist Ramadan

Ramadan semakin hampir. Dah buat checklist untuk Ramadan? Dua tahun kebelakangan ini saya gunakan Checklist Ramadan yang dikongsi oleh Dr Fadila Grine. Bermanfaat sangat!


Tutorial Kraf Kertas - Simple Explosion Card (Part 3)

Entri susulan Simple Explosion Card (Part 1) & (Part 2)

Seperti yang saya maklumkan di Part 2, kita boleh cap sentimen/ucapan sama ada sebelum ataupun sesudah melipat kertas bahagian dalam. Tak ada masalah yang mana dahulu yang mana kemudian asalkan dakwatnya benar-benar kering. Jika tidak, comot pula hasil kerja kita nanti.

Jumaat, 12 Jun 2015

Tutorial Kraf Kertas - Simple Explosion Card (Part 2)

Entri susulan kepada Part 1.

Baiklah, sekarang kita nak lipat kertas untuk bahagian dalam kad pula. Sebenarnya, boleh pilih kertas kosong atau kertas ada design, ikut citarasa masing-masing. At this stage, terpulang sama ada nak cap (guna rubber stamps) sentimen untuk kad seperti Happy Birthday dan Congratulations ataupun dibuat selepas kita selesai lipat kertas. 

Macam saya, saya habis lipat baru sedar tak cap sentimen lagi. Jadi, kira langkah songsanglah ni. So, bahagian cap sentimen tu saya akan ceritakan nanti. 

Berbalik pada langkah-langkah melipat bahagian dalam kad kita.

Tutorial Kraf Kertas - Simple Explosion Card (Part 1)

Assalamu'alaikum.
Beberapa hari lepas saya dah tunjuk sneak peek explosion card dalam entri Wordless Wednesday. Hari ni kita belajar cara nak buat pula ye. Kalau diikutkan, ada banyak version explosion card. This is one of the simplest!

Simple Explosion Card
Simple Explosion Card

Apa yang diperlukan:

Khamis, 11 Jun 2015

Kuih Tepung Bunga

Pertama kali makan dan buat kuih tradisional dari pantai timur ni. A few weeks ago tengok rancangan Lesung Pipit, nampak resepi ni as pencuci mulut. Terus berkenan nak buat! Mudah je. 


Resepi Mudah - Kuih Tepung Bunga

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 200 - 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan santan
  • Air secukupnya
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula untuk ditabur pada kuih sebelum dihidang
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bancuh tepung dengan santan dan sedikit air sehingga membentuk doh yang tidak melekat. Kalau nak lebih lemak, boleh gunakan lebih santan. Saya guna santan kotak jenama Ayam Brand yang Fat Trimmed. Jangan risau, rasa lemak santan tetap ada  cuma kandungan lemaknya rendah berbanding santan kotak yang lain.
  2. Bentukkan doh menjadi bebola kecil. Kemudian, tekan sedikit di bahagian tengah untuk leperkan doh.
  3. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan pukul sedikit. 
  4. Celupkan doh ke dalam telur dan goreng hingga warnanya bertukar keperangan.
  5. Setelah diangkat dan ditus minyaknya, taburkan sedikit gula di atas kuih. Saya gunakan gula tebu Mildura (boleh baca di sini.) Jika ingin lebih enak, guna gula perang pun boleh.
Kuih Tepung Bunga

Sedappppppp sangat! Memandangkan kuih ini dibuat daripada tepung pulut, teksturnya seperti kuih onde-onde. Lapisan luar ala-ala crispy sebab disalut dengan telur, bahagian dalamnya lembut. Then, manisnya just nice. Kita sendiri boleh kawal jumlah gula yang kita nak letak. Jangan banyak sangat ye. Kita bukan nak salut donut. Letak seadanya. Biar rasa manis manja-manja gitu.

Selamat Mencuba! Boleh masuk dalam menu berbuka puasa :)


Rabu, 10 Jun 2015

Wordless Wednesday - Explosion Card


Explosion Card - Happy Birthday


Psst! Tutorial akan menyusul :)

Lihatlah Hatiku - Kerispatih

Ini antara lagu Kerispatih yang pertama kali dengar, terus saya jatuh cinta! Baru-baru ni apabila dengar balik, time tu juga bergegas cari chordsnya. Lagu mellow begini syok petik petang-petang dengan si Kapok. Boleh feeling-feeling ahaks. Lagu ni istimewa ditujukan kepada adinda Wana yang tengah busy buat kuih buat kek. Akak tahu taste lagu jiwang kita lebih kurang sama ;) Oh, bagi yang belum pernah dengar 'Lihat Hatiku', boleh cuba dengar di sini.


Pesanan khusus buat Syida@Suida@Qaseh Abadi - Nope. Memang tak ada video. Hahaha tak perlu berpenat-lelah request ye. Nanti kita jumpa, akak main live secara eksklusif untuk Syida :)


Kunci Gitar dan Lirik 'Lihat Hatiku' - Kerispatih

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
C F C F

C        G             Am
Sejak pertama kali
Dm                              G
Ku menyimpan rasa ini
C         G                   Am
Sesungguhnya ku tahu
Dm                                G
Ku tak mungkin milikimu

F        G                            C
Ku bukan yang sempurna
         F             G         C
Dan bukan sosok idamanmu
    F        G          E  Am
Tapi jiwaku dan ragaku
Dm   G    C
Seluas cintaku



(Chorus)
G                                            C
Biarkan aku yang membuktikan
C                                          Bm
Biarkan aku yang menunjukkan
E                                   Am  
Cintaku adalah perjuangan
        G      D     Dm              F   G
Pertandingan hidup dan matiku

G                                         C
Ku tak akan henti melakukan
C                                   Bm
Sebelum semua kau sadari
E                                        Am  
Tak pernah salahku mencintamu
   G       D          Dm    G                  C
Memujamu asalkan, kau lihat hatiku



 

G C Bm E
Am G F Em
Am Dm G

C Bm E Am
G F Em
Am Dm G

 


  F      G      E  Am     Dm    G     F
Tapi jiwaku dan ragaku,  seluas cintaku…
G
Ohhhhh...



Ulang (Chorus)


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Wordless Wednesday - Bakal Tiba

Selasa, 9 Jun 2015

Adinda-adindaku Rancak Berseloka

Ingat lagi entri Seloka Tetamu Hebat Mei saya? Jemput baca di sini. Niat di hati sekadar nak tujukan penghargaan kepada rakan-rakan dan adik-adik yang rajin datang ke mari, beri komen, beri pendapat. Tak sangka pula dapat seloka balasan!

Cik Mimie Pandai Berseloka.

Balasan seloka daripada Cik Mimie buat saya tersenyum lebar.

Pekasam Kegemaran Ku

Saya memang suka sangat makan ikan pekasam. Tetapi dekat area rumah saya ni susah nak cari. Kalau ada pun harga yang penjual letak terlalulah mahal beyond munasabah! Boleh putus selera dibuatnya. 

Jadi, kalau saya ada urusan di Taman Ehsan atau Kepong, saya memang akan pergi cari ikan pekasam. Dekat pasar basah Taman Ehsan, ada gerai-gerai makan. Tauke ikan pekasam ni letak produknya kat sana.

Pekasam Hulu Perak
Satu pek ni cuma RM6. Dulu RM5. Tetapi tetap berbaloi sebab ikannya besar-besar dan beras banyak. Borong empat pek terus! Cukup untuk stok sampai hujung tahun. Selalunya kalau ikan pekasam, saya goreng sampai garing dan makan dengan bawang dan cili api. Best! Awas, jangan makan banyak-banyak! Masin. Sekadar untuk jentik lidah je...buat tambah selera :)

Pekasam Goreng Cili Api

Psst! Ada sesetengah orang tak makan pekasam. Tak tahan dengan baunya. Hihihi memang kalau goreng pekasam, tak boleh sorok! Bau semerbak satu rumah!


Isnin, 8 Jun 2015

Projek Buat Instant Shawl (Bahagian 2)

Entri susulan kepada Projek Buat Instant Shawl.
Alhamdulillah, percubaan pertama buat 'shawl segera' menjadi!!!

Setelah belek, belek dan belek lagi instant shawl yang saya beli, inilah lakaran kasar cara mudah untuk jahit shawl kita. Oh, maafkan lakaran tangan kejung saya! Bagi yang pertama kali cuba, disarankan untuk pakai shawl di atas kepala (jangan main redah jahit je!) dan pinkan. So, apabila shawl siap nanti akan mengikut kesesuaian wajah dan keselesaan kita.

'Orang malas' macam saya jahit di tempat-tempat tertentu je.

Urusan Posto

Selamat Memulakan Minggu Baru!

Dah masuk mulut peti pos.

Hari ni uruskan hal surat-menyurat.
Berjeda buat muka seposen tunggu giliran kat pejabat pos.
Longgar jugalah lutut dibuatnya ;)
Alhamdulillah, hadiah dan tanda hati untuk Jom Cuba Nasib - Ayah sudah dipos.
Moga selamat sampai kepada tuan empunya diri.
Dua tiga hari ni saya akan sepi tenggelam timbul.
Ada job editing yang kena kejar deadline.
Jaga diri.
Jumpa lagi nanti.


Jumaat, 5 Jun 2015

Jom Buat Kad!

Assalamu'alaikum. 'Entri throwback' kali ni on cardmaking tutorials. Maklumlah, hari bapa bakal tiba. Jadi, siapa yang bercadang nak buat kad istimewa, boleh cuba lihat entri-entri di bawah.

Trifold Shutter Card


Google Inspired Birthday Card


Kad Guna Squares



Insya-Allah, there wil be more tutorials on cardmaking dalam masa terdekat.

Lena Diulit Mimpi

Salam Jumaat!


Nampak tak apa yang 'terbongkang' tu?

Pandai cari muzik free nak bobok!

Khamis, 4 Jun 2015

Ingatkan Dia,...Senyum

Credit
Hmmmm. 
Get it? Get it? :)
Terkenangkan siapa tu?
Apa-apapun, jangan lupa senyum lebar-lebar!

Rabu, 3 Jun 2015

Seloka Tetamu Hebat Mei

Assalamu'alaikum. Salam Ceria Hari Rabu!


Rajin komen banyak untuk Mei

Seloka Tetamu Hebat Mei

Bulan Jun sudah tiba,
Kali ini kita berseloka,
Tetamu Hebat Mei di FAMF Tower,
Yang rajin komen dengan banyaknya.

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

GA! GA! Mari ramai-ramai kita join GA anjuran Mrs. Panda. Jom kita support adik Panda kita ni. Syarat? Senang je! Easy peasy!

Klik pada banner.

Wordless Wednesday - Obat Gatal Gigi


Perfecto Popcorn - Peneman buat kerja editing :)

Selasa, 2 Jun 2015

Projek Buat Instant Shawl

Baru-baru ini saya teman Bott pergi beli baju. Bott kalau beli baju memang boleh berkampung dalam kedai! Huhuhuh jadi sambil dia sibuk pergi fitting room, pilih design ini, pilih baju itu...saya belek-beleklah tudung dan shawl yang dijual. Nampak instant shawl. Berkenan pulak. Simple je designnya. Tak adalah berbunga, bergelombang, berpintal-pintal dan nampak sarat tu.

Saya tidak pandai dan malas pakai shawl. Penat nak lilit-lilit. Takut salah lilit terbelit leher terus tak cukup nafas. (Lebih kepada malas sebenarnya kan...). Selama ni orang sibuk tentang instant shawl pun saya buat bena tak bena. Prefer pakai tudung biasa. Tetapi, alang-alang dah terjumpa instant shawl depan mata, teringinlah nak tengok apa yang instantnya. Cuba beberapa helai, terus hati terpaut! Oh my instant shawl! Senangnya! Ni kalau seminit sebelum pukul lapan pun sempat sarung shawl nak gi kelas!

Siti Yang Menaip Vs Faarihin Talip

Here comes June! Apa khabar semua di bulan baru? Saya selesaikan apa yang patut dahulu ye. Berkenaan Jom Cuba Nasib - Ayah. Terima kasih buat kalian yang sudi singgah pada hujung minggu lepas. Terima kasih sebab sudi komen dan terima kasih tidak terhingga pada yang sporting cuba nasib. 

Sebenarnya, jangan risau. Saya dah pasang niat dari awal. Asalkan kalian mencuba, dengan ucapan ke,..luahan perasaan ke,..automatik kalian akan dapat something daripada saya. Mereka ialah:

Isnin, 1 Jun 2015

Kiriman Manis Si Paling Comel

Rasanya kalian dapat agak siapa yang saya maksudkan. Beberapa rakan blogger dah pun published entri penghargaan buat tuan punya blog Siti Yang Menaip ni. Adik CT kita hantar coklat manis buat pengomen tegar blognya sepanjang Januari - April 2014. Alhamdulillah, ada rezeki saya :)

Coklat daripada Si Paling Comel

Dua keywords penting - (i) peminat dan (ii) paling comel
Hahahahaha itu yang mahal! You are indeed, paling comel :)

Jom Cuba Nasib - AYAH

Assalamu'alaikum. Salam hujung minggu! Selamat menempuh kegembiraan riuh-rendah cuti sekolah! 

Satu lagi entri Jom Cuba Nasib untuk kalian. Bagi yang tidak familiar dengan Jom Cuba Nasib di tower saya, boleh rujuk sini. Bukan segmen, bukan giveaway,..sekadar untuk suka-suka antara kita semua.

Semalam saya mengemas kad-kad ucapan yang ada dalam simpanan. Terjumpa kad Hari Bapa ini. Kad lebihan tahun lepas. Terus terfikir nak buat Jom Cuba Nasib sempena Hari Bapa yang bakal diraikan pada 21 Jun 2015 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...