Jumaat, 31 Julai 2015

3 Cara Masak Adobo

Salam Jumaat! Pagi tadi,  intai search keywords blog ni. Phrase '3 cara memasak adobo' ni memancing perhatian. Mesti yang mencari merangka-rangka nak masak adobo kan...

Pagi 310715

Khamis, 30 Julai 2015

Kad Raya - Nana Liena yang Dirindui

Selamat tengah hari! Dah lunch ke belum? Hari ni cerita pasal kad raya lagi! Awal minggu ni dapat beberapa kiriman kad raya,...(senyum happy jap kat sini) dan yang ini datangnya daripada Nana Liena.

Ya Allah, rindu betul dekat adik yang seorang ni! Sibuk bebenar. Lama dah blognya tak berupdate. Diam menyepi tanpa khabar berita. Tup tup dapat kad raya! Gumbiranya!

GRAWLIX?!

Pernah dengar 'grawlix'?
Tahu tak apa itu 'grawlix'?

Well, this is grawlix.

Grawlix is @#$%&!

Haaa,...grawlix ni susunan characters yang kita tulis atau taip untuk menggantikan perkataan-perkataan kasar. Semua carut-marut, maki-caci-cerca yang mana kalau on air kena tooooot tu. 

Contohnya, penggunaan simbol-simbol seperti dalam bubble talk di atas. @#$%&! Secara automatik,  beri impression pada kita yang seseorang sedang tuturkan kata-kata yang kurang sopan/curse word. Itulah grawlix :)


Psssst! Nak tahu apa itu 'pangram'? Jemput baca di sini.


Rabu, 29 Julai 2015

Wordless Wednesday - My Craft Punches


'Kawan-kawan kerdil' yg tolong saya buat kraf =)


Effortless Shopping LAZADA

Cepat! Cepat! LAZADA ada promo best! The Big Effortless Shopping LAZADA berlangsung dari 27 - 31 Julai 2015. Diskaun sehingga 90% untuk barang-barang terpilih. Masa beginilah seronok shopping!
Berbaloiiii!

Barang-barang rumah, perabot, elektronik, gajet, pakaian lelaki dan wanita,...semua ada! Tekan banner di bawah dengan segera. Tinggal 3 hari je lagi.


Lazada Malaysia 


Selamat membeli-belah dengan penuh hemat ;) 
Jangan rambang mata sangat!!


Topup Mini Giveaway By Cik Mimie

Cik Mimie buat Mini GA lah. Meh kita join ramai-ramai! Syarat peyertaan sangat mudah. Tak perlu klik-klik banyak sangat heheheh

Klik pada banner untuk terus serta ye :)

Jangan lengah lagi! GA tamat pada 4 Ogos 2015.


Dapat Rexona Kit Box Melalui Woop.my

Minggu lepas, saya dapat kurier. Masa staff kurier called nak pastikan orang ada rumah ke tidak, saya tertanya-tanya sendiri. Dari siapa? Bungkusan apa? Rasanya saya tak expect sebarang kiriman. Terujanya apabila bungkusan dah sampai ke tangan! Ini yang saya dapat.


Rexona Kit Box

Selasa, 28 Julai 2015

DIY Mudah - Body Scrub daripada Hampas Kelapa



Selalunya untuk memasak saya tak pakai santan biasa atau beli kelapa parut. Santan kotak Ayam Brands (Fat Trimmed) jadi pilihan. Rendah lemak. Elok untuk kesihatan :) Tapi, masa bulan puasa hari tu, Cekebon teringin nak makan onde-onde. Jadi, belilah kelapa parut sebiji. Asingkan yang putih untuk kuih, selebihnya diperah untuk buat serawa durian.

Isnin, 27 Julai 2015

'Worst Day Ever?' Poem yang VIRAL

Pernah baca poem ni? Poem ni jadi viral sebab keunikan dan mesej tersembunyi yang cuba diketengahkan. Kita boleh pilih untuk perceive poem ni dari sudut negatif atau positif.

Cuba baca :)

Worst Day Ever?
by Chanie Gorkin

Today was the absolute worst day ever
And don't try to convince me that
There's something good in every day
Because, when you take a closer look,
This world is a pretty evil place.
Even if
Some goodness does shine through once in a while
Satisfaction and happiness don't last.
And it's not true that
It's all in the mind and heart
Because

Ahad, 26 Julai 2015

Chords Kau Memilih Dia - Cakra Khan (Easy Chords)


Kunci Gitar/Chords dan Lirik Lagu Kau Memilih Dia – Cakra Khan

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


C                       Dm  
Dariku kau terima
C                                 G     F
seluruh cinta seutuhnya
Dm             G               Em
Darinya engkau dapatkan
                    Am
sedikit perhatian
Dm                           D
Namun yang kau pilih
F                    G
malah sebaliknya

Sabtu, 25 Julai 2015

Kek Makan 3 Cara!

Hari ni nak cerita sedikit mengenai kek Chocolate Heaven, Le Trianon. Sesiapa yang gemar makan kek coklat, pasti akan suka dengan Chocolate Heaven. Keknya lembap, creamy dan yang paling best, dark chocolate ganachenya menyempurnakan rasa! Terbaik!

First time makan kek-kek Le Trianon ni masa sambutan birthday saya Februari lalu. Boleh baca di sini. Lepas tu terus jatuh chenta! A bit pricey but worth every bite! Berbalik pada kek Chocolate Heaven,...yessss. Boleh makan 3 cara!

1. Biarkan kek pada suhu bilik. Then, potong dan hidang. Kita akan enjoy makan kek yang moist dengan ganache yang smooth and silky. Yummy!

2. Dinginkan kek di dalam peti sejuk hingga ganache mengeras. Potong dan hidang. Kalau cara ni, kita akan nikmati kek dengan chunkiness of the ganache. Extra yummyyyy!

Chocolate Heaven served cold :)

3. Buat ala-ala chocolate lava cake. Panaskan beberapa saat dalam microwave. Serve with one large big scoop of vanilla ice-cream. Heaven yummmmmm!

Ini yang paling saya suka! :)
Sedappppp! Kalori kira kemudian hehehe. Le Trianon ni ada di Ikano Power Center (IPC) dekat underpass tu. Ada satu lagi branch di Citta Mall. Any celebration coming? Bolehlah consider Le Trianon :)


Jumaat, 24 Julai 2015

Resepi Puding Roti Mudah

Resepi paling senang, simple dan sedap. Kenapa saya kata senang? Kita campur je semua bahan, bakar dan boleh makan begitu sahaja. Tak perlu nak buat sos atau makan dengan buah koktel.


Resepi Puding Roti Mudah

Bahan-bahan:
  • 6 - 8 keping roti (carik-carik atau potong kepada empat segi kecil)
  • 2 cawan susu segar/penuh krim (Saya guna bancuhan susu Anlene je)
  • 3 biji telur. Jika gunakan telur gred A, dua biji sudah mencukupi.
  • 2 sudu besar gula. Saya memang guna sedikit gula sebab tak nak manis sangat. Lagipun dah ada manis dari madu dan sultana. Jika mahu, boleh tambahkan 2 sudu besar gula lagi.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis 
  • secubit garam
  • Segenggam sultana/kismis
  • 1 sudu besar mentega + sedikit lagi mentega untuk melengser loyang kek.

Cara Penyediaan:

Khamis, 23 Julai 2015

Kad Raya - Zarul Farhana

Ini antara kad raya yang tiba selepas cuti hari raya. Jadi, semangat raya terus bersambung,..berkobar-kobar. Membara-bara! Datangnya jauh dari Kedah. Cik Adik Zarul Farhana yang kirim.

'Spesel' daripada Zarul

Edisi Teringin

Salam 7 Syawal! Kat rumah ni, mood makan juadah raya dah habis. Mulalah nak request makan macam-macam.

Edisi Teringin Cekebon

Sambal Tumis Udang dan Petai

Kord Gitar Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta - Flybaits (Easy Chords)

One of my favourite 'dulu-dulu' songs. Lagu ni juga pernah dinyanyikan semula oleh Kumpulan Spring.

Kord Gitar Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta - Flybaits/ Spring (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


Em

Seketika itu
D

Sepi mencuit hati
G

Hanya suara hujan
C

Seakan menyanyi
Am

Mendendangkan lagu syahdu
B7

Ketika ku terpegun
Em

Merenung jauh gambarmu sayangku


Em

Terkilan rasa
D

Bila kata-katamu
G

Kau ucapkan padaku,

Membuat ku terpaku
Am

Bersama-sama suratmu,
B7

Setelah ku baca kini
Em

Seolah ku berada dalam mimpi

Rabu, 22 Julai 2015

Wordless Wednesday - Bukan Terbakar,.. DIBAKAR

...sengaja dibakar :(

Wordless Wednesday - Penat Beraya,..Konon


Si Yuri Capek!

Chords Semua Tentang Kita - Asfan (Easy Chords)


Kord Gitar dan Lirik Lagu Semua Tentang Kita - Asfan

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


Am E
Ku biar saja waktu ini membalasnya
Dm G
Erti rindu erti mencinta
C E
Menutupi segala gelisah


Am E
Kau juga sama ada rasa tentang kita
Dm G
Tapi hati enggan mendua
C E
Biar sengsara hati kan merana

Selasa, 21 Julai 2015

Kad Raya dan Gift - Sis Sheila (Sheila Inspire)

Assalamu'alaikum.
Salam 5 Syawal!
Hari ini baru terkedek-kedek nak kembali bersiaran :)
Mood raya masih ON. Tu yang malas sikit nak berblogging.

Sambung balik entri kad raya. Still relevant sebab raya kita kan sebulan.

Sebenarnya kad hari raya daripada Sis Sheila, pemilik blog Sheila Inspire ini saya terima sebelum lebaran lagi. Tetapi tak sempat nak update. Saya dah sibuk bersilat bertukang buat preparation raya. Saya juga ada tulis entri menang GA anjuran Sis Sheila. Jemput baca di sini.

Ahad, 19 Julai 2015

Blog pun raya,..

Salam Syawal.
Selamat Hari Raya semua!
Saya ingin menyusun sepuluh jari,
andai sepanjang kita berinteraksi,..
ada kata-kata yang mengguris hati,
ada tulisan yang menyinggung perasaan,
ada komen-komen yang menghiris jiwa,
atau ada sebarang tindakan yang buat kalian tidak berkenan,...
harap dimaafkan.

Lagu Rindu - Kerispatih (Easy Guitar Chords)


Kord Gitar dan Lirik Lagu Rindu - Kerispatih 

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
C Am G C G

C Dm Em G
Bintang malam katakan padanya
Am Em Dm G
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
C Dm Em G
Embun pagi katakan padanya
F Em Dm G
Biar kudekap erat waktu dingin membelenggunya

C G

C Dm Em G
Bintang malam katakan padanya
Am Em Dm G
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
C Dm Em G
Embun pagi katakan padanya
F Em Dm G
Biar kudekap erat waktu dingin membelenggunya

Khamis, 16 Julai 2015

Kad Raya dan Gift daripada SalbiahM

Sekarang ni kalau sebut tentang bola atau tengok iklan mengenai bola di TV, automatik teringat si Sal. Yessss,...adik Salbiah, peminat tegar bola...minah bola....Saya yang selama ni memang tak tahu apa-apa tentang bola, bolehlah tambah ilmu bila terjah blog cik adik yang seorang ni. 

Sal hantar kad raya. Tersengih-sengih saya mengalahkan kerang busuk. Tak tersadai bawah terik cahaya matahari macam masa dapat kad Sis JM. Kali ni dilimpahi cahaya bulan purnama sebab check peti surat masa tutup pagar selepas habis tuition.

Kad Raya dan Gift daripada Sis Aida (Adianiez)

Kiriman kad seterusnya saya terima daripada Sis Aida. Cantik kad, berwarna pink. Ada ilustrasi comel Sis Aida dan ahli keluarganya.

Kad raya daripada Sis Aida

Rabu, 15 Julai 2015

Rindu Syahdu di Hari Raya



Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desaku yang telah di tinggalkan

Wordless Wednesday - Projek DIY Menjelang Raya


Godek Tin Biskut

Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Biskut cornflakes ni biskut ketiga yang dibakar untuk Syawal. Sebelum ni dah buat Tat Nanas Cheddar (resepi di sini) dan biskut Oreo Chocolate Chips (resepi di sini).

Resepi yang saya nak kongsi ni sangat mudah! Tak guna telur pun. 


Resepi Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Bahan-bahan:
  • 250 gram mentega
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 200 gram cornflakes (ramas kasar)
  • 100 gram sultana
  • 1 sudu teh esen vanila

Menang Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

Baru-baru ini dapat pos ekspres daripada Sis Sheila. Rupa-rupanya saya menang salah satu hadiah Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang. (Entri GA di sini). Saya pun dah lama tak jengah Sis Sheila jadi tak perasan bila keputusan GA keluar. 

Yang bestnya, Sis Sheila memang dah siap-siap minta address dan details semua peserta GA. Jadi,...supppppppppp! Tahu-tahu hadiah sampai ke tangan! Sukanya! Nak tengok apa saya dapat?

Kad Raya - Sis Jari Manis

Sebut sahaja Jari Manis, terus teringat segala yang manis-manis! Sweet suwittt gitu. Heheheh kad raya kali ini datangnya daripada tuan punya blog Jari Manis Travel. Siapa yang tak kenal, mungkin paksi blog kita berbeza,..tu sebab tak selisih :)

Rasanya setiap bulan dapat kiriman kasih daripada akak kita ni. Buka peti surat terus senyum meleret seorang diri. Dah kenal tulisan siapa :) Lupa sekejap terik matahari yang mencanak-canak atas kepala.

Inilah kad raya daripada Sis JM!

Selasa, 14 Julai 2015

Resepi Ayam Daun Kari

Hari ni saya nak kongsi satu resepi hidangan ayam yang simple dan sedap. Kebiasaannya, pada hari raya, apabila ada lebihan lontong atau nasi himpit, saya akan sediakan juadah ni. Saja nak tukar selera setelah dua tiga hari menghadap rendang :)

Ayam Daun Kari

Isnin, 13 Julai 2015

Popia Sambal Sedap

Ramadhan tahun ni, saya tak hairan martabak, kuih lopes atau onde-onde. Saya kemaruk makan popia sambal. Makan tiap-tiap hari pun tak jemu!

Popia Sambal Sedapppp

Popia ni beli dari kenalan Cekebon yang berniaga kuih-muih, So, setiap kali teringin memang Cekebon akan order. Nanti petang sebelum berbuka delivered to the doorstep. Saya suka dengan kerangupan popia yang krup krap krup krap diganding pula dengan sambal pekat manis-manis pedas! Ada taburan bijan pada bahagian atas popia. Kadang-kadang ditabur dengan kacang yang disangrai. Pun marvelous! Saya seorang je boleh makan sampai 6! Tapi tak makan straight la. Bawa sampai ke moreh :)

Lagi satu saya suka kerepek popia. Kulit popia tu digulung, kemudian dipotong serong dan digoreng. Lepas tu kita gaul dengan cili sira. Sedapppppp! Makan memang tak ingat orang belakang punya. Emmm,...sendiri tulis sendiri terliur! Mana nak cari kerepek popia untuk raya nih?




Tat Nanas Cheddar

Kuih raya pertama yang saya buat untuk tahun ni. Mula-mula ingat tak nak buat. Cekengah rajin beli yang tunjuk-tunjuk dekat office. Then, dapat dari jiran dan kawan-kawan sebalang dua. Cukuplah tu. Tetapi, memandangkan tahun ni Cekebon semangat berkobar-kobar dan mood excited lebih sikit nak raya, (Alhamdulillah, tahap kesihatannya baik sepanjang Ramadhan ni), buat jugalah dua tiga jenis.

Memandangkan dah ada tat nanas gulung yang orang beri, saya buat tat tekap bunga. Ikut tekak sendiri. Hahaha! Personally, saya suka tat bunga begini kerana rasa jem yang dibakar, keras-keras sticky...sedappppp! Memang dari kecil kalau raya cari tat bunga. Lagipun, dulu-dulu mana ada tat gulung, tat kelopak, tat jongkong, tat sekundang bagai.

...dan yang lebih yummy,...kita tambah keju cheddar pada dohnya. Sewaktu dibakar, wangi semerbak satu rumah!

Terperap! Kad Raya & Gift daripada Qaseh Abadi

Aduhai! Bulan puasa ni sel-sel otak memang lambat, lemau,..complete semua. Saya terima kiriman daripada Syida a.k.a Qaseh Abadi awal bulan hari tu. Tetapi, asyik lupa nak buat entri khas untuk cik adik berkaca mata yang seorang ni.

Singgah blog SS baru teringat tak up entri. Bersungguh-sungguh buka laptop nak berblog. Tiba-tiba menyimpang buat urusan lain. Lupa lagi! Tadi masuk bilik kraf, pandang Bloggers' Board, baru teringat balik! Maafkan akak, Syida ye. Simptom-simptom lanjut usia tu makin ketara nampaknya ahaks. OK. Jom tengok kad raya + kad penghargaan daripada Syida.

Ahad, 12 Julai 2015

Kad Raya - Kanda SS

Scheduled Entry - Saya tak de di rumah hari ni :)

Antara kad raya terawal yang saya terima tahun ini dilayangkan jauh dari selatan. Siap pakai poslaju lagi! Sekarang ni, adik poslaju nak kejar apa tak tahulah,.. memang orang ada rumah ke,.. tak de rumah ke, dia dah siap-siap tulis slip poslaju, berhenti depan rumah dan letak dalam letter box. Style apa tah! Bukan sekali dua, dah banyak kali!

Bayangkan saya yang bersaiz 'sukar untuk tidak dinampak' ni memang tengah tercokoh depan rumah menyapu lantai. Dia selamba je turun van letak slip dalam letter box dan,...(guna ayat novel jap) BERLALU PERGI! Memanglah jarak antara rumah saya dan pagar agak jauh, tapi tak adalah sampai tak boleh nak deliver.

Jom Buat Kuih Raya!

Hujung minggu ni mesti ramai yang bertungkus-lumus buat kuih raya kan? Mesti meriah suasana dapur! Saya paling suka waktu-waktu begini, dapur dan rumah semerbak bau biskut dibakar.

Jom intai entri lama biskut raya saya. Klik pada gambar ye :)

Biskut Badam Lemak

Cash-out 8share Kali ke-3

Ini cash-out saya yang ketiga. Alhamdulillah, dah verified. Tunggu dibank-in ke dalam akaun sahaja. Bolehlah buat tampung-tampung belanja lepas raya :)

My current status.

Sabtu, 11 Julai 2015

Projek Biskut Raya

Assalamu'alaikum,
Update sebelum buka.

Ni projek pagi tadi. Baru hari nilah nak bersilat di dapur buat kuih raya :)

Projek buat tat nanas!

Kuih raya pertama untuk tahun ni, kuih Tat Nanas Cheddar. Ada elemen lemak-lemak keju gitu. Tetapi saya tak buat tat gulung. Buat jenis bunga sebab suka rasa jem yang kering-kering dan caramelized setelah dibakar.
Hasilnya dan resepi entri lain.


Selamat berbuka!

Last Call! Persiapan Raya Gilang-gemilang dengan LAZADA

Shocking Raya Deals dengan LAZADA. Dah intai promosi terbaru LAZADA? Memang shocking habis! Bukan setakat rambang mata,.. gugur mata pun boleh. Di bawah ni saya senaraikan lima produk utama pilihan saya.

Sony A5100 Mirrorless Camera 16-50mm Lens Kit + 8GB + Bag (White)
Klik-klik hari raya penuh bergaya dengan kamera Sony ini! Rakamkan memori-memori indah bersama saudara dan sahabat handai. Jimat 32% - Hanya RM1639.00

Jumaat, 10 Julai 2015

Happiness is FOOD!


Credits to lastlemon & dailyhappyquotes.

A foodie memang boleh relate dengan feeling ni :)
Thinking of food,..new food...new food.

Makan di luar, ramai-ramai dengan family dan geng :)

Khamis, 9 Julai 2015

Resepi Mudah Terung Bulat Cili Api

Siapa yang suka makan pedas dan suka terung, boleh cuba hidangan eggplant ni. Ni terung bulat ye. Yang comel-comel tu.

Terung Bulat Cili Api


Rabu, 8 Julai 2015

Wordless Wednesday - She Has Every Reason to CRY

Thanks so much, SS! Rasanya sure dapat agak apa Cekebon tengah buat sekarang kan? :)

Wordless Wednesday - My Acar Ikan Masin


Acar Ikan Masin Cili Api

Ramadan 1436 - Doa Harian 21 - 29 Ramadan

Hari-hari terakhir Ramadan. Jangan lupa baca doa-doa ni ye...

Doa Harian Ramadan Hari ke 21 - 29

Doa 21 Ramadhan
Yaa Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan orang- orang yang meminta.

Doa 22 Ramadhan
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkat-berkatmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab Doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa 23 Ramadhan
Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa 24 Ramadhan
Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa 25 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh-MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa 26 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa 27 Ramadhan 
Yaa Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- Hamba-Nya yang soleh. 

Doa 28 Ramadhan
Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU di antara semua perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan oleh Permintaan Orang-orang yang Meminta. 

Doa 29 Ramadhan
Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah, Wahai Pengasih Terhadap Hamba- hamba-NYA yang Mu'min.


Selamat Menyempurnakan Fasa Terakhir Ramadan Al-Mubarak.


Entri Penuh : Doa Harian untuk Sepanjang Ramadan

Selasa, 7 Julai 2015

Domo Arigato, Dylla Rezan

Sekitar Mac yang lepas, saya ada joined Segmen Blogwalking Bersama Dylla Rezan. Alhamdulillah, ada rezeki menang rantai kunci daripada si cantik manis ni. Tetapi, dek kerana kesibukan belajar dan tuntutan rutin harian, Dylla dah informed awal-awal yang hadiah akan dipos lambat. Tak de hal, dik! Akak yang tak buat apa-apa ni pun tiap-tiap hari busy, apatah lagi Dylla yang tengah buru title 'Dr.'. Hahahah over tak perbandingan akak?

Anyway, inilah hadiahnya. Siap ada kad raya minta maaf lagi. So sweetttttttt!

Kiriman Ramadan Sis Jari Manis

Parcel daripada Sis Jari Manis dah lama sampai. Tetapi saya tak perasan. Setiap kali Cekebon informed ada surat untuk saya, mesti ada kerja lain nak dibuat. Then, lupa macam tu je. Malam tadi selepas berbuka baru sedar ada beberapa kiriman yang saya tak buka lagi :)

Kiriman Ramadan Sis JM

Isnin, 6 Julai 2015

Nasi Goreng Blackpepper

Ni late night supper saya last week. Masa berbuka, saya di luar. Sempat makan roti je. Dah balik baru rasa perut berlubang. So, intai peti ais, godeklah apa yang patut.

Nasi Goreng Blackpepper & Air Coklat Panas

Ramadan 1436 - 10 Malam Terakhir

Sekejap je masa berlalu. Kita dah meniti hari-hari akhir Ramadan. Jom sama-sama rebut peluang yang masih ada untuk kita.

Credits to Sh. Tawfique Chowdhury & Owh So Muslim

Resepi Jus Alpukat Marvelous!

Jus alpukat @ avocado memang kegemaran saya. Selalu kalau makan di mana-mana restoran makanan Indonesia, memang saya akan pesan jus alpukat. Rasanya lemak-lemak manis, lebih kurang macam smoothie pisang. Tapi, walaupun saya kata sedap, mungkin tak kena dengan selera sesetengah orang. Bott cannot go dengan jus ni. Ct Humairah pon. Maklum sajalah, si paling comel ni kan tak minum susu ;)

Sepanjang bulan puasa, kesukaan terhadap jus alpukat makin menjadi-jadi. Takkanlah tiap-tiap hari nak ajak Bott singgah restoran ayam penyet hanya kerana nak tapau minuman ni. Dapat pula bila nampak je bayang kelibat saya, adik waiter dah sengih dan tanya, "Alpukat ya, mbak?"

Makanya, kita buat sendiri!

Ahad, 5 Julai 2015

Sabtu, 4 Julai 2015

Bott Jumpa Arja Lee

Dalam kereta.
Dekat Bukit Rahman Putra.
Bott drive, saya biasalah jadi mem besar.
Menunduk layan phone.

Tetiba Bott jerit ngan excitednya.

"Far, Arja Lee! Arja Lee!"

Ok, saya buat derk je.
Area ni memang orang biasa buat shooting.
Tapi pehal la si Bott ni teruja bebenor jumpa Arja Lee...

Orang Cari Sarang Semut La,..

Musim orang sibuk buat kuih raya. Semalam, biskut sarang semut jadi search hit paling tinggi :)

Search Keywords 030715

Jumaat, 3 Julai 2015

Princesses of FAMF Tower (Terhebat Jun)

Proudly present to you,...

Princesses of FAMF Tower
Puteri-puteri yang cantik manis, lovable dan rajin mengomen sepanjang Jun.

Khamis, 2 Julai 2015

Meriah Raya,..untuk kamu, kamu dan kamu!


Akhirnya, berjaya siapkan warkah-warkah cinta raya. Baru siap tulis. Separuh kudrat jugalah habis sebab menulis ayat-ayat cinta. Heheheh kad raya bersedia untuk masuk ke mulut peti pos. Sabar ye. Insya-Allah, harap by next week kad-kad ini akan dapat menjejak tuannya :)

Ramadan 1436 - Waktu Mustajab Berdoa

Sekali lagi saya kongsikan lakaran Lia yang cantik comel ini.



Nanti dalam sibuk-sibuk nak berbuka tu, jangan lupa berdoa ye :)


Rabu, 1 Julai 2015

Ting tong Sekejap!

Nenong nenong nenong!

Selamat Menempuh Julai!

Sepanjang hari ni kalau ada entri, itu version auto-publish. Scheduled.
Tuan tower tak de hari ni.
Maaf tak dapat balas komen.
Tak dapat blogwalking balas kunjungan.
Sakit kepala.
Jenis pening memusing! (Tetiba teringat kat Zarul & SS)
Makanya, perlu istirahat.
Jumpa lagi nanti.
Jangan lupa senyum & spread some love.


...dan bilamana kau melarik senyum, dunia akan menjadi lebih indah.


Wordless Wednesday - Kad Kucing Tak Ada Mulut


Hello Kitty Accordian Card


See more at Crafts Belvedere

Ramadan 1436 - Doa Harian 11 - 20 Ramadan

Terlewat sedikit menerbitkan entri ini. Doa harian untuk 11 - 20 Ramadan.

Doa 11 Ramadhan
Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan. 

Doa 12 Ramadhan
Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut. 

Doa 13 Ramadhan
Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin. 

Doa 14 Ramadhan 
Yaa Allah! Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-MU, Wahai Kemuliaan kaum Muslimin.

Doa 15 Ramadhan
Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut. 

Doa 16 Ramadhan
Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Doa 17 Ramadhan
Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat atas Muhammad dan keluarganya yang suci.

Doa 18 Ramadhan
Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa 19 Ramadhan
Yaa Allah! Penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah kau jauhkan aku dari keterkabulan amal-amalku di dalamnya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang. 

Doa 20 Ramadhan
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.


Selamat Menghayati Zon Kedua Ramadan Al-Mubarak.


Entri Penuh : Doa Harian untuk Sepanjang Ramadan




HidayahMu - Ippo Hafiz OST Hidayahmu Ramadan (Easy Chords)


HidayahMu - Ippo Hafiz  (Easy Chords)
OST Hidayahmu Ramadan

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.



(Intro)
Am Dm G C F E C

Am G F C

Langit terbentang, lapang hatimu
Dm G C

Di saat kau lihat kebesaran-Nya
Am G F C

Menanti waktu, silih berganti
Dm G C

Di saat kau mengharapkan kasih-Nya
Dm E

Cahaya yang suram terlihat di depan
Dm E

Saat kau mencari keredhaan-Nya

Pangram - Cuba Hasilkan Satu

Pangram? Pernah dengar? Tak?

OK. Perhatikan ayat di bawah:

The quick brown fox jumps over the lazy dog. 

Any idea? Rasa-rasanya dapat tak figure out apa itu pangram?

Pangram merupakan istilah bahasa yang berasal dari Greek, pan (setiap) dan gramma (huruf). Pangram ialah ayat yang mengandungi setiap huruf dalam sistem abjad sekurang-kurangnya sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...