728 x 90

Isnin, 31 Ogos 2015

баярлалаа, Dorsett Pink

Sebenarnya saya terima parcel daripada Intan (dorsett pink) pada 25 Ogos. Tetapi, sebab hari tu banyak sangat urusan di luar, sampai rumah tak nampak apa-apa dah. Ingat bantal ingat tilam je. Esoknya, masuk 'opis' baru nampak bungkusan atas meja. Punyalah excited apabila lihat nama si pengirim. Buka-buka je, saya dapat ini,...

Ahli baru koleksi setem saya ;)

Tiga Satu Lapan - Brownies Merdeka untuk Birthday Girl


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-58!

Moga kebebasan,..
kemakmuran,..
keharmonian,..
dan kesejahteraan yang kita miliki,..
akan kekal jadi milik kita.


#sehatisejiwa


Buat yang lahir pada tarikh bersejarah ini, Happy 'Sehati Sejiwa' Birthday, Merdeka Babies!!!


Ahad, 30 Ogos 2015

Giveaway 1.0 by ENA

Jom kita sertai GA anjuran Aienna Musa ni. Ena anjurkan GA ini bersempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinannya. Happy Anniversary, Ena & your other half :)


Klik banner di atas :)

GA  akan berlangsung dari 28 OGOS - 8 SEPT 2015



Jumaat, 28 Ogos 2015

MIKESH - Untuk bantu karangan anak-anak.

Belakangan ini saya agak sibuk. Anak-anak Tahun 6 akan berdepan dengan UPSR. Sibuk buat ulang kaji. Pada masa yang sama, saya dapat job edit manuskrip yang baru. Sibuk membaca, betulkan itu ini. Jadi, blog memang agak terabai. Komen tak terbalas. Blogwalking pun mana sempat je.

Hari ini saya nak kongsi tentang MIKESH. MIKESH ialah watak yang saya wujudkan di kelas tuisyen saya. Tujuan utama - idea umum untuk isi karangan fakta. Maknanya, apabila anak-anak ingat MIKESH, mereka dah ada beberapa isi yang boleh digunakan untuk karangan.

Jom kenal MIKESH :)

Khamis, 27 Ogos 2015

Karela Goreng Berempah

Entri mengenai Karela baca di sini ye.


Karela atau kambas ni saya 'warisi' daripada Cekengah. Dia beli untuk makan ke untuk minum ke tak pastilah. Dek kerana busy, berhari-hari terperuk dalam peti sejuk. Dah masuk dua minggu, saya pun jadi fairy godmother tukarkan kepada hidangan yang boleh dimakan.

Peria Goreng Berempah

Rabu, 26 Ogos 2015

DIY Mudah - Mini Puzzle daripada Batang Aiskrim

Minggu lepas, saya dah tunjuk gambar salah satu daripada mini puzzle ni (Boleh lihat di sini). Hari ini, saya tunjukkan cara nak membuatnya pula. Mini puzzle sesuai dijadikan bahan aktiviti untuk anak-anak sama ada sebagai bahan pembelajaran tambahan ataupun sekadar aktiviti santai (galakkan perkembangan minda) di rumah.

Apa yang diperlukan:
  • Batang Aiskrim (Saya ada anak-anak cilik yang rajin kumpul batang aiskrim untuk saya + pek yang saya beli di Mr. DIY) 
  • Acrylic Paint
  • Berus Lukisan
  • Pensel, getah pemadam
  • Cellotape

Wordless Wednesday - Plectrum





Isnin, 24 Ogos 2015

Ayam Pandan Bakar

Kebiasaannya, apabila saya beli bahan-bahan untuk masak, saya akan beli beberapa pek daging atau ayam yang sudah sedia diperap. Bukan apa, datang angin malas nak masak atau tiba-tiba lambat balik dari kelas,..saya tinggal defrost dan terus mula siapkan lauk. Tak perlu susah-susah nak prep bahan lagi.

Pek Ayam Pandan ni saya beli di Kedai Daging HS NADA. Saya suka beli daging dan ayam perap di sini. Ada banyak pilihan dan segar-segar semuanya. Ayam pandan, ayam perap sate, ayam BBQ, paru berempah, daging salai, daging berempah, ikan sumbat...macam-macam ada! Dari segi rasa, memang sedap!

Selalu saya goreng sahaja ayam pandannya. Tetapi kali ini cuba untuk bakar. Sihat sikit sebab kita tak deep fry. Letakkan ayam pandan di atas dulang pembakar. Lumurkan dua sudu besar minyak zaitun atau minyak sayuran (canola atau bunga matahari) pada bahagian ayam. Ini untuk mengelakkan ayam daripada menjadi kering semasa dibakar.

Dikepung Dinasour

Siapalah yang pedajal budak ni,...ada idea pulak tu hihihi
Shian kat dia.

Credit

Happy Monday!
Selamat Memulakan Minggu Baru.

Antara Cinta Kita Berdua - Charly Setia Band (Easy Chords)

Ini bukan single terbaru Setia Band, rasanya lagu ni belum officially release. Tajuk pun saya tak berapa pasti. Ada yang kata 'Antara Cinta Kita Berdua'. Ada yang claimed 'Sudah Bukanlah Milikku'. Tetapi, dah bergegar inbox e-mail saya dengan adik-adik 'gehtar' yang minta chords lagu ni. Saya dengar terus jatuh cinta. Rasanya lagi best daripada Pengorbanan Cinta.

Nah, anak-anak Setiaku,...chords mudah 'Antara Cinta Kita Berdua' nyanyian Charly untuk kalian. Kord asalnya A, tetapi sudah ditukar ke C. Enjoyyyyy!


Kunci Gitar dan Lirik Padahal Aku Setia (Antara Cinta Kita Berdua) - Setia Band

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
C Em Am F G C

Ahad, 23 Ogos 2015

Santai Ahad dengan Astro

Assalamu'alaikum.
Salam Ahad.
Seawal pagi saya dah masuk bilik kraf.
Nak siapkan beberapa tempahan kad sambil layan Astro.

Dari semalam, 22 Ogos sehinggalah 31 Ogos nanti, Astro buka tayangan untuk 150 channels secara percuma. Masa ni lah nak tengok siaran-siaran lain yang kita tak langgan hihihi. 

Brick Slaves

Sabtu, 22 Ogos 2015

My Best Proofreading

Terkekeh-kekeh saya baca ni.

Betul sangat-sangat! Saya akan teliti dan check spelling hanya setelah tekan butang 'Send'! Butang 'Publish'! Masa tulah baru Oops!!! 'Jadi' jadi 'Jafi'. 'Makan' jadi 'Majan'. Kemudian, terhegeh-hegeh edit balik untuk betulkan. 

Jumaat, 21 Ogos 2015

Sudah tiba!!!

Dah hujung minggu!
Boleh tarik nafas panjang, tinggalkan semua kerja dan mula nikmati waktu rehat.

Credit

Happy weekend all!
Selamat beristirahat :)

Resepi Mudah - Singgang Daging Bott

Salam Jumaat!

Saya dah kembali bersiaran dari opis di rumah. Lega rasanya setelah empat hari 'bermain-main' kat luar :) Hari ini nak kongsi salah satu hidangan kegemaran saya (tapi jarang buat sebab berasaskan daging) yang disediakan oleh Bott. Tiba-tiba teringin, dah lama tak makan daging, saya akan ajak Bott pergi kedai daging,.. then mengendeng nak lauk singgang. 

Tattadaaaaa! 
Inilah rupanya,..

Singgang Daging Bott

Khamis, 20 Ogos 2015

Hanya Untuk Pengguna Printer Canon

Just a quick shout out untuk sesiapa yang ada printer Canon. 
Ya, mesin pencetak jenama Canon.


Ada?


Baiklah, sesiapa yang ada boleh teruskan membaca. Bagi yang tak ada atau miliki printer jenama lain, boleh abaikan terus entri petang saya ini :)

Sekiranya kalian yang mempunyai printer Canon ni:

  • Memang kerap menggunakan printer, dan
  • Mempunyai printer Canon PIXMA (sebarang model)

Sila maklumkan pada saya:
  1. Model printer yang digunakan. Misalnya: PIXMA E500, PIXMA MP287
  2. Jenis Cartridge Printer yang digunakan. Contohnya: CL-41, PG-88
  3. Tinggalkan butirannya di ruang komen di bawah ye.

Thanks :)


Orang yang Pertama,..


Orang pertama yang terlintas di fikiran kita sebaik sahaja kita buka mata dan bangun dari tidur ialah sama ada:
i. orang yang menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan kita, atau
ii. orang yang selalu menyakiti kita


Hmmm,..ada benarnya kan?! :)

Psst! Kerja luar lagi buat kesekian kalinya. Rasa macam dah mengering + kurus berkejar ke sana ke mari. Tapi,...bila timbang berat, sama je...hikhikhik



Rabu, 19 Ogos 2015

Chords Obses - Akim and The Magistret (Easy Guitar Chords)


Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.
Klik imej di atas


Kord Gitar dan Lirik Lagu Obses - Akim & The Magistret

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
Am E Dm Am

Am                                             E
Menghitung detik dalam kesedaran
Dm                                   Am
Menunggu masa untuk lena
Am                                              E
Memintal mimpi di kamar beradu
Dm                                         Am
Hanya mahu tunggu bayangmu

48 Alamat!

Assalamu'alaikum. Hari ini masih bersiaran dari luar. Tak sabar nak menunggu urusan-urusan selesai. Rindu my nest. Rindu opis kat rumah. Rindu nak gobek-gobek barang kraf. Hihihi.

Kelmarin, melalui Ops Senyum & Tinggal Alamat, saya ada minta rakan-rakan blogger untuk tinggalkan alamat surat-menyurat masing-masing. Nak simpan sekali dengan mailing lists rakan-rakan blogger yang dah sedia ada,..yang selama ni dah utus-utus hadiah, utus-utus kad, utus-utus senyum :)

Dapat sambutan meriah you! 48 komen di bawah, semuanya komen yang telah disaring. Tidak akan dipublish sebab mengandungi alamat dan details peribadi. Berpinar mata sekejap nak update alamat-alamat tu :)


Anyway, terima kasih banyak-banyak ye. Insya-Allah, ada rezeki dan kesempatan, bolehlah kita correspond :)


Wordless Wednesday - A for APPLE!


Dapat agak tak nak buat apa? :)



Selasa, 18 Ogos 2015

Terperap 2.0. Terima Kasih, Anies

Ingatkan insiden 'Terperap' (seperti dalam entri ini) tak akan berulang. Rupanya ada version 2.0. Sel-sel tua semakin menunjukkan penguasaan dominan dalam diri kihkihkih. Saya blogwalking ke blog Nina minggu lepas, baru perasan yang saya belum tulis entri penghargaan buat Khai♥Rin: anies.

Dah lama terima kiriman ini. Tak silap saya satu trip dengan Kad Hari Raya Nana Liena dan CT Humairah. Maaf banyak-banyak ye, Anies. Tidak sengaja! Tiap-tiap hari tengok Bloggers' Board, entah kenapa dalam kepala fikir yang dah tulis thank you entry.


Hadiah daripada Anies

Isnin, 17 Ogos 2015

Ops Senyum & Tinggal Alamat

Assalamu'alaikum.
Selamat mulakan minggu baru. Harap hari ini, ada sesuatu yang akan buat kita senyum.

Saya seharian di luar. Ada tuntutan kerja. Sementara saya tiada di tower, nak buat operasi khas. Operasi kumpul alamat kawan-kawan blogger.

Bagi yang sudi, (dan sebelum ni tidak pernah beri alamat surat-menyurat pada saya), tolong tinggalkan butiran kalian di ruangan komen. Jangan risau saya tidak akan terbitkan. Sengaja nak kumpul untuk simpan dalam rekod. Mana tahu ada rezeki lebih, bolehlah kirim something,..baru suprise sikit.

Ok, itu saja. Jumpa lagi nanti.

Ahad, 16 Ogos 2015

Gulai Ketam Nyum Nyum

Saya bukanlah seafood lover. Saya alah sedikit kalau makan udang dan sotong (tetapi kadang-kadang bantai jugak kalau teringin). So, tak adalah sampai nak pergi tepi pantai tepi laut semata-mata nak nikmati seafood segar. Kalau pergi makan dengan keluarga dan kawan-kawan, saya lebih enjoy makan ikan bakar.

Baru-baru ni masa borak dengan Cekebon, saya ceritalah yang saya dah lama tak makan ketam. Bertahun-tahun. Makan dekad kot! Crab sticks atau fillet tu biasalah. Tetapi, ketam fresh memang dah lama benar tak jamah. Nak masak ketam lagilah tak! Kat rumah ni, since Cekebon on strict low potassium diet,..banyak menu yang saya banned. Sekiranya ada antara kami yang teringin nak makan, pandai-pandailah masak untuk portion sendiri atau pergi enjoy makan kat luar. Jangan bagi sampai Cekebon terliur!

Cekebon buat suprise, tunaikan rasa teringin saya :)

Doa Murah Rezeki

Untuk diamalkan. Dah lama tak buat entri doa dan zikir. Saya sedang complie doa, zikir dan amalan-amalan dimurahkan rezeki. Kongsi dua ini dahulu ye. 


Kredit: darulmurtadza & syifa al-ikhlas

Khamis, 13 Ogos 2015

Tutorial Kraf Kertas - Glossy Fridge Magnet

Assalamu'alaikum. Happy Thursday
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak tunjukkan cara buat glossy fridge magnet. Maknanya, bahagian atas permukaan fridge magnet kita letak gloss finish supaya kelihatan lebih cantik dan berkilat.

OK. Let's start!

Hiasan/Pelekat untuk Scrapbook

Rabu, 12 Ogos 2015

Resepi Mudah - Banana Puff

Satu hidangan pastri yang amat mudah untuk disediakan. Banana puff ni lebih kurang kacukan antara pastri dengan pie lah. Kebetulan di rumah ada tiga biji pisang yang dah mushy. Nak buat banana pie, rasa malas nak menguli crustnya. Kita guna pastry puff jelah.

Pastry puff yang saya gunakan jenama Kawan. Bersaiz empat segi. Satu pek ada 10 keping dan boleh dibeli di pasar raya. Saya kalau jumpa pastry puff Kawan memang akan beli satu atau dua pek. Jadikan sebagai stok. Senang nak buat treats untuk minum petang. 

Jom tengok resepi Banana Puff.

Resepi Banana Puff

Bahan yang diperlukan:

Wordless Wednesday - Tengok Apa Tu?



Selasa, 11 Ogos 2015

Kord Gitar Hanya Nama Mu - Caliph Buskers (Easy Chords)

Kord Lagu dan Lirik Hanya Nama Mu - Caliph Buskers

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.



(Intro)
Am

Am                          D                    Am
Hanya nama Mu ku puji ku sanjung
D                             E                  Am
Di lafaz pertama suara azan fajar
Am                           D                  Am
Langkah kananku seperti dilindung
D                                      E                      A
Andainya tersandung rebahku bersujud
F                          G         Em                 Am
Dan hanya nama Mu ku puji ku sanjung

Nasi Goreng Paru Berempah

Selamat pagi Selasa! Dah sarapan?
Kalau belum, silalah bersarapan segera. 
Nasi Goreng Paru Berempah di bawah ini bukan hidangan sarapan saya. Tapi, lunch untuk saya dan Cekebon minggu lepas. Masa tu tinggal kami berdua je di rumah. Malaslah nak masak lauk-pauk bila tak ada orang nak makan. Jadi, korek je lah apa-apa bahan yang ada dalam peti ais.

Nasi Goreng Paru Berempah

Mula-mula, paru dihiris nipis, perap sekejap dengan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk halia, serbuk bawang putih (Boleh je guna halia dan bawang putih biasa. Saya guna yang serbuk sebab kebetulan memang ada kat rumah dan lagi mudah semua ingredientsnya menyerap) dan sedikit garam. 

Goreng paru dan ketepikan. Then, tumis bawang besar yang didadu, hirisan cili padi (jika mahu pedas) dan beberapa sudu mixed vegetables. Kemudian, masukkan paru yang telah digoreng tadi, diikuti dengan nasi. Gaul rata dan biarkan seketika hingga masak. Perasakan dengan garam. Siappppppp! Simple tapi yummy!



Isnin, 10 Ogos 2015

Buat Fridge Magnet Lagi

Sebelum ini, saya dah tulis beberapa entri dan tutorial mengenai cara membuat fridge magnet. Boleh klik pautan-pautan di bawah:


Terbaru, saya akan tunjuk cara nak buat fridge magnet yang ada gloss finish. Maknanya permukaan fridge magnet tu berkilat sedikit. Lebih cantik. Lebih presentable. Cuba lihat gambar.

3 Kiriman Senyum

Selamat Memulakan Minggu Baru!
Rasa-rasa lemau atau mood tak berapa nak elok, kita defenestrate je!
Senyum banyak-banyak!

Entri pagi Isnin ni entri senyum. Jumaat minggu lepas terima 3 kiriman yang telah buat saya senyum sepanjang hujung minggu. Sampai hari ini masih terbawa-bawa mood gembiranya.


1. Rexona (Tebus di Woop)

Siapa nak setem? Ada banyak lebih ni :)

Ahad, 9 Ogos 2015

OBSES la pulak!

Mula-mula 'Mewangi'. Lepas tu 'Potret'. Kali ni 'Obses' pulak! Tahu tak saya cakap tentang apa? Siapa lagi kalau bukan Akim & The Magistret.

Pagi ni, buka inbox bertubi-tubi e-mel dengan 'kata kunci' OBSES. Puas akak korang ni gosok-gosok mata dok fikir apa yang obses sangat tu? Rupa-rupanya adik-adik gehtar hantar request minta chord mudah lagu Obses nyanyian Akim & The Magistret.

Amboi, dahsyat sungguh penangan Akin dan barisan magistretnya! Single baru keluar, dah terus sizzling hot. Rasa-rasanya lagu ni akan berhantu macam dua lagu sebelumnya tak?

Chords belum keluar oven lagi. Bagi yang hantar requests tu, bersabar ye. Akak ada komitmen lain yang perlu dilunaskan terlebih dahulu. Kita layan lirik dulu. Nak dengar? Cari di youtube ye.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Ada Apa dengan Cik Mimie & Ngaku?

Selamat Hari Sabtu! Macam biasa, sambil update blog, intai-intai search keywords dan entri yang konon-konon dapat sambutan. Selalunya hujung minggu memang entri guitar chords lah yang popular. Tetapi, dua tiga menjak ni saya perasan mesti ada terselit dua entri di bawah:



SAYA NAK MASUK BLOGLIST VITAMIN WAWA OGOS-SEPT 2015

Pagi-pagi Sabtu ni luangkan masa sertai segmen anjuran Wawa @ Puan Wawa. Kenal dak? Haaa, kalau tak kenal, itu yang kena join segmen ni. Bagi tambah kawan :) Wawa ni antara adinda-adinda yang rajin datang tower ni. So, mehla kita sama-sama bagi support. 'Meriah-merry' kan segmen bloglist Wawa.

Klik pada banner di atas ye.

Hayaku! Segmen berlangsung hingga 15 Ogos 2015.


Jumaat, 7 Ogos 2015

Get Organized - Cara Kemas Hiasan (Embellishments) Kraf

Salam Jumaat!
Bersiaran sekejap sebelum keluar melangsaikan urusan.

Baru-baru ini, ada seorang adik comel dan sweet e-mel saya, bertanyakan bagaimana saya simpan barang-barang dan material kraf (especially yang kecil) yang saya ada. Bagaimana nak pastikan barang-barang tu sentiasa accessible dan boleh kita maksimakan penggunaannnya.

Hari ini, kita sentuh tentang organizing crafts embellishments. Saya nak tunjuk cara mudah untuk memastikan hiasan-hiasan kraf (crafts embellishments) kita kemas, tersusun dan well-organized. Perkara ni penting sebab kita boleh tahu apa yang kita ada dalam stok untuk dipadankan dengan projek kraf yang kita buat.

Khamis, 6 Ogos 2015

Belajar Dekat Hogwarts

Assalamu'alaikum. 
Hari ini, seharian saya tak akan berada di tower. Pergi belajar dekat Hogwarts. Hihihi propa je. Ada tuntutan kerja di luar. Tetapi, sebelum saya menyepi sekejap, nak kongsi ole-ole London yang saya dapat lepas raya baru-baru ni.

Minggu pertama Syawal, Uje (my brother) dan Dhila (my sister in law) ke London sebab Dhila graduate master. Habis belajarnya tahun lepas lagi tetapi majlis konvokesyen lambat. Alang-alang ke sana, diorang pergi studio Harry Potter. Dulu time belajar tak sempat sampai. Apa lagi,.. dengar je Harry Potter, saya bagi senyum meleret paling manis nampak gigi. Senyum ada makna hihihihi senyum minta ole-ole :)


... dan inilah ole-ole London saya. Itu yang perasan jadi Harry Potter nak belajar kat Hogwarts.

Rabu, 5 Ogos 2015

Gifts Ideas - Travel Keepsake Chain

Hari ini saya ingin kongsi satu gift idea menarik. Mudah dibuat, sesuai dan handy untuk si penerima yang kaki travel. Yes, diulangi untuk kaki travel :)

Travel Keepsake Chain

Selasa, 4 Ogos 2015

Resepi Mudah Telur Paprik Istimewa

Satu lagi resepi mudah yang yummy untuk disediakan.

Telur Paprik Istimewa

Tetamu Hebat Julai - Nama Di Sebalik Teka Kata

Assalamu'alaikum.
Selamat Pagi Selasa!

Entri susulan Jom Cuba Nasib - Tetamu Terhebat Julai.

Straight to the point. Inilah pengomen-pengomen hebat From FAMF Tower untuk bulan Julai.


Mari berkenalan dengan mereka. Klik pada pautan di bawah ye :)

DIY Mudah Guna Craft Charms

Happy Monday! 
Selamat Memulakan Minggu Baru!
Hari ni ada yang lemau tak? ;)

Ingat lagi entri saya mengenai craft charms yang saya beli di DAISO? Baca mengenainya di sini.

Crafts Charms

Isnin, 3 Ogos 2015

Jom Cuba Nasib - Tetamu Terhebat Julai

Assalamu'alaikum,
Biasalah, apabila masuk bulan baru, kenalah buat entri penghargaan untuk Tetamu Hebat bulan sebelumnya. Jika bulan lepas kita ada jelmaan Puteri-Puteri Disney (Terhebat Jun), this time, saya nak buat entri Tetamu Hebat Julai sekali dengan Jom Cuba Nasib. Dah lama tak buat. 

Ada hadiah? Semestinya. Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.

....
....
....
....
....
.... 

Ahad, 2 Ogos 2015

Hari untuk Kawan | Hari Persahabatan

Happy Friendship Day! Hari ini, 2 Ogos 2015 ialah Hari Persahabatan. Sambutan yang diadakan pada setiap Ahad pertama bulan Ogos ini, tidaklah sebesar dan semeriah sambutan-sambutan lain (seperti Hari Ibu dan Hari Bapa). Tetapi, apa salahnya kita raikan.  Dulu-dulu masa di sekolah menengah dan di kampus, rajin juga celebrate dengan kawan-kawan. Sekarang tak sangatlah :)

Credit

Ingatkan Dia - Wings (Easy Chords)


Kord Gitar dan Lirik Ingatkan Dia - Wings (Easy Guitar Chords)
OST Cinta Paling Agung

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am C G G
Am C G

Am
Semenjak awal lagi
C G
Bila ku mengenalimu
Am
Dunia ini serasa
C G
Cuma dalam genggamanku

Sabtu, 1 Ogos 2015

Kad Raya - CT Si Paling Comel

Kad yang paling ditunggu-tunggu sebab si pengirimnya dah beritahu awal-awal kadnya akan tiba. Bercinta jugalah menanti posmen datang setiap hari. Saya terima poskad raya daripada CT Humairah @ Siti Yang Menaip @ sitiroro ni sekali dengan kad si Nana Liena. HAPPY!


Kiriman CT Humairah

OGOS - Apa untuk kita?

Selamat datang Ogos!

Hello Ogos!

Macam-macam ada bulan Ogos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...