728 x 90

Khamis, 29 Oktober 2015

Projek Gula-gula


Projek Gula-gula

Saya sedang siapkan pek gula-gula untuk satu majlis hujung minggu ni. Packaging kita buat sendiri. Lipat-lipat gam siap! Nanti saya tunjukkan tutorialnya. Boleh jadi inspirasi untuk party planning especially yang melibatkan anak-anak kecil :)

Pada masa yang sama, tengah siapkan hadiah-hadiah. Senang nanti kita pos sekali harung semua. Rakan-rakan, adik-adik yang rasa saya ada hutang hadiah,...hadiah top commentator ke,..Jom Cuba Nasib ke,...sabar ye...tunggguuuuuuuu! :)



Resepi Mudah Telur Bungkus

Semalam masak lauk sup cendawan. Nak lawan dengan apa ye? Nak masak sayur, dalam sup cendawan tu dah ada celery. Fikir punya fikir, buat telur bungkuslah. Ini version paling mudah. Super simple!

Bahan-bahan untuk inti:
  • 2 - 3 batang sosej (hiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar sayur campur (mixed vege). Dalam freezer tak ada mixed vege, saya guna kacang pea je. Boleh juga jika nak guna lobak merah yang didadu. Ikut citarasa masing-masing :)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • beberapa helai daun limau
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air masak

Selasa, 27 Oktober 2015

Happy Belated Birthday To You,..to you and to you!

Hujung minggu lepas sempatlah blogwalking ke sana ke sini. Sambil-sambil menjengah, baca entri kawan-kawan dan adik-adik,...saya came across beberapa rakan blogger yang sambut birthday. So I guess a belated birthday wish is in order.
 
Happy Belated Birthday!

Widget Top Commentators yang Berfungsi (Bahagian 2)


Baiklah, seperti yang saya janji dalam entri terdahulu, kita nak edit script Widget Top Commentators supaya dapat paparkan bilangan komen hanya untuk bulan yang berkenaan sahaja. Tetapi, awal-awal lagi saya ingatkan, kita kena edit script ni setiap hari jika nak bilangan komennya dipaparkan secara tepat.

Buka widget Top Commentators untuk diedit.

Widget Top Commentators yang Berfungsi

Jeling sedikit dekat sidebar saya. Setelah hampir sebulan saya biarkan widget Tetamu Hebat tersadai kosong begitu sahaja, akhirnya dengan bantuan Kanda SS,...diulangi Kanda SS, 12 nama Tetamu Hebat kembali muncul menyerikan menara saya ini.

Memang script yang lama dah tak berfungsi. Rata-rata ramai rakan blogger hadapi masalah yang sama. Jadi, saya merengeklah dekat SS minta tolong. Siap merengek bagi pihak adik-adik yang lain lagi! Kelip-kelip mata pandang Sal Torres, Syida dan Ekin ;)

OK. Mari kita godek apa yang patut!

Langkah 1:
Klik pada pautan ini
Credits to Tien Nguyen.

Isnin, 26 Oktober 2015

Resepi Mudah Gulai Lemak Udang

Resepi gulai lemak udang saya ni versi simple campak-campak je.


Resepi Mudah Gulai Lemak Udang

Happy Graduation Muffin Gift Set

Seawal pagi Sabtu, saya dah menyibukkan diri di bilik kraf. Buat mortar board. Ala topi empat segi untuk convocation tu :)

Mortar board siappppp!

Ahad, 25 Oktober 2015

Twinkle Twinkle Little Star (Easy Guitar Chords)

This is the easiest one. Untuk nyanyi nyanyi dengan si cilik.

Credit

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

C                  C          F      C
Twinkle twinkle little star
F                 C         G           C
How I wonder what you are
C            F           C             G
Up above the world so high
C            F            C          G
Like a diamond in the sky



C                  C          F      C
 Twinkle twinkle little star
F                 C         G           C
 How I wonder what you are

Jumaat, 23 Oktober 2015

Econsave tau!

Assalamu'alaikum,
Nak ucap selamat berhujung minggu.
Selamat beristirahat.
Selamat meluangkan masa bersama keluarga.

Sambil tu nak kongsi satu gambar.
Ini semasa buat ulang kaji Bahasa Inggeris Tahun 2 hari Rabu baru-baru ni. Salah satu jawapan anak cilik saya, A.I.


Econsave tau! Ejaan betul dan tepat tuh! Mesti dia selalu ikut mak ayah gi shopping kat sana. Tak apalah. At least dia tahu kalau nak beli barang pasar kena pergi Econsave! Haaa,...sambil gelak dan senyum tu, mohon titip doa untuk anak-anak cilik ini. Moga dapat jawab periksa dengan baik dan beroleh keputusan yang cemerlang.

Pssst! Insya-Allah hujung minggu ni saya datang bertandang. Tungguuuuuuu!


Khamis, 22 Oktober 2015

Tutorial Kraf Kertas - Washi Tapes Fridge Magnet

Saya pernah tunjuk Washi Tapes Fridge Magnet melalui entri Fridge Magnet Pejam Sebelah Mata (Sila baca di sini.)

Washi Tapes Fridge Magnets
Memang boleh pejam sebelah mata jika nak hasilkan fridge magnet sebegini. Alat dan bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:

Rabu, 21 Oktober 2015

Cik Farrah Mather Father?

Semasa membalas-balas komen di blog, saya tersenyum lebar baca komen yang satu ini. 
Komen dari siapa? Dari lalat yang disenangi.
Hihihi siapa lagi kalau bukan Wak Tiga Lalat.





Nampak tak wak memanjangkan nama saya? Farrah MF dah jadi 'Farrah Mather Father'.
Nak tahu asal usul gelaran 'Farrah Mather Father' ni kena intai (dan gigih membaca di ruangan komen) entri Kanda SS di sini. Saya share gist je.

Wordless Wednesday - Joy | Ambi Pur


Tebus Woop lagi =)


Selasa, 20 Oktober 2015

Tamar Cocoa daripada Athirah Diyana

Hujung Ogos yang lalu, semasa blogwalking ke blog Athirah Diyana, cik adik ni tawarkan 5 Free Sample Tamar Cocoa kepada 5 tukang komen terawal. Alhamdulillah, saya salah seorang daripadanya  =)

Sebenarnya, sudah beberapa minggu saya terima Tamar Cocoa daripada Athirah. Tetapi lambat tulis entri. Ini kali pertama saya cuba Tamar Cocoa. Not bad! Kaya dengan rasa coklat. Campurannya boleh tahan pekat. Yummmyyyy!

Hiasan untuk Handmade Card - Bunga Hitam Putih

Projek malam minggu lepas. Saya perlu siapkan kad dengan tema hitam putih. Setelah difikir-fikir apa hiasan yang sesuai, saya putuskan untuk buat bunga hitam putih menggunakan craft punches yang ada. 

Dua saiz, bunga besar berukuran 7.5cm dan bunga kecil 1.8cm

Merdu Mellifluous

Hari ni kita belajar perkataan baru, OK? Baru-baru ni baca novel, jumpa perkataan mellifluous. Ini antara perkataan yang saya suka (err,..tetapi jarang guna) sebab bagi saya perkataan tu sendiri 'cantik', sedap dan sesuai sangattttt dengan maknanya. Saya sertakan terjemahan google saja ye.


Isnin, 19 Oktober 2015

Resepi Acar Ikan Masin

Antara hidangan acar kegemaran saya :)

Acar Ikan Masin

Resepi Acar Ikan Masin

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan masin. Kuantiti dan jenisnya terpulang pada kalian. Boleh gunakan ikan kurau, talang atau apa sahaja ikan masin yang ada.
  • 10 ulas bawang putih (biarkan seulas begitu, tak perlu dihiris)
  • 3 sentimeter halia (dihiris nipis memanjang)
  • 1 senduk cili kisar/cili giling
  • segenggam kecil cili api
  • beberapa tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 4 - 6 sudu besar cuka putih *
  • 4 sudu besar gula *
  • minyak masak secukupnya untuk menumis

Kakak Warden Besar Hati, Terima Kasih Siti

Ada apa dengan kakak warden?

Sebenarnya kisah warden ni lebih kepada inside jokes antara CT Roro a.k.a Siti Yang Menaip (SYM), Sis JM, Kanda SS dan saya. Konon-kononnya saya nilah ahkak warden untuk CT Roro. Tak de warden mana pun,.. anak jagaan dah sampai Down Under. Merata dia pergi peluk koala, bertinju dengan kangaroo bagai,.. saya masih kaki kejap melekat kat Malaysia. Belum campur cik adik ni hantar whatsapp, sepuluh hari lepas tu baru saya bukak. Huhuhuh tragis sungguh! Sorry, CT. You know I still love you, rite?

Apa yang buat hati akak warden ni berbunga-bunga adalah apabila tiba-tiba terima sekeping poskad dari luar negara. Yabedabeduuuuuu! Ini poskadnya.

Poskad daripada SYM

Ahad, 18 Oktober 2015

It's A Small World (Easy Guitar Chords)

Saya sekarang dalam proses kumpul guitar chords lagu kanak-kanak. Lagu ini antara lagu kegemaran anak-anak cilik saya untuk tahun ni. Selain Nak Tak Bina Orang Salji dan Let It Go (yang kami nyanyi dalam Bahasa Malaysia, English dan Bahasa Indonesia), It's A Small World kerap jadi pilihan kerana turut dinyanyikan dalam versi Bahasa Jepun.


Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

             C                                    G
It's a world of laughter, a world of tears
              G                                    C
It's a world of hopes, it's a world of fear
                                                   C              
There's so much that we share
                 F                  Dm
That it's time we're aware
               G                          C
It's a small world after all


Jumaat, 16 Oktober 2015

Donut Malt Berkeju

Salam Jumaat!
Semalam semasa keluar membuat beberapa urusan, Bott terliur tengok donut di King's. Donut bersalut gula yang biasa kita makan tu. Cuma saiznya agak besar dan nampak fluffy. Bott teringin nak beli. Harganya sebiji RM2.10 ke RM2.20. Belum sempat Bott nak ambil dulang, butang alarm 'skinflint' kat dalam kepala saya dah bergema! Whattttt?! RM2 untuk donut biasa? Tambah sikit lagi duit, dah boleh dapat Big Apple atau JCo. Selalunya bab makan saya tak berkira sangat, tapi donut simple begini sampai dua ringgit lebih,...basic ingredientsnya murah je kot. 

Saya tanya Bott betul-betul teringin ke? Bott dah buat muka seposen. Kawan baik saya ni memang pantang nampak donut! Donut yang fancy-fancy macam Big Apple tu dia tak heran sangat. Donut simple bergula yang jadi pojaan hati. Itupun setiap kali makan, dia akan katuk-katuk, kikis-kikis gula kat donut. Tak suka manis sangat, gulanya biar sedang-sedang aja. Jadi, bayangkanlah betapa saya rasa macam tak berbaloi je beli donut-gula-bakal-dikikis dengan harga dua ringgit lebih sebiji.

"Tak pe. Esok saya buat sepuluh biji untuk awak! Lagi puas makan!" 

Rabu, 14 Oktober 2015

Wordless Wednesday - Lagi 3 Nama


Pemenang Hadiah Saguhati Jom Cuba Nasib Peribahasa

Innallaha Ma'ana - Medina feat. Pipik (Easy Guitar Chords)

Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru 1437H.
Hari ini saya nak kongsi lagu dan chords lagu kumpulan Medina dari seberang. Bagi yang tidak tahu, anggota Medina ni sebenarnya kumpulan Matta yang dahulu popular dengan lagu Ketahuan dan Jatuh Cinta Lagi. Sekarang mereka tampil dengan imej baru dan konsep muzik bersifat ketuhanan. Saya suka lagu ini. Sangat sangat menyentuh perasaan.


Lirik dan Kunci Gitar  Innallaha Ma'ana - Medina feat. Pipik

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.



Am               G                Am    E
Di saat kau merasa sendiri
                      F         G          C                E
dan kau merasa ada sesuatu yang hilang
            Dm                         Am
kau merasa lelah dan merasa lemah
                        F                             E
cemas dan gelisah menghantuimu

Selasa, 13 Oktober 2015

Jom Cuba Nasib - Si Pakar Peribahasa

Assalamu'alaikum, 
Susulan kepada entri Jom Cuba Nasib - Peribahasa yang berlangsung sepanjang hujung minggu lepas.

Not bad! Ramai jugak yang sudi memerah otak jawab soalan peribahasa PT3. Seramai 9 orang berjaya menjawab dengan tepat! Yang lain-lain tu adalah selisih satu atau dua jawapan. Kebanyakannya keliru dengan soalan nombor satu dan nombor empat. 

Jawapan tepat untuk nombor satu ialah 'bertikam lidah', bukan 'lidah lebih tajam dari pisau' atau 'kerana pisau lidah terluka' (angkat kening Ziana Zain sambil pandang Arz) Yang pergi letak pisau dekat dengan lidah tu kenapa? ;)  Jawapan untuk soalan keempat pula ialah 'di mana ada gula, di situ ada semut', bukannya 'mati semut kerana gula'.

Isnin, 12 Oktober 2015

Terima Kasih, Yana Yani!

Entri permulaan minggu ni entri penghargaan buat adinda Yana Yani (YY). Alhamdulillah, akhirnya hadiah titipan YY selamat sampai ke tangan akak :)

Hadiah Penghargaan daripada Yana Yani (YY)


Sebenarnya, sudah lama pemilik blog Diari Seorang Mama kirimkan hadiah ni sebagai tanda penghargaan. Tetapi, lambat rezeki saya untuk menerimanya. Memang dah berbulan-bulan! YY siap dah bersedih berduka memandangkan rata-rata teman blogger lain dah dapat kirimannya, saya je masih dalam mode menunggu dan tertunggu-tunggu. Kiriman YY ni tumpang tidur rumah adik posmen barangkali ;)

Ini yang saya dapat!

Jom Cuba Nasib - Peribahasa

Kemas kini 12 Oktober 2015.

Assalamu'alaikum. Selamat memulakan minggu baru! Terima kasih pada yang sudi cuba nasib dengan soalan-soalan peribahasa di bawah ni. Nanti saya release jawapan dan siapa yang menang ye. Till then, have a majestic day!
-----------------



Assalamu'alaikum. Terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi datang ke mari, baca entri, tinggal komen. Buat masa ini, saya sibuk sedikit membantu anak-anak didik buat persediaan untuk PT3 dan peperiksaan hujung tahun. Jadi, blog memang agak terabai. Bagi yang ada bertanya soalan berkenaan guitar chords, kraf atau resepi tu, mohon bersabar. Saya akan reply secepat mungkin.

Sementara saya tiada di tower ni, jom cuba nasib dengan main teka peribahasa! Ini merupakan salah satu contoh soalan peribahasa untuk kertas BM, PT3. Melalui gambar yang diberi, kalian kena teka apakah peribahasa sesuai.

Ada berani?

Ahad, 11 Oktober 2015

Ulang Kaji PT3 Bahasa Malaysia

Assalamu'alaikum,

A quick update. Di bawah ini pautan-pautan dari FunCrayons EduSpace buat anak-anak yang bakal menempuh PT3 minggu hadapan.


Kredit dan ucapan terima kasih buat Mooja, Diha dan Rie-Rie kerana bersungguh-sungguh mengemas kini FunCrayons EduSpace. I am very very grateful to have you all around. Kerja rajin-rajin ye. Insya-Allah, ada rezeki, ada bonus untuk kalian. Balas dan respons komen-komen anak-anak yang perlukan bantuan/bimbingan dengan segera. Komen-komen merapu, sila abaikan. That's why 'comments moderation' exists in the first place ;)

 

Rabu, 7 Oktober 2015

THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY

Assalamu'alaikum. Happy Wednesday! Mari kita sertai segmen anjuran Namy bersempena anniversary blognya yang pertama :)

Klik pada banner :)

Apa yang menanti anda?
5 blog bertuah akan kekal bertepek di sebelah kanan bloglist The NAMY Blog selama setahun. 
3 blog review.

Segmen bakal tamat pada tengah malam 31 Oktober 2015


Resepi Telur Goreng Berlada

Hidangan telur goreng berlada yang menjadi kegemaran keluarga saya. Mudah dan cepat disediakan. Rasa-rasa dah bosan makan daging atau ayam, kita beralih ke hidangan telur pula :)

Telur Goreng Berlada

Isnin, 5 Oktober 2015

Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 2)

Entri ini merupakan entri susulan untuk Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 1)


Pada Bahagian 1, saya dah kongsi main decorations untuk tema BAT ni. Kita ada main frame, photo booth props, double-sided frames with quotes and mini banner. Selebihnya yang saya tunjukkkan ialah minor details untuk lengkapkan lagi majlis :)




Ahad, 4 Oktober 2015

Snek Gatal Gigi - Kuaci Sangai

Buat stok untuk kunyah-kunyah. Kuaci :)


Saya gunakan:

  • 100g sunflower seeds
  • 50g melon seeeds

Langkah-langkah mudah penyediaan:

  1. Sangai (dry toast) atas kuali leper dengan api sederhana perlahan hingga warnanya bertukar keperangan. Jangan lama sangat, nanti hangit pula. Dalam 3 ke 5 minit. Once bau nutty dah naik, boleh padamkan api.
  2. Taburkan garam secukup rasa. Gaul sekata.
  3. Biarkan sejuk. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara.

Projek Kraf Malam Minggu

Salam Hujung Minggu!
Beberapa hari tak sempat jengah blog. Semangat berkobar-kobar nak blogwalking terpaksa ditangguhkan sebab something turned up yang memaksa saya sibuk di luar. Hari ni baru boleh tarik nafas lega. Apa lagi, santai di bilik kraf lah jawabnya! Kemas barang,..potong itu,...tampal ini,...

Kertas Kraf

Jumaat, 2 Oktober 2015

My Minions - Tetamu Hebat September





...........
...........
...........
...........
...........
...........
...........
...........


Dengan gembiranya, saya memperkenalkan minion-minion hebat saya untuk bulan September!

Khamis, 1 Oktober 2015

Persahabatan Minions


Credit


Bukan tempoh masa yang menjadi tali pengukur sebuah persahabatan,
tetapi 
siapa yang datang,
hadir,
setia temani kita,
dan tidak tinggalkan kita.



Psst! Nak berkenalan dengan minions? Tungguuuuuu!


Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Salam 1 Oktober!

Sekitar minggu perayaan Hari Raya Qurban, jari saya digigit oleh kucing kesayangan. Tak teruk dan tak luka pun tapi terbenamlah sikit giginya yang tajam tu. Si Yuri ni memang jenis suka cakar dan suka gigit. Saya pernah ceritakan di entri ...tapi dia tak calarkan hati kita. Dah biasa kena. Di rumah ni pun, saya seorang je yang berani nak usap, peluk atau gomol dia.

Cuma kali ini, saya cuai. Saya lupa nak bersihkan tangan yang digigit. PENTING! Perkara pertama yang kita kena buat apabila digigit atau dicakar kucing ialah bersihkan luka dengan air yang bersih. Tengok separah mana kecederaannya. Kemudian sapulah dengan antiseptik seperti Betadine. Jika teruk, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bab luka gigitan dan cakaran kucing tak boleh pandang enteng.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...