728 x 90

Jumaat, 30 Disember 2016

Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Assalamu'alaikum,
Selamat menempuh Jumaat terakhir 2016!
2016 dah nak jadi sejarah. Alang-alang nak sambut 2017 ni, jom kita sertai Giveaway Planner 2017 by @papernplanner. Giveaway ini anjuran LZ, pemilik blog Whatever Apa-apa Sahaja.

Klik banner di bawah.
Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Saya suka berkunjung ke blog LZ ni sebab kami berkongsi minat yang sama i.e. DIY & Kraf. Selain entri-entri berkenaan planner, kraf dan DIY, Whatever Apa-apa Sahaja ada banyak perkongsian menarik on lifestyle, recipes and useful infos. Macam-macam ada! Blognya kemas dan simple. Sejuk dan tenang je apabila blogwalking ke sini.


Saya tag:

Siti Nurzafirah
dear anies
dorsett pink

Cepat! Cepat! Tarikh tutup penyertaan - 7 Januari 2017

 

Chords Bila Benar Sayang - Bagindas

Pertama kali dengar lagu ini pada bahagian chorusnya, terus jatuh cinta! Lagu mellow begini, sesuai bangat untuk santapan pendengaran saya. Tenang je buat kerja sambil layan blues + mood jiwang. πŸ˜ƒ  Video klipnya pun not bad. Kalau nak tengok, cari di Youtube ye.

Untuk kunci gitar Bila Benar Sayang ini, chords telah ditukar kepada C. Senang sedikit nak main compared to the original chords yang ada F#m, Gm dan Bm. Boleh kira easy chords lah kan. Oh, lupa,..ada Fm. Tapi jangan risau. Tak susahpun. 

Fm yang standard is a barre chord. Jadi, untuk beginner baru-baru nak lentur jari, saya cadangkan guna version yang paling simple, paling senang.

Rabu, 28 Disember 2016

Wordless Wednesday - Om Telolet Om


πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜

Buat Sandwic Cendawan

Siapa suka sandwic cendawan? Sedap kan? Nak buat pun mudah sahaja. Ikut citarasa masing-masing. Untuk inti sandwic cendawan di bawah, saya gunakan cendawan shitake, lada benggala hijau dan bawang besar. Seasoning saya guna sedikit garam, serbuk lada hitam dan sos tiram.

Bersedia untuk 'dikapit' dengan roti :)

Mula-mula, hiris semua bahan. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Tumis bawang hingga naik bau dan caramelized. Masukkan pula cendawan dan lada benggala. Perasakan dengan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Alternatively, jika tidak mahu menggunakan sos tiram, boleh letak sedikit kicap bersama lada hitam atau guna Worcestershire sauce.

Hidangkan dengan roti pilihan yang dibakar dengan sedikit sapuan mentega. Selalunya saya makan begitu sahaja. Dah sedap dah! Jika suka, bolehlah tambah sos cili, mustard dan mayones. 

Selasa, 27 Disember 2016

Chords Segalanya - Haqiem Rusli (Easy Chords) OST Lara Cinta Ameena



Kord Lagu dan Lirik Segalanya - Haqiem Rusli (Easy Chords) 
OST Lara Cinta Ameena 

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am G F
Am G F


Am G F
Hampir pernah ku cuba sesali
Dm G C
Kerna telah memberikan segalanya
Dm G C Am
Siapakah diriku sebenarnya di hatimu
F E
Atau sekadar sandaranmu

(*)
Am G F
Saat ku mulai menyedari
Dm G C
Perasaanku tak pernah dipeduli
Dm G C Am
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
F E
Apa ku tak punya harga

Ahad, 25 Disember 2016

Chords Jadi Aku Sebentar Saja - Judika (Easy Chords)

Ini antara lagu kegemaran saya sekarang. Budak-budak ngamen dekat area rumah saya suka bangat nyanyi lagu JASS ni 🎸 Tau-tau, saya pun turut sama hum lagunya. Dengar je terus jatuh hati especially pada lirik. Lirih sangat bila dia suruh kita jadi diri dia, berada dalam posisinya, fahami apa yang dihadapi walau untuk sebentar saja. Enjoyyyy the chords! Ini versi yang paling simple. So, tak ada bahagian interlude. Saya main tangkap apa yang budak-budak tu main je.😊


Kord Gitar | Kunci Gitar Lagu JASS (Jadi Aku Sebentar Saja) - Judika

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
Am F G C
F Dm Am


Am F G C
Telah lama kau tinggalkanku
Dm F E
Sempat sia-siakan aku
Am F G C
Pergi jauh titipkan perih
Dm F E
Tak sedikitpun peduli

Jumaat, 23 Disember 2016

Terpotong!!!

Terpotong? Apa yang terpotong?


Nampak tak? Nampak tak? Saya sengaja letak kusyen pink kat bawah tu biar jelas sikit bahagian yang terpotong. Ahaks!!!

Agak-agak Yuri tahu tak telinga dia kena potong? πŸ˜†

Rabu, 21 Disember 2016

Wordless Wednesday - Birthday Frame




Titipan Kembara SS HH Sis JM

Jumaat lepas, Cekebon telefon cakap ada slip poslaju untuk saya. Kebetulan, hari tu saya memang balik rumah. Tertanya-tanya juga daripada siapa. Kalau diikutkan, boleh claim keesokan harinya. Tapi, dah saya tersembam terjelepok depan kedai (baca catatan clumsy saya di sini), niat nak claim parcel terpaksa tangguh dulu. Rasa ingin tahu yang membuak-buak pun kena kasi cool down :)

Mujurlah sebelah malamnya SS Whatsapp, inform yang ada hantar something. Berbunga-bunga hati ni. Terharu pun ada. Isnin pagi, terus berdesup pergi pejabat pos.

Inilah kiriman yang saya terima! Bukan daripada SS seorang,.. ini titipan kembara tiga orang! SS, HH dan Sis JM. Wah, sejak jadi sahabat kembara bertiga ni, macam-macam projek you all buat secara kolaborasi ye! Buat GA, buat combined parcels and gifts. I suka! I suka!


Ahad, 18 Disember 2016

Nursery Rhymes - Five Little Monkeys Jumping On The Bed

Sebenarnya banyak chords lagu kanak-kanak dan nursery rhymes yang nak dibuat entri. Tapi, kekangan masa buat semuanya tergendala. Hari ni saya share Five Little Monkeys Jumping On The Bed


Tonton video lagunya di sini.


Chords Five Little Monkeys Jumping On The Bed

C G7
Five little monkeys jumping on the bed
                      
C
one fell off and bumped his head.
                                                
G7
Mama called the doctor and the doctor said,
                           
C G7 C
"No more monkeys jumping on the bed!"


Continue with 'Four little monkeys…'

Continue with 'Three little monkeys…'

Continue with 'Two little monkeys…'

Continue with 'One little monkey…'




Jumaat, 16 Disember 2016

Yindia Segmen Untuk Bloggers & Instagrammers

Jommmmmm sertai ramai-ramai! :)

Klik banner di atas ye...


Bila Jalan Tak Pakai Mata,...


Kisah pagi Jumaat,..
bila jalan tak pakai mata,
tak pandang-pandang,
tiba-tiba,...
Eh, lantai hilang?!

Gedebukkkkk!
...dan  gempa kecil dirasakan di kawasan berhampiran 😣

Kaki 'terpeleot' :(

Mujur ada PAMOGA ehhhh,... PERSKINDOL!

Selamat Berhujung Minggu!


Selasa, 13 Disember 2016

Buku Sticker Bertema | Aktiviti untuk Anak-anak

Assalamu'alaikum, 
Sebelum ini saya ada tulis mengenai buku pelekat yang saya beli di Mr. DIY untuk projek kraf dan bahan aktiviti si cilik. Baca mengenainya di sini.


Buku sticker yang diborong ;)

Dua daripadanya yang bertemakan haiwan liar dan haiwan laut akan saya gunakan sebagai material pembelajaran Bahasa Inggeris anak didik saya. Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak prasekolah, Tahun 2 dan Tahun 3.

Isnin, 12 Disember 2016

Thumbprints Tree Tetamu Hebat November

Assalamu'alaikum,
Terlambat lagi nampaknya saya buat entri penghargaan Tetamu Hebat bulan lepas. Sorry.
Better late than never, right?!

Jom tengok siapa yang kerap datang menyerikan FAMF Tower sepanjang November.


Isnin, 5 Disember 2016

Resepi Slow Cooker - Nasi Bukhari Ayam

Assalamu'alaikum, hari ini saya kongsi satu lagi resepi mudah - Nasi Bukhari Ayam. Kebetulan, hari saya masak hidangan ni, team kerja saya datang berkunjung ke rumah. Dengan saya seorang diri, tak larat nak prepare macam-macam sangat. Jadi, nasi ni saya masak menggunakan slow cooker. Di tempat baru sekarang, memang saya lebih gemar masak one pot meal guna slow cooker. Sediakan apa yang patut, campak-campak, tekan ON. Balik kerja dah ada makanan panas sedia menanti! 

Untuk sediakan Nasi Bukhari Ayam yang mudah, super simple,...saya gunakan  Perencah Nasi Daging Iman. Bukan buat from the scratch ye. Harganya RM2.70 sebungkus. Tapi masa saya beli di Tesco, tak silap RM2.35 ke RM2.45 sepek. Siap beli berbungkus-bungkus buat stok.

Inilah rupanya,...

Sabtu, 3 Disember 2016

Nescafe Kopi Pandan | Logitech x100 | Sandisk Ultra Dual Drive

Ada apa dengan tiga item di atas? Haaa,..sebelum ini, saya ada tulis mengenai Box of Joy yang diterima daripada LAZADA. (Boleh baca mengenainya di sini.). Macam-macam yang saya dapat! Dalam banyak-banyak barang awesome yang diterima, saya paling suka, diulangi,...PALINGGGG SUKA tiga produk ini πŸ˜ƒ



I am  a coffee lover. Jadi, bila terima kopi pandan ni, senyum sampai ke telinga! Penggemar kopi seperti saya memang harus cuba rasa Nescafe White Coffee Pandan. Sebelum ini, saya quite sceptical. Best ke? Saya suka rasa dan aroma daun pandan dalam makanan but I don't want to have that strong essence in my coffee. Saya silap. Kopi + Pandan = SEDAPPPPPPPP!

Minum petang dengan Nescafe White Coffee Pandan

Selasa, 29 November 2016

Jerami Cempedak Goreng

Haiiiiiii! Assalamu'alaikum.
Bersiaran sekejap hari ni. Lepas lunch nak keluar, ada urusan di luar.
Sebelum tu siapkan something for tea untuk yang tinggal di rumah dulu.


Bersedia untuk digoreng :)

Rabu, 23 November 2016

Wordless Wednesday - Movie Night Party Theme



Resit Jadi Points dengan MANIS | Gajah Borneo


Pernah dengar aplikasi MANIS tak? Manis ni sebenarnya satu program yang boleh tukar perbelanjaan kita kepada points. It's a kind of loyalty program lah. Cukup points, kita boleh tebus dengan mana-mana item yang berkenan di hati.

Saya tahu mengenai Manis daripada seorang teman bulan lalu. Found it interesting tapi tak sempat nak buat apa-apa. Busylah kononnya, so malas nak explore. Awal bulan ni baru tergerak hati  installed aplikasi Manis  dalam phone.


Selasa, 22 November 2016

Borong Sticker Books

Assalamu'alaikum, 
Hampir seminggu tak bersiaran. Rindu pulak dekat blog ini. Hari ini saya nak tunjuk buku sticker yang saya borong di Mr. DIY.

Tattadaaaaaaaa! ☺

Ada 6 buah semuanya. Pelekatnya cantik-cantik. Warna pun meriah. Tak pudar. Setiap buku pelekat ada tema tersendiri. Saya beli Cuddly Bear (2), It's Party Time (1). Owls (1), Sea Animals (1) dan Jungle Animals (1). Sesuai sangat jadikan hiasan (embellishments) untuk buat kad πŸ˜‰ Oh, yang Sea Animals dan Jungle Animals tu pula untuk dijadikan bahan mengajar tahun hadapan. 

Selasa, 15 November 2016

Guitar String Winder

Satu lagi item yang saya beli menggunakan e-coupon LAZADA (baca mengenainya di sini). Guitar string winder. Apa kegunaan guitar string winder ni? Alat untuk memudahkan kita tukar tali gitar. Jika tidak menggunakan alat ini, akan ada elemen terkial-kial dan puas berpenat lelah memusing pegs ketika membuka dan memasang tali gitar hihihi



Milik saya :)

Isnin, 14 November 2016

Keriangan Dalam Box of Joy | Lazada Online Revolution

Assalamu'alaikum. Selamat memulakan minggu baru. Siapa kat sini suka  online shopping? Suka sale? Dah pergi intai-intai dan jamu mata di LAZADA ke belum? Sekarang ini, sedang berlangsung JUALAN ONLINE REVOLUTION di LAZADA. Pelbagai barangan yang dijual dengan harga hebat! Siap ada potongan diskaun kaw kaw lagi!


Bersempena JUALAN ONLINE REVOLUTION ini,  saya terima 'Box of Joy' daripada LAZADA. Memang satu kotak yang 'full of joy'! Keriangan berganda-ganda gitu! :)

Sabtu, 12 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Assalamu'alaikum, mehla kita join GA yang julung kali dianjurkan oleh dua kaki kembara glamer fohpular nih! Terbandat [sila baca 'terperanjat'] sekejap bila tengok kat dashboard ada banyak entri Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel. Wahhhh,....sudah maju bertapak-tapak! Buat joint GA pulak ye :)

Klik baner untuk join :)
Syarat penyertaan sangatlah mudah dan GA ini akan berlangsung selama sebulan - 071116 - 071216.

OK, dengan senyuman, saya menyertai GA ini. ('menyertai' tuh! Ayat konon skema ditujukan khas buat cik ah kak berdua ni, ahaks!) Dengan senyuman juga, saya tag - Adinda Melissa Muklis


Chords Lebih Sempurna - Syamel AF

'Lebih Sempurna' merupakan single kedua daripada Syamel AF. Masih mempertaruhkan irama balada, lagu sedih jiwang sebegini memang kenalah dengan suara dia. Saya suka the huskiness of his voice. Lenggok suara dan cara dia bawa lagu ni pun memang best!

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

Kord Gitar dan Lirik Lagu Lebih Sempurna - Syamel AF (Easy Chords)

(Intro)
Am E Dm E Am

Am Em F C
Ombak laut angin bayu
Dm E
Menemaniku di kala terkenang dirimu

Am Em F C
Manis indah dalam cinta
Dm E
Tak pernah kusangka kau pergi hanya kerana
Am 
Dia

Jumaat, 11 November 2016

Clear Stamps Beli di LAZADA

Sebelum ini, saya pernah tulis entri mengenai penebusan e-coupoun LAZADA menerusi Woop. Saya ada tiga pembelian yang boleh dibuat menggunakan 3 e-coupon bernilai RM10 setiap satu. Dua daripadanya guna untuk beli aksesori Si Kapok, satu lagi beli barang nak buat kraf :)

Apa yang saya beli?


Hehehe kononnya nak tambah-tambah koleksi. Senang buat kad nanti. Harga termasuk kos penghantaran - RM15. Jadi, dengan e-coupon, saya hanya bayar RM5! Berbaloi-baloi!

Produk ni daripada China. Makan masa seminggu lebih jugalah untuk sampai. Dari segi kualiti, lebih kurang sama dengan clear stamps yang saya biasa beli di POPULAR. Boleh baca mengenainya di sini.

Dah sampai!
Saya suka dengan setiap stamp dalam set ini. Cuma satu je yang 'peheng' sikit - YOU ARE MY HAPPY ;) Maklumlah, kalau beli barang dari sana, kena hati-hati sedikit dengan ejaan dan penggunaan Bahasa Inggerisnya. Setakat satu stamp, saya pejam mata dan terus check out sebab yang selebihnya cantik-cantik.

Bagi yang berminat, bolehlah cari di LAZADA ye. Gunakan kata kunci 'clear stamps' dalam carian kalian. Then, pilihlah mana yang berkenan ikut bajet. Biasanya clear stamps kita boleh dapat semurah RM5 hinggalah ke seratus lebih. Bergantung pada saiz stamps dan kualitinya. Macam yang saya beli di atas, jika dibeli di POPULAR, harganya lebih kurang RM7-8. Jadi, RM15 dengan kos delivery sampai ke depan pintu rumah kira sangat berpatutan.

Haaa,..sempena Online Revolution ni, rebutlah peluang dapatkan barang-barang yang diingini dengan harga hebat! Bukan setakat clear stamps, macam-macam lagi ada! Klik sahaja banner di bawah.


SELAMAT MEMBELI BELAH!

Khamis, 10 November 2016

Carebears Tetamu Hebat Oktober

Assalamu'alaikum,

Rasa macam baru je masuk bulan November, tau-tau dah 10hb! Dah seminggu lebih kita dalam bulan November. Fuhhh! Time flies very-very fast! Dah sepertiga bulan, baru sempat nak buat entri Tetamu Hebat. Biar lambat, asalkan ada juga entri penghargaan buat teman-teman yang rajin singgah tinggal jejak, tinggal komen meskipun saya kurang berblogging belakangan ini.

OK, without further ado, here's my Tetamu Hebat Oktober 2016!

Klik untuk paparan lebih besar.

Jumaat, 4 November 2016

Rosie's Clear Stickers

Bulan lepas, saya dan Bott ke Tesco Kepong di Kepong Village Mall. Kebetulan, Mr. DIY di sana baru sahaja dibuka. Apalagi, memang lepas makan, ke sanalah saya heret Bott. Kita terjah Mr. DIY dulu :)

Dah namapun kedainya baru buka, banyaklah stok barang-barang. Macam-macam ada. Masa nilah syok nak memborong! Hehehe,..Konon nak intai-intai je, tapi ended up dekat 45 minit jugalah kami di dalam tu. Saya seperti biasalah, cuci mata di bahagian kraf, barang-barang parti dan stationeries. Si Bott pula hilang antara aisles barang-barang keperluan rumah. 

Rosie's Clear Stickers ini antara pembelian berbaloi saya. Berkualiti pelekatnya. Designs pun colourful, cantik dan menarik. Sesuai untuk buat scrapbook. Harganya sangat berpatutan. Satu pek hanya RM3.70! Best kan?!


Rabu, 2 November 2016

Wordless Wednesday - Minum Petang




Chords Wahai Kekasih - Katahati (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar dan Lirik Lagu  Wahai Kekasih - Katahati 
OST Suri Hari Mr. Pilot

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am E F C
Dm Am E

Am E
Cinta ini hanya untukmu
F C
Cinta ini hanya milikmu
Dm Am
Takkan mungkin aku bertahan
F E
Bila berpisah dengan kamu

Selasa, 1 November 2016

Resepi Smoothie Avokado

Avocado Smoothie

Avocado smoothie merupakan antara smoothie kegemaran saya. Rasanya hampir setiap pagi, on my 'hari tanpa kopi', saya akan buat avocado smoothie. Lagipun, di tempat baru saya sekarang, mudah sangat nak dapatkan stok alpukat. Kedai kat hujung jalan ada jual. Boleh buat delivery untuk orang malas bergerak macam saya pulak tuh! Hanya satu panggilan, beberapa biji buah alpukat selamat sampai ke doorstep! :)

Isnin, 24 Oktober 2016

Siapkan Syawal Scrapbook

Belakangan ni, saya lebih gemar buat scrap page (untuk scrapbook) apabila ada masa terluang. Sibuk-sibuk  mengemas barang di bilik kraf, nampak kertas dan embellishments yang cantik, terus rasa nak buat scrap page. Lagipun, banyak projek scrapbook saya yang tertunda :)

Kali ini nak mulakan projek scrapbook Syawal saya. Satu page pun tak buat lagi. Saya ada banyak lebihan kertas skrap dan nak gunakan lebihan-lebihan kertas tu untuk buat potongan berbentuk bulat dan scallop. Lagipun, inilah peluang saya nak main-main dengan Diamond Press Tool saya. Boleh baca mengenainya di sini.

Sebab masa saya agak terhad, saya pilih layout yang simple. Putih sebagai latar dengan susunan bentuk bulat dan scallop di atasnya. Kemudian, barulah ditambah dengan gambar dan hiasan kraf yang sesuai. Something simple but nice.

Jumaat, 21 Oktober 2016

Chords Redha - Irfan Haris (Easy Chords) OST Suri Hati Mr. Pilot

Sekarang saya kurang berkesempatan tonton TV. Sekali-sekala je layan cerita kalau ada yang berkenan. Tak pun sambil-sambil lepak borak santai dengan si Bott, pasang jelah televisyen asal ada keluar bunyi. Baru-baru ini, dengar lagu baru yang memancing perhatian kami dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Bott spontaneously cakap yang lagu ni muzik dia macam lagu-lagu Ippo Hafiz.

Masa tu saya tengah check e-mail. Buka satu demi satu e-mail request adik-adik yang ingin easy chords untuk lagu-lagu kegemaran mereka. (Maaf ye, tidak semua dapat akak tunaikan. Sekarang ni, masa untuk berdendang dengan Si Kapok sangat terhad). Kebetulan ada beberapa e-mail yang minta lagu OST Suri Hati Mr. Pilot. Salah seorang daripada mereka did mention yang lagu Redha nyanyian Irfan Haris ini memang ditulis oleh Ippo Hafiz.

Lagunya best. Sedap didengar. Lembut je masuk telinga. Suara Irfan Haris nyanyikan lagu ni pun sesuai sangat. Mendayu-dayu. Siapa yang biasa dan suka dengan karya Ippo Hafiz, tentu akan suka juga lagu ini. Alang-alang saya dah lama tak pegang Si Kapok,...dan dah lama juga tak pos sebarang entri guitar chords,...cubalah buat sekejap chords mudah Redha. 

OK, this is the transposed version. Enjoy the chords!

Khamis, 20 Oktober 2016

Resepi Onion Rings Mudah dan Sedap

Onion rings antara snek kunyah-kunyah kegemaran saya dan Bott. Rasa-rasa tak ada benda nak makan untuk minum petang, buatlah onion rings. Dalam banyak-banyak resepi onion rings yang sudah saya cuba, paling berkenan dengan resepi di bawah ini. Satu, kerana bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah. Ada sesetengah resepi perlu guna serbuk roti untuk hasil yang rangup. Version yang ini tidak perlu.

Dua, saya suka kerana onion rings tidak akan jadi soggy walaupun setelah dibiarkan lama. Memanglah hidangan ini enak dinikmati ketika masih panas-panas. Tetapi, kalau selepas tu ada berbaki, tetap sedap dimakan :)

Selasa, 18 Oktober 2016

Ajar Anak Penjodoh Bilangan Guna Katalog

Ikut pengalaman saya, penjodoh bilangan merupakan antara topik Bahasa Malaysia yang sukar dikuasai oleh si cilik. Satu, sebab skop penjodoh bilangan itu sendiri luas:- (i) lain barang, lain penjodoh bilangannya (ii) satu barang boleh ada beberapa penjodoh bilangan bergantung kepada keadaan. Contohnya: pisang - sebiji pisang, sesisir/sesikat pisang, setandan pisang, sepotong pisang dan secubit pisang.

Dua - si cilik kurang didedahkan secara praktikal. (i) kebiasaannya di sekolah mereka akan hafal penjodoh bilangan sekadar yang termampu (ii) kita sendiri di rumah jarang menggunakan penjodoh bilangan dalam pertuturan sehari-hari.

Untuk kelas bersama murid-murid sekolah rendah, saya gunakan approach yang lebih santai (dan Alhamdulillah berkesan untuk mereka). Saya ajak si cilik pergi shopping! Bukan shopping betul-betul. Shopping dalam kelas juga :)

Apa yang diperlukan:

Isnin, 17 Oktober 2016

Buah Kristal Sarawak

Pernah makan buah kristal? Saya baru pertama kali lihat dan cuba makan buah dari Sarawak ini. Sebelum ini hanya berpeluang rasa buah dabai je. Boleh baca mengenainya di sini

Inilah rupanya buah kristal atau longan kristal. Tumpang rezeki Cekebon. Kawan baiknya bawa pulang dari sana. Satu plastik jugalah kami dapat.


Mula-mula saya pandang sepi je. I was under the impression yang itu buah kedondong atau sepupu sepapatnya. So, tak usiklah sebab fikir nanti nak buat jeruk. Bila Cekebon cakap buah tu buah kristal dan rasanya manis macam laici,...terus saya serang! Sekejap je saya habiskan sambil kemas barang, sambil tengok TV :)

Sedap,..memang sedap! Tekstur kulit luarnya keras, tetapi tak susah mana pun nak dikupas. Isinya memang manis, juicy and yummehhhhh! 

Mulakan Hari dengan Teh Halia dan Lemon

Sejauh manapun addiction saya pada kopi, sekali-sekala saya kena struggle jugak untuk kata tidak pada minuman kegemaran saya ni. Banyak sangat coffee consumption tak elok untuk badan. Almaklumlah, kandungan kopi tu sendiri berasid.

Jadi, pada hari-hari yang saya tidak (more to terpaksa) minum kopi, saya akan mulakan hari dengan secawan teh lemon dan halia. Teh lemon dan halia ni elok tau untuk badan.


Antara manfaat dan kebaikan teh halia dan lemon ialah:

Jumaat, 14 Oktober 2016

Resepi Slow Cooker - Bubur Ayam Nyum Nyumm

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Jumaat.

Apa khabar semua? Maaflah saya tak sempat lagi nak melawat kalian. Proses pindah-randah masih belum selesai. Pack barang, unpack barang. Ada barang masuk kotak, ada barang tinggal dulu. Alih-alih saya sendiri gagal locate barang-barang saya! Saya memang bab packing barang ni lemah sikit ;)

Hari ini, saya nak kongsi resepi bubur ayam slow cooker kegemaran saya. Di tempat baru ini, saya cenderung masak menggunakan slow cooker. Pagi-pagi sebelum keluar, saya akan masukkan semua bahan dalam slow-cooker dan tekan butang ON. Bila balik 4 - 5 jam selepas itu, dah ada hidangan panas siap untuk dimakan menyambut saya.

Kadang-kadang kalau esoknya saya nak bawa bekal, sebelah malam sebelum tidur, saya masaklah apa yang patut dalam slow cooker. Bangun pagi, makanan dah siap. Tinggal masukkan dalam bekas and I'm all ready to go!

Tak ada slow cooker? Tak ada masalah. Resepi ni sesuai untuk semua - slow cooker, pressure cooker, tanak atas dapur macam biasa,...apa yang beda cuma tempoh masa memasak je.

Khamis, 13 Oktober 2016

Idea Hadiah Perkahwinan dan Ulang Tahun Perkahwinan

Untuk bulan Oktober ini saya terima beberapa jemputan kahwin dan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan. First thing that came into my mind, nak beri hadiah apa?

Dalam keadaan saya yang masih ulang-alik berpindah, terkejar-kejar melunaskan urusan dalam dunia baru saya,..memang mati akal. These people are close to me so niat di hati memang nak beri sesuatu yang istimewa. Nak keluar pusing-pusing untuk cari hadiah memang tak sempat, apa lagi nak buat sendiri.

Makanya, masa untuk berurusan dengan pakar personalised gifts saya - Printcious. Tengok ni, Printcious ada solutionnya :) Cuci mata dan pilihlah hadiah yang sesuai.


I already have a few things dalam fikiran yang rasanya sesuai dijadikan hadiah perkahwinan atau ulang tahun perkahwinan teman-teman saya.

Khamis, 6 Oktober 2016

Tebus E-Coupon Lazada di WOOP

Hujung bulan lepas, saya jengah Woop. Tengok-tengok kalau ada missions yang boleh dibuat untuk kumpul points. Sambil tu, ringan je tangan intai available rewards. Sekarang ni tak banyak sangat new campaigns. Tetapi, ada sesuatu yang memancing perhatian saya :)


Selasa, 4 Oktober 2016

Resepi Pisang Goreng Cheese Oreo

Hidangan ini saya buat tak rancang pun. Kebetulan petang tu memang nak buat pisang goreng. Kemas-kemas dapur, kemas sekali stok bahan-bahan baking. Ada cheese, Oreo crumbles, chocolate sauce...terus tergerak hati nak buat pisang goreng cheese istimewa. Lama dah tak makan.

Pisang Goreng Cheese Oreo

Sabtu, 1 Oktober 2016

...sebab hari ini Hari Kopi Sedunia

Salam Hujung Minggu!
Saya berstesen di rumah dua tiga hari ini. Jadi, adalah ruang untuk berblog sedikit.

Selamat Menyambut Hari Kopi Sedunia! Hari ini 1 Oktober, kita raikan hari kopi peringkat international. Satu dunia raikan kopi :) Earlier, 29 September, Hari Kopi Malaysia. Saya tengok, banyak jugalah kafe-kafe, coffee shops dan pengeluar produk berasaskan kopi yang buat macam-macam promo sempena Hari Kopi.

Dek kerana hari ini Hari Kopi Sedunia, saya nak kongsi semula entri-entri resepi saya sebelum ini yang menggunakan kopi :)


Basically, kopi alpukat ini coffee ice blended with avocado. Sedappppp. Rasanya lemak creamy lagi-lagi apabila kita serve dengan aiskrim vanila.

Jumaat, 30 September 2016

Apa itu Cold Brew Coffee

Rabu baru-baru ini, saya tunjuk gambar kopi yang dihasilkan melalui kaedah cold brew. [Boleh lihat di sini] First time cuba buat. Selama ini, setiap kali nak buat akan fikir dua tiga kali. Kononnya malas nak menunggulah, kena ada kesabaran tinggilah. Hahahah hendak seribu daya kan,...OK, sebelum itu, mari kita study sedikit apa itu cold brew coffee dan mengapa proses brew yang ini berbeza dengan hot brew coffee.

Kebiasaannya, apabila kita hendak bancuh/brew coffee, kita akan gunakan air panas kan? Ini kita panggil hot brew. Haba panas yang kena pada serbuk kopi akan keluarkan minyak pada serbuk kopi tersebut. Dari situlah datangnya rasa pahit-pahit kopi. Sifatnya akan jadi berasid. Jadi, itulah sebabnya sesetengah orang alah pada kopi sebab tak tahan dengan keasidannya.

Cold brew coffee berbeza kerana kopi dibrew dengan menggunakan air sejuk atau air pada suhu bilik. Tetapi, nak sediakan kopi cold brew ambil masa lebih kurang satu hari satu malam! Kita brew kopi dalam tempoh 12 - 24 jam. Maknanya, kalau tiba-tiba rasa teringin cold brew coffee, bertindak segera rendam kopi hari ini supaya dapat minum esok ;)

Khamis, 29 September 2016

Resepi Terung Telur Asin

Di rumah saya, terung selalu jadi menu utama. Terung masak berlada, pajeri terung, sandwic terung,..dan macam-macam lagi. Sebelum ini saya pernah kongsi beberapa resepi menggunakan terung:

Kali ini, satu lagi olahan resepi berasaskan terung - Terung Telur Asin.

Rabu, 28 September 2016

Wordless Wednesday - My First Cold Brew Coffee



Kord Jaga-Jaga - Amira Othman (OST Abang Bomba, I Love You)

Lagu terbaru Amira Othman yang jadi OST Abang Bomba, I Love You ni dah mula dapat sambutan. Sana-sini dengar orang nyanyi dan dok layan video klipnya di Youtube. Memang 'memancing telinga', sedap didengar :)

Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.
Klik imej di atas

Kord Jaga-Jaga - Amira Othman (Easy Guitar Chords)
OST Abang Bomba, I Love You

(Intro)
Dm E Am A

Dm
Pabila mengungkap kata cinta
G C
Manis bicara oh semanis gula
F Dm
Lidah lelaki harus waspada
E A
Lihat baik buruknya

Isnin, 26 September 2016

Bookcafe | MyCyberSale

Istimewa buat ulat buku, kaki buku, hantu buku. Jangan lupa jengah #mycybersale Bookcafe! Klik sahaja banner di bawah untuk lihat tawaran menarik dan berbaloi yang kalian akan sukar hendak tolak! Ada diskaun sehingga 95% dan dapatkan buku untuk koleksi kalian semurah RM1.


Raikan Hari Kopi Sedunia dengan Nescafe Barista

Siapa coffee addict di sini? Any coffee lover? Hantu kopi? Tak boleh langsung jumpa kopi? Tak semangat mulakan hari selagi tak teguk kopi? Kita geng! Saya tak sedar sejak bila saya suka minum kopi. Tetapi, di rumah ni, kopi dan saya macam dah share satu nama ;) Walaupun pada hakikatnya saya tak boleh minum kopi sangat sebab sifatnya yang berasid tu tak sesuai untuk diet harian saya heheheh normally lepas minum kopi baru pura-pura menyesal.

I love everything about coffee. Dari pokoknya, coffee beans, cara biji kopi diproses, dibakar, dipanggang, ditambah perasa, sehinggalah ke cara kopi disediakan dan aromanya. Robusta,..Arabica,..dua-dua saya suka! In fact, sekarang ni saya sibuk bereksperimen campurkan kedua-duanya. Kononnya nak hasilkan campuran kopi sendiri yang kaww ikut tekak.

Sabtu, 17 September 2016

My Playful Saturday


Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

Assalamu'alaikum.
Selamat berhujung minggu.
Bersiaran dari tempat baru.
Dua tiga minggu ini saya sibuk dengan urusan luar.
Pada masa yang sama sibuk menyesuaikan diri dengan tempat baru.
Tetapi, saya masih berulang-alik.
Belum sepenuhnya tukar 'mukim' ;)

Dua tiga minggu ini jugalah saya hanya sempat intai-intai blog.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, dengan tugas dan komitmen saya sekarang,
agak sukar nak luangkan masa berblogging.
My new life is totally NEW!
Banyak benda yang perlu dikejar.
Macam-macam perkara asing yang saya perlu cope.

Jumaat, 16 September 2016

Sisaku - Akim and The Magistret (Easy Guitar Chords)

[Scheduled]Still away. Will visit you soon.

Satu lagi lagu Akim and The Magistret yang saya suka. Tetapi ini bukan lagu slow ye. This one elemen rocknya lebih sedikit :) Lirik pun best!

Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.
Klik imej di atas

Kord Gitar dan Lirik Sisaku - Akim and The Magistret

(Intro)
Em Am D G C B7

Em
Berlari dengan bayang
Am
Yang tidak pernah hilang
D G
Telah hanyut dalam hati
C B7
Tak tergenggam tanganmu

Em
Tinggi ku angkat kamu
Am
Terbayang menyusur masa
D G
Bertahan dan menantikan
C B7
Untuk mengubah semua

Khamis, 15 September 2016

Jeruk Rambutan Asam Boi



Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

[Scheduled Post]
Baru-baru ni, dapat banyak buah rambutan. Sampai tak termakan. Dek kerana selalu jamu mata tengok sana-sini orang pos tentang jeruk rambutan asam boi ini, tiba-tiba pula tekak rasa teringin nak buat. Ada banyak version resepi jeruk rambutan. Ada yang kena masak, tambah gula tambah garam tetapi saya buat yang paling mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Rambutan (dikopek kulit)
  • Hirisan cili api
  • Asam boi biji (boleh guna sama ada asam boi yang putih atau merah)
  • Perahan jus limau nipis/limau kasturi secukupnya

Ahad, 11 September 2016

Tutorial Kad Ucapan Istimewa


Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

Hari ini saya kongsi semula beberapa entri tutorial buat kad ucapan DIY. Jika ingin hasilkan DIY kad ucapan istimewa, bolehlah tengok jenis-jenis kad di bawah untuk dapatkan idea. Kebanyakannya tidak sukar, cuma kena teliti sedikit ketika nak membuatnya. Selamat mencuba!


Simple Explosion Card

Rabu, 7 September 2016

Kord Gitar Sakit - IamNEETA (Easy Chords)

Antara lagu teratas dalam playlist saya buat masa ini :)


Kord Gitar dan Lirik Lagu SAKIT - IamNEETA

(Intro)
Am Dm G E
Am Dm G E


Am Dm
Sakit yang ku rasakan
G E
Mengaburi jiwa ini
Am Dm
Dendam yang kau berikan
E
Cukup di sini

Selasa, 6 September 2016

Resepi Ayam Masak Lada Hitam


Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

Ayam Masak Lada Hitam ini antara hidangan kegemaran yang saya selalu request pada Bott untuk masak. Sedappppp!!! Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas-panas dilawan pulak dengan telur dadar. Selalunya sebelum Bott hidangkan dish ni, saya masukkan potongan cili api untuk portion saya. Fuhhhh! Berasap terangkat dibuatnya! Ha,..jom tengok resepinya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...