Ahad, Januari 31, 2016

Kek Lemon 90 saat

Susulan kepada entri Selera Sitrus beberapa hari lepas. Inilah resepi mudah-super-duper-simple kek lemon 90 saat saya. Rasa-rasa craving inginkan sesuatu yang manis dan segar, boleh cuba buat kek ni. Tak perlu kepakaran. Kalian hanya perlu sukatan bahan yang betul dan of course, sebuah microwave. Kalau pakai, dapur arang ke, pemanggang ajaib ke,..tak jadi ye. OK, jom tengok resepinya.


Kek lemon dalam mug Cekebon :)

Resepi Kek Lemon 90 Saat

Saiz hidangan: 1 mug/1 pax
Mug kat atas tu jenis yang besar gabak. Cekebon takut kek lemonnya melimpah keluar. Tetapi, kalau guna mug saiz biasa, cantik je kejadiannya 3/4 penuh mug.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 sudu besar tepung naik sendiri
  • 1/4 sudu baking powder
  • 2 sudu besar gula halus (Resepi asal untuk kek dalam mug seperti ini normally requires 3 table spoon of sugar). Dua atau dua setengah sudu pun dah cukup manis rasanya. Ikut citarasalah ye. For Cekebon, saya catu lagi gulanya jadi 1 1/2 :)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon
  • 2 sudu teh jus lemon

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam mug. Kacau menggunakan garpu hingga gula dissolve dan semuanya sebati. Tak perlu kacau lama sangat ye.
  2. Masukkan dalam microwave dan heat selama 90 saat pada setting High. Memandangkan setting dan jenis microwave berbeza-beza, heat selama 1 minit dulu. Then, tambah 30 - 40 saat lagi.

Siapa-siapa yang berminat, boleh cuba. Tekstur keknya lembut, ringan dan semestinya sangat enak. Jika mahu rasa lemon yang lebih kawww, ambil satu sudu besar jus lemon dan campurkan dengan sedikit gula ising. Kemudian, simbahkan pada atas kek sebelum dimamam. Yummmeehhhhhh! Terangkat!

This is another fail-proof recipe. Insya-Allah, akan jadi dengan sempurna. Bayangkan, Cekebon yang tak berapa nampak tu buat pun boleh jadi,..apa lagi kita yang celik cukup upaya ni kan heheheh :) Ikhwan dan Hidayu Ayumie,..ni akak dah sertakan resepinya. Cepat-cepat akak buat entri supaya Ikhwan sempat cuba ngan kakanda di rumah. Kalau tak ada lemon, guna buah oren pun sedappppp!


71 ulasan:

  1. Tu la baru duk fikir ada buah oren kat umah ni, masa mula baca tu duk fikir limau nipis sebab tak da lemon :) so oren pun bole kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buah lemon mahal..sebiji je cecah RM4.00 ikut size

      Padam
    2. Babypose - Boleh..boleh. Ganti dgn oren pun boleh.

      Sis JM - Yess, kalau yg organik memang leh capai sampai empat ringgit lebih sebiji :)

      Padam
    3. betul lemon mahal , hahhaha , walaupun hypermarket yang yana selalu pergi tu tak segar XD

      Padam
    4. ok gak kan..kalau oren masam sangat tak sanggup nak makan boleh buat kek ni

      Padam
    5. Lemon sebiji 1.70 je .. Hari2 Mummy minum airnya..

      Padam
    6. buah orang kaya ni...saya guna buah limau purut jela hehehe

      Padam
    7. @Arz - Limau purut ke limau kasturi, Arz?

      @Mummy Julia - Saya ni dari dulu berazam nak minum lemon tiap2 pagi sebagai amalan hidup sihat. Alih2 bila bangun, carik kopi gak!

      @Yana & Sal - Yesss, guna oren pun boleh. Tak yah belilah lemon kudut tak segar. Nanti airnya tak banyak.

      Padam
  2. xde microwave tak dapat nak buat la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekin..samalah kite ni..nak beli nak beli tetapi tak beli2 lagi

      Padam
    2. Tak de microwave, beli je kek siap di kedai :)

      Padam
    3. microwave ada, kerajinan je takde..haha

      Padam
    4. Sama la mummy , microwave takde.. Sob sob sob.. :(

      Padam
    5. Tak pe,..kalau tak de microwave,..tak de vitamin rajin,..kedai untuk tunjuk kan banyakkk :)

      Padam
    6. nak beli xde duk jumpa lagi kek siap ni...

      Padam
    7. Memanglah tak de jumpa seketul dalam mug begini. Cari kek slice lah :)

      Padam
    8. rupa kek slice tu macam ner kak hihihi

      Padam
  3. Guna oven x bole ke..hu hu...x dpat nak try...xde microwave :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. microwave dan over dua alat berbeza eh..ingatkan sama je

      Padam
    2. Along - kalau guna oven boleh kot, masukkan dalam paper cup atau muffin tray. Tapi masa bakarnya tak dapatlah 1 minute setengah. 10 ke 15 minit kot.

      Sis JM - Ada bedanya, sis. Sebutan dan ejaan pun dah lain kan,.. :)

      Padam
    3. SJM , mula mula dulu yana pon ingat sama, sekali ayah bak mai micriwave balik rumah , lain rupanya

      Padam
    4. umah saya ada tapi tak tahulah oven ka apa ka...tapi bukan microwave....


      wave ada sebab kita duduk dekat dengan laut :p gurau ja kak farrah

      Padam
  4. Farrah, kalau guna oven..boleh x... cam best je mudah sangat step dia ni.. ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah cuba, erny. Tapi rasanya boleh kot cuma tempoh bakarnya kena dilamakan sedikit.

      Padam
  5. selamat membuat kek kpd yg bakal buat. Jie tumpang tgk gmbo je. hihi. ^^

    BalasPadam
  6. salam kak terima kasih resepi ni insyaAllah nanti buat, sebab boleh ganti ngan oren! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. u r most welcome! selamat buat kek microwave :)

      Padam
  7. boleh la guna microwave yg dah lama tersadai tepi dinding tu kihkihkih

    BalasPadam
  8. Kak farrah header blog baru eh ! cantik! kreatif :)

    BalasPadam
  9. Setiap kali tgk resepi2 best2 cam ni.. Teringin je nak buat.. Apatah lg melibatkan lemon ataupun oren.. Mesti baunya harum semerbak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang baunya semerbak menusuk jiwa, Mummy! Harum satu dapuq!

      Padam
    2. amboi komen kak farrah tu akan menyebabkan mummy beli microwave nanti kihkihkih

      Padam
  10. Tapi apakan daya.. Microwave tak dak.. Oven pun tak dak.. Sob sob sob :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa, Mummy. Jangan sedey-sedey..kat Melaka tu kafe jual kek tumbuh melata :)

      Padam
  11. nak try lah farah mudah dan pasti nya sdp ni dah lama tk buat kek cepat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari kita buat kak noor. Takat kek ni, Kak Noor pejam mata pun siap! :)

      Padam
  12. kejap jee.. tpi kalau ade m agak sukar nak jadi... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tak pe,..kalau teringin sangat, m akan tukar jadi r :)

      Padam
  13. mesti terai ni untuk orang malas macam saya..

    BalasPadam
  14. kak farrah dah balik uia dahhh... xsempat nak cuba kat rumah.. takpe2 cuba try buat kat mahallah ler.. hihihih :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, dah start sem ye,..tak pe. Balik cuti nantilah try ye :)

      Padam
  15. Balasan
    1. Hihihih header separuh baru. Nampak tak malasnya di situ. Tempek bubble talk je :)

      Padam
    2. haha..perasan masuk tadi..banyak2 tower rupanya situ Tower FAMF. hiks..

      Padam
    3. Hihihi yesss kat situ tau. Jangan sesat ke tower lain plak nanti :)

      Padam
  16. ddk mahallah beli microwave semata2 nak buat kek ni kak... takpe2 saya bookmark resepi ni balik rumah nanti inshaaAllah boleh buat.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh, dah nama dok mahallah tu tak yah cari pasallah nak masak2, dik :)
      Gi koop/cafe je...

      Padam
  17. senang rupanya...tapi rumah belum ada microwave....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu tahu...rumah Arz ada wave je kan...sebab duduk dekat ngan laut hahaha

      Padam
  18. ok..meleleh air liur ibu mengandung baca entry ni..nak kena balik buat ni..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alololo tak pe..balik ni jangan lupa try ye :)

      Padam
  19. Resepi saya mudah je. Pergi kedai, bayar. Makan. Yaayy! _^^

    BalasPadam
  20. Sedap tengok ni Farrah. teringin tapi tengah diet ni.. diet sebulan :(

    BalasPadam
  21. kejap kak farrah nak tanya ni , kalau letak dalam cup yang buat cupcake tu boleh tak gamaknya?

    BalasPadam
  22. eh ehh kenapa ayu baru perasan entry nie...
    yeaaayyhh..
    tapi kalau ayu pakai perasa mangga pon ok gak kan
    ade gak masam2..
    nak try nak try
    balik ni kene cube nie

    BalasPadam
  23. dh lama xmembaking nihh....bila laa nk dtg mood ni balik...huhuhu

    BalasPadam
  24. huhuhu tak ada microwave macam mana nak cuba nih..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.