Jumaat, Januari 22, 2016

Kiriman Gembira Scdha Sein | Ros Nordin | Anamizu

Happy mails! Happy mails! Mari kita tengok, kiriman-kiriman gumbira ini siapa penghantarnya.

Namaku Tercacak di Mount Hua


I. Kanda Scdha Sein

Nampak sahaja tulisan bercetak di bahagian depan sampul surat, saya sudah tahu siapa pengirimnya. SS! Eh, tapi bukan ke baru lagi saya terima kiriman daripada SS?! Boleh baca Parcel Gembira SS dan HH di sini. Dapat lagi?! Hehehehe dengan senyum lebar, saya buka sampul surat. Dalam sampul surat ada sampul surat pink. Apabila dibuka ada sekeping fridge magnet gambar nama saya di  Mount Hua. Nama sampai dulu ye! Insya-Allah, tuan punya badan akan menyusul nanti. Gembiranya bukan kepalang! SS kalau bab bagi hadiah yang creative dan meaningful,...memang TERBAIK! Gambar ini diambil ketika SS bercuti di Xi'an hujung tahun lepas. Nak baca kisah kembara Xi'an SS dan sahabat travel a.k.a. sahabat sejatinya, HH? Sila terjah blog Kanda SS sekarang!

Cantik kan?
I think SS needs no further introduction. Siapa-siapa yang belum kenal dengan SS, kalian boleh baca tentang SS di sini dan sini.

Dearest SS,
Terima kasih banyak-banyak. Rasanya tak ada perkataan sesuai yang boleh gambarkan betapa berterima kasih saya atas semua titipan SS. Thanks so much for your endless thoughts. I know that now you're under the weather. Hanya doa yang mampu saya kirim. Mudah-mudahan SS akan cepat sembuh dan dapat jalani kehidupan seperti biasa. Stay strong! Hugs and kisses for both SS and HH.


Burung Hantu Beraksi Lagi


II. Ros Nordin
 
Sekitar hujung tahun lepas, saya diselubungi misteri burung hantu. Heheheh asalnya saya sertai segmen anjuran blogger Ros Nordin, Segmen Kembara Misteri Burung Hantu. Dapat tahu ada rezeki menang hadiah misteri dan saya juga telah buat entri terima hadiah penuh misteri daripada Ros.

Tulisan comel bulat-bulat dan kemas pada sampul kedua membuatkan saya terus terkenangkan Ros. Ini memang tulisan Ros ... dan apabila dibuka, ada satu lagi kiriman burung hantu! Baru saya teringat, setiap peserta segmen tersebut, akan tersenarai dalam bloglist Ros sepanjang Nov - Dis 2015 dan pada masa yang sama akan menerima souvenir. Alhamdulillah, dapat hadiah berganda!

Apa yang saya dapat? Sticky notes display dan rantai kunci Melaka. Hasil kraf daripada Ros. Di bahagian putih tertera 'STICKY NOTES HERE' tu untuk kita lekatkan sticky notes as reminder. Menarik dan kreatif kan? Sangat-sangat berguna untuk diletakkan di bilik kerja saya.


Mula-mula decide nak letak bawah kalendar meja. Tetapi, sayang pulak takut owl comel tu kena penyek! Makanya, saya lipat corrugated board dan tampal kertas owl comel tu supaya boleh duduk tegak.

Tattadaaaaaa!
Haaa ... sambil buat kerja, boleh jeling-jeling :)

Khusus buat Ros,
Makasih bangat atas pemberian owl comel. Suka sangat! Sekarang ada owl comel yang teman saya buat kerja! Thanks for the key-chain too! Moga Ros akan diberi kelapangan masa, kekuatan kudrat dan dibanjiri idea-idea hebat untuk terus berkraf!

 

 

Penghargaan daripada Anamizu


III. Anamizu

Kiriman ketiga adalah daripada adinda Anamizu. Sebelum ini Ana pernah hubungi saya untuk minta alamat surat-menyurat. Selepas itu saya lupa terus mengenainya sehinggalah saya buka sampul dan intai isi kandungannya. Saya terima senaskhah surah Yassin, seuntai tasbih dan sekeping kupon diskaun Dominos (Maaf, masa ambil gambar, kupon tu melekat dalam sampul.)


Saya terima hadiah-hadiah ini kerana saya menjadi salah seorang top commentators di Blog Anamizu. Terima kasih banyak-banyak ye, Ana. Akak rasa tak adalah banyak mana akak komen di blog Ana, tetapi Ana tetap sudi nak beri hadiah penghargaan. Really appreciate the gifts! Surah Yassin tu cantik, warna biru kegemaran akak :) Akak doakan Ana sentiasa murah rezeki dan setiap urusan baik urusan dunia atau akhirat akan senantiasa dipermudah oleh Allah.

Jemputlah berkunjung ke Blog Anamizu. Ada banyak perkongsian kisah hidup, pengalaman, cerita-cerita Ana di tempat kerja dan macam-macam lagi. Satu yang menarik tentang entri-entri Ana, setiap entri akan dimulakan dengan huruf pangkal bulan entri berkenaan ditulis. Misalnya, sekarang bulan Januari kan,...pergilah tengok. Setiap entri Ana bermula dengan huruf J ;)

Terima kasih, sahabat-sahabat. Moga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan dan dirahmati Allah. Bukan nilai hadiah yang jadi taruhan, tetapi ingtan kalian yang amat saya hargai.


44 ulasan:

  1. Akhirnyaa. Dpt tau jgk insan2 baik hati tu. Hee. ^^ Seronoknyaa kan? Dpt gifts drpd kenalan alam maya. Hadiah lawa2 pulak tu. Hihih.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok berganda, Jie. Senyum lebar sampai ke telinga :)

      Padam
  2. Tahniah kak...murah rezki akak,dpt kwn yg baik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Allah hantar kawan2 yang baik & thoughtful :)

      Padam
  3. Thnks taw kak slalu singgah blog lya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih buat Lya juga, rajin bertandang ke mari :)

      Padam
  4. Salam! ouh best best semua nya Alhamdulillah :)

    BalasPadam
  5. yana try masuk blog SS tak boleh!!!! :(
    SS privatekan , maybe SS nak rehat , kalau akak boleh contact dia or boleh masu blog SS , kirim salam kat dia , moga dia sihat cepat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap akak SS berehat buat sementara waktu. Dia diasbled semua social media & blog sekali for the mean time. Akak dan Huda dok terjah pun asyik permission denied je :)

      Padam
  6. Kak ros, kiriman nya selalu buat yana geram ! comel . memnag berbakat akak akak ni ! .

    comel je burung hantu tu !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadiah Ros memang kena betul ngan jiwa akak! Akak ni hantu sticky notes,..dapat burung hantu pakai baju muzik lak tu :)

      Padam
  7. kiriman dari blogger ana sangat bermakna ! :)

    BalasPadam
  8. nantilah kalau line laju bleh jenguk blog ana :)

    BalasPadam
  9. Waaaah .. cantiknyaaa hadiah3 . Semua kreatif .. murah rezeki akak ^^

    BalasPadam
  10. Seronok dpt kiriman gembira tu kak..wana pun tumpang teruja..semua hadiah bleh bt kenangan kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Wana. Semua boleh simpan buat kenang-kenangan :)

      Padam
  11. Comel-comelnya kiriman untuk farrah. Betul murah rezeki dapat kawan baik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi alhamdulillah. Ada rezeki punya kawan2 baik hati :)

      Padam
  12. Murah rezeki kak Farrah. Dan ini sangat interesting. Saya tak pernah pula perasan yang kak Ana tu buat entri dia macam tu. Lepas ni nak cuba tilik balik la.

    BalasPadam
  13. Salam singgah sini Farah....Alhamdulillah dan tahniah Farah..

    BalasPadam
  14. SemuaSemua hadiah yang Farah terima tu comel² lah...

    BalasPadam
  15. kenapa saya tak boleh bukak blog ss erk?

    BalasPadam
  16. Tahniah kak farah dapat banyak gift dari rakan blogger...

    BalasPadam
  17. alhamdulilah dah boleh buka blog SS

    BalasPadam
  18. Banyaknya gift.. jeles mummy tau..hehehe

    BalasPadam
  19. Siap dah boleh berdiri plak..hahaha .. gift kecik aje..TQ sudi terima..hehehe. best kalau dapat kad handmade2 ni. ada sentimental value kan.

    BalasPadam
  20. wahhh byknye penghrgaan
    seronok kan
    ayu yang bace pon rasa seronok je
    ni lg la kak farrah yang dpt

    BalasPadam
  21. banyaknya gift.. farah pun banyak bagi gift kat orang kan..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.