Isnin, Januari 04, 2016

Tutorial Kraf Kertas - Hiasan Kraf Menggunakan Corner Punch

Untuk lebih memahami entri ini, jemput baca entri Tutorial Kraf - Cara Menggunakan 'Corner Punch' terlebih dahulu.

Memang secara asasnya, corner punch digunakan untuk hasilkan kemasan pada bucu (corner) kertas. Ada pelbagai bentuk, jenis dan design. Corner punches dalam koleksi saya kebanyakannya seperti gambar di bawah. Plat putih boleh dibuka so that kita boleh fully utilize corner punch tersebut. Once plat dah ditanggalkan, satu punch jadi banyak fungsi  ;)

Corner Punch
Kebiasaannya apabila ada masa lapang, saya memang akan buat apa-apa sahaja hiasan kraf yang terlintas di kepala. Guna bahan yang ada depan mata. Senang nanti masa nak buat kad atau scrapbook, pilih je hiasan yang sesuai dan berkenan di hati. Kira separuh kerja dah siap ahead. Apa yang kita perlukan untuk membuat hiasan kraf menggunakan corner punch ialah kad atau kertas keras, corner punch itu sendiri dan hiasan-hiasan kraf yang dirasakan sesuai. Untuk hiasan kraf di bawah, saya guna clear stamps, scrap papers (mostly lebihan projek-projek kraf terdahulu, crafts punches (untuk tebuk corak love dan bunga), printed tape, adhesive diamentes dan benang/tali.

Mula-mula, tanggalkan plat pada corner punch. Hati-hati ketika menanggalkannya. Jangan sampai terpatah pula. Kemudian, sediakan kertas/kad untuk ditebuk. Potong kertas/kad dalam bentuk empat segi memanjang. Agak-agak saiznya. Saya gunakan dua jenis corner punch. So, setelah ditebuk, hasilnya akan jadi lebih kurang seperti di bawah.

At this stage, terpulang pada kita nak trim bentuknya atau biar kekal begitu. Jika ditengok dalam gambar di bawah, ada yang saya potong, ada yang saya biarkan kekal berbentuk empat segi dan ada juga yang saya tindan. Setelah itu, hasil tebukan punch ni bolehlah kita hias untuk buat tag hadiah atau embellishments for cardmaking and scrapbooking.

Inilah contoh-contoh hiasan kraf saya buat :)
Embellishments yang dah siap!

Setelah siap, simpan di dalam kotak/bekas khas. Time kita perlukan, hiasan dah sedia untuk digunakan. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan kraf ni, saya cadangkan jangan beli semua punch sekali harung. Just buy one or two dan belajar untuk maksimakan penggunaannya. Then, barulah berbaloi buat koleksi sedikit demi sedikit.

Selamat Berkraf!


Psstt! Boleh intai tutorial kraf kertas yang lain di sini.

Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

89 ulasan:

  1. Balasan
    1. Wsalam. Yana pun boleh cuba. Buat hias kelas ke :)

      Padam
  2. Sukanya yang ada wording tu Farah, very 3D look.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun personally suka buat embellishment yg ada 3d efek. Meriah sikit nampak ;)

      Padam
  3. ana baru je beli corner punch sebijik mcm yg kaler purple tu corak die.
    tapi tertinggal kat ofis pulak. isnin nti baru boleh pergi ambik hehe
    owhhh kena tanggalkan plat die dulu ek sblm guna? ok nti ana nk try lah hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ana nak guna utk punch bucu kertas, jgn bukak plat tu. Adjust hujung kertas biar betul2 ngam then tekan punch. Haaa,..tapi kalau nak buat border macam akak tu, baru bukak platnya :)

      Padam
    2. plat tu kalau dah bukak, tak boleh pasang balik ye?

      Padam
    3. Boleh pasang balik. Boleh bukak pasang, bukak dan pasang selagi tak patah :)

      Padam
  4. Comel sgt kreatif la akak..lma bnr x myinggah cne..akak pa kbr,maaf la bz sgt bbrapa week ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, akak sihat. Lya pula macam mana? Rasanya akak pun tak jengah Lya lagi sejak tahun baru ni. Tunggu akak datang terjah ye :)

      Padam
  5. senang dan mudah. cantik2. hihik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat projek dan aktiviti dengan anak2 pun boleh, Eyja :)

      Padam
    2. tu lah.. tp ija nih suka beli banyak2 xreti nak pilih yg mana nak shj. semua nak. tu yg habis duit cepat. hhahah

      Padam
    3. Hahaha klu camtu tak dapat tolong,..maknanya kena berkraf habis2an lah kalau dah beli byk2 :)

      Padam
  6. Kalau trim tepi yang macam untuk 'Take Care' tu Kak Farrah guna corner punch juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, guna corner punch yang sama jugak, tapi tepi tu kita potong :)

      Padam
    2. Sebab kalau tak potong, akan jadi macam Be Happy tu

      Padam
  7. best jugak nie, buat jadi kad utk pengantin baru..Ok pasni saya nak beli corner punch..pasal dah dapt idea benda ini berguna utk apa ;)

    BalasPadam
  8. Dah baca tentang entri Tutorial Kraf - Cara Menggunakan 'Corner Punch' ....memang senang nak buat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah Diana. Tak semestinya buat kemasan kar bucu je kan,..boleh buat border tepi sekali :)

      Padam
  9. Memang sangat cantik dan kreatif hasilnya ni Farah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Diana. Diana pun nanti kalau senang boleh cuba buat :)

      Padam
  10. Assalam kak farrah cayang..

    Wallah..memang jadi bila tengok hasil dah jadi..seronok la wana tengok..best ni kalo dapat satu..hohoho..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Wana. Bila dah jadi memang happy,..tapi bila tak jadi, nak menangis dibuatnya ;)

      Padam
  11. Selamat tahun baru 2016 kakk..rindu akak slalu..walaupun wana dah jarang komen tapi wana still jadi silent reader akak..muahhhhh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu Wana juga. Tetapi akak faham Wana sibuk. Akak doakan rezeki Wana tak putus, melimpah ruah dan akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik ye :)

      Padam
  12. Geram tengok...sebab semua comel2...hihi...suka...

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Ros pun boleh buat,..janji ada peralatan & bahannya :)

      Padam
  14. Di mana nak cari benda ni?berapa harganya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang begini boleh cari di Daiso atau Mr. DIY, Kak Nieda. Harga sekitar RM5.30 - RM9. Boleh juga cari di Popular dan kedai jual peralatan kraf. Yang tu harganya tinggi sikit & lebih berkualiti :)

      Padam
    2. kat Daisoooo banyak choices.. kalo DIY kadang2 depends on kedai tu besar ke kicik.. kalo besar maybe banyak la.. tapi kat Daiso geram je tengok.. cuma kalo beli tak tahu nak buat apa..

      Padam
    3. Hehehe kalau tak tahu nak buat apa, jangan beli dong! ;)

      Padam
  15. senang kan buat siap2 then nanti nak guna semua dah ada..
    dulu time buat folio kat sekolah.. selalu shred kertas dulu sbb nk buat border..
    nanti time nk buat siap dah part tu..

    BalasPadam
  16. dah baca dua-dua entry baru faham..tapi nak lagi faham kena try sendiri lah kan..kat DAiso murah, RM 5 sahaja.ops, silap RM 5.30..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha yes,..harga kena betul,..kena jelas. RM5.30 ;)

      Padam
  17. u know what.. saya ada beli corner punch tapi bile pakai tak menjadi. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa tak menjadi? Mata punch tu tumpul ke apa? Cuba story sikit :)

      Padam
  18. Farrah, boleh tak nak mintak tolong Farrah belikan craf accessories untuk saya? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh,. tak ada masalah. Intan nak craft accessories yang macam mana? Nanti emel saya tau!

      Padam
  19. ** I means, I mintak tolong Farrah belikan jer, and I bayar kat Farrah.. gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don't worry. Bisa diatur! Intan fikir2 dulu nak apa, nanti inform saya :)

      Padam
  20. nampak cam mudah..klu buat mcam2 hal nak jadi.. huhu

    BalasPadam
  21. Ya Allah cantiknyaaa... creative bestul!

    BalasPadam
  22. ok...sy dh ikut saranan farrah...sy de bli punch tu 1...tp blom ada output....adehhh...kah kah kah

    BalasPadam
  23. Balasan
    1. Ala Wawa, setakat potong2 tampal2 tu retilah akak :)

      Padam
  24. max berapa helai kertas sekali punch?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depends pada ketebalan kertas. Selalunya paling tebal saya punched 180g/200g.

      Padam
  25. cantiknyaa! Lissa mau try jugak :D

    BalasPadam
  26. Semua pun cantik, kak Farrah! :D

    BalasPadam
  27. u are the very kretip one la farrah :)
    aida like so much!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala biasa2 je, Aida. Aida pun boleh buat dengan dara2 kat rumah :)

      Padam
  28. Terima kasih kak farah diatas tip ni.. insyaAllah tengah usaha ke arah nak belajar kraf gak ni.. tunggu diberikan rezeki lebih lagi.. loni terhad lagi hihihi

    BalasPadam
  29. ros dah beli craft punch cam Farrah warna kuning tu. beli kat daiso jugak yang puashati..tengok kat popular ngan thaikuang kemain mahal lagi tapi corak tak cun. hehe ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau nak beli ni jangan main beli sembarangan je. Kalau corak tak cantik, mati akal nanti nak buat apa :)

      Padam
  30. Farrah...apa nama papan biru kotak2 tu sbb sis JM tgk SS pun ada gak papan tu..utk memotong ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM, sorry lambat reply. Papan yg kotak2 tu namanya cutting mat. Memang senang nak potong2 benda kalau guna mat tu. Takdelah calar-balat meja ;)

      Padam
  31. kenapa perlu tanggalkan plat pada corner punch tu...bukan leh terus guna ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanggalkan kalau kita nak jadikan dia punch biasa. Kalau tak tanggal, kita hanya boleh punch bucu kertas je. Bila dah tanggal boleh buat macam2 :)

      Padam
  32. arghh...menarik!!! tapi x de masa nk pegi daiso tu...adus!!! mudah main tebuk2 je tapi nak buat cantik cam Farrah buat ni rasanya x jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah, sis...jangan rendah diri sangat. Mesti cantik punya. Yang penting, buat dgn sepenuh hati hihihihi

      Padam
  33. semua kraft yang Kak Farrah hasilkan..cantik2 belaka... :)

    BalasPadam
  34. tula ritu ade bc gak entru pasal ni
    pastu jalan kt popular nampk bnd ni
    igt nak beli tapi takot jadi tukun je
    bile tgk balik berkobar plak ati nak beli nie
    cantik sgt kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa lepas ni beli satu dulu and cuba buat. Dah serasi dengan jiwa, barulah boleh beli dua tiga biji lagi :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.