728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 3 Februari 2016

Khàwp Ja̖i Lãi Lãi, Nina Garcia

Assalamu'alaikum,
Entri ini khas buat Nina Garcia yang jauh di utara. Sebenarnya saya terima kiriman daripada Nina dah berminggu-minggu dah,..tetapi almaklum sajalah,..apabila kesibukan menghambat diri,..banyak sangat benda nak dibuat yang tertunda.

Kadang-kala apabila saya tiada di rumah dan kebetulan adik posmen ada kiriman yang perlu dihantar ke rumah jiran sebelah, jiran saya akan ambilkan parcel bagi pihak saya. Kebiasaannya, barang-barang yang saya tebus dari Woop lah. Jadi, apabila jiran saya telefon dan maklumkan ada parcel, saya lengah-lengah je. Nanti dululah,..esok lusalah...kerana ketika itu memang hanya expect kiriman daripada Woop.

Sekali, apabila pergi claimed, ada dua bungkusanlah! Kiriman tidak diduga daripada Nina! Apa yang saya terima? Jeng jeng jeng!


Saya dapat, beg kain cantik yang di dalamnya ada serbuk kopi Laos (time ni dah terkinja-kinja melompat sebab nampak perkataan 'kopi'), dua fridge magnet Jam Gadang, Bukit Tinggi, satu fridge magnet Singapore dan sekeping handmade card daripada Nina. Terharu sangat-sangat! Apabila ada orang yang sanggup luangkan masa untuk hasilkan personalised card buat kita, it's priceless.

Istimewa buat Nina,
Khàwp Ja̖i Lãi Lãi! Terima kasih banyak-banyak kerana susah-susah titip something buat saya. Love every single thing that you sent especially the coffee. Tiga hari tiga malam happy sebab dapat kopi Laos. Moga Allah murahkan lagi rezeki Nina berlipat ganda banyaknya, kurniakan Nina kesihatan supaya boleh berkembara sana sini dan merahmati Nina dan keluarga dengan kebahagian dan keberkatan hidup yang melimpah ruah. Hope this friendship remains.

Bagi sesiapa yang belum mengenali Nina, jemputlah bertandang ke blog Nina Garcia dan baca catatan-catatan perjalanannya. Ada juga food reviews on tempat-tempat yang boleh diterjah. Nina ni kreatif dan berseni tau. Pandai buat kek-super-cantik-kalau-tengok-tak-sah-jika-air-liur-tak-meleleh. Tak percaya? Ringan-ringankan jari intai blognya yang satu lagi di sini.

Bloggers' Board Under Construction

Sejak Bloggers' Board penuh, saya masih tidak punya kesempatan untuk up board baru. Jadi, hadiah-hadiah kiriman teman-teman terpaksa disimpan di dalam kotak khas dahulu sebelum digantung. Hehehe tapi ni nak belanja sekeping gambar minum petang, kopi Laos bersama pastri kouign amann yang saya buat. Kouign amann kaya dengan gabungan rasa butter, sedikit garam dan gula yang caramelized. Bayangkan apabila dilawan dengan kopi pekat,.. ;)

Berehat sekejap sebelum sambung kerja :)

Again, thanks so much, Nina!


49 ulasan:

  1. wah....mana tak mahu penu board tu kak farrah.... bestkan klau dapat hadiah ni... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi memang keseronokannya berganda, ikhwan :)

      Padam
  2. tgk pastri tu... yummmy... nama macam ala2 siam je kak... hihiih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkih akak pun masa first time dgr fikir benda yg sama. Actually it's from France :)

      Padam
  3. Wow..banyaknya kak farrah dapat..ni la best bila dapat banyak kawan2 kan kak..erm, kopi tu nampak pekat memikat..sambil buat kerja memang layan la kopi tu kak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kawan akak tak banyak sangat, tapi Tuhan susun mereka ni peramah, thoughtful dan pemurah. Fuhh, memang syok buat kerja sambil layan kopi pekat!

      Padam
  4. salam kak farrah! tahniah rezeki lagi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Yana. Hihihi, thanks dik :)

      Padam
  5. terliur tengok kopi tu , sebab dah lama tak minum kopi original hitam likat cenggitu

    BalasPadam
  6. woop? dapat hadiah lagi dari woop ! waaa bestnya kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..banyak betul kumpul point woop tu..^^

      Padam
    2. Hihihihi point kumpul2 dari dulu :)

      Padam
  7. banyak hadiah dari sahabat alam maya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, orang memberi kita merasa :)

      Padam
    2. pemberian yang ikhlas sangat bermakna kan akak

      Padam
  8. Tengok entri ni baru teringat ada hadiah yang saya belum balas dari salah seorang sahabat blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada beberapa rakan blogger yg belum dibalas kiriman mereka. Saja2 sebagai tanda terima kasih. Nampaknya kena tunggu lepas raya cina lah nampaknya :)

      Padam
  9. riasu takut parcel tak sampai.. nak cek dekat web pun x boleh sbb web poslaju macam x ok je.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pos pun terjejas dek keadaan cuaca kot,.. ;)

      Padam
  10. Bestnya sis Farrah dapat macam-macam hadiah. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, yang memberinya tu pemurah :)

      Padam
  11. Beli board besar je la kak Farrah. Senang sikit lepas ni. hehe :D

    BalasPadam
  12. nnt up board baru buat tok ayu pny skali ye..
    heheheheheh
    waaahhh bestnye tu la kak farrah

    BalasPadam
  13. btw cukup ker hanya makan 1 pastri shj??
    ataupun tersorok di lain bekas... hihik

    BalasPadam
  14. Tahniah Farrah..bestnye dapat kopi.. buat air panas siap makan ngan pastri kaya plak lagi.. makan kalau time hujan2. ya Allah..nikmatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan?..
      best wooo time hujan2 mnum kopi..
      ayu xmakan pastri sgt
      dpt celup biskut kering pon heaven dah

      Padam
    2. Cicah biskut tongkat/mayat kan Ayu..hihihih

      Padam
  15. Bestnya Kak Farrah! Buat board besaq teruih, banyak lagi hadiah bakal dapat tu hehe

    BalasPadam
  16. board da penuh ?? pergh Kak Farrah banyak peminat..

    BalasPadam
  17. Memula dpt bag kain dgn kopi tu... SS terpinga2... Ha ha ha...

    BalasPadam
  18. Nina mmg baik! Semoga allah murahkan rezeki nina! Aaminnn...

    BalasPadam
  19. Tahniah kak brtuah btl akak dpt hadiah free...brtmbh lgo koleksi akak

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum farrah.. Alhamdulillah.. Rezeki sngt tu.. :)

    BalasPadam
  21. huihhh....bestnye dpt hadiah...tahniah farrah hihi

    BalasPadam
  22. tahniah Farrah.. rezeki tu..

    BalasPadam
  23. untung dpt kenal kawan-kawan blogger yg baik dan pemurah ni..dpt byk..sbb Farrah juga pemurah

    BalasPadam
  24. sis JM pun dpt, nina mmg baik dan ingat kawan-kawan..terima kasih nina

    BalasPadam
  25. alhamulillah rezeki tu...dpt kenal kwn yg baik juga rezeki

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...