Khamis, Februari 25, 2016

Projek Membantutkan Pertumbuhan Rumput dan Lalang

Projek ini akan saya buat setiap kali selepas potong rumput. Rumah yang saya diami sekarang halamannya luas. Nama nak rajin-rajin potong rumput pakai shears memang tak mampu. Ciput je kawasan yang dapat saya potong. Penatnya dua tiga hari! Jadi, memang kena upah tukang potong rumput. Kebiasaannya, sekali potong sampai pendek, pangkas pokok itu ini, kemas-kemas all in kena dalam dua ke tiga ratus jugalah. (Ini kos untuk satu bulan setengah ke dua bulan.)

Masalahnya, sementara nak tunggu sesi potong rumput yang seterusnya, halaman rumah saya ditumbuhi tompokan-tompokan rumput/lalang yang akan tinggi memanjang mengalahkan rumput-rumput lain! Tak silap saya, orang panggil crabgrass. Sakit mata tengok rumpun-rumpun ni naik mencanak tinggi sedangkan rumput lain masih sederhana panjangnya. Bertambah sakit hati, makin tinggi ala-ala nak jadi skyscrapper, makin kuat akarnya mencengkam bumi. Setiap kali nak get rid of the rumpun-rumpun, kena korek gali hingga akarnya keluar.

So, one day saya terbaca di Pinterest. Seorang user ni sarankan penggunaan baking soda untuk lambatkan pertumbuhan rumput di celah-celah tiles/bata disusun untuk buat track di luar rumah. Track jadi tak cantik sebab rumput tumbuh memanjang dan menjalar di celahan susunan tiles. Makanya, saya pun adopt teknik yang sama. Ambil sedikit baking soda dan taburkan di sekitar kawasan yang kita nak bantutkan proses pertumbuhannya. Peranan baking soda di sini adalah untuk serap kelembapan dan bunuh organisme dalam tanah. Jadi, proses pemanjangan rumput sedikit tergenjat sebab tak cukup nutrien.


Gambar di atas ni antara contohnya. Hihihi sebenarnya tak perlu semangat sangat bersudu-sudu macam yang saya buat. Itu kes geram berdendam kesumat dengan rumput namanya. Tabur sedikit je pun dah cukup asal cover kawasan yang nak 'dibantutkan'. Insya-Allah, kalau cuaca elok, tak hujan....dalam dua tiga hari, matilah rumput-rumput yang buat onar tu.

Proses ini merupakan proses sementara. Biar rumput tu lambat panjang sikit. Berair mata jugaklah kalau asyik nak buat date dengan tukang potong rumput! Bagi saya method ni agak berbaloi. Harga baking soda tak mahal mana. Kalau di kedai menjual peralatan kek tu, 500g harganya hanya RM1.80 - RM2.00. Lagi banyak kita beli, contohnya 1 kg, lagi murah! Jangan pula beli kotak/tin kecil yang di pasaran tu. Itu kita dah bayar harga packaging tin kotak label segala! Tentulah a bit pricey.

Oh, tapi kaedah ni tak sesuai untuk kawasan tanah yang kita gunakan untuk bercucuk tanam. Nanti dengan pokok-pokok kita terbantut sekali :)



58 ulasan:

  1. Balasan
    1. Haaa, nanti kalau berdendam dengan rumput macam akak bolehlah buat :)

      Padam
  2. hmm..knp marah sgt kat rumput tu.. isk isk

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Boleh jadi admin kat Pondok SS tak? Tanam padi tumbuh lalang dah... he he he..

      Padam
    2. Kih kih kih! Tu salah guna baja tuh hahahaah

      Padam
  4. oh kenapa tak racun terus je? o.O

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak sebolehnya elak bab2 meracun ni, Fifi. Tak mesra alam :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Insya Allah, kA. Kalau ikut pengalaman dulu2,..lepas 2/3 hari rumput hijau tu akan mati mengering macam rumput lain :)

      Padam
  6. tips berguna..good luck kak Farrah..nanti update ye pas ni apa jadi

    BalasPadam
  7. banyak kegunaan rupanya baking soda ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak Intan. Ni antara benda yang perlu ada di rumah walaupun kita tak suka bake :)

      Padam
  8. Kerana rumput sejemput... Rosak baking soda sebelanga... Ehhh... He He He...

    BalasPadam
  9. Pakai racun rumput je laa Cikgu... Kos lagi murah dan senang... Spray aje... Cuci tangan... Abis citer... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu tak leh pakai racun, SS. Nanti cikgu nanges. Dengan keluasan halaman rumah cikgu,...Cikgu Ceketed bakal jadi penyumbang utama pencemaran udara kat kampung huhuhu tidakkkk!

      Lagipun kat sini kan,..meracun ikut pam. satu pam lebih kurang 30 hengget. Cover satu kawasan rumah, lebih kurang gitu gak kosnya ;)

      Padam
    2. fuiyiooo kak.. luas tu kawasan rumah akak kalo boleh tlg sumbang pencemaran..
      lepas tu nak main bola seround kan ?

      Padam
    3. Kalau ikutkan kiraan kawasan memang boleh buat padang bola, CT. Buat main badminton,..main konda-kondi ke,..kejau-kejau ke ;)

      Padam
  10. Good tips, boleh cuba ni. Geram jugak dgn rumput nak2 yg ada kemuncup. Yaishhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Mekja. Guna baking soda tau...bukan baking powder :)

      Padam
  11. good tips kak farrah... ingtkan boleh buat masak je baking soda ni..hiihihi :D

    BalasPadam
  12. nasiblah membantut pertumbahan rumput je... kalau baking soda ni membantut pertumbahan manusia... heheeeheeeee

    BalasPadam
  13. i mampu tanam dlm pasu je..tp musim panas ni..tumbuhan mengering

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuaca panas sekarang memang habis tanaman kena heat stroke ;)

      Padam
  14. Memang sakit mata bila rumput ni cepat membiak dengan suburnya lebih subur dari bunga yang MD tanam....hahaha

    BalasPadam
  15. tapi kan lepas ni habis baking soda makk huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang pi rembat baking soda mak tu buat apa,..belilah satu pek khusus untuk rumput ;)

      Padam
  16. akhirnya sudah muncul robot suruh cari rumput:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. eheheh samalah.. bila robot mai akak pun lari sama..
      tapi tak mai lagi ni..

      Padam
    2. Rerobots ni memang tak kenal erti putus asa :)

      Padam
  17. Nampak lah melepaskan geram ke rumput tu Kak Farrah haha apa pun good info! Cuma rumah saya takde pokok pun tsktsk

    BalasPadam
  18. ehheh tak membesar bagai juara ke pokok2 tu letak baking soda ? ngeh3..

    BalasPadam
  19. ilmu baru ni... selalu guna baking soda tu sinki tersumbat jer. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baking soda ni memang stok wajib ada kat rumah. Nak bersih2 kan rumah/barang memang boleh guna baking soda :)

      Padam
  20. yang bab rumput panjang paling ekin terkesan di hati... ekin jadi mangsa umpatan jiran kat rmah biar rumput panjang... dia ingat senang kah nak cabut rumput tu banyak... ekin guna racun rumput buat... bila nampak panjang sembur racun... ni stock racun habis kena pergi beli la rumput kat belakang dah panjang...

    maaf teremo tulis panjang kat blog kak farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Ekin. Pandang dari sudut yang positif.
      1. Kalau orang umpat keji kita, orang tu tolong bagi kita pahala :)
      2. Jika hidup asyik seronok dipuji, kita akan lupa diri. Sesekali kita kena kutuk, kena caci, benda tu akan jadi elemen check and balance. Bukan untuk kita marah atau bermusuh, tapi untuk kita baiki diri kita supaya jadi lebih baik, sebab kadang2 tak semua tindakan kita betul. Orang yang mengata tu biarlah hak dia nak buat apa, jangan kita sama naik mengata.

      3. Apa yang Ekin buat tu dah kira dapat pahala, jaga kebersihan, jaga hati jiran. Kita kalau hidup berkomuniti, memang ada adab berjiran yang kita kena jaga. Lagi2 kalau duduk kawasan taman perumahan, rumah dekat2. lagi2 dengan keadaan cuaca macam ni, kalau rumput panjang meninggi risaulah. Entah apa2 yang menumpang nanti.

      4. Cubalah cara akak...bantutkan pertumbuhan rumput tu. Lepas tu tinggi sikit, potong pakai shears :)

      Padam
    2. terima kasih kak farah di atas penerangan yang baik... insyaAllah ekin try cuba cara kak farah nanti deh... tengok mood la... ni baru lepas operasi clear bilik ada anai2... tnggu nak kemas barang2 balik dalam blik.. sorg buat lambat sikit hihihi...

      Padam
  21. Blh try juga mcm ni..thnks tipsnya kak

    BalasPadam
  22. Bagus tips ni ...sebab kadang rumput pendek lagi tapi alih2 ada pokok macam lalang dan pokok ala2 cow grass yang ada kemuncup tu yang dah besar dulu..

    BalasPadam
  23. Lalang pun boleh kan, good info dear:)

    BalasPadam
  24. mak aih!!! mahal tu...upah potong rumput RM300 after 2,3 bulan nk potong lagi..klau sis JM mmg x lah nak byar..paling cepat sembur racun je..terutama pokok lalang tu..mmg degil..sembur racun matikan akar,.korek buang semua akar lalang tu

    BalasPadam
  25. mmg betul..lalang ni x cukup potong gitew je...klau geram sgt kan..panggil buldover dtg korek

    BalasPadam
  26. adoi syg plak nk guna baking soda tu..klau sis JM...sembur racun habis cite..pastu bila dah mati..korek akar tu...dh clear racun lagi..tp perlu rajin sikit lah

    BalasPadam
  27. ni Farrah baru experiment kan..nanti share hasil nya eh

    BalasPadam
  28. kalau mahal camtu mmg x kan dating lah ngan tukang potong tu

    BalasPadam
  29. bagus idea ni.
    nak letk gak kat few tempat kat laman aida tu hah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.