728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

Rabu, 24 Februari 2016

Resepi Kouign-Amann Paling Simple

Salam Rabu!

Pernah dengar 'kouign-amann'? 'Kouign-amann' ialah sejenis kek yang berasal daripada Perancis. Tetapi, teksturnya lebih kepada roti sebab 'kouign-amann' dibuat menggunakan doh roti, kaya dengan mentega dan gula. Macam mana rasanya? OK, bayangkan roti croissant, luarnya rangup dan manis sebab ada gula yang caramelized di bahagian atas,... dalamnya lemak manis kerana doh 'kouign-amann' kaya dengan kandungan mentega dan lapisan gula.

Saya tengok di TV, terus teringin nak makan. Nama nak membuatnya dari mula, memang tak mampulah. Saya kalau resepi tu complicated, banyak sangat langkah-langkahnya,.. saya angkat senduk, lari pergi tengok TV. Jadi, kita guna shortcut ye. Ini resepi paling simple untuk 'kouign-amann'. Diulangi sekali lagi, paling simple. Bukan 'kouign-amann' yang betul-betul sempurna. Kita imitate je. Seperti biasa, apabila membuat hidangan pastri begini, saya akan guna kawan baik saya, puff pastry jenama Kawan :)


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Puff Pastry Jenama Kawan secukupnya.
  • Gula halus

Saya tidak gunakan mentega sebab kandungan puff pastry tu sendiri dah bermentega. Selain itu, kita juga perlukan muffin tray dan muffin cups. Saya tak mahu bersusah-payah menyental muffin tray in case ada pastri yang melekat-lekat nanti. Lagipun, lebih senang dan proper untuk dihidangkan :)

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Keluarkan puff pastry. Biar pada suhu bilik sehingga lembut dan mudah dibentuk/lentur.
  2. Letak muffin cups pada muffin tray. Kemudian, taburkan setiap muffin cup dengan gula, lebih kurang setengah sudu kecil.
  3. Ambil sekeping puff pastry, letakkan di atas cutting board atau permukaan yang bersih. Taburkan permukaan puff pastry dengan setengah sudu kecil gula.
  4. Ambil setiap bucu puff pastry dan bawa/lipat ke tengah. Puff pastry akan menjadi empat segi berlipat. Ulang sekali lagi langkah ini. Maknanya, kita akan lipat empat bucu pastry sebanyak dua kali.
  5. Masukkan ke dalam muffin cups. Bentuknya akan jadi lebih kurang seperti di bawah.
  6. Setelah itu, tabur lagi lebih kurang setengah sudu gula di atas permukaan doh 'kouign-amann' kita. Bakar pada suhu 210 - 220 darjah celcius selama 20 minit atau hingga doh bertukar perang keemasan. Pastikan gula di bahagian atas doh caramelized ye.

'Kouign-amann' sebelum masuk oven

Nikmati bersama secangkir kopi.

*Penggunaan gula sebenarnya bergantung pada kalian. Jika ikut resepi asal, 'kouign-amann' memang manis lemak berkrim kerana gula digunakan semewahnya. I opted for a less sweet dessert. Walaupun, ikut saranan saya di atas, kita akan pakai 1 1/2 sudu kecil gula bagi setiap 'kouign-amann', saya hanya pakai satu sudu kecil.

Selamat Mencuba!



41 ulasan:

  1. oaky, yg ni mmg betul punya simple! hahahaha...tapi asal nmpak 50% sama pun dah okay!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asal boleh dimamam oklah tu kan,.. :)

      Padam
  2. Tengok ja entri lalu di mata haha..eh tertanya apakah itu, nampak menarik, clik la oh puff gula ya, memang ada pastry kawan kat umah, boleh cuba, ala hotel gitu :)

    BalasPadam
  3. Wow..makan dengan secangkir kopi tu yang best kak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kunyah-kunyah sambil melayan perasaan memang best, Wana :)

      Padam
  4. uish, pandai betul akak improvise..kalau saya, angkat senduk simpan dalam kitchen drawer jelah..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira okay lg tu ada senduk cik sal.
      hi hi hi

      Padam
  5. Semestinya tak pernah dengar..... Sedapnyaaaaa mkn panas2

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang dap dap dap, mekja. nanti ada puff pastry boleh cuba :)

      Padam
  6. isk !! ni yang malas scroll blog2 org pandai2 baking ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan pandai baking, sayang. Ini mengelat baking namanya :)

      Padam
  7. nak jugak !! macam mana ? nak jugak !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry dapat jamu mata je kali ni. Kalau teringin sangat cuba jilat skrin :)

      Padam
  8. Ooo camni buat dia. And sy x tau lak itu nm nya. Panggil pastry je....
    hmmm nmpk senang... sbb dh ngelat guna pastry puff...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, teknik mengelat itu perlu :)

      Padam
  9. tak tahu nak cakap apa, yana kak farrah memang rajin ! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Yana..tu yang tulis pun silap2..hihihi

      Padam
  10. kalau yana la yang pelik pelik ni angkat kaki dulu heheh

    BalasPadam
  11. Tumpang lalu sambil telan liur ( sebenarnya copy sekali resepi..bolehkan? ) Tak ada food tester ke Farrah? boleh try makan sebiji dua..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh silakan, Ros. Apa ada di blog ni memang untuk dikongsi. Food tester tak delah. Tuannya dah makan habis :)

      Padam
  12. simple dan menarik untuk dicuba..

    BalasPadam
  13. Farrah tlg buatkan utk saya boleh tak?hehe

    BalasPadam
  14. Memang simple lah Farrah...rasa pun sedap...

    BalasPadam
  15. cukup ke satu?? hahaha ker kat tray banyak lagi.

    BalasPadam
  16. Haah lah simple! Alangkah indahnya jika jumpa pastry Kawan tu haha

    BalasPadam
  17. Memang sesuai dibuat minum petang niii

    BalasPadam
  18. sedap jadi hidangan minuman petang. lawan kopi o pulak tu.

    BalasPadam
  19. lapar tertiba tengok benda ni

    BalasPadam
  20. Nak mmbuatnya memg bakat zero...nmpknya bli je la klau tringij kihkih

    BalasPadam
  21. Kouign-Amann? mmg x pernah dgr..kalau aman graseka kenal lah

    BalasPadam
  22. resipi paling simple? ha'alah...simple...2 bahan je

    BalasPadam
  23. kalau sis JM nk buat perlu sediakn oven, muffin tray dan muffin cups

    BalasPadam
  24. simple.
    yg simple tu la yg best :)

    BalasPadam
  25. tu kopi pemberian Nina ke..sis JM suka minum kopi skrg dah x boleh minum huhuh

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...