Isnin, Februari 22, 2016

Utusan Muzik Scdha Sein

Assalamu'alaikum,
Petang Jumaat lepas, saya di dapur ketika dengar suara Cekebon berbual dengan seseorang. Apabila saya intai, nampak Cekebon tengah hulur air mineral dekat pintu. Eh, poslaju ke?! Cekebon memang ada stok air kotak/air mineral di ruang tamu untuk beri pada adik poslaju. Kasihan mereka haus, kerja tengah panas. Kira dah jadi aktiviti wajib Cekebon, terima parcel, hulur air. Terima parcel, hulur air.

Sebaik sahaja tutup pintu, Cekebon laung nama saya. Mungkin hadiah tebus HP kot...(boleh baca mengenainya di sini). Once tengok cetakan nama pada  bungkusan, saya excited sendiri. Dah tahu siapa pengirimnya. Scdha Sein. Ya Allah, terharunya! SS hantar hadiah birthday! Jika diikutkan tarikh kirim, sepatutnya boleh sampai betul-betul pada hari lahir saya. Tetapi, memandangkan poslaju area saya ni memang ala ala pos siput. Rezekinya lambat sehari :)

Ini yang saya terima!

Sekeping kad hari lahir istimewa bertema muzik menggunakan sticky notes, hasil buatan tangan SS sendiri. Kreatif kan? Kembang kempis hidung dapat kad handmade cantik! Selain itu, saya juga dapat decorated clip. Bukan calang-calang klip tau. Klip gitar! Oh, sangat handsome kacak tampan bergaya sekali! Satu lagi, sebuah metal notebook Languo. Cantik bebenar rupa parasnya luar dalam :)

Bahagian dalam kad - artwork SS :)
Buka kad,..gambar anak sapa la ni?! Kihkihkih. Sambil sengih-sengih hummed lagu Happy Birthday untuk diri sendiri, saya sibuk menayang satu rumah kad birthday saya yang ini. Bukan main berseni lagi SS. Luar dalam kadnya cantik! Inilah kad birthday super special, paling istimewa yang saya terima.


Menurut SS, metal notebook ni dibeli di Singapore. Apa yang menarik, cover depan dan belakang notebook ni daripada besi. Smart! Kukuh terpelihara, anti renyuk, anti komot :) Bahagian dalam notebook pula ada dua jenis lembaran. Satu yang coklat bertekstur kasar macam sampul surat/kertas skrap,..satu lagi putih-putih creamy (Eh, betul ke cara saya describe colour nih?). Klasik dan retro sangat! Dalam minda dah ada gambaran nak gunakannya untuk apa.

Dearest SS,
Terima kasih banyak-banyak atas kejutan istimewa ini. I was flabbergasted! Terharu! Teruja! Gembira! Thanks so much for your thoughts, for your 'susah payah' hasilkan dan hantar hadiah istimewa ini. I really treasure each and everything! Semua kena dengan jiwa saya hehehehe! Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan SS. Insya Allah, saya akan sentiasa doakan kesejahteraan, kegembiraaan, kesihatan, kelapangan dan kesenangan di pihak SS. Jaga diri baik-baik. You are a wonderful friend! Mmmuahhhhhh!

Mari ramai-ramai kita buat rombongan  ke 'Pondok Buruks' milik SS. Rasanya, rakan-rakan semua kenal dengan pemilik nama Scdha Sein ni. Belum kenal? Sila terjah Scdha Sein Photo and Travel dengan kadar segera untuk kegumbiraan dan fun berlipat ganda!


Psstt! Terima kasih juga buat rakan-rakan dan adik-adik yang sudi wish Happy Birthday, (Maaf, jenuh kalau nak dinyatakan semua di sini, but you know who you are...) yang doakan baik-baik untuk saya,. especially si Sitiroro, lagu Happy Birthday dendanganmu sungguh epik! ;)

68 ulasan:

  1. Amboi, pasti senyum panjang kak farrah..sapa x suka kan..wana x tau bday akak. .ucapan happy birthday buat akak farrah cayang lagi comel dan sweet..hehe..moga dimurahkan rezeki, jodoh yang baik dan shat slalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn. Thanks so much atas wish dan doanya, Wana. Same goes to you ye...moga yang baik-baik yang indah-indah sahaja :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Yesss,...special & exclusive tau! Lagu birthday paling special :)

      Padam
  3. Alhamdulillah... kak farah seorang yg baik dan pnyayang sbb tu sss sayang... semuaorg pun sayang :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebetulnya, bukan sebab akak baik ke apa,...Allah susun akak dikelilingi orang yang baik, thoughtful dan penyayang hehehe betul dak? betul dak?

      Padam
  4. Cekebon pun sama.... semoga Allah sayang cekebon... kerana mlps kn orang2 yg dalam dahaga... semoga cekebon dan kita semua terlepas dari rasa dahaga yg menyiksa ketika hari penghisaban kelak

    BalasPadam
  5. Ust pnh pesan... jln...bawak lh air mineral (at least) ... sbb kita x tau bila kita akn bertembung dgn org yg dahaga n needs water...
    or jgn kedekut blnja org minum ... blanja ahli keluarga / staff yg dh susah pyh kerja minum.... sbb siapa tau dgn secawan mineral tu asbab utk Allah ampun kn kita dan dpt masuk Syurga Nya...

    Insya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kita kena lebih alert, jangan asyik dengan dunia kita je. Nampak orang tua ke atau siapa2 ke yang beli makanan/minuman saing kita,..belanjalah mereka sekali. Maybe amountnya kecil, tapi nilai kegembiraan dan doa mereka lebih besar!

      Padam
  6. Sy belajar sesuatu dr cekebon hrni...

    Tenkiu cekebon.... sayanggg cekebon...
    dan cekedet juga :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekedet tu sapa? hahaha
      Actually, akak pun belajar benda ni daripada Cekebon. Masa mula2 dia minta stok air untuk diletak di ruang tamu, akak pelik. Rupa-rupanya nak beri pada si penghantar parcel :)

      Padam
    2. Nampak nau parcel kak farah mmg banyak... ha ha ha

      Padam
    3. Takdelah banyak mana, Huda. Yang korang2 hantar tulah :)
      Cekedot? Silap2 jadi cheesekut pulak hihii

      Padam
  7. adik kesayangan kak farah CT hihihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe semestinya,..untuk birthday akak Siti Yang Menaip dah jadi Siti Yang Menyanyi :D

      Padam
    2. siti yang menyanyi hihihi nama baru

      Padam
  8. wahhhh lawanya hadiah bertuah dapat hadiah hari lahir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang bertuah akak dapat gift daripada SS ni :)

      Padam
  9. Sapalak masak sambal udang ni... sedap nya bau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoyaiiii, sapa masak tu? Terus terliur huhuhu

      Padam
  10. SS tak pandai nak curik hati Cikgu... Tapi... SS pandai curik gambar Cikgu! He He He...

    BalasPadam
  11. cantiknya semua hadiah...kreatif SS..metal notebook nmpak very retro & classic..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Metal notebook tu memang cantik, Kak Nohas. Puas saya belek2 :)

      Padam
  12. bagus laa Cekebon buat macam tuh kan.. dapat jugak adik2 poslaju tu hilangkan dahaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,..saya sendiri tak terfikir nak buat begitu, Eyda :)

      Padam
  13. Ohh my dear sis.. terlupa ! mahap la.. Firah memang jarang online FB.. *dush2.. tampaq dahi sendiri*

    Happy belated birthday dear Kak Farrah.. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bertambahlah amal... semoga yang baik2 sahaja untuk akak ku ini.. aminnn

    BalasPadam
  14. Rasanya tak boleh nak komen sekali jea di entri ni. Nanti panjang meleret jadinya. Dah tak tahu nak ckp yg mana. Hohoho, 1st of all Happy Belated Birthday Kak Farah :) May God bless you with happiness and richness. Dari adik alam maya - Mekja ((:

    BalasPadam
  15. Mekja belum kenal sepenuhnya siapa cekebon yg sebenarnya krn belum habis explore blog ni. Apa-apa pun baik sungguh hati cekebon sediakan air utk pekerja poslaju. Sampaikan salam mekja buat cekebon ye kak :))

    BalasPadam
  16. Serius! Cantik sesangat hadiah daripada SS :)) Terpegun lihat. Rakan2 akak mmg kreatif2 orgnya kan. Bertuah sgt akak. Kad befday tu mmg torbaik. Cantik sangat! Notebook tu lagi lah, unik. Alhamdulillah rezeki akka :))

    BalasPadam
  17. Adoi adik manis, salah taip. Bukan akka tapi akak ;) heheh

    BalasPadam
  18. hohohoh... cantik seh. suka tengok

    BalasPadam
  19. cekebon sweet sangat as always! :) teringin nak jumpa cekebon kak farrah <:

    BalasPadam
  20. SS pon sama sweet macam cekebon :) moga murah rezeki SS

    BalasPadam
  21. Romantik habis kak SS ni. Terus cair <3

    BalasPadam
  22. wow terbaik.
    dari yg kreatif kpd yg kreatif.
    sesuai.

    BalasPadam
  23. Mulianya hati Cekebon...semoga beliau sentiasa sihat dan di murahkan rezeki

    BalasPadam
  24. hadiah besday!!!! camna SS leh tahu tarikh lahir cikgu ceketed but sis JM x tahu ni huhuhu

    BalasPadam
  25. SS seorang yg toughtfull, caring dan romantik ;)

    BalasPadam
  26. SS sgt memahami taste cikgu ceketed tu sbb ada tema muzik atas kad, klip guitar

    BalasPadam
  27. sis JM dah jumpa n beramas mesra ngan SS tu..so cikgu ceketed an cekebon bila lagi ahakssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik ! baru perasan .. beramas keramas kelumumur ea ? heee

      Padam
  28. sis JM dah jumpa n beramas mesra ngan SS tu..so cikgu ceketed an cekebon bila lagi ahakssss

    BalasPadam
  29. nanti leh dgr suara SS yg sweet tu

    BalasPadam
  30. akhirnya leh tgk pic cikgu ceketed yg sweet tu tak kisah lah hitam putih pun

    BalasPadam
  31. SS ni dah la hensem, kreatip pulak tu.. mihmihmih

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.