728 x 90

Isnin, 21 Mac 2016

5 Things I Hate The Most

Sebelum ini kena tag untuk 25 Things That Make Me Happy. Kali ini saya ditag oleh Sal Bola dan Cik Manisah Lesing untuk 5 perkara yang paling dibenci. Makasih ya!


1. Mencari
Saya cukupppppp 'suka' mencari! Ini antara kelemahan utama saya. Kalau saya hilang barang, saya akan hangin satu badan. Stress selagi tak jumpa. Disebabkan itulah, dari hari ke hari, saya cuba menjadi seorang yang organized. Kesian kat Cekebon dan Bott! Selalu jadi tukang cari barang saya. Kebiasaannya, kalau saya hilang barang saya akan announce satu rumah. "Along hilang ..." Then, pergilah buat-buat lupa dan lakukan kerja lain. Tak mahu fikir konon-kononnya. Nanti beberapa minit kemudian, adalah Cekebon atau Bott yang hantar 'benda hilang' tu dekat saya. Kadang-kadang benda tu ada depan mata je pun. Kes mencari pakai lutut! Entahlah, maybe the idea of finding thing/s buat saya gelabah dan tak jumpa benda. Hikhik! Boleh ke macam tu?


2. Menunggu
Tak suka menanti bukanlah maknanya saya tak boleh bersabar tunggu orang. Saya cuma paling benci menunggu seorang diri. Kalau ada teman tak mengapa. Sebabnya,...apabila sendiri, I tend to lost in my own world and I am the fidgety type. Tak boleh duduk diam sangat. So, dalam pada saya berangan tu, adalah nyanyi-nyanyi atau hum lagu dalam kepala. Tanpa sedar, tahu-tahu dah ternyayi kuat! Tanpa sedar lagi, saya akan joget-joget sendiri,..goyang-goyang sendiri dan secara terbuka mendedahkan diri  sebagai bahan tontonan umum. Tragis kan?!


3. Privasi diganggu
Ini paling pantang. Bagi saya setiap manusia ada batas privasi masing-masing yang orang lain tidak boleh ceroboh.


4. Orang yang berdolak-dalih
Not sure if 'berdolak-dalih' is the correct word or not. Saya paling tak gemar (bencilah tu kan,..), orang yang mulakan perbualan, kononnya nak beritahu kita sesuatu (atau dia initiate perbualan untuk tarik perhatian kita),...kemudian, apabila kita tanya lebih lanjut, tiba-tiba dia retracted!

 "Eh, tak ada apa-apalah!" 
"Tak apalah, kak. Tak perlulah saya buka cerita."

Seriously?
Siapa yang mula buka cerita dulu? Sometimes, apabila saya bertanya, bukanlah sebab saya nosy atau suka nak bergosip hangat. Saya hanya nak tunjuk concern. Sekurang-kurangnya tunjuk yang saya berminat dalam perbualan tu. Nak pastikan adanya kelangsungan dalam perbualan. Mana tahu dia perlu tempat untuk luah perasaan.
Ini benci Tahap 1.

Benci Tahap 2 akan menyusul apabila saya tidak beri sebarang reaksi selepas dia bagi 'statement tak nak buka cerita'. Dah tak nak cerita, sudahlah! Tiba-tiba, adalah keluhan...monolog dengan diri sendiri (tapi cukup kuat untuk kita dengar!). Seolah-olah nak memancing kita untuk terus bertanya. Sorry, dear! I don't entertain that kind of behaviour. Nak cerita,..cerita! Tak nak cerita, don't seek attention. Tidak perlu dolak-dalih, main tarik-tarik tali.


5. Tempat sesak
Sedari dulu tidak suka tempat sesak. Sebolehnya saya akan elak. Kiranya dalam membesarkan saya, Cekebon tak perlu risau - kalau ada orang bawa mulut cerita pada dia, nampak saya melepak dekat somewhere dengan kawan-kawan (dan tempat tu sesak penuh padat dengan ramai orang), dia tahu orang tu sengaja 'mengidam' supaya saya kena rotan birat-birat! Hahahah! Saya ni perimas orangnya. Dahulu semasa sekolah adalah pergi bertanding sana-sini. Saya pitam dalam bilik menunggu peserta sebab rasa macam duduk dalam tin sardin. Kadang-kadang, terpaksa menunggu kat luar dewan bertanding atau dalam kereta guru sebab saya rasa suasana yang sesak betul-betul menghimpit! Dah tua-tua ni lagilah! Nak gi shopping ke makan kat luar ke,..kena cari tempat lengaaannnnnggggg :)

Ok, selesai bebel tentang 5 Perkara Yang Paling Dibenci. Saya sepatutnya kena tag 5 blogger lain, tapi panas-panas begini, tak terfikir nama! Makanya, sesiapa sahaja yang baca entri ini dan sudi untuk buat, secara automatik anda ditag :)


174 ulasan:

  1. Yana singgah sini ... baca entri benci ..fuh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. benci nampak kejam sangat kan.. tak suka hahahha

      Padam
    2. baca tajuk pun dah rasa benci hihih

      Padam
    3. SisJM memangdia baca tajuk pon dah terasa bencinya

      Padam
    4. Bencinta...
      #faizaltahir

      Padam
  2. yana rasa yana tak payah buat entri pasal ni sebab kita hampir semuanya sama! tempat sesak, menunggu, mencari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi leh la kira tumpang entri je :)

      Padam
    2. Mana aci... itu mngelat....

      YanaTKK akak dah tag awak... sila jawab... tak kira....jawab gak...

      Padam
  3. ada persamaan antara kita ececech ! :D

    BalasPadam
  4. Saya pun tak suka tempat sesak....rasa rimas sahaja....lebih selesa duduk dalam rumah update blog =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rimas kan,...saya pun lagi prefer duduk diam2 kat rumah :)

      Padam
    2. Jadi konklusinya rumah adalah tempat yg terbaik.. hehehe kan??

      Padam
    3. Yes kalau keluar smemangnya habis duit

      Padam
  5. Haha..bab memcari tu sama kak..kalau wana cari barang..habis satu rumah ditnya dan srh tlg cari..huhu..teruk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah akak kan banyak kali cuba bertenang,..cari barang slow-slow. Tak berjaya! Stresss! Stresss!

      Padam
    2. Ada org kata klau tak ingt cari bayang, time nak sembahyang tu tetiba boleh teringat tempat kita letak... Jadi x kusyuk solatnya kan...

      Padam
    3. Bbwana..emailkan sis JM alamat...plssss

      Padam
  6. Balasan
    1. Hai, Intan! Welcome back! :)

      SS - itu sapa-sapa manja namanya ;)

      Padam
  7. 5 sahaja ka Pn farrah...hehehe...dalam banyak2 di atas tu...paling saya tak suka apabila privasi diganggu...senyap2 pula tu...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe minta 5 yang paling dibenci je, Sis Fida. Yes, bab privasi diganggu tu memang annoying kan :)

      Padam
  8. Hahaha, cik na pun tak suka semua benda tu memang aishhhh, sabar jela.yang paling tak suka sekali menunggu. ponat aih menunggu. duk kata otw tapi mandi pun tak. yang tu nak kena. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang masak menunggu kalau macam tu kan,....OTW OTW tapi dok terkedang kat rumah lagi ;)

      Padam
  9. Saya benci bila tertinggal lepas lupa mana letak. hahaha. samalah tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha sama kes tu! lelah gak nak trace balik mana kita tinggalkan :)

      Padam
  10. Most yg disenaraikan... SS pon benci sama!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesyyy, sekapal sehati sejiwa. Tapi, SS boleh tempat sesak-sesak. SS gagah perkasa! :)

      Padam
    2. sehati sejiwa gitu SS n Kak Farrah.. chemistry kuat nih....

      Padam
    3. bukan ke SS benci kalau GAS habis ;p

      Padam
    4. Ni kes pergi blog SS tgk KES benci SS dulu LA ni

      Padam
  11. Menunggu seorang diri tu memang takk sukaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenuh kan tunggu sorang2. Rasa lambat je masa berlalu.

      Padam
  12. Dah lumrah... Mmg kite suka cari pakai mulut sampai ke lutut... Keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam pernah tengok komen macam ni hahha

      Padam
    2. Hahahah tu sebab tak jumpa kan,..tak cari pakai mata ;)

      Padam
    3. Cermin mata ilang pon suruh org carik! Keh keh keh...

      Padam
    4. Dah cermin mata hilang, lagilah tak nampak nak mencarik! Blurrr je semua ;)

      Padam
    5. Bab Cermin Mata ni pling win sebab memang Ada depan Mata or Kat atas kepala pon tak perasan

      Padam
  13. Tempat sesak... SS tak boleh elak... Kalu kat China... Sikap2 lebam badan kena siku!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala kaki travel memang tak boleh elak laa kan

      Padam
    2. Kalau saya bersesak-sesak kat China tu, agaknya berapa kali pitam pengsan agaknya. Kat mana jatuh pengsan, kat situlah sedar balik heheheh

      Padam
    3. Alaaaa.. Biasalah SS kaki travel kan.. Dok gituuu

      Padam
    4. Sikap2 tu apa ss...

      Adik beradik siakap ke?

      Hahaha....

      Lariiiikkkkk....

      Padam
  14. Aci pon benci dolah saleh... Eh! Dolak dalih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih dolah saleh tak berdosa dalam hal ni, Aci ;)

      Padam
    2. SS ni min at dolah saleh k ??? Kihkih

      Padam
  15. Tempat sesak Zumal pun tak suka sangat. Tapi kekadang rasa macam rugi kalau perkara tu jarang2 ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Zumal. Kalau dah ada event best, surelah tempat tu sesak kan...akak dah lama tak terjah pesta buku sebab takut suffocate sendiri :)

      Padam
  16. bab menccari tu sama laa,,even kadang2 barang tu dlm beg pun susah nau nak mencari :'D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul. Selongkar punya selongkar, tak jumpa jugak. Last2 tuang keluar semua isi beg!

      Padam
    2. Rasanya ramai yg benci part mencari ni... Org yg sàbàr je hadap dugaan mencari ni.

      Padam
    3. Respect kat orang yang sabar mencari :)

      Padam
  17. assalamulaikum lapor diri tinggal jejak sat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..

      **terbaca komen ni so kena jawab..hihihihi

      Padam
  18. ada la persamaan dengan ekin sikit2 bab barang hilang tu memamng hahahhahha kalau xjumpa hangin satu badan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah , ke semua macam ni... kehkeh

      Padam
    2. Takkk insan terpilih yang tak sabar je hahahah

      Padam
    3. hhahahaha kan kan insan terpilih ni

      Padam
  19. tempat sesak memang rimas sangat tambah-tambah kalau cuaca panas macam sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. duk rumah pun rasa lagi bahang , kalau nak pergi tempat panas tu gigih nau laa

      Padam
    2. Akak tiap kali nak keluar rumah pikir banyak2 kali! :)

      Padam
    3. Saya pon klau ramai sngt org mmg akan pening kepala.. Dan sangat² talk slesa

      Padam
    4. Bayangkanlah dengan cuaca panas sekarang ni,..lagilah akak avoid tempat sesak!

      Padam
    5. Kan Sgt nak elak . silap2 boleh pengsan

      Padam
    6. betul tu kak.. Tapi satu tempat je takleh nak avoid.. masa ad dlm LRT, confirm sentiasa sesak.. nak tak nak kena naik jugak.. hihihhi

      Padam
    7. tu la pasal duk rumah pun panas keluar sat kat luar kait buah jambu dah berpanasan ni...

      Padam
    8. cik Ash kalau pasal makan saya berpanasan pon takpe..hahahahah..

      Padam
    9. hahhahahha makan berpanasan molek keluar wap panas :P

      Padam
  20. emmm... knp cam takde je benda yg nina benci.. hahahahaha

    penat fikir...

    eh ada..

    paling benci internet down disaat data hp habis quota..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah, Nina! Sabar orangnya. Saya kalau internet down tu menci gak,..tapi tak masuk kategori benci bangatttt! hehehe

      Padam
    2. Klau internet xde mmg hidup tak lengkap..hahaha

      Padam
    3. Takada internet tak boleh boom blog kak farrah

      Padam
    4. Amboi, kemain lagi ayat Cik Yana kita :)

      Padam
    5. biar betul Nina...benci tu je...

      Padam
    6. sis JM benci kalau nak beli tiket murah AA..tetapi dt tikel mahal....adoiii

      Padam
    7. ahakss..patutlah Yana kuat mengebom..mesti internet laju kat umah tu

      Padam
    8. satu lg benci gak kalau x de masa nk balas kunjungan kawan2 blog...ehh boleh kira ke tu

      Padam
  21. hihihihihi... mampu senyum je baca ni...

    hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik manisah kalu benci... Dia settle dengan melesing! Keh keh keh

      Padam
    2. Huda..jgn benci sis JM dah le ehhh

      Padam
    3. Ehhh mn blh benci sjm... kita kan jiran... hihihi...

      Padam
  22. meeeeh CT ceritakan semuaaanya wakakaka.. xyah tanya ceq hamparkan =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi,..kemain lagi dia nak 'hamparkan' :)

      Padam
  23. part cari barang tu.. time dah kemas mesti x jumpa.. time berselerak la senang semua jumpa wakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu jangan kemas! Ha ha ha

      Padam
    2. Kan.. Time kita taknak ad je depan Mata.. Klau time kita nak ssh bebenor nk ketemuaaannnnn
      ...

      Padam
    3. ehehe betoi2.. xyah kemas biar sepah je.. tapi kalo dah kawen kena kemas gak la.. srabot ti laki lari rumah plak.. ahaha..

      xpun laki la kemas =P

      Padam
    4. Betullah. Nape time kita kemas, carik tak jumpa? Kalau time berselerak tu tau pula kita nak cari kat mana :)

      CT, tak payah tunggu dah kawen, hidup bujang pun kena kemas gak takut nanti tak jumpa jalan keluar ;)

      Padam
    5. Mungkin time selerak kita taknnak guna benda tu

      Padam
    6. Benda tu macam tau2 je kan bila kita nak guna dia pergi sembunyi :)

      Padam
    7. itu sbb rumah sis JM ni bersepah..reason? bukan sbb malas tetapi barang senang jumpa

      Padam
    8. setujuuuu ngan Akak JM !! sep sep..
      akak.. sepah sepah tp still boleh jalan lagi.. kalo xde jalan keluar kita kuis kuis kais kais laaa ahaha..

      Padam
    9. hahahahha sampai gitu sekali ye kak ct

      Padam
  24. No 1 dan 2 tu kita sama kak Farrah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe ramai gak yang tak suka mencari dan menunggu ni ye :)

      Padam
    2. same to me...terutama mencari tudung nak pair ngan baju ;p

      Padam
    3. hahahaaa... ni pon ad benci kalau teman kakak pegi cari baju//tudung.. mahu berejam..hahahhhaa

      Padam
    4. perempuan cenggitu laaa.

      tapi saya pon sejenis yang tak suka beli baju tudung lelama, rimas

      Padam
  25. Serious.. Saya mmg tak suka klau cari barang yg xingt tmpt letak... Mmg hanginnn satu badan lerr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanginnnn selagi tak jumpa!

      Padam
    2. satu hari boleh takde mood kak farrah.. sebab xjumpa brg..hihihih

      Padam
    3. Hahaha betul,..betul! Satu hari,...kalau tak jumpa, sambung esok pun takde mood gak :)

      Padam
    4. Hahahahaha... betul tu kak.. :D

      Padam
    5. sehari je x de mood Ikhwan..x lama tu ingatkan setahun hahaahh

      Padam
    6. hahahahaa.. kalau setahun duduk dlm gua sorg2 lah Sis JM.. ahakss

      Padam
  26. Kalau bab menunggu tu memang naik hantu kan.. Nak² klau janji awal last2 dtg lambat.. Errrrgggg

    BalasPadam
    Balasan
    1. IY !! komen tu sikit2 bleh x ?? kasi chance org lain sama wakakak..

      Padam
    2. Kahkahkah SYM dah jadi Siti Yang Meragam pulak ;)

      Padam
    3. Hahahahaha kak ct dah marah ayooookk :P

      Padam
    4. Hahahahaha,, kita ni komen secara pukal teacher.. nanti saya boom rumah Teacher Yang meragam.. Ehhhhh.. hehehehe peace.. :D

      Padam
    5. Siti Yang Meragam ni trademark menggangtikan Shamsul Yang Mencelah ka? huhuhu

      Padam
    6. Hahahah kira sepupu sepapat Shamsul Yang Mencelah tetapi yang ni lebih rare,...lebih ekslusif :)

      Padam
    7. hahahaha... siape pulak shamsul Yang Mecelah...hahahah

      Padam
    8. kak kah kah...kalau CT tgk sis JM di tangga teratas mcm mana...mesti terus tukar jadi Siti Yang Menangis

      Padam
    9. Ye ye saya Kat sini. jeling sisJM

      Padam
    10. Hahahahaa.. Sis JM dah masuk gear turbo daaa...

      Padam
    11. ahaha hampa memain naaa.. Arz tu dia tunggu CT jadi Siti Yang Memanah tu.. dia lama tak kena petir =P ahaaak.. Akak JM xpelaa CT redha.. biasa daaa tengok akak kat atas hahaha..

      Padam
  27. siap joget² lagi..sakan ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni Zarul leh tulis novel hit tajuk dia TERJOGET TANPA SENGAJA! :)

      Padam
    2. jgn x percaya..sis JM pun baru tahu ni

      Padam
  28. mencari dan menunggu memang stress....paling stress adalah mencari orang yang kita tunggu...sebab dia cari kita tak jumpa heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah itu stress berganda! :)

      Padam
    2. aRz..guna lah Waze..pe susah

      Padam
    3. psst..ArZ dah terima lum small gift dari sis JM

      Padam
    4. Amboi Sis JM.. cari org pon nak pakai wazee...

      Padam
  29. nasib baik kak farah tak tag nama....kekadang tajuk macam senang tapi nak senaraikan tu macam susah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul! Berasap jugaklah hidung dan telinga nak memikir. Ahaks, tapi Arz telah bagi idea akak nak tag siapa lepas ni :)

      Padam
  30. tempat sesak...saya pun tak berapa suka...contoh shopping complex...tak boleh terlalu lama...pening

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pening,..sesak nafas semua ada kan,..

      Padam
    2. sesak lah best leh senggol sengolan hahaha

      Padam
    3. Sis JM nak senggol senggolan siapaa tu.. pewittt.. :D hehehe

      Padam
  31. sama!!!! x suka 'mencari' barang ..rasa stress...kadang terpaksa cari sendiri juga sbb x boleh menjerit minta tlg org cari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari kerongsang. Beli hilang beli hilang

      Padam
    2. last2 nangis sorg2 sbb tak jumpakan Sis JM????

      Padam
  32. biasa sis JM akan baca 'robbi yassir waala tuassir..robbi tamin bil khoir' in shaa Allah jap lagi mesti jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yana plak akan duduk Dan nangis jap kalau bende penting la

      Padam
    2. Thanks Share Sis JM.. lepas ni bolehlah praktik kalau brg hilang..

      Padam
  33. ahaks...boleh lak terjoget2 tggu org tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. supaya kurang sikit benci pada yang ditunggu tu ..

      Padam
  34. sis JM pun x suka menunggu..jap lg mmg hangin lah...kadang nk buang masa menunggu tu...layan blog kat Tab

    BalasPadam
  35. sis JM paling benci kalau entri blog kena cilok!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha situasi yg kena dengan entry ni

      Padam
    2. Part ni mmg panas kan Sis JM... fuhhhhh mmg BENCI..

      Padam
  36. sib baik x kena tag sbb 5 perkara tu cam sama jek..share jelah heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. bhahahah.. betoi2.. kalo x rasa guilty gila sebab takdak masa nak buat =P

      Padam
  37. majoritinya kita sama.. tak suka juga menunggu, cari benda tak jumpa2, ganggu privasi..

    BalasPadam
  38. Yang no.1 tu MD pun tak suka....penat tu nak cara sesuatu barang yang kita salah simpan atau hilang....hihi

    BalasPadam
  39. paling win dlm entry farrah ni ~ benci tahap 1 dan tahap 2.
    kalau aida, takde da bertahap-tahap.
    sekali aje da tahap maksima.

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...