Isnin, Mac 14, 2016

Resepi Sambal Mangga dan Ikan

Sambal mangga dan ikan ini resepi Bott. Selalu kalau jumpa mangga muda, memang akan minta Bott buatkan. Sedappp! Pedas pedas masam masam,...makan nasi sepinggan tak cukup! Tetapi, nak buat sambal ikan dan mangga ni tak ada sukatan yang khusus untuk resepinya. Agak-agak sahaja untuk imbangkan rasa.

Sambal Mangga dan Ikan
Bahan-bahan yang diperlukan: 2 - 3 biji mangga muda, seekor ikan kembung, segenggam kecil cili api merah (ni cili api yang pedas berdesup tuh), secubit garam dan asam keping.

Cara Penyediaan: Mula-mula, rebus ikan kembung dengan secubit garam dan asam keping. Sesudah masak, asingkan isi ikan dari tulang. Hiris mangga. Tumbuk cili padi bersama isi ikan. Bott tumbuk tak sampai lumat sangat. Biar lagi kick katanya ada chunck ikan dan cili. Kemudian, gaul sekata mangga, isi ikan dan cili padi. Tak perlu letak garam sebab tadi ikan dah direbus dengan sedikit garam. Tetapi, jika rasanya kurang masin, bolehlah tambah ikut cita rasa.

Hidangkan dengan nasi atau bubur panas.

Selamat Mencuba!

29 ulasan:

  1. kalau nak syokk laagi...makan dengan budu! perghhh...tak pandang kiri kanan dah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh! Kalau dah laga dengan budu,..memang fokus kat pinggan,..suap, kunyah, telan...suap, kunyah, telan :)

      Padam
  2. Makan macam ni memang buat nasi x ckup sepinggan kan kak farrah..pedas2 masa..erm, terliur!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan, Wana! Memang sepinggan tu sekadar pembuka selera je...hahaha
      Ikhwan suka makan pedas ke?

      Padam
  3. macam kerabu mango versi kak bott

    BalasPadam
  4. Nampak tajuk resepi terus mai sini..dpt ngan ulam pegaga/kacang botor sekali pun berdesup jugak ni..hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh, ada semua tu memang selagi tak puas, tak berhenti makanla,.. :)

      Padam
  5. Kalau dapat makanan ni memang lupa diet..

    BalasPadam
  6. yum yum sedap nya sis... fav akak jg ni... terus lapar....

    BalasPadam
  7. Kalau Firah yang perisi ikan, tulang ja yang tinggal.. isi ikan masuk perut.. peberet.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, bahaya tuh! Tak sempat siapla sambal mangga ni :)

      Padam
  8. Memg sedap pun enak d mkn begitu saja hihi

    BalasPadam
  9. mesti sedap.. raaya tak cuba laa sebab jenis tak tahan pedas..

    BalasPadam
  10. klu kami sni suka panggil kerabu klu masak camni, mmg xda sukatan, men letak ja..

    BalasPadam
  11. febret ni mkm nasi bertambah ni...

    BalasPadam
  12. Sedapnya Farrah.... MD dan hubby tadi baru lepas makan ikan bakar cecah dengan sambal mangga tapi ada campuran timun sikit...sedap..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.