Rabu, Mac 30, 2016

Win-win Notebook POPULAR

Minggu lepas saya dan Bott keluar berjumpa dengan teman lama kami, N. Lepas makan, sembang-sembang, kami masuklah ke kedai kegemaran saya, POPULAR. Kebetulan saya perlu beli beberapa jenis kertas untuk projek kraf dalam masa terdekat ni. Saya seperti biasa, pergi section kraf, Bott hilang pergi tengok novel seram dia manakala N cari buku kerja dan alat tulis untuk anaknya.

Setelah lebih kurang setengah jam 'bergelut' cari barang dan rambang mata dalam POPULAR tu, kami pun pergilah membawa harta-harta pancingan ke kaunter bayaran. Sebaik sahaja di kaunter, saya terus tertarik dengan buku yang dipamerkan di situ. Win-win Notebook? Cantiknya cover dia!

"Notebook ni special sikit kak, kak. Dalam tu ada beberapa muka surat juga untuk mewarna," jelas adik manis yang peramah dari belakang kaunter. Saya pun belek setiap satu buku. Masa tu, si N pandang sebelah mata je.

"Lepas tu dalam tu ada voucher RM10." Terus N buntang mata.

"Voucher RM10? Voucher POPULAR?"

Saya pun tunjukkan lembaran belakang buku tu. Memang ada voucher bernilai RM10. Tetapi, kita kena guna dalam tempoh yang berbeza dan pembelian mestilah RM30 ke atas dalam satu resit. Bagi kami berdua, memang worth it sangat sebab selalunya setiap kali ke POPULAR saya akan berbelanja 30 ringgit ke atas. Si N lagilah, kalau sekali beli buku kerja untuk anak, makan ratus juga.

Ada empat jenis Win-win Notebook.
Saya paling berkenan yang burung hantu tu.

Bahagian dalam buku.
Cover notebook kertas keras. Bahagian dalam muka suratnya berkualitilah juga. Tidak terlalu nipis. Halaman untuk mewarna, kertas tebal. Jadi, nak mewarna pun best je. Memang feel lah ;)


Inilah yang paling win! Harga buku nota ni, senaskhah RM9.00. Beli dua dengan harga RM13.00. Beli satu pun dah balik modal. Beli dua berbaloi-baloi! Kita beli RM13.00, dapat voucher RM20.00. Dalam saya sibuk berkira-kira nilah, N muncul dengan idea yang dia claimed win-win-win!

"Kau memang suka notebook kan, Far. (Some of my colleagues call me Far). Apa kata aku beli untuk kau, voucher aku ambil?"

Pada mulanya saya tak mahu. Ajak si N berasional. Itu dah tak kira untung dah. Buat apa buku nak diberi pada saya,...Lebih baik duit yang sepatutnya beli buku nota tu simpan untuk beli benda lain. Sebab nanti, nak guna voucher tu, kita kena ada pembelian lain juga kan,..Tetapi, N berkeras. Katanya dia dah lama tak bagi saya hadiah, anggaplah notebook tu sebagai hadiah. Dia dapat hadiahkan saya notebook, dia dapat vouceher, nanti anak dia dapat buku baru dengan diskaun. Win-win-win lah tu! Saya pun OK je. Tak sangka dia ambil empat-empat design! Dan N hanya ambil vouchers dalam 3 buku je,..yang RM10 di atas tu untuk saya. Alhamdulillah, dalam rezeki N ada rezeki saya dapat notebook dan voucher :)

Oh, saya nak memanjangkan rezeki ni. Salah satu daripada buku nota (Tapi tak ada voucher tau!) di atas akan jadi milik someone yang bertuah. Bertuah sebab Tolong Pilih Superhero atau sebab jadi Top Commentator March? Itu kita tungguuuuu!

Psstt!! Siapa-siapa yang selalu shopping di POPULAR, bolehlah grab deal terbaik ni. Tetapi, bagi yang jarang pergi ke sana, saya tak sarankan anda beli buku nota ini. Melainkan anda berkenan dan akan guna notebook ni barulah berbaloi-baloi! ;)


49 ulasan:

  1. Memang cantik2 semua notebook tu..berbaloi sangat beli siap dapar voucher lagi..kalo wana pun suka yg owl design tu..comel giler..:)

    BalasPadam
  2. yang owl tu owllllllll...nak yang tuuu! hahahaha...Sally nak g la nanti lepas amik voucher buku..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa buat reminder. Jangan lupa dapatkan owl tu :)

      Padam
  3. Siapalah pemenangnya....akukah yang bertuah...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmmm siapa ye? Mungkin sis Fida,..mungkin orang lain,.. :)

      Padam
  4. Ala.. Nape x perasan ye ari tu...
    Ruginya...
    Cantik2 design dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,..promo ni utk tempoh masa yang lama jugak. Lain kali boleh cari :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Hihihi bayangkan akak ada keempat-empatnya ;)

      Padam
  6. Dah LA murah. Yana lagi suka guna notebooks than planner

    BalasPadam
    Balasan
    1. Me too. Lebih bebas menconteng dan merencana :)

      Padam
    2. kan hehhehe apa pun boleh campur semua dalam tu , kalau warna warni lagi senang buat section

      Padam
  7. ok lah bg yg suka membeli kat popular.. cantik cover2 buku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, bagi yg perlukan notebook dan slalu beli barang di Popular memang worth it sangat :)

      Padam
  8. Comel gak cover buku tu, boleh cari gak nanti... buku nota Zumal pun dah hampir penuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, nanti ada kesempatan jangan lupa cari ye, Zumal :)

      Padam
  9. baru tadi pegi popular kat Aeon shah alam.. nampak jugak buku ni kat tepi kaunter.. tak tahulah ad voucher kat dalam..hihihihihihihhh

    BalasPadam
  10. siapalah yg bertuah tu. suspen.. :D

    BalasPadam
  11. rezeki akak kan.. InshaaAllah moga kawan akak tu bertambah2 rezekinya...

    BalasPadam
  12. saya sempat pegang yg burung hantu tu kak.. First ingtkan colouring book..hihihih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bijak strategi diorang letak tepi kaunter kan...kita memang akan terrrnampak dan terrtarik! :)

      Padam
  13. kak farah selalu murah rezeki... hihihi

    BalasPadam
  14. tak mau bersaing... sebab kalah dah gerenti ...
    hihihihi...

    good luck uols...
    kak farah alwiz de best ...

    mmuahhh sikit ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersaing apanya ni, Cik Manisah? ;)

      Padam
    2. Mendapatkan pemenang buku nota comel tu.... hihihi...

      Walau dalam hati cakap "pls pick me"... hihihihi...

      Padam
  15. memang cantik dan berbaloi buku nih..

    BalasPadam
  16. wuhuuuuu. lawanyaaa. jie suka owl tu. comeii ngat :D

    BalasPadam
  17. Memang comel lah Farrah...MD pun suka yang owl tu....

    BalasPadam
  18. Siapalah pemenang yang bertuah tu nanti.....

    BalasPadam
  19. Cantiknyaaaaa! Ada lagi tak eh agaknya T.T

    BalasPadam
  20. a ah laa yang burung hantu tu paling omey.. vibrant..

    BalasPadam
  21. hmmmmmm mau pi carik la sok.
    utk anak2 dara.
    di samping nak vocer :)
    ada lagi tak win win notebook ni.minta2 la ada lagi stok.

    BalasPadam
  22. ekin banyak notebook dulu2 suka beli... loni pun minat hahahahhaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.