728 x 90

Jumaat, 11 Mac 2016

"Ya Allah, comelnya dia!"

Hanya ingin kongsi. Sesuatu yang boleh kita fikir-fikirkan. Saya ada seorang murid baru di 'kelas pondok' saya. Let's address him, Z. Z baru berusia lapan tahun. Masuk kelas saya kerana ibu bapa bimbang prestasi pelajarannya. Untuk peperiksaan akhir tahun lepas, dua subjek ini gagal.

Awal-awal Z masuk kelas, saya dapati Z sukar nak bergaul dengan murid-murid cilik saya yang lain. Satu, sikapnya yang suka mengkampungkan teman-temannya. "Eeeeiiiii, so kampung dot com!" "Awak ni kampunglah!" Bayangkanlah budak baru lapan tahun dah pandai keluar statement begini! Saya tegur dan beri amaran.

Insiden lain.
Z panggil semua murid tahun dua yang lain stupid. You stupid! Stupid! Bloody stupid! Saya sempat rakam dan hantar pada ibu bapa. Mohon ibu bapa nasihatkan agar perkara ni tak berulang. (Sekarang ni most of sesi kelas tuisyen saya dirakam. Sebabnya. meskipun kelas pondok saya hanya di kampung,...anak-anak [bukan semua, yang bermasalah sahaja tau] super kreatif reka cerita bukan-bukan. Balik adu pada mak bapak, tahu-tahu cikgu kena serang!)


Respons si ibu melalui Whatsapp: Ohhh, tu dia dapat dari televisyen la tu. Anak saya ni bijak, cikgu. Dia cepat menangkap apa yang dia dengar.


Insiden lain.
Z guna F language. Dengan saya sendiri di F kan! Bila saya tegur, dia balas, "Saya cakap dekat rumah boleh je!" Saya malas ambil pusing. Tegur dan beri amaran. Tazkirah pada the whole class F word is not a word yang sepatutnya keluar dari mulut kalian. Kebetulan semasa balik, sewaktu si ibu jemput di muka pintu, sekali lagi dia keluarkan meriam F bertubi-tubi. Saya cakap elok-elok. Harap boleh tegur Z. Murid-murid saya yang lain tak cakap perkataan ni. Saya tak mahu ada sebarang bad influence. Si ibu salahkan kawan-kawan di taska.

Insiden lain.
Z datang tuisyen, buat muka penat. Apabila disuruh keluarkan buku, dia memandang saya dan kata, "Hari ni saya tak ada mood!"

Insiden lain.
Kebiasaannya murid-murid cilik diberikan rehat 5 - 10 minit sebelum tukar subjek baru. Selepas rehat, Z refused untuk buka buku. Apabila saya tanya, dia jawab penat. Saya kata tadikan dah rehat,.. He answered, "Saya dah rehat, otak saya belum rehat!"

Kusmangat! Nasiblah anak orang. Kalau anak saya, tak tahulah apa nasib mulut yang keluarkan kata-kata keramat tu. Jadi, semasa ibunya datang berjumpa saya (Si ibu setiap hujung minggu datang tanya perkembangan anak. Macam mana? Ada peningkatan tak?), saya utarakan perkara ini dan respons si ibu memang priceless!

"Ya Allah, comelnya dia!"

Duhai para ibu dan bapa, there's a line, (though maybe to some of you a very fine line) between comel and biadap. Anak mulut celupar, sampuk orang tua bercakap dikata bijak,.. petah. Jangan marah guru, point fingers pada pihak lain kalau apa yang asas, yang sepatutnya diterapkan di rumah tidak dilaksanakan. Sekalipun mendidik dengan konsep diplomasi atau kebebasan bersuara, nilai budi pekerti, hormat-menghormati perlu ada. Saya boleh tegur, betulkan atau marah. Tetapi, usahanya hanya setakat itu sahajalah. Di pihak saya kata salah, benda tu tak baik,...mak pula kata comel! Bagaimana si anak nak belajar? Kalau sayang sangat anak, cubalah lihat dan teliti di sebalik yang comel tu. Jangan sampai satu hari nanti 'kecomelan' itu yang akan memakan diri kita sendiri.

Psstt! Maaf kalau entri ini ada menyinggung hati sesiapa. Ini hanya pandangan jujur saya.

53 ulasan:

  1. owh..seusia 8 tahun..PC belum ada pengalaman mendidik anak..namun jauh disudut hati terasa sedikit ralat..masih rebung..masih boleh dilentur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. BVetul, PC. Di pihak saya pun ralat sebab budaknya masih kecil. Masih boleh dilentur. Tapi siapa saya nak 'lentur' si rebung jika 'buluhnya' sendiri OK je :)

      Padam
  2. itu bukan comel laaa...aduhaiii...itu dah mula biadap! payah betul la mak ayah sekarang niii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,..akak pun tak anggap benda tu comel. Sah sah biadap. But nak buat macammana, mak ayah anggap comel. Akak cuma tegur dan pastikan di kelas akak tak boleh buat macam tu. Belajar kat 'kelas pondok' kena ikut peraturan 'sekolah pondok' :)

      Padam
  3. macam mana 8 tahun dah boleh cakap benda2 macam tu... sepatutnya benda2 macamni ibubapa yg mainkan peranan dalam didik anak2. kesiannya kat kak farrah kena handle budak macamtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah biasa berdepan dengan student begini, Mazni tetapi normally teens. Budak2 nak besar. Tak sangka rebung 8 tahun pun boleh berkelakuan begini. Itu yang menyedihkan.

      Padam
  4. kalau sayalah kak farrah.. Ya Allah biadapnya diaaaa... ermmm.. Cukup membimbangkan kak.. takut yg lain terpengaruh dgn ayat2 yg xsepatutnya.. SEGELINTIR Ibu bapa skrg memanjakan sangat anak.. tak salah untuk dimanja tapi kalau sampai kluar word F tu mmg xtahu nak kata apa. Baru 8 tahun kottt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat membimbangkan, Ikhwan. Tapi kita yang beria-ia risau. Mak bapak tak rasa benda tu salah. Bagi akak, kalau dah pandai sebut F word tu memang biadap! Dah tak de comelnya dah :)

      Padam
    2. Kan.. Kalau mak bapak tak kisah dgn perangai anak diorg mmg xleh nk buat papelah.. Erm

      Padam
  5. Ingt saya akan satu status kat FB. Seorg ibu kepada seorg anak. Siap timbang berat sebuah buku n buat calculation satu hari anak dia bawa beban yg berat ke sekolah.

    dulu saya teruja je bila dapat buku. tak ikut jadual semua buku bawa. tapi okay je. sekarang bila dah berat sikit mak ayah merungut. Kitanya menjejaskan kesihatan tulang blakang anak mereka etc. Bila ad mesyuarat PIBG tak dtg pula. time tulah boleh bg cadangan bernas mak ayah untuk kesejahteraan anak2 mereka. Medium FB juga yg dijadikan pilih...

    p/s:terover pula komen ni..hihihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, akak tarik napas tengok dengan gambar buku teks atas timbang tuh..macam2 kan :) Diorang ni menyalak je. Kan sekolah ada jadual. Malam2 tu paksalah anak pack beg ikut jadual.

      Padam
  6. Anak itu satu tanggungjawab yang besar... Yang perlu dipikul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya...amanah yang tak patut disiakan.

      Padam
  7. Farrah cuba ke FB Dr Shukri Abdullah ada banyak tentang kisah ibu bapa mendidik anak..Saya beberapa hari ni pun fikir tentang perkara2 macam ni..

    BalasPadam
  8. Eh geram plak sampai x leh nak komen ..nak rilek jap.. kang datang balik... ( Masalah bukan anak tapi IBU BAPA tu kan..grrr)

    BalasPadam
  9. euwwww itu jawapan mak dia...mak dia pun sungguh 'comel'

    BalasPadam
  10. X dpt kot nak bezakn bijak ngn biadap...budak2 zamn skrg ni dah lain x mcm kita dulu2

    BalasPadam
  11. err... mungkin dekat rumah dia dah biasa dengar those words.. so, dia pun jadikan habit and as for that mak dia cakap itu sangat comel sebab dah berjaya menumpahkan kuah ke nasi dengan kadar yang selesa..

    thank you Kak Farrah for the sharing.. untuk peringatan diri sendiri bila dah bergelar ibu nanti... in sha allah

    BalasPadam
  12. siapa yang comel tu jap nak baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula mula KJM expect apa dari entry ni hehehhe

      Padam
  13. mak aih...so kampung dot com? budak 8 tahun ckp mcm tu..kat mana dia belajar ni..pengaruh gadjet ke ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah sis JM.. Seriously xleh bayang 8 tahun boleh ckp mcm gituu.. Mungkin salah satu penyebab gadjet kot.

      Padam
  14. stupid pulak!!! hadoi...ape nak jai ngan budak ni...ntah2 dgr mak bapak ckp kat umah tak...ishh..nauzubillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu bapa cermin anak2.. Kan???

      Padam
    2. mungkin sebab anak2 sekrang cepat je belajar

      Padam
  15. laa..pengaruh TV ke..ah tu...nape biar je anak tu nonton rancangan x elok cam tu ish ish ish..patutnya parent perlu monitor tgk rancangan ilmiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klau mak ayah sibuk sngt keje tapi jngn lah sampai abai anak2.. Hingga cakap n buat apa2 yg mereka nk buat

      Padam
    2. maybe ibu n ayah sibuk main hp gak hihihi

      Padam
    3. zaman sekarang ni anak2 terlebih berdikari , dulu yana lah kan , nak tengok tv pon kena pilih channel ..

      Padam
  16. dh agak ah...mesti punca dari parent..kalau ah kecik2 dah panai guna F language pastu mak ayah senyum je gr...ntah apa lah nk jadi bila besar nanti..si kecik tu x faham..so dia ingat biasa je lah...seram lak

    BalasPadam
  17. haaah!!! sikap anak mcm tu i katanya 'comel' ohhh....mmg dh buta hati si ibu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..comel dipandangan ibunya sis JM.. Mcm xde bende lain nk kata comel kan..aihh

      Padam
  18. Tiada yg sesuai selain perkataan biadap. Pelik si ibu tak dapat menilai dan melihat beza comel dan biadap. Sedih :(

    BalasPadam
  19. Ya Allah 8 tahun dh biadap.. good job buat parents moden zaman skrg. dh tak sama didikan mcm parents dulu. Sedih sgt sepatutnya dr kecil dh membentuk peribadi anak2.

    BalasPadam
  20. Ya Allah 8 tahun dh biadap.. good job buat parents moden zaman skrg. dh tak sama didikan mcm parents dulu. Sedih sgt sepatutnya dr kecil dh membentuk peribadi anak2.

    BalasPadam
  21. Bagus Farrah bagitau maknya, bila budak begitu jawab yang tak releven minta dia cakap Alhamdulillah, Allahuakbar ke Bismillah inshaAllah moga moga berubah kan.

    BalasPadam
  22. Takuit bila memikirkannya ;(

    BalasPadam
  23. salam fuh baca entry akak ni ingat ke akak nak cakap anak murid akak comel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah.. First time baca tajuk mcm kak Farrah nk crite sesuatu yg comel je.. Tapi.. Comellah sangat..

      Padam
    2. dont judge teh entry by it title .. boleh ke gitu ?

      Padam
  24. kalau dapat kat yana nii..
    eh , teremo , hilang kesopanan jap

    BalasPadam
  25. kalau adik yana ni tak lama kena dah rotan! bukan yana la rotan ayah laaa.

    BalasPadam
  26. tak leh bayang kan budak tu KG.COM kan kawan kawan dia ! apa kau bandar sangat !
    eh hehhe

    BalasPadam
  27. selalunya budak2 macam nih belajar daripada persekitaran terutamanya family sendiri.. sebagai ibu bapa, kita kena ajar baik2 anak2 sendiri agar tidak menyesal di kemudian hari..

    BalasPadam
  28. aduhhh zaman sekrang mcm2 kan

    BalasPadam
  29. whaaaaaaaaaaaaat ?? itu yang ibu dia cakap ??? ahahaha.. no wonder anak gitu..

    BalasPadam
  30. dia da biasa cakap kat rumah.. mak bapak x tegur dats why kita yg dianggap outsider ni dia buat dek je.. kalo anak buah CT mmg siap kena tampor da mulut tu..

    BalasPadam
  31. xleh ke akak suruh nak dia stop hantar dia ? bad influence..

    BalasPadam
  32. ke mak dia sebenarnya nak cover malu ahahhaa.. pura2 x mengerti =P

    BalasPadam
  33. Setiap ibubapa harus ambil berat dalam kes macam ni...anak adalah amanat d dari Allah..jadi lentur lah ia agar menjadi insan yang soleh dan solehah....Zaman sekarang kalau tak di didik dari awal memang payah nak di lentur...

    BalasPadam
  34. Comel wajah hati budinya harus comel juga....kan Farrah..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...