Rabu, 27 April 2016

Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Petai

Satu lagi resepi yang simple tapi super yummy! Siapa penggemar petai di sini? Kita boleh geng! Saya kalau dapat petai, tak kisahlah yang biasa, berebus atau yang berjeruk, memang suka bangat! Pekedai runcit kat area rumah saya pun, kalau ada orang letak petai kat kedai, confirm akan beritahu saya ;)

Kebiasaannya, saya makan cicah dengan budu atau buat sambal petai. Tetapi, kali ini kita buat goreng-goreng, tumis-tumis je. Bahan-bahan yang diperlukan: Hirisan bawang besar (terpulang nak banyak mana), hirisan bawang putih (2 - 3 ulas), hirisan cili merah (2 - 3 tangkai), ikan bilis (digoreng), petai secukupnya dan minyak masak untuk menumis. Oh, bagi yang tidak biasa makan petai raw, boleh rebus petai terlebih dahulu.Orang tua-tua kata, bila kita rebus petai tu, kuranglah sikit bau hebatnya.

Aku Takkan Buat Sakit Hati


270416

Aku takkan buat sakit hati,...[siapa nak sambung?]


Wordless Wednesday - Sirotan



Selasa, 26 April 2016

Chords Hidup Dalam Mati - Syamel AF (Easy Chords)

Maaf banyak-banyak pada yang requested, minta kord mudah untuk lagu ini. Sebenarnya saya dah siapkan chords Hidup Dalam Mati ni minggu lepas lagi, tetapi tak ada kesempatan nak taip dan buat entri. The original chords pakai Em dan ada F#m. Jadi, bagi sesiapa yang nak elak F#m tu, bolehlah cuba pakai chords ini ;)


Kord dan Lirik Lagu Hidup Dalam Mati - Syamel (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am F Dm B7
Am F C B7


Am E
Lakaran lukisan tak berwajah
Am E
Meronta ku di dalam kesunyian
Dm Am
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
B7 E
Sendiri ku di sini pilu

Jom Cuba Nasib - DIY Apa?

Assalamu'alaikum,
Selamat menempuh minggu baru. Minggu ini bakal jadi antara minggu yang paling sibuk buat saya. Jadi, nak duduk menghadap blog, balas komen atau jalan-jalan blogwalking memang tak dapatlah. Oleh itu, sementara saya 'hilang sekejap' untuk melunaskan kerja-kerja, saya tinggalkan kalian dengan satu lagi entri Jom Cuba Nasib.

Apa yang perlu dilakukan? Perhatikan barang-barang di bawah.


Kemudian, cuba teka DIY apa yang bakal saya hasilkan dengan barang-barang tersebut. Haaa,..gali...gali,.. jangan tak gali! Fikir betul-betul ye. Kita ada beberapa biji pinggan, gelas, flash light dan bunga-bunga kecil.

Dah dapat jawapannya? 

Tinggalkan jawapan kalian di ruangan komen di bawah. Siapa yang paling pantas meneka dengan tepat akan menerima hadiah misteri yang istimewa. Tempoh masa untuk menjawab bermula sekarang sehinggalah 10 malam, 1 Mei 2016 (Ahad)

Selamat Mencuba!


Isnin, 25 April 2016

Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

Assalamu'alaikum,
Pagi ini, mari kita sokong usaha murni ke arah memupuk budaya membaca dalam jiwa semua rakyat Malaysia. Hanya 10 minit! Hentikan apa sahaja yang kita lakukan, ambil sebuah buku dan bacalah selama sepuluh minit. 

Kredit Imej

Ingat ye, 11 pagi nanti. Sama-sama kita tunjukkan komitmen kita yang menyokong amalan membaca.

#‎LetsReadTogether2016‬ ‪#‎LRT10MINUTES

Sabtu, 23 April 2016

Tutorial Kraf Kertas - Klip Kertas Berhias

Tahun lepas saya ada tulis entri tutorial mengenai klip kertas berhias ini tetapi hanya menggunakan lebihan kertas skrap dan hiasan kraf. Boleh baca mengenainya di sini. This time around, saya ingin tunjukkan satu lagi cara membuat klip kertas berhias. Sesuai sangatlah bagi yang mencari idea untuk DIY Hari Guru :) Bahan-bahan mudah dicari dan murah kosnya. Cuma satu tool tambahan yang perlu ada - hot glue gun.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Khamis, 21 April 2016

Esok Hari Bumi - Trees for the Earth

Assalamu'alaikum,

Esok, Jumaat, 22 April 2016 merupakan Earth Day. Tahun ini sambutan Earth Day bertemakan 'Trees for the Earth'. Jadi, esok kita digalakkan untuk menanam sebatang/sepohon pokok. Kenapa? Ini merupakan misi sambutan Earth Day untuk tanam sebanyak pokok yang boleh dalam tempoh beberapa tahun ini. Targetnya, nak tanam 7.8 bilion pokok by the time kita raikan Hari Bumi yang ke-50, 5 tahun lagi. Jom kita ramai-ramai tanam pokok esok. Ini cara paling mudah untuk kita atasi masalah climate change. Main banyak pokok yang kita berjaya tanam, makin sejuklah bumi ni.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Earth Day 2016? Boleh klik di sini.

#trees4earth

DIY Mudah - Acrylic Table Top Sticky Notes

Assalamu'alaikum,
Another DIY to be tried. Acrylic Table Top Sticky Notes. Kos? Bawah RM5. Contohnya seperti di bawah:


Apa yang pasti, DIY mudah ini sangat sesuai diletakkan di atas meja belajar/meja kerja. Senang nak catat apa-apa. Kertas sticky notes dah tersedia di hadapan mata. Boleh jadi penyeri meja kita juga.

Rabu, 20 April 2016

Kertas Kraf Mr. DIY - Bronte Charm

Setiap kali saya ke Mr. DIY, saya pasti akan cari pek kertas kraf yang menarik. Ikut nasiblah. Kadang-kadang ada, kadang-kadang habis/tiada stok. Saya gemar beli kertas kraf Mr. DIY. Boleh lihat pembelian saya sebelum ini di sini. Cantik-cantik dan masih lagi dalam kategori affordable. Di POPULAR pun sekarang ini ada banyak pilihan kertas kraf. Tetapi, semenjak produk-produk kraf POPULAR upgraded dan dijenamakan semula (dari PopArtz ke UW), harganya agak mahal berbanding dahulu. Beza dalam RM2 - RM5 jugalah. Jadi, kita kena pandai-pandai pilih mana yang berbaloi dibeli. 

Berbalik kepada kertas kraf Mr. DIY, kali ini saya beli pek baru dengan tema Bronte Charm. Tema bunga-bungaan. Sweet dan cantik semua rekaannya. Seronok buat kad dengan kertas-kertas ni :)

Selasa, 19 April 2016

Scrabble Tiles untuk Projek Kraf Kertas

Assalamu'alaikum,
Mula-mula sekali, saya nak minta maaf banyak-banyak. Belakangan ini komen-komen di blog memang tak dan balas. Blogwalking pun langsung tak sempat. Nak jengah kawan-kawan memang tak berpeluang langsung. Selain daripada kerja harian yang memang bertimbun-timbun, saya sibuk uruskan birthday party untuk Cekebon dan Dhila. Atas sebab-sebab tertentu, keraian buat mereka perlu diawalkan seminggu. Makanya, brkejar-kejarlah saya menyiapkan itu ini. Plus, ada satu birthday party yang saya dah agreed untuk take charge dari awal tahun lagi. Sabar ye. Nanti apabila semuanya selesai, saya datang bayar hutang :)

Untuk hari ini, saya ingin kongsi tentang printable Scrabble Tiles yang boleh digunakan untuk projek kraf kertas dan DIY kalian.

Isnin, 18 April 2016

Resepi Kopi Alpukat

Saya memang penggemar jus avokado a.k.a alpukat. Selain daripada menikmatinya di restoran makanan Indonesia kegemaran saya, saya juga gemar buat sendiri jus avokado. Boleh adjust ikut citarasa, kita sendiri yang kawal rasa manis dan lemaknya. Boleh cuba resepi jus alpukat di sini.

Kopi Alpukat saya ;)

Kertas Kraf - Kad Wood Design

Awal bulan hari tu pergi beli kertas kraf untuk projek-projek saya di POPULAR. Terjumpa kertas Elegant EPF Card Wood Design ni. Cantik sangat! Terus berkenan. Ada dua tona. Yang sebelah kanan tu, lebih jelas dan cantik shade kayunya. Tona warna coklatnya pun perfect! Di tengah tu pula, slightly cair. Tetapi, corak lakaran kayu tetap sama.

Cantik menawan kan?

Khamis, 14 April 2016

Gift Idea - Lolipop untuk Si Cilik

Assalamu'alaikum, 
Hari ini saya ingin tunjukkan satu lagi cadangan idea untuk majlis keraian. Pek lolipop comel. Apa yang kita buat sebenarnya ialah kita balut lolipop yang hendak diberikan supaya jadi lebih presentable dan menarik. Jika ada tema yang khusus lagi bagus. Lolipop ini boleh dihias mengikut tema berkenaan.

Sebenarnya pek lolipop di bawah hanyalah mock-up yang saya buatkan untuk seorang teman. Dia bakal anjurkan majlis hari lahir untuk anak sulungnya. She decided to do something for the dessert table/station and for the guests. Jadi, dia minta saya ajar buat DIY mudah.

Apa yang diperlukan:

Selasa, 12 April 2016

Baiki Meja Jepun Berkudis

Inilah meja Jepun berkudis kepunyaan saya! Memang parah keadaan kudisnya ;) Asalnya, meja Jepun ini kepunyaan Bott. Dia beli masa kami duduk menyewa lapan sembilan tahun yang lepas. Meja ini kakinya boleh lipat. Jadi, sangat portable nak dibawa ke sana ke mari untuk buat kerja. Punyalah lama meja Jepun ni berbakti pada kami berdua. Nak kemas pun senang. Kami pindah sana sini, dia pun ikut pindah. Walaupun sekarang dah ada macam-macam bentuk dan saiz meja di rumah, rasa sayang nak buang. Bott dengan rela hati bagi saya meja ini untuk duduk buat kraf depan TV.

Sampai kat saya, terus kondisi meja ni jadi tragis! Yelah, kat situlah makan, kat situ minum,...situ jugaklah saya memotong, menoreh, menampal. Belum campur Si Yuri decided untuk buat meja tu landasan tajamkan kuku dia lagi! Bila dah berkudis berbonggol begini, baru nak rasa bersalah. Selama ini bila Bott bebel suruh pakai alas meja, pakai coasters saya buat pekak je...

Isnin, 11 April 2016

Pemenang Bertuah Tolong Pilih Superhero

Assalamu'alaikum,
Selamat memulakan minggu baru!

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi tolong saya untuk pilih Superhero hasil imaginasi anak-anak cilik saya. Boleh baca mengenainya di sini. Memandangkan saya tidak available pada hujung Mac dan awal April, pengumuman pemenang pun terpaksa ditunda. Baru Khamis lepas sempat umumkan pada mereka.

By majority, superhero yang berjaya menambat hati kebanyakan pembaca di tower ini ialah Superhero 03. Superhero 02 pula mendapat tempat kedua.

Sabtu, 9 April 2016

Tetamu Hebat Mac FAMF Tower

Assalamu'alaikum,
Maaf, terlewat seminggu publish entri pnghargaan kepada rakan-rakan blogger yang rajin komen. Bukan calang-calang komen tau. Extraordinary! Luar biasa! Seperti bulan ini, awal Mac lepas saya tiada. Meskipun begitu, tower tidak kosong, tidak sunyi langsung sebab ada Ketua Hulubalang dan Ketua Inang yang gagah gigih beraksi. Ratus-ratus komen mereka tinggal di sini. Selang sehari tukar ranking. Sekejap si hulubalang jadi juara. The next day, si inang pula. Saya yang dapat intai blog sekejap-sekejap untuk approve comments hanya mampu tersengih-sengih.

Bulan Mac, semua tetamu hebat saya muka-muka yang familiar. Ada yang konsisten datang komen saban hari. Ada juga yang sekali datang hantar komen pukal. Sis Jari Manis sekali datang terus jadi Jari Lincah. Siti Yang Menaip pula tukar nama kejap - Siti Yang Memecut ;)

Mungkin Saja - Janna Nick (Easy Chords)

MUNGKIN SAJA - JANNA NICK (Easy Guitar Chords)
OST Suami Tanpa Cinta

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am F Dm E
Am F Dm E

Am F Dm G
Berlegar-legar bermain di mataku
Am F Dm E
Berdebar-debar degup jantungku
Am F Dm G
Makin lama makin ku rasa rindu
Am F Dm E F G
Makin lama makin tertarik padamu

Khamis, 7 April 2016

Kembali ke Tower


Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, saya dah checked-in kat tower.
Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi singgah, tinggal komen pada entri-entri saya.
Ni nak start enjin, kemas tower jap...usik sana sini sikit.
Dah 7 April, Tetamu Hebat Mac tak umum lagi. 
Tunggu ye...Insya-Allah, petang nanti saya publish
Ni nak pergi gali idea sat!


Selasa, 5 April 2016

DIY Kad Ucapan Menggunakan Washi Tapes

Assalamu'alaikum.
Hari ini saya nak tunjuk beberapa idea membuat kad ucapan menggunakan washi tapes. Tutorial ini bukan step-by-step ye. Mudah sangat nak buat! Jadi, saya rasa,...daripada saya tunjukkan satu demi satu cara untuk menghasilkan sekeping kad, lebih baik saya kongsi beberapa keping kad yang dihasilkan menggunakan washi tapes/masking tapes dan jelaskan sedikit sebanyak bagaimana cara nak membuatnya. Dah bersedia?

Oh, sebelum itu, saya harap jangan ada yang salah sangka. Tutorial kraf kertas yang saya kongsi di blog ini kebanyakannya melibatkan kos yang rendah. Maknanya, saya cuba tunjukkan cara untuk hasilkan sesuatu dengan kos minima supaya lebih ramai yang boleh enjoy crafting and treasure the act of giving for keepsake. Ada ibu-ibu yang nak buat kad ucapan supaya anak-anak boleh beri kad hari guru pada setiap guru yang mendidik mereka. Ada teman-teman blogger yang bermurah hati nak kirim sesuatu pada rakan-rakan dan pembaca blognya. So, yes. My crafts are affordable.

Ahad, 3 April 2016

Light It Up Blue!

Assalamu'alaikum,

Saya sebenarnya tengah AWAY ni, tetapi kebetulan di sini ada WIFI dan saya tengah menunggu seseorang, jadi cepat-cepat terbitkan entri ini. Apa yang penting sangat?

Haa,..semalam pagi-pagi lagi reminder phone dah bagi notification. #liub Ya Allah! Saya terlalu sibuk dengan macam-macam perkara, saya terlupa terus tentang perkara yang satu ini. Apa itu #liub? Hashtag ini sebenarnya merupakan singkatan untuk Light It Up Blue.

Resepi Gulai Rebung Rendah Lemak

Siapa suka makan gulai rebung? Hari ini saya nak kongsi resepi gulai rebung rendah lemak. Kenapa rendah lemak? Sebab kita guna Trim Coconut Milk Ayam Brand.

Lemaknya sudah 'dilangsingkan'.

Jumaat, 1 April 2016

Hey, April!

Assalamu'alaikum,
Dah masuk suku kedua 2016.
Selamat menempuh April.
1 April 2016 - dah setahun kita ber-GST kan? Dalam tempoh setahun ni, terasa jugalah hidup macam orang kaya sikit. Belanja-belanja, bayar angin untuk GST :)


Semoga April dan hari-hari mendatang lebih baik, lebih indah. Saya tiada buat sementara waktu. Jadi, saya hutang dulu announcement pemenang bertuah Tolong Pilih Superhero dan Tetamu Hebat Mac. Insya-Allah, sebaik sahaja saya pulang nanti saya akan terbitkan entrinya. See you all next week!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...