728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Khamis, 21 April 2016

DIY Mudah - Acrylic Table Top Sticky Notes

Assalamu'alaikum,
Another DIY to be tried. Acrylic Table Top Sticky Notes. Kos? Bawah RM5. Contohnya seperti di bawah:


Apa yang pasti, DIY mudah ini sangat sesuai diletakkan di atas meja belajar/meja kerja. Senang nak catat apa-apa. Kertas sticky notes dah tersedia di hadapan mata. Boleh jadi penyeri meja kita juga.

OK. Jom kita buat sama-sama. Apa yang diperlukan:

Pertama sekali, kita perlu dapatkan acrylic card holder/ acrylic photo frame seperti dalam gambar di bawah. Murah sahaja harganya. Saya beli saiz yang kecil begini, sekitar RM1.45 - RM1.95 sebuah. Boleh dapatkan di kedai-kedai alat tulis. POPULAR pun ada.
Acrylic Photo Holder/ Photo Frame
Seterusnya, kita perlukan bahan-bahan asas seperti:

Sticky notes yang saya beli di atas berharga RM1/pek.

Langkah-langkah Penyediaan:

Keluarkan kertas label daripada photo frame/card holder. Jadikan sebagai template untuk kita potong kertas berwarna/kertas kraf. Untuk photo frame/card holder di bawah, saya gunakan kertas bercorak berwarna coklat. Nak 'tambahkan seri', saya tampal reben hitam. Rasa-rasa dah berpuas hati dengan hiasan latarnya, masukkan kertas ke dalam photo frame/card holder. Apa yang penting, photo frame/card holder ini kita akan gunakan secara terbalik. Jangan tegakkan seperti biasa. Sebaliknya, bahagian bawah photo frame/card holder kita datarkan. (Sila rujuk gambar) Jadi, apabila posisinya dah mendatar begitu, lebih mudah untuk kita menulis atas sticky notes.

Masukkan kertas ke dalam frame.
Setelah itu, gunakan glue tape untuk lekatkan sticky notes ke atas photo frame/card holder. Pilih hiasan yang sesuai. Saya gunakan chipboard embellishment 'Smile' seperti dalam gambar di bawah.


Yang kedua ini pula, saya guna hiasan kraf 3D yang dibeli di Mr. DIY. (Boleh lihat di sini).

Nak cantikkan lagi? Boleh tambah fonts stickers.
Photo frame/card holder yang terakhir, saya guna sticky notes bercorak dan chipboard embellishment 'Everyday Is A Great Day'. 



Hasilnya,...


Siapa-siapa nak buat Acrylic Table Top Sticky Notes ni untuk DIY Hari Guru pun boleh. Kosnya amat berpatutan untuk hasil yang boleh dianggap eksklusif begini :)


Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 


Psst!! Hujung minggu nanti saya datang jengah kalian dan balas komen ye :)


37 ulasan:

  1. La tiba-tiba jadi cantik, duk scrol scroll, dah jadi, kretif!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi bp pun boleh buat juga,..ajak budak2 sekali buat :)

      Padam
  2. salam kak,
    insyaAllah nanti nanti boleh cuba ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba. Jangan lupa cari bahan2nya dulu :)

      Padam
  3. macam nak buatkan untuk adik untuk present hari guru..:) tapi ntah sempat ke idok le

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua minggu lebih ni. Insya Allah sempat :)

      Padam
  4. Ya Allah kretifnya. cantik ! nak buatnya sangat la tak rajin :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je, Ain. Kalau barang2 semua dah ada,..sekejap je siap! :)

      Padam
  5. Orang, kalau dah jari dia berseni, buat apapun menjadi dan nampak cantik je. Siyes, akak jeles sebab jari akak keras tak berseni. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis pandai menjahit apa,..itu lagi tangan berseni :)

      Padam
  6. Balasan
    1. boleh..boleh. nanti saya buatkan satu utk Nina ye :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Thanks, Mazni. Mazni pun boleh buat utk beris souvenir pada kawan2 :)

      Padam
  8. Kreatif nyaaaa awak! Mampu tengok je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siqah pun boleh buat. Yang penting barang2nya kena ada :)

      Padam
  9. Dengan bangganyaaaa... i dah ada ... ha ha ha...

    Tapi kita punya xde bunga bunga ... hurmmmmm...

    Ni tak aci ni kak...

    #tamak
    #demand
    #janganlayanbudakngadani...

    Ha ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haip..buat sendiri la.haha

      Padam
    2. Ntahnya. Dah tunjuk tutorial dah. Buatlah banyak2, tepek bunga banyak2 CML :)

      Padam
  10. Kak... nk yg pink everyday tu....
    Comelnyaaaaaa....

    Nakkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait. Insya Allah, akak KIV yg pink utk Huda :)

      Padam
  11. masalahnye kertas2 tu cantik sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah kan kak CT hahah, sayang nak guna

      Padam
    2. Tak de masalahnya. Gunalah utk tulis notes. Cantiklah notes kita nanti. Kalau korang guna utk conteng nama boipren tu yang sayang ;)

      Padam
  12. cantik... nak buat tu malas plus tangan keras.. huh !

    BalasPadam
    Balasan
    1. malas tu penyakit paling bosar..haha

      Padam
    2. Dah ada Encik Malas, tak leh nak story panjang dah!

      Padam
  13. tak pernah tefikir ada tempat hold notes mcm tuu,,nanti nak cari laa holder tuu! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,..cari jangan tak cari. Buat cantik2 ye :)

      Padam
  14. menarik gak ni..sticky notes kak Farrah bagi hari tu pun ada lagi, boleh letak atas table top tu.

    cakap macam rajin sangat aku ni.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apsallah tak guna. Guna jelah dik Sal :)

      Padam
  15. cantik, comel,kemas.. apa2 je yg akak buat mesti menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi Nina belum tengok lagi mende2 yang tak jadi ;)

      Padam
  16. wahhhh cantiknya kak farah buat

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...