Khamis, April 14, 2016

Gift Ideas - Lolipop untuk Si Cilik

Assalamu'alaikum, 
Hari ini saya ingin tunjukkan satu lagi cadangan idea untuk majlis keraian. Pek lolipop comel. Apa yang kita buat sebenarnya ialah kita balut lolipop yang hendak diberikan supaya jadi lebih presentable dan menarik. Jika ada tema yang khusus lagi bagus. Lolipop ini boleh dihias mengikut tema berkenaan.

Sebenarnya pek lolipop di bawah hanyalah mock-up yang saya buatkan untuk seorang teman. Dia bakal anjurkan majlis hari lahir untuk anak sulungnya. She decided to do something for the dessert table/station and for the guests. Jadi, dia minta saya ajar buat DIY mudah.

Apa yang diperlukan:


Cara-cara membuatnya:

Mula-mula, potong kad bercorak mengikut ukuran yang sesuai dan boleh cover lolipop. Saiz lolipop saya lebih kurang 6cm X 6cm. Tetapi, saya sediakan kad berukuran 15cm X 6cm (lihat gambar di bawah ye) sebab nanti bahagian bawahnya kita nak trim sedikit. Gunakan paper scorer untuk dapatkan kesan lipatan yang kemas.
Contoh kad bercorak - bahagian depan dan belakang

Seterusnya, gunting bahagian hujung kad dengan menggunakan gunting kraf bercorak. Jika tiada, jangan risau. Biarkan sahaja seperti biasa. Proses ini hanya untuk dapatkan kemasan hujung yang lebih cantik :)


Lekatkan double sided tape pada salah satu hujung kad. Letakkan lolipop di tengah-tengah dan katup. Tekan-tekan sedikit supaya gam double sided tape tu melekat dengan kuat.


Akhir sekali, hiaslah mengikut citarasa. Boleh gunakan reben, craft punches dan clear stamps. Boleh juga cetak tarikh majlis/ucapan terima kasih/gambar dan tampal di situ.


Mudah sahaja kan?
Selamat Mencuba!

Ingin idea lain buat tetamu cilik anda?
Boleh cuba Goodie Packs Guna Tag Roti


...atau pek gula-gula yang simple (yet still adorable)  seperti di bawah ini.


Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

29 ulasan:

  1. wah bagusnya idea ni. taklah mahal sangat kan but still cantik. sebab budak budak, bila dapat dia terus siat je T_T

    BalasPadam
  2. idea yang simple tapi cantik dan menarik..

    BalasPadam
  3. Comel2.. rasa sayang pulak nak bukak kalau Firah yang dapat.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan bukak2 smpi basi... He he he

      Padam
    2. tak baik la SS ni, tapi memang pun kalau cantik rasa sayang sangat

      Padam
  4. salam kak farrah, yana datang :) nice idea :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS pon datang nak serang! Geram dgn iklan durjana... Skrg tgh aman skit...

      Padam
    2. SS dah lama bertahan dan sabar dengan iklan perosak ye .

      Padam
  5. SS letak dalam plastik pastu ikat tepi jek cikgu... Bior budak2 tu seksa nak membukaknya... Kah kah kah...
    * kaki buli

    BalasPadam
  6. Wahh.. Memang menarik. Simple tapi applicable. Bolehlah buat nanti untuk majlis kenduri pun boleh kan. Hehe. =)

    BalasPadam
  7. Huu, pon pon. Tumpang lalu sat. Lama dak muncul. Hikhik, wahhhhh. Mudah jea nak buat rupanya. Eceh, mudah mmg mudah, malaihhhhh tu lebih 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekja pun lama tak muncul kat blog akak.. ehehe tp akak pun jarang blogwalking skarang.. bizi macam2..

      Padam
    2. buat goodies bag kenduri pun okay kan.. tapi jenuhla nak buat banyak2..

      Padam
  8. huaa tengok memang cem senang yakamat.. tapi spesis malas macam CT ni macam mana..

    BalasPadam
  9. hello kakak.. dalam internet limited ni iols datang bertandang.. mohon terharu =P

    BalasPadam
  10. kalo kita ngap terus boleh dak ? miahahaha..

    BalasPadam
  11. Comelnyeee. Buat utk doorgift pun okey ni. :D

    BalasPadam
  12. idea yang menarik ni.. nanti boleh intai2 cuba buat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.