728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 20 April 2016

Kertas Kraf Mr. DIY - Bronte Charm

Setiap kali saya ke Mr. DIY, saya pasti akan cari pek kertas kraf yang menarik. Ikut nasiblah. Kadang-kadang ada, kadang-kadang habis/tiada stok. Saya gemar beli kertas kraf Mr. DIY. Boleh lihat pembelian saya sebelum ini di sini. Cantik-cantik dan masih lagi dalam kategori affordable. Di POPULAR pun sekarang ini ada banyak pilihan kertas kraf. Tetapi, semenjak produk-produk kraf POPULAR upgraded dan dijenamakan semula (dari PopArtz ke UW), harganya agak mahal berbanding dahulu. Beza dalam RM2 - RM5 jugalah. Jadi, kita kena pandai-pandai pilih mana yang berbaloi dibeli. 

Berbalik kepada kertas kraf Mr. DIY, kali ini saya beli pek baru dengan tema Bronte Charm. Tema bunga-bungaan. Sweet dan cantik semua rekaannya. Seronok buat kad dengan kertas-kertas ni :)


Bronte Charm by Mr. DIY
24 keping
12 corak/rekaan (Setiap corak/rekaan ada 2 keping)
160gsm
RM5.30

Selain itu, material kraf lain yang berbaloi dibeli di Mr. DIY ialah adhesive diamentes (lihat sini) dan crafts embellishments (boleh lihat di sini.)


21 ulasan:

  1. Ada beli ni FMF, tapi tak tahu gunanya cuma letak kat scrapbook tu pun dah tak tekun lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, BP. Nanti si double F boleh guna untuk aktiviti2 mereka :)

      Padam
  2. Kat DIY tu macam macam benda rasa nak beli. Ahaaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Akak kalau masuk, tak sah kalau tak beli apa2 :)

      Padam
  3. wah ! cantik.. tak penah singgah pun kat bahagian tu kalau pi Mr DIY. tapi, kalau lalu kat part tu, mesti teringat kat Kak FArrah.... heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembang kempis idong akak baca. Touching pulak ada yang ingat kat titew hihihi

      Padam
  4. Balasan
    1. Lawa kan,..berbunga-bunga hati akak tengok! :)

      Padam
  5. Ala-ala corak wall paper pun ada...warna yang lembut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sis Fida. Lembut je corak dan bunga-bunganya :)

      Padam
  6. tak penah singgah lagi MR DIY. menarik la coraknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada peluang singgah, Cici cubalah masuk. Mesti tergoda! :)

      Padam
  7. Ehhh cantiknya.... kita suka kita suka...

    Ni kalau lipat dua letak magnet sheet dh blh buat bookmark ni kak...
    hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul,..tapi CML. kena tampal atas kertas tebal dulu. Kalau dak cepat lunyai! :)

      Padam
  8. setiap kali gi Popular, DIY ngan Daiso sekarang ni mesti teringat kat kak Farrah..haha.kadang-kadang belek barang pastu terlepas cakap kat member/adik, "oh, ni yang kak Farrah cakap tu..". diorang pun blur..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah ini comel. Kesian kat mangsa2 blur tu :)

      Padam
  9. banyak akak borong.. memang mahal dh kraf di popular.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terasa kemahalannya. Akak memang kalau jumpa kertas cantik kat Mr. DIY tak akan hesitate beli sebab confirm2 lebih murah ;)

      Padam
  10. Salam , cantik suka tengok akak pandai pilih

    BalasPadam
  11. yana pun sedang mencari kertas macam ni nak renovate bookshelf yana. ^^

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...