Rabu, April 27, 2016

Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Petai

Satu lagi resepi yang simple tapi super yummy! Siapa penggemar petai di sini? Kita boleh geng! Saya kalau dapat petai, tak kisahlah yang biasa, berebus atau yang berjeruk, memang suka bangat! Pekedai runcit kat area rumah saya pun, kalau ada orang letak petai kat kedai, confirm akan beritahu saya ;)

Kebiasaannya, saya makan cicah dengan budu atau buat sambal petai. Tetapi, kali ini kita buat goreng-goreng, tumis-tumis je. Bahan-bahan yang diperlukan: Hirisan bawang besar (terpulang nak banyak mana), hirisan bawang putih (2 - 3 ulas), hirisan cili merah (2 - 3 tangkai), ikan bilis (digoreng), petai secukupnya dan minyak masak untuk menumis. Oh, bagi yang tidak biasa makan petai raw, boleh rebus petai terlebih dahulu.Orang tua-tua kata, bila kita rebus petai tu, kuranglah sikit bau hebatnya.
Cara penyediaan: Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan. Tumis hirisan bawang merah, diikuti bawang putih dan cili hingga semuanya lembut dan naik bau. Masukkan petai dan biarkan seketika hingga petai lembut. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sekata. Sedia untuk dihidang.



Selamat Mencuba!
 
Psstt! Jika mahu lebih lazat, boleh letakkan sedikit kicap makan dan perahan air limau kasturi.


24 ulasan:

  1. petai kalo dimakan 'raw' lagi power..rangup je..

    BalasPadam
  2. Sedap tu makan dengan nasi panas :)

    BalasPadam
  3. ikan bilis tu wajib garing, cili padi, bawang kena banyak! hahahaha...baru syok!

    BalasPadam
  4. wahhh kita tak makan petai. tapi mmg suka ikan bilis, lagi lagi yang jenis rangup. kalau mak nak tabur kat nasi goreng, dia kena sorok kan sbb japg tengok tengok pinggan kosong. dari anak, menantu, cucu semua suka. one of lauk fav masa pantang jugak. eheheh

    BalasPadam
  5. Rajinnya Farrah, sangat menyelerakan tengok kut screen ni pun tertelan tekak, ada budu lagi la lazat :)

    BalasPadam
  6. Sedapnya!..yum yum.. dah lama tak makan petai yg boleh menguruskan mummy ni..hehhee :D

    BalasPadam
  7. tak pernah terfikir pun resepi macam ni sebelum ni.. selalu petai buat ulam atau sambal tumis.. lain macam ni.. makan dengan nasi putih panas.. ohoiii

    BalasPadam
  8. Salam sis..lama xsinggah...singgah2 dapat jamu mata dengan menu sedap ni....bestnya...terus rasa nak pi cari petak jugak...huhuhuhu

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaaaa! Saya tak pernah try petai tapi tengok resipi ni terus rasa macam nak try hehe

    BalasPadam
  10. bahan semua ada ni farrah.
    mcm sok nak buat.
    tgk la dulu tahap kerajinan.
    baru balik holiday ni, kepenatan :) hi hi hi...
    sedap makan berulam bilis goreng petai ni :)

    BalasPadam
  11. itew makan kalo xdeee petai lalala..

    BalasPadam
  12. Sebelah umah cikgu ada kosong x? Nak sewa... He he he...

    BalasPadam
  13. sedapnya lah petai dan bilis..akak sukak tu

    BalasPadam
  14. PETAI!!! ofcoslah my feveret also..sedap kot tp part tak sedap tu bila buang air kecil..hadoi..harum serumah..itu sbb bila mkn petai mesti makan bersama terung supaya bila membuang tak busuk, mulut juga tak berbau

    BalasPadam
  15. ni kalau mkn nasi tgh berasap n7..x perlu lauk lain dah

    BalasPadam
  16. sambal ikan bilis febret suami ekin.. kalau buat sambal ni tak pandang lauk lain dah la nasi bertambah2

    BalasPadam
  17. sedapnya petai.. nasib tadi makan ulam petai..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.