728 x 90

Selasa, 31 Mei 2016

DIY Kad Hari Bapa - Tuxedo

Hari ini tak larat nak menaip entri panjang-panjang. Tengok gambar sahaja ye,..ukuran kita agak-agak :)

DIY KAD HARI BAPA - TUXEDO 

Apa yang dperlukan.

Me Before You Bikin Nangis!

Yeayyyyy! That was my expression apabila dapat tahu karya Jojo Moyes yang ini difilemkan. Simply excited. Mana-mana buku yang dah saya baca dan dijadikan filem atau drama memang akan buat saya happy. Tidak kiralah buku tu sedap ke tidak, movienya dapat sambutan atau jadi filem gagal,..saya suka nak bandingkan apa yang saya baca dengan apa yang diterjemahkan dalam bentuk yang kita tonton. Setakat ini, antara filem-dari-novel yang saya suka ialah Something Borrowed [2011], karya Emily Giffin dan Love, Rosie [2014] oleh Cecilia Ahern.




Isnin, 30 Mei 2016

Tutorial Kraf Kertas - Heat Embossing (Bahagian 2)

Entri Part 1 di sini ye :)

Dalam entri Part 1, saya dah tunjukkan hasil heat embossing guna Clear Embossing Stamp Pad dan serbuk embossing Bridal. Disebabkan saya guna kertas pink, tak nampak sangat efek embossed-nya. 'Happy Day'  di bawah saya buat atas kad hitam. Jelas sedikit.

Cantik tak?

Sabtu, 28 Mei 2016

Jom Kenal Serizawa Buskers

Assalamu'alaikum,

Pernah dengar Serizawa Buskers? Haaa,...mari mari! Lai..lai..lai! Tuan tower nak tolong uar-uarkan. Serizawa Buskers sekarang dah jadi antara 'ahli muzik' kegemaran saya. 

Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang anak muda berbakat besar:-
Man Serizawa (Vokalis)
Ain (Vokalis)
Fendi (Vokalis)
Nazrin Biskut (Vokalis)
Ijat (Lead Guitar)
Haikal (2nd Guitar)
Madi (Percussionist)
Wan (Bassist)
Farid (Toys)

Serizawa Buskers diasaskan oleh Zainul Luqman bin Zainul Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Man Serizawa. Baru berusia 22 tahun, merupakan mahasiswa Bacelor Komunikasi, UPM, Man dan teman-teman aktif berbusking demi menaikkan nama Serizawa Buskers. Mereka dah buat persembahan di banyak events and functions terutama sekali acara-acara di universiti.

Jumaat, 27 Mei 2016

Resepi Tauhu Goreng Berlauk

Hidangan ini menggunakan tauhu telur dan tauhu keras biasa. Saya olah semula untuk dapatkan tekstur yang sedang-sedang. Tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan-bahan untuk inti atau 'lauk' tauhunya bergantung kepada kita. Tengok-tengoklah apa yang ada di dapur. Saya guna hirisan dada ayam dan kucai sebab masa tu tiada daun bawang dan daun sup di rumah.

Tauhu Telur Goreng

Rabu, 25 Mei 2016

Kotak Merah Penuh Makna SS | HH

Assalamu'alaikum,
Ini kisah Jumaat lepas. Saya masuk kelas pukul 9. Hari Jumaat saya kerja 1 jam je. Pantau keadaan kelas, jumpa 'The Cinonets'. Masuk-masuk, 'The Cinonets' dengan ceria menyapa saya. Belum sempat letak beg, dah berkejaran datang kerumun saya sambil bawa satu parcel di tangan. Parcel pos laju. Jiran saya yang tolong ambilkan dan hantar ke kelas pada malam tu.

Kebiasaannya, pukul 9.00 - 9.10, anak-anak kecil ini rehat belajar selama sepuluh minit sebelum sambung subjek seterusnya. Masa inilah mereka nak kongsi cerita dengan saya (budak-budak kecil pun ada gosip tau!), nak mengadu itu ini. However, that day, cerita-cerita mereka semua were put on hold. Sebab sibukkan hadiah saya..

Buka parcel,...Wahhhhhhhh! Kotak merahhhhhh!

Belon Ais untuk Air Kekal Sejuk

Assalamu'alaikum,

Entri ini berkenaan salah satu party hacks yang saya rasa amat berguna. Jika kalian buat majlis dan sediakan air kotak/botol/air mineral, mesti nak pastikan air tu sentiasa sejuk kan? Boleh je kalau nak letak dalam ice box, tetapi yang ini lebih presentable and guests-friendly.

Apa yang kita perlukan, belon berwarna-warni. Saiz belon terpulang. Beli yang jenis murah je tau. Kat Mr. DIY ada banyak! Kemudian, belon-belon itu kita nak isi dengan air dan ikat.

Begini rupanya :)

Selasa, 24 Mei 2016

Tutorial Kraf Kertas - Heat Embossing (Bahagian 1)

Assalamu'alaikum.
Tutorial kraf kertas hari ini - cara buat heat embossing.
Apa yang dimaksudkan dengan heat embossing ialah kita nak panaskan embossing powder sehingga cair dan permukaannya akan timbul sedikit. Kira untuk beri extra effect pada projek kraf kita lah.

OK, di bawah ini ialah bahan dan peralatan yang diperlukan untuk heat embossing.


Ahad, 22 Mei 2016

Theme Party - Scrabble and Gold (Part 1)

Siapa suka kalau buat keraian ada tema? Theme party anyone? Kali ini saya nak kongsi satu lagi idea untuk tema parti anda. Scrabble. Ya, Scrabble,..yang kita main bina perkataan tu.

Tema Scrabble ini saya pilih khusus untuk sambutan hari lahir Cekebon dan Dhila yang jatuh pada hari yang sama. Kena all out untuk dua wanita hebat kesayangan saya ni. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielak, sambutan birthday mereka diawalkan seminggu dari tarikh sebenar. Tetapi,entri ini bukanlah nak cerita tentang majlis tersebut. Saya hanya nak tunjuk semua persiapan parti untuk tema ini. Mana tahu boleh beri idea pada kalian.

Perancangan bermula seawal bulan Mac sebab kebetulan saya terlibat dengan dua keraian lain yang perlu dirancang. So, sambil cari barang untuk keraian-keraian tersebut, saya beli sekali barang untuk parti ibu dan Dhila.

Jumaat, 20 Mei 2016

Easy Guitar Chords Dekat Tapi Jauh - Forteen (OST Mr Boss Mr. Stalker)

Dengar lagu ni masa tengok drama Mr Boss Miss Stalker. Drama hujung minggu kan,...bolehlah layan kejap-kejap. Terberkenan dengan lagu ni. Catchy! So, setelah godek-godek petik-petik dengan si Kapok (salah satu cara saya betulkan alignment kepala selepas Manuskrip 545, boleh baca di sini), inilah kord gitar Dekat Tapi Jauh, single Forteen yang tengah hit!


Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

Kord Gitar dan Lirik Dekat Tapi Jauh (Easy Guitar Chords)
OST Mr Boss Miss Stalker

(Intro)
Am G Am G

Am E
Tidak pernah ku merasa
G D
Tak tentu arah batinku menyiksa
Dm C
Sejak ketemu dirimu
B7 E
Degup jangtungku makin laju

Khamis, 19 Mei 2016

Kena Pakai Braces Dekat Leher

Alkisahnya, bangun pagi checked reminder kena pakaikan ubat bulu gugur untuk Si Yuri. Ini obatnya. Dermoscent Essential 6. Jenis spot on. Kena titiskan ngam-ngam kat belakang tengkuk supaya kucing tak dapat jilat.

Dermoscent Essential 6 Spot-on

Kord Gitar dan Lirik Terakhir - Sufian Suhaimi (Easy Chords)

Kord Gitar dan Lirik Terakhir - Sufian Suhaimi

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.
Klik imej di atas


Kord Gitar dan Lirik Terakhir - Sufian Suhaimi

(Intro)


C G Am
Mengapakah kita selalu berjauh hati
F C
Selalu sendiri dan terasa hati
G Am
Apakah kita tak sehaluan lagi
F C
Berat bagiku berat bagiku


C G Am
Apakah salahku kau buatku begini
F C
Selalu sendiri tinggal sendiri
G Am
Cinta yang ku pinta kau balas dengan dusta
F
Berat bagiku


(i)
C
Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Em
Untuk melalui semua ini
F
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
G
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu


(ii)
C
Ku cuba pertahankan
Em
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
F
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
G
Berulang kembali menguasai diriku ini


Am
Oh tuhan
G
Ku mahu yang terbaik
F
Terbaik buatku
G
Insan kerdil ini

Am
Oh tuhan
G
Noktahkan kehilangan ini
F
Munculkan dia
G
Dia terakhir buatku.

Ulang (i) dan (ii)

F C
Buatku buat dirinya


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Rabu, 18 Mei 2016

A Person Who Treats Too-ta-ces

Assalamu'alaikum,

Akhirnya, ada kesempatan untuk jengah tower hari ini. Alhamdulillah. Komitmen besar saya untuk bulan Mei berjaya dilangsaikan. Kerja editing saya dah siap! Bayangkan satu minggu saya mengasingkan diri, memencil diri dan memeruk diri untuk edit manuskrip 545 halaman. Berpinar mata dibuatnya. Apa-apa bentuk tulisan atau huruf dah tak larat nak pandang lepas tu ;)

Insya-Allah, saya akan bayar hutang. Hutang blogwalking,...hutang balas komen (rasa bersalah melihat komen-komen kalian terbiar sepi begitu sahaja) dan hutang hadiah. Semuanya saya akan usahakan secara berperingkat.

Sementara saya nak betulkan alignment otak dari mode manuskrip ke mode blog, nak kongsi kisah lucu anak-anak cilik saya. Jumaat lepas mereka buat ulang kaji untuk topik Occupations. Saya suruh seorang demi seorang baca soalan dengan kuat dan jelas diikuti dengan jawapan masing-masing.

Sabtu, 14 Mei 2016

DIY Kad Hari Guru - Tema Bunga

[Scheduled Post] Tuan Tower belum balik lagi.
Minggu lepas, saya sempat membantu beberapa pelajar Tingkatan 3 untuk buat kad hari guru dengan bajet yang mereka ada. Memandangkan setiap seorang ada beberapa orang guru yang hendak diberi kad ucapan hari guru, jadi kalau nak beli memang a bit costly.

Sebelum ini, saya sudah tunjuk tutorial DIY Kad Hari Guru menggunakan Scrabble tiles. Boleh lihat di sini. Kali ini saya nak kongsi DIY Kad Hari Guru dengan tema bunga. Saya pastikan steps untuk buat kad hari guru tema bunga ini semudah yang boleh, so the kids can do the cards easily. Tak perlulah nak terbalik tercampak gunting terpotong itu ini bagai.

First and foremost, kita perlu ada kertas/kad dengan corak bunga. Then, kena ada base card. Kad kosong terpulanglah nak guna warna apa. Macam dalam gambar di bawah, saya guna kad warna putih dan cream. Selebihnya, kita perlukan a few other things like gel pen, gam atau glue tape, double-sided tape atau dimensional tape dan hiasan untuk kad. Bergantung pada apa yang ada - washi tapes, adhesive diamentes, reben dan butang.

Selasa, 10 Mei 2016

Ops Buntal Sirotan | Ceketed

[Scheduled Post] Tuan Tower tak ada buat sementara waktu.

Assalamu'alaikum,

Operasi Buntal ni saya buat bulan lepas. Buntalkan apa? Buntalkan dua objek dalam gambar. Yang berwarna koko tu namanya Ceketed. Hadiah hari lahir tahun lepas daripada Dr. Shikin. Boleh baca mengenainya di sini. Nama Ceketed tu pula SS yang beri. Asalnya saya buat Jom Cuba Nasib - Teman Baru untuk beri nama pada bebear tu dan SS telah berjaya beri nama yang paling kena dengan jiwa saya hehehe

Yang di bawah Ceketed tu pula namanya Sirotan. Baby seal ini memang glamour di Jepun. Kalau rajin, google lah ye. Masalahnya kedua-dua objek comel di bawah dah kempis, dah hilang gebu, montok dan montelnya. Mana tak,... setiap kali ada ahli keluarga yang datang lepak di bilik kraf, Ceketed dan Sirotan jadi bantal mereka. Ceketed dibuat bantal kepala, Sirotan jadi bantal peluk.

Sirotan saya pakai baju ikan pari. Bajunya asyik terlucut je dek kerana body Sirotan dah kurus. Nanti tiap kali Cekebon nampak Sirotan togel, dia akan cakap,"Dah elok-elok ibu bagi berbaju, mana akak campak baju dia?" Every single time.

Isnin, 9 Mei 2016

Jawapan Jom Cuba Nasib - DIY Apa?


Assalamu'alaikum,
Sedar tak sedar hari ini dah 9 Mei. Kita dah lalui hampir 1/3 bulan Mei. Alhamdulillah, saya boleh tarik nafas lega sekejap sebab kebanyakan kerja-kerja saya dah siap. Sambutan hari lahir Cekebon dan Dhila pun dah selesai. Details berkenaan ini saya cerita lain kali ye. Cuma tinggal beberapa tuntutan tugas yang perlu dilangsaikan selewat-lewatnya hujung minggu ni.

So, I'll be away. Buat kesekian kalinya. Saya mengejar deadline jadi tak boleh curi masa intai blog. Sementara saya tiada, seperti biasa buat macam tower sendiri. Entri-entri yang bakal menyusul (jika ada), semuanya scheduled & auto-published.

Ok, back to the topic. Hujung bulan lepas saya suka-suka minta kalian teka apa yang saya nak buat dengan barang-barang di bawah ini. Boleh baca entrinya di sini.


Sabtu, 7 Mei 2016

Kopi Tetamu Hebat April FAMF Tower

Assalamu'alaikum,
Rabu baru-baru ini, melalui entri Wordless Wednesday, saya dah dedahkan siapa kaki-kaki komen untuk bulan April. Nama kita selit-selit celah biji kopi je. Boleh lihat di sini.

Hari ini baru sempat buat entri rasmi. Biji kopi dah kisar,...so, without further ado, inilah Tetamu-tetamu Hebat menara saya, dipersembahkan pada kalian dalam bentuk secangkir kopi :)

Sumber Imej

Khamis, 5 Mei 2016

Penawar Buat Muhammad



Penawar Buat Muhammad

Kecundang Nabi, Tahun Kesedihan,
Pemergian isteri melumpuhkan diri,
Diturunkan penawar dari Tuhan,
Pembakar semangat terus berjuang.

Maha Suci Allah, isra'kan Muhammad, 
Minal Masjidil Haram ilal Masjidil Aqsa,
Di malam yang hening, mulianya Rejab,
Bukti kekuasaan Tuhan.

Berangkatlah baginda, berkembara biidznillah,
Tujuh petala langit yang diteroka,
Siapa dia penghuni syurga,
Siapa meringkuk diseksa di neraka.

Yakinilah, yakinilah, bersaksilah, berimanlah,
Bersyahadah Nabi depan Tuhannya,
Pertemuan antara Rasul dan Pencipta,
Terpahat sirah bermakna.




Salam Isra' Mikraj dari FAMF Tower
27 Rejab 1437

Selasa, 3 Mei 2016

Sampai Hatimu - Papinka (Easy Chords)

Satu lagi lagu daripada Papinka. Kalau kalian suka Masih Mencintainya dan Di Mana Hatimu, this song is your cup of tea :)
Kord Gitar dan Lirik Sampai Hatimu - Papinka (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
C Am Dm G

C
Cinta ini yang kau berikan
Am
Namun sakit yang kurasakan
Dm
Kau permainkan engkau lupakan
F G
Itu yang kau lakukan

C
Hingga kini ku merasakan
Am
Sakit hati yang kau berikan
Dm
Coba bertahan terus bertahan
F G
Apa yang ku rasakan

DIY Kad Hari Guru - Guna Scrabble Tiles

Dalam entri terdahulu, saya ada bercerita tentang printable scrabble tiles yang boleh digunakan untuk projek kraf. Baca mengenainya di sini. Saya dah cetak dan potong berkeping-keping scrabble tiles untuk beberapa projek kraf dan DIY. Salah satu daripadanya ialah kad hari guru buatan tangan seperti di bawah.


Terima Kasih, Guru

Isnin, 2 Mei 2016

Kalau tak boleh pam,..potong jer!

Assalamu'alaikum,
Selamat datang Mei! 2 haribulan sudah! 
Hari ini saya nak kongsi tips untuk botol losyen berpam. Selalunya apabila kandungannya mula surut dan makin sedikit, kita susah nak pam losyen keluar. Jangan terus buang ye. Buka botol, intai dulu banyak mana lagi tinggal isi kandungannya.



Macam botol Ezerra di atas ni. Pam pam,..yang keluar secotet jek! Pam dah nak sampai mengah dah! Disebabkan di dalamnya ada losyen lagi, jadi saya akan potong dan pendekkan botol ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...