728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

Rabu, 25 Mei 2016

Belon Ais untuk Air Kekal Sejuk

Assalamu'alaikum,

Entri ini berkenaan salah satu party hacks yang saya rasa amat berguna. Jika kalian buat majlis dan sediakan air kotak/botol/air mineral, mesti nak pastikan air tu sentiasa sejuk kan? Boleh je kalau nak letak dalam ice box, tetapi yang ini lebih presentable and guests-friendly.

Apa yang kita perlukan, belon berwarna-warni. Saiz belon terpulang. Beli yang jenis murah je tau. Kat Mr. DIY ada banyak! Kemudian, belon-belon itu kita nak isi dengan air dan ikat.

Begini rupanya :)


Buat banyak-banyak. Selepas itu, dingin bekukan belon-belon hingga jadi ais. Buat sehari sebelum majlis ye. Janganlah majls dah nak mula baru terhegeh-hegeh nak isi air ikat belon bagai. Once belon dah mengeras, kita susun dalam bekas yang kita nak hidang air tu.

Tattadaaaaa!

Cantik tak?

Barulah ceria berwarna-warni! Ada dua pilihan. Satu, letak semua air dan belon dalam satu bekas besar dan letak di satu tempat - untuk dijadikan drinks station. Pilihan kedua, buat macam di atas tu. Gunakan beberapa bekas, satu bekas susunlah 6 - 8 kotak minuman. Letak di beberapa tempat/meja hidangan. Jadi, tetamu senang nak grab minuman mereka.

Cara ini jauh lebih baik daripada kita menggunakan ketulan ais. Mengapa? Sebabnya, jika ais dah cair, it's going to be a big mess. Meleleh menjejeh-jejeh. Tetapi, apabila kita guna belon ais ni, biarpun dah cair,..air kekal dalam belon yang berikat. No mess at all!

Psstt!! Lepas tu, kalau nak main baling-baling belon air pun boleh!
 

49 ulasan:

  1. Idea yang ohsem.. Thanks for the tips..

    BalasPadam
  2. salam , mula mula kak post hari tu yana ingat nak baling kat orang jkekekke, nampak tak fikiran nak mengenakan org aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas dah guna memang boleh guna untuk baling orang pun :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Hihihi not originally my idea. Rasanya akak tengok kat youtube ke mana tah :)

      Padam
  4. CT paling suka yang last tu.. baling belon ehehehe.. itu yang kejam !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. baling belon kalau ais masih beku...benjol kepala

      Padam
    2. hahaha..kena pantau gak tu

      Padam
    3. Adoiii! Ada yang kena berkejar ke ER pulak kalau baling belon ais! Isshhh, memang kena pantau ;)

      Padam
  5. comel2 je isi air tu.. jangan letak sampai kejang plak belon tu.
    kang elok tarik dari fridge jahanam =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, jangan excited isi penuh-penuh pulak

      Padam
    2. haah, tak payah nak excited isi banyak2. letak dalam freezer pun elok-elok tau sementara nak tunggu belon keras :)

      Padam
  6. tapi nanti belon tu akan ada perspiration jugak kan ? nanti ada air leleh2 jugak.. guano tu ?? ehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan ada bekas di bawah hehehe...tolong jawabkan

      Padam
    2. ala, tecer ni macam-macam lah..

      Padam
    3. Tecer tu fikir panjang namanya,..thanks Arz tolong jawabkan. Memang akan ada proses kondensasi tecer CT, tapi airnya tidaklah banyak sebaldi :)

      Padam
  7. Idea ni menarik.. ;) lepas habis majlis boleh buat parti baling belon air pulak.. ekekeke..

    BalasPadam
  8. Iya btl la sblm ni x pernh tefikir pun, lps ni blh la d try

    BalasPadam
  9. Ya Allah tak pernah terfikir pun. Kreatif sgt ! nora bagi 5 bintang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyy! Bestnya! Nora bagi 5 bintanglah!

      Padam
  10. cantik dan kreatif...sebab belon warna warni

    BalasPadam
  11. thanks for the tips kak. cantik. kalerful. buat birthday party mesti sesuai. tapi yang pasti lepas tu memang jadi main baling baling belon air la hhehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,...belon 2 dalam 1. Bila dah cair, kita main baling2! :)

      Padam
  12. Ok gak idea ni.. Dan org x perasan fungsi sebenar... Org igt perhiasan... Jgn terpecah sudah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik harap tak da sapa yang gatal tangan cucuk belon :)

      Padam
  13. waktu masukkan belon dalam freezer tu..mudah tak nak keluarkan belon dari freezer bila air dlm belon dah beku..kang melekat x nak kuar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih kena pastikan freezer tak penuhla,..kalau penuh, seksa juga nak masukkan belon tu. Dah berhimpit2 nanti jadi macam2 bentuk pula :)

      Padam
  14. mmg x pernah terfikir lah nk buat mcm ni..kat mana Farrah dpt idea ni..mmmg kreatif lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. otak dia kretip, KJM otak fikir jalan2.. HAHA

      Padam
    2. Kihkihkih amboi,..statement SUIDA :D

      Padam
  15. bila ais dlm belon tu dah cair..best oo main baling2 ;p

    BalasPadam
  16. rasanya kan...boleh tak masukkan air beperisa dalam belon tu..pastu sejuk beku..bila dah keras leh makan AISKRIM BELON hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. not suggested lah KJM.. belon tu bau getah..

      Padam
    2. Betul! Lalu ke nak minum air bau getah? :)

      Padam
  17. baling belon ada ais, sekepek atas kepala, benjol kepala.. HAHA.. kejam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh jangan cari pasal. Naya kepala yang kena ais tuh! Biol sekejap! :)

      Padam
  18. bijak..bijak...martha stewart pun x pernah terfikir nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kihkihkih martha stewart tak terfikir mende ni sebab idea dia lagi canggih dan superb!

      Padam
  19. idea yang menarik.. hasil pun cantik..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...