Sabtu, Mei 14, 2016

DIY Kad Hari Guru - Tema Bunga

[Scheduled Post] Tuan Tower belum balik lagi.
Minggu lepas, saya sempat membantu beberapa pelajar Tingkatan 3 untuk buat kad hari guru dengan bajet yang mereka ada. Memandangkan setiap seorang ada beberapa orang guru yang hendak diberi kad ucapan hari guru, jadi kalau nak beli memang a bit costly.

Sebelum ini, saya sudah tunjuk tutorial DIY Kad Hari Guru menggunakan Scrabble tiles. Boleh lihat di sini. Kali ini saya nak kongsi DIY Kad Hari Guru dengan tema bunga. Saya pastikan steps untuk buat kad hari guru tema bunga ini semudah yang boleh, so the kids can do the cards easily. Tak perlulah nak terbalik tercampak gunting terpotong itu ini bagai.

First and foremost, kita perlu ada kertas/kad dengan corak bunga. Then, kena ada base card. Kad kosong terpulanglah nak guna warna apa. Macam dalam gambar di bawah, saya guna kad warna putih dan cream. Selebihnya, kita perlukan a few other things like gel pen, gam atau glue tape, double-sided tape atau dimensional tape dan hiasan untuk kad. Bergantung pada apa yang ada - washi tapes, adhesive diamentes, reben dan butang.

Bahan asas yang diperlukan.
Mula-mula, potong kad/kertas mengikut saiz yang kita kehendaki. Kemudian, potong pula bunga-bunga pada kertas bercorak. 

Bunga-bunga yang sudah dipotong.

Setelah itu, susun dan tampal bunga di atas base card. Untuk tampak bunganya timbul, gunakan dimensional tape. Jika tidak, gamkan seperti biasa sahaja. Sesudah itu, hiaslah mana yang patut.

Antara hasilnya,..


Kad di atas ini, satu bunga (berwarna hijau) ditampal menggunakan dimentional tape manakala yang ungu seperti biasa. Touch up dengan adhesive diamentes warna ungu di tengah-tengah bunga. Daun dan jalur kertas guna lebihan kertas skrap saya. Boleh tengok tutorial membuat kad menggunakan lebihan kertas skrap di sini.


Kad ini pula, semua bunganya ditampal guna dimensional tape di atas jalur kuning washi tape. Ucapan 'THANKS A BUNCH' guna clear stamps dan rama-rama cenonet tu sebagai penambah seri.

Senang je kan? Hmm,..bagi yang ada peruntukan lebih, boleh juga beli hiasan kraf bunga sebegini.


...dan hasilkan kad mengikut kreativiti. Di bawah ini contoh yang saya import dari blog lama yang dah bertahun terabai.



Selamat Berkraf! Selamat Ber-DIY!


Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

37 ulasan:

  1. akak punya kad diy ni tak pernah tak cantik tau. lawa sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi Mazni tak tengok yang tak lawa punya,..hehehe bolehlah dik, buat bagi2 orang :)

      Padam
  2. Homemade sendiri lagi cantik kan. Heee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nilai sentimental tinggi sikitla berbanding beli :)

      Padam
  3. Bestnya, diy card sendiri ... Nia dlu rajin jugak diy card sendiri , tapi cara-cara akak nie lebih menarik dan mudah nak buat card sendiri . Lawaaaaa~!!!! Tq akak share entry nie =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Nadiah. Cara akak ni biasa sahaja,..tapi harap dapat jadi manfaat buat yang lain :)

      Padam
  4. wow... cantik sngat sis... nak satu... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorryla Sis Sheila. Yang jadi contoh kat atas tu pun budak2 rembat :)

      Padam
  5. Acckkkk, semua pun comel dan cantik :D

    BalasPadam
  6. amat la terbaik.
    aida memang kagum dgn idea farrah.
    and jadi kan ia real.
    aida ni idea dok dlm otak jer, pelaksanaan nyer? hu hu hu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tak pe, Aida. Simpan elok2 idea dalam kepala tu. Nanti, bila tiba masanya,..boleh dikeluarkan...dilaksanakan :)

      Padam
    2. biasa la aida kalu blogwalking, kakak2 berdua tu ada tempel kat sebelah ni hah kalu kat umah.
      tunjuk la kakak nurin diy kad farrah ni.
      dia terus kata, "win suka tu bu. win suka. nanti bu beli kan brg?"
      hi hi hi ok aje kak. ibu beli kakak buat ye :)

      Padam
    3. Hihihi win katanya. Seronoklah, Aida...anak2 dara tu sama minat dengan Aida :)

      Padam
  7. memang kreatif.. kaya dengan idea.. tahun nih demam, tak mampu nak tolong banyak2 untuk persiapan hari guru sekolah anak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan Eyda cepat sembuh. Jaga diri baik2 ye :)

      Padam
    2. Amin.. batuk masih belum baik.. harap cepat sembuh laa..

      Padam
    3. Insya Allah, jangan lupa rehat cukup2 ye :)

      Padam
  8. Siqah tak pernah buat DIY kad.. Hii. Tangan siqah memang tak kreatif rasanya. Huhu. Boleh cuba lah lepas ni cara kak farrah buat. Menarik! Lawa kad DIY akak :

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba belum tahu, Siqah. Siqah pun boleh buat punya,..janji barang2nya ada :)

      Padam
  9. akaka yana nak gtau ni , yana ada ambik idea idea nak baut hadiah hari guru dari blog akak, terima kasih tau !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kasih. Apa yang ada dlm blog ini memang utk dikongsi :)

      Padam
  10. kreatif kak farah...dah lama tak buat kad sendiri....

    nak juga jadi kreatif ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arz pun kreatif jugak apa,..ambil gambar cantik2 :)

      Padam
  11. Lawa sangat kad diynya kak Farah memey kreatif la

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Saya gumbira dapat kad-kad hasil tangan SS :)

      Padam
  13. untunglah anak murid dpt cikgu like cikgu Ceketed ni sorting boleh lagi tlg buat kad tu..aa terima kad dari anak muri tak..mesti byk dpt ni

    BalasPadam
  14. perghh part nk potong bunga tu perlu lebih hati2 silap haribulan kelopak bunga x cukup hehhehe

    BalasPadam
  15. senang katanya..kih kih kih klau sis JM yg buat mahu seminggu baru siap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha .. Kita sama JM . Fail bab bab kreatif niiih

      Padam
  16. Nak bagi timbul macam love tu mcam mana x TaU nak buat mcm mna otak kurng sikit kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Love mana ye yang adik maksudkan? Kalau nak apa2 hiasan yang kita tampal tu naik/timbul, adik boleh guna foam tape. Macam double sided tape tapi dia tebal. Jadi, bila kita guna, apa yang ditampal tu terangkat sikit dari permukaan rata. Harap dapat membantu.
      Maaf, ambil masa yang lama untuk balas.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.