Isnin, Mei 02, 2016

Kalau tak boleh pam ... potong jer!

Assalamu'alaikum,
Selamat datang Mei! 2 haribulan sudah! 
Hari ini saya nak kongsi tips untuk botol losyen berpam. Selalunya apabila kandungannya mula surut dan makin sedikit, kita susah nak pam losyen keluar. Jangan terus buang ye. Buka botol, intai dulu banyak mana lagi tinggal isi kandungannya.



Macam botol Ezerra di atas ni. Pam pam,..yang keluar secotet jek! Pam dah nak sampai mengah dah! Disebabkan di dalamnya ada losyen lagi, jadi saya akan potong dan pendekkan botol ni.

Nampak tak ada lagi isinya tu? Sayangggggg!

Agak-agak, potong botol kepada dua bahagian menggunakan pisau. Kemudian, buat dua potongan di sisi botol. Lihat gambar di atas. Tujuannya supaya bahagian botol tu boleh mengembang sedikit untuk kita insert pada bahagian yang satu lagi. Oh, jangan lupa! Potong sedikit saluran pam supaya selaras dengan baki losyen yang ada. Rasa-rasa dah ngam, masukkan bahagian atas botol ke bahagian bawahnya.

Tattadaaaaa!


Sudah boleh digunakan semula. Pam...smooth je losyen keluar. :)

Psstt! Kalau malas nak buat begini, potong je botol, pindahkan losyen ke bekas bertutup yang lebih kecil. Yang penting, kita tak membazir! ;)


33 ulasan:

  1. jimat selagi blh jimat...lg2 sgala kos tgh menaik kan?
    anyways nice tip

    BalasPadam
    Balasan
    1. ABetul tu, Husna. Selagi boleh jimat kita jimat kan :)

      Padam
  2. Wow gur idea. selalu mummy bukak , tonggengkan dia. Pastu kluar la..

    Takpe nanti mummy cuba k..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama ler dgn aida.
      buka pengepam nyer tu, tonggeng kan :)

      Padam
    2. Mummy dan Aida penyabar bolehlah. Bercinta nak tunggu losyen turun! Saya ni bab sabar ni kureng sikit ;)

      Padam
    3. saya malas kalau tonggengkan sekali melimpah-ruah

      Padam
    4. Kalu gini laa cara mummy... Berhabuk laa lotion kat kedai tu tunggu mummy beli baru... Ha ha ha...

      Padam
    5. menunggu lation tu sampai ke tangan memang menguji kesabaran

      Padam
    6. anak2 dara aida, before ditonggengkan nyer, dimasukkan air hu huhu :)

      Padam
  3. kak Farrah! hai, sori dah lama x tegur sapa. okay, x pernah tefikir untuk buat mcm ni. hahahahaahha menarik juga kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Amy! Akak pun nak minta maaf gak. Lama tak jenguk blog Amy :)

      Padam
  4. hehehe.. kontot sudah !

    kalau Firah, bukak, tuang, tutup balik.. bangsa penyabar.. heh2 *masuk troli tolak sendiri*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi itu beza orang sabar dgn orang tak berapa nak sabar ;) tapi kan,...masuk bakul pun tak pe. Akak rasa Firah memang penyabar orangnya :)

      Padam
    2. Lotion kontot... Kalu ada sejuta customer cam cikgu ceketed... Bungkos laaa kilang... Ha ha ha

      Padam
  5. menarik tips ni..yelah, kalau gel mandi boleh bancuh air

    BalasPadam
  6. bagus idea kak Farrah.. ad org klau dah jd mcm ni terus buang je..

    BalasPadam
  7. ingatkan tadi akak nk korek and calit gitu je.. tngk2 nak pendekkan botol..
    idok terpikir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tak terfikir... Nampak naaa malas! Kah kah kah
      * carik pasal...

      Padam
  8. salam , kak kalau yana bukak penutup , tonggengkan dia ketuk sikit tunggu la dia turun

    BalasPadam
  9. kih kih kih..kita SERUPa lah Farrah...sis JM pun mcm giteww jgk..mmg akan potong botol tu kalau pam x kuar..sayang kot! aa lagi sisa kat bhgn bawah tu

    BalasPadam
  10. pastu kalau body wash or body foam tu..pam dah x nak kluar, sis JM buka penutup tu..masukkan air..goncang...pastu guna sampai kering ahaha..kedek tak

    BalasPadam
  11. tips yng bagus ni boleh cuba buat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.