728 x 90

Selasa, 10 Mei 2016

Ops Buntal Sirotan | Ceketed

[Scheduled Post] Tuan Tower tak ada buat sementara waktu.

Assalamu'alaikum,

Operasi Buntal ni saya buat bulan lepas. Buntalkan apa? Buntalkan dua objek dalam gambar. Yang berwarna koko tu namanya Ceketed. Hadiah hari lahir tahun lepas daripada Dr. Shikin. Boleh baca mengenainya di sini. Nama Ceketed tu pula SS yang beri. Asalnya saya buat Jom Cuba Nasib - Teman Baru untuk beri nama pada bebear tu dan SS telah berjaya beri nama yang paling kena dengan jiwa saya hehehe

Yang di bawah Ceketed tu pula namanya Sirotan. Baby seal ini memang glamour di Jepun. Kalau rajin, google lah ye. Masalahnya kedua-dua objek comel di bawah dah kempis, dah hilang gebu, montok dan montelnya. Mana tak,... setiap kali ada ahli keluarga yang datang lepak di bilik kraf, Ceketed dan Sirotan jadi bantal mereka. Ceketed dibuat bantal kepala, Sirotan jadi bantal peluk.

Sirotan saya pakai baju ikan pari. Bajunya asyik terlucut je dek kerana body Sirotan dah kurus. Nanti tiap kali Cekebon nampak Sirotan togel, dia akan cakap,"Dah elok-elok ibu bagi berbaju, mana akak campak baju dia?" Every single time.




Semasa keluar melunaskan urusan, saya memang sengaja masukkan 'isi bantal' (saya guna isi bantal lah ye sebab tak pasti nama sebenar benda ni apa. Bukan kapas,..) sebagai salah satu barang yang wajib dibeli. Memang nak laksanakan misi kembungkan semula Ceketed dan Sirotan. Nah, sekali beli sampai dua plastik! Satu plastik tu RM10. Berat lupa timbang. So, tak pastilah mahal atau murah. Maka bermulalah Ops Buntal saya.


Sebelum diproses, saya pastikan kandungan perut Sirotan dan Ceketed. Kedua-duanya guna isi bantal seperti di atas. Tak guna biji-biji kecil macam bean bags tu. Jadi, sebenarnya dua-dua selamat untuk masuk mesin. Tetapi hanya Sirotan je yang saya basuh guna mesin. Ceketed terlalu besar. Kebetulan Ceketed ada zip di bahagian bawah. Saya keluarkan semua isinya barulah sarung Ceketed dimasukkan ke dalam mesin. Kita basuh supaya jadi bersih dan wangi.

Setelah dicuci, Sirotan dijemur di bawah terik matahari hingga kering. Saya tetas sedikit bahagian bawah perut Sirotan dan mula sumbatkan isi bantal. Sumbat dan sumbat lagi sepuas hati!

Proses menyumbat :)

Hasilnya,...daripada baby seal, Sirotan dah bertukar jadi dugong!

Sirotan dah buntal!

Di bawah ini pula saya dah pakaikan baju. Tak terlucut lagi sebab dah fit dengan body.
Pandangan depan dan sisi setelah dipakaikan baju ikan pari.
Untuk Ceketed pula, ada kemalangan sedikit berlaku yang menyebabkan hidung Ceketed tercabut! Kenalah draw balik hidung dia pakai permanent marker. Nasib baik ada saki-baki line yang boleh trace.


Sesudah itu, mulalah pundatkan isi bantal ke dalam Ceketed. Bersungguh-sungguh saya menyumbat! Pundat dan pundat lagi! (Err,..pundat ni bahasa saya. Bukan bahasa persuratan tau!) Almaklumlah, isi bantal tu ada banyak.


Tattadaaaaaa!

Posing dengan Ceketed. Nampak tak Ceketed dah tembam semula! Bahagian telinga tu punyalah penuh, tak ada ruang nak kempis semula. Selepas saya selesai Ops Buntal ini, masih ada dalam setengah plastik isinya berbaki. Boleh simpan untuk projek buntal lain pula. Apa yang penting, dua objek ni berjaya diberi wajah baru, lebih segar, lebih wangi, lebih bersih dan tahan lebih lama.Berbaloi-baloi!


37 ulasan:

  1. Yeyyyy lepas ni lebih lebih lagi la best nak peluk ceketed dan sirotan..hehe...gebus buntal dia..

    BalasPadam
  2. seronoknya peluk ceketed dan sirotan masa tidur, pasti lena punya.. hihi

    BalasPadam
  3. wah sedap lah nak peluk lepas ni ye :D dulu mak kita pun selalu sumbat kekabu dalam bantal peluk yg dah kurus. baru sedap nak menggentel lepas tu hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh kekabu memang the best! Rasa nak kempis je, pi jemur tengah panas. Nanti fluffy balik :)

      Padam
  4. huhuh ingatkan apalah tadi, tapi memang creatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi nama ops buntal tu propa je lebih kan :)

      Padam
  5. salam boleh la try buat untuk banak yana jugak haha

    BalasPadam
  6. Masya Allah... hebat dan rajin kak farah ni... hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de hebat mananya sayang ooii :)

      Padam
  7. Oooo ini ke rahsia ceketed...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahal ok nama ceketed tu... Femes seantero dah... Ha ha ha

      Padam
    2. Betul betul...nama ceketed tu yang mahallll!

      Padam
  8. Kiranya nama samaran semua blogger ni angkara SSS lah yer...

    Hamboi sss ... kerja jbtn pendaftaran kettew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama tu melekat ok! Dah bertahun! Keh keh keh

      Padam
    2. Nama ada commercial value semuanya hihihi

      Padam
  9. owh inilah ceritanya dari gambar di instagram tu...ingatkan buat pakai di kepala....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cannot,..bukan utk jadi maskot...sesak napas nanti :)

      Padam
  10. tumpang lepak bilik kraf..nak peluk ceketed ngan sirotan

    nasib nama dia bukan sitiroro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaah ramai yang rindu sitiroro.
      Meh sini ..alang2 nak peluk ceketed dan sirotan, meh tolong kemas bilik kraf sekali :)

      Padam
  11. ni best laa peluk bila dah dibuntalkan sepenuhnya..

    BalasPadam
  12. Nasib baik nama dia sirotan... Bukan sitiroro...keh keh
    Keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr jom cuba peluk sitiroro! :)

      Padam
  13. Letak kekabu... Lagi sedap pelok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya allergic kekabu, nanti semput huhuhu

      Padam
  14. nama Ceketed tu mmg WIN tau..terbaik lah SS

    BalasPadam
  15. Sirotan? ni adik kembar Siti Roro ke kih kih kih

    BalasPadam
  16. nah!!!! baru lah SEDAP kena pelok..pastu wangi lak

    BalasPadam
  17. psst siapa model belakang Ceketed tu,..nak berkenalan boleh..tgk jari pun dah tahu cantik orang nya heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahah ini kelakar. Dahsyat tu boleh ramal tengok jari je ;)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...