Selasa, Mei 24, 2016

Tutorial Kraf Kertas - Heat Embossing (Bahagian 1)

Assalamu'alaikum.
Tutorial kraf kertas hari ini - cara buat heat embossing.
Apa yang dimaksudkan dengan heat embossing ialah kita nak panaskan embossing powder sehingga cair dan permukaannya akan timbul sedikit. Kira untuk beri extra effect pada projek kraf kita lah.

OK, di bawah ini ialah bahan dan peralatan yang diperlukan untuk heat embossing.



  • Heat Gun (Yang berrmuncung dan berwarna biru tu). Ini hadiah hari lahir saya :) Boleh baca mengenainya di sini.
  • Embossing Powder
  • Embossing Stamp Pad (Clear), atau
  • Versa Color Ink Pad (ikut warna pilihan)
  • Bekas bertutup untuk simpan lebihan embossing powder
  • Clear Stamps / Rubber Stamps

Saya jarang buat heat embossing. Jadi, stok embossing powder tak banyak sangat. Ada dua jenis je. Yang di bawah ini su.pa.ku.ru. Sparkle :)


Yang ini pula bu.ra.du.ru. Bridal/ Ala-ala glitter bridal gitu. 


Sebelum ini saya ada white dan silver. Tapi dah habis dah,..OK, jom mulakan projek heat embossing kita! Mula-mula ambil kad yang kita nak buat heat embossing. Then, pilih clear stamp yang hendak digunakan. Saya sedang siapkan tempahan scrap page untuk anniversary kawan, jadi saya akan gunakan clear stamp Happy Anniversary.

Tekapkan clear stamp beberapa kali pada embossing stamp pad. Embossing stamp pad yang clear ini tidak berwarna ye. Dakwatnya jernih and a bit sticky. Kemudian, tekan atas permukaan kad. Pastikan kita dah tekan rata-rata, barulah stamp diangkat.

Setelah itu, taburkan embossing powder pada permukaan tadi. Saya gunakan serbuk embossing Bridal. Pastikan ada bekas kosong untuk tampung lebihan serbuk. Kalau tak nanti, bersepai serbuk tu all over the place!


OK, sekarang kita nak serbuk tu hanya ada pada bahagian yang kita dah stamped tadi. Jadi, 'ketuk-ketuk manja kad' supaya lebihan serbuk jatuh dari kad. Lain kali, bila nak buat heat embossing, guna serbuk yang dalam bekas ni dulu. Dah habis baru tuang dari botol.

 
...akan jadi seperti ini.

Setelah pastikan tidak ada lagi residue serbuk embossing di tempat yang tidak sepatutnya, (jika ada gunakan berus lembut untuk alihkan serbuk), gunakan heat gun untuk panaskan serbuk embossing. Halakan muncung heat gun berhampiran dengan kad dan biarkan seketika sehingga serbuk embossing cair dan bertukar tekstur.

Siappppp!
Nampak tak embossing powder dah cair? Kalau pegang kawasan tu, kita dapat rasa sentimen Happy Anniversary tu timbul. And my camera didn't quite capture the effect. Maybe sebab saya guna kertas pink. Tak ketara sangat. Kalau tengok betul-betul, embossing powder bridal ni bukan glitter jernih begitu sahaja. Ada warna-warna rainbow sedikit.

Pandangan depan.

Ikut pendapat peribadi saya, embossing stamp pad yang clear ini lebih sesuai digunakan dengan embossing powder berwarna putih atau silver. Kemudian, kita buat atas kertas yang berwarna gelap. Memang kelasssss hasilnya!

OK, itu sahaja untuk hari ini. Hasil heat embossing guna Versa Color Ink Pad di Bahagian 2.


Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

43 ulasan:

  1. cantik.. kalau tulisan tu ada warna terang skit lagi cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, kalau pakai serbuk embossing yang dua ni,.. memang kena pakai inkpad berwarna, baru naik embossingnya. Tak pun bak kata eyda lah, kena pilih embossing powder yang lebih terang/base card yang gelap. Baru menyerlah gitu!

      Padam
    2. kan baru agak menonjol skit tulisan tu..

      Padam
  2. Ok... SS dah faham dah skrg... Tapi... powder tu ada kaler2 tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adaaaa. Ada banyak jenis/brand and ada banyak kaler :)
      Yang sparkle tu Dhila bagi saya, yang Bridal tu saya punya stok lama.

      Padam
    2. SS dah faham buatkan utk JM satu..for my besday present..boleh ;p

      Padam
    3. tunggu SS update tutorial lak

      Padam
    4. Tak menang tanganlah, SS. Ramai yang buat special request nampaknya :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Kalau sparkle, dia ada glitter warna sliver yang ketara. Nanti saya tunjuk contoh. Kalau bridal, dia glitter2 manja + soft tone warna pelangi. Tak betul2 putih :)

      Padam
    2. hadoii..orang dua ni ckp pasal pe ni x faham ;p

      Padam
  4. Awwwww kretifnya. Boleh try buat ni !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try! Nanti kalau ada apa2 masalah tanya akak ye :)

      Padam
  5. ohh macam ni rupanya buat tulisan timbul kat kad tu! thanks for sharing :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, Mazni. Haaa inilah antara cara buat tulisan timbul guna teknik heat embossing :)

      Padam
  6. cantiknya..cuma itulah tak berapa nampak tulisannya tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, sebenarnya kalau nak hasil terbaik, kena guna stamps/cop yang jenis tebal sedikit tulisannya :)

      Padam
  7. Baru tau.. camnie rupanya nak buat.. Cantik..

    BalasPadam
  8. salam kak farrah ni yang kak dhila kasi hari tu ke? :)

    BalasPadam
  9. tak berapa nak faham lagi cara guna , takpe slow slow :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risaukan ttg heat gun. Serbuk embossing tu yang penting. Ada serbuk embossing dengan ink utk embossing dah leh buat dah :)

      Padam
  10. woaaaaah.. serious CT jakun tengok menda ni.. ehehe.. kalo tulisan tangan kita sendiri ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenot, CT. Kalau nak buat pakai tulisan sendiri kena beli pen khas utk transfer embossing ink tu :)

      Padam
  11. seronoknya hari2 buat benda2 macam ni.. x stress marking hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini terapi lepas akak stress write karangan budak, CT. Hihihi :)

      Padam
  12. hadoi baru tgk bahan2 tu pun dah pening belum nak start 'bakar' lagi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni kalau p cari sah xjumpa, bahasa apa ntah tu..

      Padam
    2. kalau JM buat dia pakai api dapur, tak pakai gun..baru 'terbakar' cantik..haha

      Padam
    3. Hihihi slow-slowww,..nanti pahamlah tu. Hahah rasanya kalau bakar pakai api dapur jadi kraf rentung :)

      Padam
  13. mmg surrender lah..dah ada tutorial ni pun sis JM x leh nk follow

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi mende ni memang di luar bidang, Sis JM. Tu yang fenin2 lalat tuh. Tak pe,...nanti kalau one day, Sis JM teringin nak buat mende2 ni, saya tolong ajar ye :)

      Padam
  14. mgkin x minat kot...kalau nk buat benda simple like customade FM tu boleh lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, mana tahu kalau lepas ni nak buat handmade card utk followers blog ke :)

      Padam
  15. macam tak berapa nak blh follow ja.. hehe.. kalaulah sudi kan org hadiahkan kad.. HAHA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaah nak kad apa, dinda? Happy anniversary,..happy bornday? :)

      Padam
  16. semua jenis paper boleh 'ngam' dgn emboss?

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.