728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 25 Jun 2016

Brokoli Bakar

Satu resepi yang mudah dan sihat. Lebih kurang seperti resepi Kubis Bunga Panggang dan Kubis Bunga Paprika.

Brokoli Bakar


Resepi Mudah - Brokoli Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji brokoli bersaiz sederhana besar, potong kecil
  • 5 - 7 ulas bawang putih (Dibasuh dan kemudian ditumbuk sedikit. Tidak perlu dibuang kulitnya.)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
 
  1. Panaskan ketuhar ke 200 - 210 darjah celcius.
  2. Gaul rata semua bahan di atas di dalam sebuah mangkuk.
  3. Ratakan di atas dulang pembakar.
  4. Bakar selama 10 minit. Keluarkan. Balik-balikkan potongan brokoli supaya sayurnya dapat dipanggang dengan sekata.
  5. Bakar lagi selama 10 minit.
Sedia untuk dihidangkan!


37 ulasan:

  1. salam yana makan bungan kubis , tapi bunga kubis hijau ni tak makan heheheh

    BalasPadam
  2. tapi macam menarik buat masak macam ni!

    BalasPadam
  3. Sedapnya Farrah.. bertepung pun lazat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, BP. Yang bertepung pun lazatttttt!

      Padam
  4. makan dgn nasi panas, mabeles..bwg putih tu bagus buat ulam..

    BalasPadam
  5. Uih sedapnya. Makan pulak masa panas tu rangup2. emmm Dap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ratah begitu je pun sedap, Ain. Nak lagi ummphhhh tambah keju parut sikit :)

      Padam
  6. dah dapat kad raya farah.. tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS pon! Saje nak bagi tahu... He he he

      Padam
    2. Alhamdulillah. Thanks sebab inform ye :)

      Padam
  7. lepas tu makan dengan ayam grill.. jadi side dish..
    tambah kentang sikit.. nyummmmmmeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, bukan main lagi dia buat kita meleleh air liur!

      Padam
    2. pandai mereka je kak.. buatnya malaih =P

      Padam
  8. nape tak buang kulit bawang kak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja. Supaya isi bawang tu tak kering dan absorb minyak zaitun :)

      Padam
    2. tapi time makan tu makan dgn kulit bawang skali ke..

      Padam
  9. sedap nampaknya boleh nanti ni

    BalasPadam
  10. mmg dah lama bermusuh dgn Brokoli ni.. xleh jadi kawan baiklah.. aihhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apsal berdendam sangat dengan brokoli tu? Apa dosa dia? ;)

      Padam
  11. Agaknya SS x makan jugak Brokoli ni sebab kaler hijau.. SS suka sayur warne purple je..

    *Tetiba nak cari pasal pulak..hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha statement carik pasal ni memang kelakar. SS makan yang kaler pepel je kan :)

      Padam
  12. kalau ada ketuhar ni mcm2 leh masak kan..ishhh..dah log in Lazada..x ingat password lah plak hhuhu

    BalasPadam
  13. kalau dapat makan ngan ikang bako ... perhhhh

    BalasPadam
  14. sabo sabo ... baru kol 952 pagi

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...