Rabu, Jun 08, 2016

DIY Sampul Duit Raya

Sampul duit raya? Betul, kita nak buat sampul raya sendiri. Almaklumlah sekarang ni orang bagi angpau packets free dah tak semeriah dulu. Kita buat sendiri lagi bagus! Jimat pun jimat. Istimewa sedikit. Di bawah ini saya ada dua set rekaan sampul raya. Saja pilih tema ala-ala doodles. Something simple and sweet.


Set 1



Set 2


Sampul duit raya ini rekaannya memang plain sebab saya nak cetak atas kertas kraf. Saya akan guna Recycle Kraft Paper 100gsm, teksturnya macam kulit buku tulis sekolah cuma nipis sedikit. Tidakpun, boleh guna kertas daripada buku lama atau suratkhabar. Potong ikut saiz A4, kita cetak atas kertas tu. Lebih kurang seperti Kraf Kertas Menggunakan Muka Surat Buku Lama. Dapat gambaran tak?

Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan hasil akhirnya. DIY Sampul Raya ni boleh dijadikan aktiviti untuk anak-anak juga. Sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu, bolehlah suruh mereka potong dan gam sampul ini. Oh, lupa pula! Sebelum cetak, pastikan di bahagian Page Scaling tu, pilih setting 'Fit To Printable Area' or something like that :)

Setelah dicetak akan jadi seperti di atas.

Selamat Mencuba!



Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

55 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang jimat. Tapi saiz dia tak panjang macam sampul raya biasa tulah. 1 A4 dapat dua :)

      Padam
  2. Jimat haa. takyah beli takpun dapat free sebab beli barang2 hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi akak tahun lepas tak dapat sangat. Beli barang, kosong je,...pegi bank pun sampul abis.

      Padam
  3. Kalu letak nama penerima pon bagus jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap haraplah ada nama kita sebagai penerima

      Padam
    2. SS mohon listkan nama saudara kat sini jugak tau... T_T

      Padam
    3. Betul tu, SS. Sesuai utk letak nama lagi2 kalau isinya berkepuk-kepuk. Nanti salah bagi haru gak ;)
      Huda & Ikhwan - macam2 lah korang ni!

      Padam
  4. cantik.. tentiu kak farrahh.. mihmihmih

    BalasPadam
  5. kalau sis JM ke rumah CC (cikgu Ceketed) leh dapat duitraya tak?

    BalasPadam
  6. kalau ada tutorial utk buat kad raya lagi best sbb ada ramai peminat sis JM nk pos ni kih kih kih..*mood perasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah ada , sila buat kasi yana satu + duit raya sekali okey , hahhaha

      Padam
    2. kak Farrah dah up tu.. tulah ci yana kad raya+Duit raya.. hihihihihihi.. bak sini sekeping..

      Padam
    3. Kak JM buat nanti kasi sinii satu :p

      Padam
    4. Sis JM dah kena pau dengan adik2 :)

      Padam
  7. dah klik link tu tak boleh display lak page tu iskkk

    BalasPadam
  8. mcm kecik n pendek jek..kalau masuk RM1 kena lipat eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang kecik dan pendek. Duit kena lipat sebab bentuknya square :)

      Padam
  9. tak perlu nk beli sampul kan..better buat sendiri sbb budak2 tu bila dah dapat sampul tu..di buaang nye..nak nak tgk 'isi' jek

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhah kan , guna je sampul adik adik / anak-anak tahun lepas guna semula

      Padam
    2. lepas diorg buang.. pegi kutip balik Sis JM.. lagi jimat... hihihihih

      Padam
    3. Setuju. Sebenarnya sampul ni kalau dapat reuse memang saya guna semula. Bebudak kadang2 duit ambil, sampul tinggal atas meja ;)

      Padam
  10. ada design lain tak selain doodle..gambar masjid ke bunga ke...pelita ke..
    **eh..carilah sendiri kat link tu ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boboiboy raya taknak ke sis JM???? TERBAIK

      Padam
    2. Hikhikhik saya punya design tahun ni memang simple doodle je, sis. Semua nak jimat! Jimat kos, jimat tenaga buat design hehehe

      Padam
  11. Saya pun buat aktiviti ni dengan anak2... tapi tak de print2.. saya tekap dengan sampul raya yang sedia ada, buat kat pembalut hadiah... hehehe anak2 suka!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara tekap tu lagi mudah kan..kalau buat guna wrapping paper memang lagi cantik!

      Padam
  12. Comel..jimat buat sendiri...skrng terhad nak dapt sampul raya dari bank nie..terbaik la Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, along. Buat sendiri yg simple2 pun jadilah. Asal bersampul duit raya budak2 :)

      Padam
  13. jimat sangat.. selalu suka buat sampul duit untuk bagi kat orang masa kenduri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2. Cekebon pun suka buat banyak2, then dia pek 10, 10 untuk bagi kat orang :)

      Padam
  14. Jimat kan DIY sendri. Cantik pulak tu :)

    BalasPadam
  15. Sally teringin nak buat tapi bila terkenangkan Allahuu banyaknya nak gunting and so on...Sally amik jela mana yg bank kasi free...hahahaha

    BalasPadam
  16. Salam , diy diy :) kena rajin rajin kan diri jek

    BalasPadam
  17. cuma yana rasa masih layak menerima duit raya , so tak payah buat lagi lah kan kakakakak :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .. Kak yana bijak. Jadilah seperti kak yana

      Padam
  18. alamak kena potong lagi..oh tidakk..

    BalasPadam
  19. Idea nak buat sampul tu mummy dah ada sbb pakai lappy je kan.. tp nak potong tu adoiii...

    BalasPadam
  20. tahun ni tak de duit raya ... sebab member kerja bank cuti bersalin.

    ha ha ha... so tak yah bagi duhet raya ,... fewwittt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun niih pergi konvoi minta duit raya pulak :D

      Padam
  21. ala kak... buat macam sampul ni ada kos juga - beli kertas, ink printer... kih kih kih ...

    bagi je lah duit tak de sampul...boleh tak.

    kih kih kih...

    BalasPadam
  22. budak2 nampak sehengget dari jauh terus depa tak nak...
    seratus budak tak nak - haaa jimat tuh...

    kih kih kih ... #DimanakahKeikhlasanKu

    BalasPadam
  23. Menarik sekali idea ini... nak pula dekat raya

    BalasPadam
  24. comel ringkas dan jimat.. hehheee

    BalasPadam
  25. sampul je ke kak ?? duit jangan lupa.. tanak yang DIY tau ahaha.. yang ori =P

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.