Ahad, Jun 26, 2016

Sambal Berlada Terung Bakar

Hidangan terung sememangnya menjadi salah satu hidangan kegemaran keluarga saya. Tak kisahlah masak macam mana. Buat sambal ke, buat kari, rebus begitu sahaja dan cicah dengan budu atau sambal belacan and even buat sandwich terung

Hari ini satu lagi resepi berasaskan terung, Sambal Berlada Terung Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Sambal Berlada Terung Bakar:

  • 3 biji terung bulat (Nak guna terung biasa pun tak mengapa)
  • 10 - 12 tangkai cili merah (Buang biji dan ditumbuk kasar. Jika malas nak tumbuk, kisar dengan blender je. Air jangan banyak sangat.)
  • 1 - 2 labu bawang besar (Dihiris bulat-bulat)
  • 2 keping asam keping
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam mengikut citarasa

Cara penyediaan:

Mula-mula, kita kena bakar terung dahulu. Potong kepada dua bahagian dan bakar seperti dalam gambar di bawah sehingga terung menjadi lembut. Bakar bahagian kulit (luar) terung dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar sekejap bahagian dalam terung pula.


Hasilnya akan jadi begini. 


Tetapi, bahagian dalam terung jangan bakar sampai rentung tau. Just nice untuk lembutkan dan dapatkan rasa smokey sahaja. Biarkan terung sejuk.

Sementara itu, panaskan minyak dan tumis hirisan bawang. Setelah itu, masukkan cili yang ditumbuk/dikisar. Tumis hingga cili masak. Kupas kulit luar terung. Kita tidak akan guna bahagian kulit yang rentung hitam tu ye. Isi terung yang ada dicincang-cincang.

Balik semula kepada sambal kita. Masukkan asam keping dan isi terung yang sudah dicincang. Gaul sekata. Biarkan masak buat seketika dan perisakan dengan garam. Siap!

Sambal berlada terung bakar

Selamat mencuba!

36 ulasan:

  1. Nasib baik dah buka pose... He he he

    BalasPadam
  2. SS ske makan terung... Sebab kaler pepel.. He he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu macam kri.. krik je SS..

      Saya suka makan epal hijau sebab kaler hijooo.. kihkih

      Padam
    2. agaknya klau warne merah SS makan x?? hahaha

      Padam
    3. Hari ni berbuka dgn terung masak lomak..

      Padam
    4. Kalu kulit ikhwan pepel pon SS makan! Ha ha ha

      Padam
    5. Hahahah nasib baiklah kulit Ikhwan bukan warna pepel. Tak memasal jadi juadah berbuka SS.
      Uhhhh, terung masak lomak! Yummy yummm!

      Padam
  3. selalu jugak mak buat tapi tak bakar pon.. hihih terus masak berlada cm tu je.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng masak berlada tu pun dah sedap kan. Ni saja je buat tukar citarasa :)

      Padam
  4. sedapnye terung! saye suke jgk terung ni..
    tp kalo saye masak bse nye tak bakar.. terung tu saye goreng kunyit lepas tu baru buat sambal.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihih ni kalau nak rasa smokey2 ala2 terung salai, kita bakar dulu :)

      Padam
  5. farrah. tq ya utk kad raya. dha sampai dah.. hehe. tq so much. suker giler

    BalasPadam
  6. biasa masak terung goreng sambal tak bakar dulu...kalau bakar rasanya lain sikit ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah.. CT x penah bakar gak.. terus goreng je dlu.. boleh plak cuba kalo bakar kot.. rasa rare =)

      Padam
  7. kalau guna terung panjang pun sedap kan

    BalasPadam
  8. adoiiiii terung cili pulak....

    my faveret ni kak...

    apa ni apa ni apa ni....

    hwaaaaaa

    BalasPadam
  9. errr tapi kita tak bakar.... tumis je terus...

    kita kan "RAJIN"

    BalasPadam
  10. kalau boleh nk try buat la ikut resepi akak ni. mak nina suka terung

    BalasPadam
  11. Ini kalau buat kat rumah mesti takde org makan sebab semua tak makan terung. Hehe

    BalasPadam
  12. i loooooike sangat2 terung sambal.. hehe.. dulu jenuh x makan terung..
    masuk uni jumpa kawan gila terung.. terus cuba sbb tngk dia addict sngt.. rupanyaa sedap !! nyesal x makan dari muda ahhaha..

    BalasPadam
  13. tq for sharing.
    biasa nyer aida masak sambal dgn kulit terung skali :)
    good idea ni, farrah.

    BalasPadam
  14. Salam kak , entry ni mampu nak cakap ermmm sedapnya tapiiii sayang 1000 kali sayang yana tak makan terung!

    BalasPadam
  15. Lama tak makan terung bakar macam ini

    BalasPadam
  16. nampak sedap boleh cuba nanti

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.