728 x 90

Jumaat, 1 Julai 2016

Kad Raya 1437 - Yana Yani

Assalamu'alaikum,

Barulah hari ini berpeluang nak buat entri mengenai kad raya. Alhamdulillah, tahun ni dapat banyaklah juga kad raya, tanda ingatan daripada teman-teman. Seronok memikirkan budaya kirim dan balas kad raya ni masih berjaya dilestarikan :)

Kad pertama untuk tahun ni sampai ke teratak saya pada awal Ramadan. Teruja sangat! Datangnya daripada adinda Yana Yani (YY). Terharunya!

Apa yang istimewa mengenai kad raya Yana Yani ialah kadnya bertema. Bukan sebarang tema tau! Yana Yani mengangkat isu keprihatinan terhadap Syria dan Kempen Ramadan Al-Khair 4. Sambil-sambil hantar ucapan hari raya, Yana Yani bangkitkan kesedaran kita untuk 'ambil kisah' tentang saudara-saudara kita di sana.

Cantikkan?

#food4syria
#milk4syria
#care4syria 

Terima kasih banyak-banyak, YY. 
Atas ingatan yang dikirim, atas nilai kesedaran yang dipupuk. 
Moga Syawal YY bersama keluarga tahun ini penuh warna-warni.


13 ulasan:

  1. seronok la dapat kad raya lagi, baru suasana raya!

    BalasPadam
  2. kak Farrah..kad dah sampai! thanks tau!

    BalasPadam
  3. kad ni ade mak CT hantar gambar ritu before balik kampung.. thank you Kak YY hehe..

    BalasPadam
  4. Kim Chaa komen gapoooo ni hahaha.. nak potong susah ni =P

    BalasPadam
  5. aha..sis JM pun dapat gak kad dari Yana Yani ni

    BalasPadam
  6. dalam kegembiraan ingat pada yang susah

    BalasPadam
  7. semoga Allah lindungi umat islam dimana jua

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...