Sabtu, Julai 16, 2016

...lagi kad raya :)

Assalamu'alaikum,

Memandangkan mood raya masih ON (raya kan sebulan,..) kita sambung entri penghargaan kad raya. Alhamdulillah, tahun ni selain dapat kad raya daripada students, meriah juga saya terima kad hari raya daripada teman dan kenalan blogger. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi ingat pada saya.

Rabu baru-baru ini, dalam letter box ada posto kad raya! Bukan sekadar kad, di dalamnya ada sekeping fridge magnet Krabi dan rantai kunci Doraemon. Saya senyum sengih-sengih sampai si cilik curious dan tanya, "Mak Long kenapa?!" Ohhh, Emon pujaan hatiku!!!! Kiriman senyum-sampai-telinga ini daripada adinda Salbiah M, si kaki bola tegar. Kenal tak? Kenal kan,... Haaa, melalui blog si Sal lah, saya yang selama ini krik krik krik tentang bola, mula tahu, faham sedikit sebanyak dunia bola sepak ;)


Kad dan hadiah kiriman Sal
Excited dapat kad kartun begini. Menggamit memori lama zaman berbalas-balas kad raya dulu-dulu. Terima kasih banyak-banyak ye, Sal. Happy akak terima kad dan ole-ole Sal. Tahun lepas pun dapat kad raya berisi fridge magnet. Boleh baca mengenainya di sini. Anak dara sapa yang thoughtful tinggi budi pekerti nih? ;) Akak harap Syawal tahun ni riang gemilang buat Sal dan keluarga. Ooh, dalam sibuk bola dan kerja, jangan lupa grab some 'ME TIME' for yourself!

Rakan Kraf dan Rahan Gehtar

Bukan sahaja rakan blogger, tahun ni merasa dapat kiriman ingatan daripada followers blog yang mengikuti entri-entri kraf dan guitar chords saya.

Di bawah ini, kiriman kad daripada Kak Maria dari Klang. Kami selalu berutus e-mel, bincang-bincang dan tukar idea tentang kraf. Kak Maria turut kirim sesuatu, hasil DIY beliau. Tetapi, Kak Maria dah pesan awal-awal, "Hanya untuk tatapan mata Farrah." Heeee,...jadi kita hormat request empunya diri ye. Kongsi gambar kadnya sahaja.


Terima kasih, Kak Maria untuk kad,..untuk hadiah yang sweet dan cantik tu. Really appreciate it. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin antara kita akan berkekalan. Sampaikan salam buat anak-anak dara yang tengah sibuk berkraf tu ye ;)

Seterusnya, kad raya daripada adik Rhea. Rhea ni rajin intai guitar chords di FAMF Tower. Kena dengan jiwa katanya sebab chords saya kebanyakannya yang senang-senang atau dah ditransposed supaya jadi senang hihihi. Rhea masih menuntut di salah sebuah IPTA tempatan. Hobinya main gehtar! Tetapi, cik adik ni tak ada blog. Tak pandai menulis katanya :)


Merci for your lovely thoughts, Rhea. Terharu akak baca :) Hope you had a great Syawal celebration. Belajar elok-elok ye. Good luck for each and everything that you do.

Terima kasih semua atas ingatan kalian. Semoga Syawal yang masih kita raikan ini lebih bermakna, lebih meriah buat kita. Yang sibuk attend open house tu, makan elok-elok ye, jangan main pukul rata semua :)

39 ulasan:

  1. Allhamdulillah... akak sepi tanpa kad raya tahun ni... hukhuk.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sedih, kak,..insya Allah ada banyak rezeki akak di tempat lain :)

      Padam
  2. bestnye dpt kad raya..
    saye dpt mesej n whatsapp raya je.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tak pe, Ezy. Janji ada juga yang ingat kat kita :)

      Padam
  3. wah ! cantik2.. tapi paling kenan kad Kak Sal.. hehehe

    BalasPadam
  4. heheheh Kak Sal dan 'me time' nyaaa hahaa...

    BalasPadam
  5. nak ajak Kak Sal ber 'us time' pulak laa.. ehe..

    BalasPadam
  6. banyak tu Kak Farrah.. CT balik Penang tngk kad2 yang dapat. kalo rajin buatla entry hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..akak pun banyak tak buat entry lagi tu

      Padam
    2. Ambillah masa adik2. Dahulukan apa yg patut. Entri2 ni leh tunda, leh postpone :)

      Padam
  7. kalo x buat x bermaksud x hargai kan ? heee.. masuk kotak treasure da..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak wajib buat pun sayang,...akak buat entri ni sahaja nak tunjuk penghargaan tanda terima kasih. To express my gratitude :)

      Padam
  8. Nostalgik sangat dapat kad raya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya,...memang menggamit memori dolu2 :)

      Padam
  9. kan Farrah...seronok dapat rakan blogger yg thougthful ni..sis JM pun dapat tau dari cik Sal ni..ahakss..tu pun nk bg tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihih memang seronokkkk! Happy bila ada yg ingat kat kita kan,..l

      Padam
  10. ahaaa..dpt jgk dari rakan craft..mmg tak rugi berblog ni..share ilmu dapat kawan lagi...peringatan lagi

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Alhamdulillah, seronokkan dapat kad tangible begini. Lebih sikit feel raya :)

      Padam
  12. alhamdulillah dah sampai..tahu kak Farrah suka Doremon, tu yang bagi keychain tu.

    BalasPadam
  13. Alhamdullilah. Eratkan silaturahim antara rakan blogger :)

    BalasPadam
  14. Banyak kad raya bertuah kak farah

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah ! moga ukhuwah kita terpelihara

    BalasPadam
  16. Dapat rakan bloger yg baik dan sentiasa dlm ingatan pun rezeki kann...

    BalasPadam
  17. Ha kan... sebab blog sal lah kita ada knowledge sket pasal bola

    BalasPadam
  18. Tak ada dapat kad raya tahun ni....kesian...hihi

    BalasPadam
  19. Farrah banyak dapat kad raya...Alhamdulillah. kan...

    BalasPadam
  20. wah bkan saja dapat kad raya.. siap ada gift lagi..

    BalasPadam
  21. bace smpai nak raya balik nia kak farrah
    rasa lagend la kad raya katun2 tuh...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.