Selasa, 19 Julai 2016

Sambal Ikan Bilis Asam Belimbing

Sambal ni buat dah lama sebenarnya. Masa bulan puasa hari tu. Kebetulan, pokok belimbing buluh kat belakang rumah berbuah. Lebat juga. Stok ikan bilis pun banyak, jadi buatlah sambal ikan bilis asam belimbing. Sambal ini lebih kurang seperti sambal hitam tradisi negeri Pahang cuma saya lebihkan penggunaan belimbing dan cili apinya. Lebih masam, lebih pedas.

Kalau ikut resepi sambal hitam, ikan bilisnya ditumbuk kasar. Saya nak buat banyak sambal ni. Memang awal-awal tahu diri tidak akan segigih mana nak tumbuk ikan bilis. Makanya, kita guna blender kering. Selepas ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditus, blender sekali dengan cili api. Hasilnya akan jadi seperti di bawah.

Ikan bilis dan cili padi yang telah dikisar.


Kemudian, belimbing buluh direbus sehingga empuk dan bertukar warna. Sementara itu, bawang besar dipotong dadu. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang, masukkan ikan bilis + cili api yang dikisar dan belimbing buluh yang telah direbus. Saya tekan-tekan sedikit belimbing supaya hancur. Saya tak guna minyak banyak sangat. Just nice untuk semua bahan tu ditumis dan digoreng sehingga kering.


Dalam proses. Saya gunakan api yang perlahan je. Lama sikit atas dapur. Sekali-sekala kacau supaya sambal tak hangit.

Ini hasil akhir. Sambal dah bertukar warna gelap kehitaman. Tetapi, sambalnya tak kering sangat sebab saya guna banyak belimbing. Kat rumah ni yang masam-masam pedas yang terlajak laku. Saya asingkan portion yang nak dimakan, selebihnya simpan dalam freezer. Cekebon suka makan sambal ni dengan bubur :)

Oh, untuk resepi ni, semua saya agak-agak je. Rasa tak cukup masam, tambah lagi belimbing. Pedas kurang menyengat tambah lagi cili api. Kalau nak lebih rasa manis bawang, tambah lagi bawang. Ikut citarasa masing-masing ye. Cuma  kalau nak resepi sambal hitam yang nyumm nyummm, boleh klik pada pautan di bawah.



37 ulasan:

  1. Mcm sedap je makan dengan nasi panas panas .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan nasi panas sedap, dengan bubur sedap, dengan roti pun sedappppp!

      Padam
  2. sambal hitam pun tak pernah try kak Farrah. sian an Firah.. huk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kesianlah, banyak mende best lagi yang Firah dah try hihihi
      Lepas ni leh cuba ye :)

      Padam
  3. Simple betul resepi ni..hehehe.. senang pun senang.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang,..nak makan dan habiskan sambal ni lagilah senang!

      Padam
  4. InsyaAllah, kalau ada masa nanti boleh cuba resepi Kak Farrah ni :)

    BalasPadam
  5. cm sambal hitam phg je ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cara dan resepi ikut sambal hitam Pahang tu, Anies. Cuma dilebihkan penggunaan asam belimbing tuh :)

      Padam
  6. sedap.. nak2 makan dgn nasi panas mahu tak berpinggan2 makan.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasyat siap makan pinggan... He he he...

      Padam
    2. Kahkahkah memang dahsyattttt!

      Padam
  7. Ya Allah, sedapnyaa kak farah..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihih sambal ni memang membuat selera bertambah-tambah :)

      Padam
  8. Makan dengan nasi panas, sangat WIN :)

    BalasPadam
  9. Terliur tengok sambal hitam ni nak kena cari belimbing buluh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa cari cari,..ada rezeki boleh cuba buat sambal ni :)

      Padam
  10. sambal ikan bilis je pernah cuba.. sambal macam ni mak yana biasa suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal ni memang boleh jadi kesukaan ramai :)

      Padam
  11. Pernah rasa... Sedap giler... Tapi x leh mkn byk... Pedas perit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon pantang sikit ye klu tak tahan pedas. Nanti sakit peyot ramai yg risau :)

      Padam
  12. Biasanya sambal gini tahan lama... Bawak gi travel ni lah food paling WIN!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, memang sesuai bawak gi travel :)

      Padam
  13. Memang sedap sambal hitam ni. Pertama kali makan tahun lepas. Huhu.

    BalasPadam
  14. dulu masa FL kecik2.. saya selalu buat bende alah ni untuk die.. its good for baby actually this sort of food.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke. Makan dengan buburlah ye?

      Padam
  15. sedapnya dapat makan dengan nasik putih panas2 ni

    BalasPadam
  16. Balasan
    1. Memang selalu sambal ni laku laris kat rumah saya, MD :)

      Padam
  17. resepi yang mudah.. okey laa untuk yang suka makan pedas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak makan pedas,..boleh omit cili :)

      Padam
  18. dulu kawan ade jugak bt lebih kurang cmni
    cume xde belimbing...
    sedap

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...