Selasa, Julai 19, 2016

Sambal Ikan Bilis Asam Belimbing

Sambal ni buat dah lama sebenarnya. Masa bulan puasa hari tu. Kebetulan, pokok belimbing buluh kat belakang rumah berbuah. Lebat juga. Stok ikan bilis pun banyak, jadi buatlah sambal ikan bilis asam belimbing. Sambal ini lebih kurang seperti sambal hitam tradisi negeri Pahang cuma saya lebihkan penggunaan belimbing dan cili apinya. Lebih masam, lebih pedas.

Kalau ikut resepi sambal hitam, ikan bilisnya ditumbuk kasar. Saya nak buat banyak sambal ni. Memang awal-awal tahu diri tidak akan segigih mana nak tumbuk ikan bilis. Makanya, kita guna blender kering. Selepas ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditus, blender sekali dengan cili api. Hasilnya akan jadi seperti di bawah.

Ikan bilis dan cili padi yang telah dikisar.


Kemudian, belimbing buluh direbus sehingga empuk dan bertukar warna. Sementara itu, bawang besar dipotong dadu. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang, masukkan ikan bilis + cili api yang dikisar dan belimbing buluh yang telah direbus. Saya tekan-tekan sedikit belimbing supaya hancur. Saya tak guna minyak banyak sangat. Just nice untuk semua bahan tu ditumis dan digoreng sehingga kering.


Dalam proses. Saya gunakan api yang perlahan je. Lama sikit atas dapur. Sekali-sekala kacau supaya sambal tak hangit.


Ini hasil akhir. Sambal dah bertukar warna gelap kehitaman. Tetapi, sambalnya tidak kering sangat sebab saya guna banyak belimbing. Kat rumah ni yang masam-masam pedas yang terlajak laku. Saya asingkan portion yang hendak dimakan, selebihnya simpan dalam peti dingin beku. Cekebon suka nikmati sambal ini dengan bubur panas. 

Oh, untuk resepi ni, semua saya agak-agak je. Rasa tak cukup masam, tambah lagi belimbing. Pedas kurang menyengat tambah lagi cili api. Kalau nak lebih rasa manis bawang, tambah lagi bawang. Ikut cita rasa masing-masing ye. Cuma jika ingin cuba resepi sambal hitam mudah yang nyum nyum, boleh klik pada pautan di bawah.



35 ulasan:

  1. sambal hitam pun tak pernah try kak Farrah. sian an Firah.. huk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kesianlah, banyak mende best lagi yang Firah dah try hihihi
      Lepas ni leh cuba ye :)

      Padam
  2. Simple betul resepi ni..hehehe.. senang pun senang.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang,..nak makan dan habiskan sambal ni lagilah senang!

      Padam
  3. InsyaAllah, kalau ada masa nanti boleh cuba resepi Kak Farrah ni :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Memang cara dan resepi ikut sambal hitam Pahang tu, Anies. Cuma dilebihkan penggunaan asam belimbing tuh :)

      Padam
  5. sedap.. nak2 makan dgn nasi panas mahu tak berpinggan2 makan.. hihihi

    BalasPadam
  6. Ya Allah, sedapnyaa kak farah..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihih sambal ni memang membuat selera bertambah-tambah :)

      Padam
  7. Makan dengan nasi panas, sangat WIN :)

    BalasPadam
  8. Terliur tengok sambal hitam ni nak kena cari belimbing buluh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa cari cari,..ada rezeki boleh cuba buat sambal ni :)

      Padam
  9. sambal ikan bilis je pernah cuba.. sambal macam ni mak yana biasa suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal ni memang boleh jadi kesukaan ramai :)

      Padam
  10. Pernah rasa... Sedap giler... Tapi x leh mkn byk... Pedas perit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon pantang sikit ye klu tak tahan pedas. Nanti sakit peyot ramai yg risau :)

      Padam
  11. Biasanya sambal gini tahan lama... Bawak gi travel ni lah food paling WIN!

    BalasPadam
  12. Memang sedap sambal hitam ni. Pertama kali makan tahun lepas. Huhu.

    BalasPadam
  13. dulu masa FL kecik2.. saya selalu buat bende alah ni untuk die.. its good for baby actually this sort of food.

    BalasPadam
  14. sedapnya dapat makan dengan nasik putih panas2 ni

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. Memang selalu sambal ni laku laris kat rumah saya, MD :)

      Padam
  16. resepi yang mudah.. okey laa untuk yang suka makan pedas..

    BalasPadam
  17. dulu kawan ade jugak bt lebih kurang cmni
    cume xde belimbing...
    sedap

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.