Isnin, Ogos 29, 2016

Popcorn Hangit Siti Yang Menaip

Assalamu'alaikum, selamat memulakan minggu baru. Minggu ni saya boleh rehat lebih sikit sebab hanya akan ada kelas selepas cuti merdeka. :) Sebenarnya hari ini saya nak kongsi satu resepi popcorn yang mudah dan sihat. Bukan popcorn manis berkaramel berkeju berkacang macam Garrett tu tau! Bagi yang suka mengunyah (sampai dagu jatuh) macam saya ni, memang sesuailah buat popcorn ringkas yang kurang manis dan kurang kalori. Ala-ala guilt-free gitu!

Inilah seperiuk bertih jagung yang saya buat pada malam debaran mengharap pingat emas daripada Datuk LCW. Konon-konon Popcorn DCLW lah. Mana datangnya Popcorn Hangit Siti Yang Menaip?

Hahahaha sebenarnya malam tu, sewaktu saya hilir-mudik antara dapur dan bilik kraf (TV saya dalam bilik kraf), saya asyik bersembang dengan adik Siti (SYM) menerusi Whatsapp. A lot of catching up to be done, tahu-tahu apabila masuk dapur semula, saya terbau benda hangit! Periuk popcorn saya dah jadi naga mengeluarkan asap!

Alaaaa,...mesti popcorn bahagian bawah yang hangit. Jika buat popcorn pakai periuk biasa,..once bunyi pop pop pop tu dah reda, kita kena padam api. Memang akan ada beberapa corn kernels yang bersisa (tidak meletup jadi popcorn). Disebabkan ralit sangat bersembang dengan SYM sambil intai-intai tengok game dah mula ke belum, pergi kacuk air pula,...tak sedar pun bunyi pop pop dah tak ada. Clearly, multitasking is not my thing!

Mujurlah hanya sedikit popcorn di bahagian dasar periuk yang hangit. Beginilah rupanya! Yang cantik elok rupa namanya Popcorn DLCW, yang hangit saya namakan Popcorn Hangit SYM. Heeeee,...dinda Siti jangan marah, akak bergurau je. Ditekankan sekali lagi, akak bergurau. Kalau tak leh gurau, jangan mengaku kita kenal rapat eh heheheh


Ok, dah banyak congceng, jom tengok resepinya pula.

Resepi Popcorn Mudah (...dan sihat!)
  • 1/2 cup butir jagung/corn kernels
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun/marjerin
  • 1 -2 sudu besar gula (Saya biasanya hanya guna satu sudu teh.)
  • garam secukup rasa

Perasa Tambahan: (dah jadi kurang sihat!)
  • serbuk keju Parmesan
  • sos karamel 
  • sos coklat

Perlu ada:
  • 1 periuk besar bertutup

Jika ingin popcorn yang savoury, boleh guna serbuk lada hitam atau serbuk kari. Mulakan dengan kuantiti serbuk yang sedikit dahulu agar rasa rempahnya tidak keterlaluan.

Jika ingin something zesty/fruity/citrusy, boleh taburkan parutan kulit lemon/limau atau hirisan daun limau.


Cara-cara:
  1. Panaskan periuk dengan api sederhana. Masukkan minyak zaitun/marjerin. Jika boleh, biar minyak meliputi bahagian dasar periuk. Tapi jangan letak banyak minyak pula ye. Just nice agar dasar periuk tidak kering.
  2. Kemudian, masukkan jagung. Ratakan di bahagian dasar periuk.
  3. Tutup periuk. Biar minyak dalam periuk menjadi semakin panas dan mula pop pop kan popcorn.
  4. Tunggu sehingga bunyi pop pop reda. Padamkan api dapur. Pindahkan ke dalam sebuah mangkuk besar.
  5. Masukkan gula, garam dan perasa tambahan yang dikehendaki. Gaul sekata sehingga sebati ketika popcorn masih panas.
  6. Sedia untuk omnomnomnom!

70 ulasan:

  1. Hee. Baru semalam ayah siqah bercerita pasal cara buat popcorn sendiri, hari ni farrah dah share resepi 😁 Popcorn wajib masa tengok wayang tuk siqah lah. Hee..

    BalasPadam
  2. Hahahaha comel nama popcorn ! Tak rajin la nak buat sendiri :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tgh wasap ngan sis JM..mesti lagi sweet namanya keh keh keh

      Padam
  3. ekin pernah buat hahahhaha sendiri puas hati makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekin rajin masak...kerabu jantung pisang satu heeee

      Padam
    2. sis Jm ekin rajin masak suami nak makan hihihihi..

      Padam
  4. ish3xx.. tce ni kacau je, tgk habis hangit..kihkihkih

    p/s: ayat cari pasal.kahkah

    BalasPadam
  5. bab pop pop tu yg takut nak buat nih.. aishh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ecececeh..main mercun takut tak ;p

      Padam
    2. ehhhh.. tak main mercun ler sis JM.. Jap mercun poppop tu je blhlah main....kihkihkihhh

      Padam
  6. macam susah je kak Farrah..

    last2x beli kat pasar malam jelah..hihihihihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. SUSAH? mmg lah susah kalau time nk buat tu multitasking..campak je dlm kuali tutup tggu dua MELETOP...angkat boleh mkn..ce masak KARI lagi susah tau ;p

      Padam
    2. ish3x... kad raya Sis JM baru sampai.. kihkihkih.. nanti pi putrajaya nk blanja kan?? kihkihkih.. belanja homemade popcorn lerrr... hihihihihihiih

      Padam
    3. tetiba pula masuk kad raya..kihkihkihhh

      Padam
  7. Reen tak pandai buat popcorn. Sebab xranggup macam kat pawagam.. Huwaaaa :'(

    Masak kat dapur pun tak ranggup.. Kat oven pula jadi hangus. Hahahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. maman reen kena BELI...x pun minta dak Farrah buatkan ;p

      Padam
  8. wow pop corn hangit SYM.. nantileh try ni.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. mummy..nanti wasap JM leh dapat popcorn sweet Jari Manis keh keh keh

      Padam
  9. Hero kecik cakap kita pun reti buat pop corn.. hahahha ..

    BalasPadam
  10. mlm ni jadi popcorn kjp kat blog akak.. dtg mengebom.. kihkihkih..

    BalasPadam
  11. Ahahah. Rancak sangat tu berborak dengan Siti. Sedapnya popcorn !

    BalasPadam
  12. keh keh keh ingatkan CT yg buat popcorn tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah mula mula yang pon ingat cenggitu , itu pentingnya baca sampai habis

      Padam
    2. kalo CT yang buat pakat x makan popcorn la hampa hehehe..

      Padam
  13. tu aa moral of the story masak popcorn gjn main wasep :p

    BalasPadam
  14. patutlah putih cantik je popcorn tu rupanya penangan DLCW ahakasss

    BalasPadam
  15. popcorn hangit tu kasi si CT tu mkn keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hangit pun sedap kan.. special sket. lepas orang makan sure takleh lupa kat CT huahaua.. da jampi siap..

      Padam
  16. betul tu Farrah..kalau tak leh gurau still x kenal rapat...so kita leh gurau tak heeee

    BalasPadam
  17. gurau senda baru bawa bahagia tul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinyaaaa,...tapi kalau gurau senda bawa sentap, tak maulah. Yang tu, kita layan formal2 je :)

      Padam
    2. tulah... Tak mau sentap2x.. kihkih

      Padam
  18. tgk wayang wajib ada.. pas2 raba-raba popcorn tu nk yg dpt ada perasa.. xmau yg kosong..xrasa pa

    BalasPadam
  19. Pop corn selalu beli dulu tapi yana suka yang warna warna

    BalasPadam
  20. yang putih putih yang tinggai tepi semua hahahha

    BalasPadam
  21. Oh sebab tu nama diberi rupanya :)

    BalasPadam
  22. Ros tak pernah buat. Nak makan beli je. Tapi jarang sangat. Sebab bujan feveret. Hihi

    BalasPadam
  23. hehehe tak pasal2 SYM dapat nama plak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut rasa tesedak semacam.. bleh claim popcorn dari Kak Farrah la klo gini..

      Padam
    2. hahaha claim ja SYM.. sebab guna nama SYM untuk popcorn tu..

      Padam
  24. bhahahaha adeh !! punca popcorn hangit.. dok Whatsapp sambil ngulas game badminton gitula jadinya.. hahaha..

    BalasPadam
  25. yang hangit2 pun ada gak keistimewaan kan hehe.. sedap gak kelat2 tu..

    BalasPadam
  26. hahahahah xpasal2 siti yang dpt name ye...
    tp berani dia xleh gurau nga kak farrah
    tp kan kak farrah cmne lak bt y gourmet tu ea

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.