728 x 90

Selasa, 9 Ogos 2016

Resepi Kailan Goreng Rangup

Pernah cuba tak kailan goreng rangup? Ini antara hidangan kegemaran saya. Suka sebab crunchy. Bulan lepas dinner dekat Homst ordered lauk ni. Tetapi tak puas makan walaupun satu pinggan hidangan tu saya seorang je yang attack! So, bila Bott beli kailan, saya terus masukkan Kailan Goreng Rangup dalam menu ;)



Resepi Kailan Goreng Rangup

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Sayur kailan - asingkan daun dan batang. Daun dihiris-hiris halus manakala batangnya dihiris serong. Jangan tebal sangat!
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 - 3 sudu besar sos tiram. (Bergantung pada portion sayur dan nak kuah banyak mana.)
  • sedikit air
  • Minyak masak - untuk deep fry hirisan daun kailan dan untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau. 
  3. Masukkan hirisan batang kailan dan masak seketika sehingga lembut.
  4. Sesudah itu masukkan ke dalam pinggan.
  5. Panaskan minyak untuk goreng daun kailan pula. Minyak kena banyak sedikit sebab kita nak deep fry.
  6. Kemudian, masukkan hirisan daun kailan. Goreng seketika sehingga daun bertukar warna dan angkat.
  7. Letakkan di atas kuahdan hirisan batang kailan tadi. Siapppp!

Oh, kebetulan, saya memang ada stok ikan bilis cenonet yang dah digoreng. Jadi, saya tabur sekali :)
Tabur bawang goreng pun dap dap dap! Sedia untuk dimamam!

26 ulasan:

  1. boleh ye, buat sayur goreng jd rangup tanpa pakai tepung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tapi minyak kena betul2 panas dan kita goreng tu sekejap je :)

      Padam
  2. Sedapnya. Nanti nak try buat jugaklah !

    BalasPadam
  3. nampak sedap dengan kailan yang sedikit rangup tu

    BalasPadam
  4. Uiss menarik.. Tak pernah tahu pown dan tak pernah cuba.. Leh cuba pas ni.. mesti ohsem.. hehe

    BalasPadam
  5. oo..kena deep fry..selalu order kailan ikan masin je..

    BalasPadam
  6. Sehingga naik bau... Tahu tahu dah hangus... Sebab x ada deria bau... He he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha... hangus pun hangus la SS janji boleh ngap!

      Padam
    2. Selagi x bau... Bior jek! He he he

      Padam
  7. uish rare nyeee.. dop pernah dengar lagi makan cenggini. pegi homst pun bru sekali da tingin dimsum sngt..

    BalasPadam
  8. kena makan dgn nasi la kan ? ke makan saja2 while tngk tv..?

    BalasPadam
  9. kailan sedap gak.. tamo sawi je hahahak..

    BalasPadam
  10. Wah, x pernah makan pulak kailan ranggup ni..biasa kailan ikan masin je..heeee

    BalasPadam
  11. nak masak pun mudah resepi ni... parking tepi dulu resepi :D

    BalasPadam
  12. Tak pernah cuba lagi. Bolehlah buat bila ada sayur kailan ni. Dulu saya pernah goreng kailan lepas tu gaulkan dengan ikan masin. Sedap.. =D

    BalasPadam
  13. ooooo gitu kejadian nyer.
    aida jarang benar beli kailan...
    anak2 kurang makan, farrah.
    pada aida sedap jer.
    kalu gi kedai tomyam, wajib order.
    sebab kat umah tak masak :)
    anyway, a great resipi ni.
    tq for sharing yer.

    BalasPadam
  14. kena beli kailan nampaknya...

    BalasPadam
  15. kiranya kan...agak berminyak tak nanti

    BalasPadam
  16. biasa mkn kailan ikan masin jek

    BalasPadam
  17. ishh teringin plak nk buat...rangup tu yg sedap

    BalasPadam
  18. igtkan bayam je orang goremg
    kailan pon boleh goreng rangup ye

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...