Ahad, Ogos 07, 2016

Resepi Ubi Goreng Berempah

Ubi goreng,..ubi rebus,..ubi bakar...ubi lenyek, semuanya kegemaran saya. Kali ini dapur di tower buat ubi goreng berempah pula. Sedapppppp! Bahagian luarnya garing-garing, tetapi bahagian dalam tetap lembut dan sangat enjoyable untuk dinikmati.



Resepi Mudah Ubi Goreng Berempah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ubi kayu (dikupas kulit, dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses merebus).
  • sedikit serbuk jintan manis
  • sedikit serbuk jintan putih
  • sedikit serbuk ketumbar
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Rebus ubi terlebih dahulu sehingga empuk. Proses inilah yang menjadikan bahagian ubi tetap lembut dan yummy meskipun setelah digoreng. Tak adalah kita struggle nak makan ubi goreng yang  'keras ketuk' :)
  2. Setelah ubi empuk. Angkat dan sejukkan. Kemudian, bolehlah dipotong kepada bahagian yang lebih kecil. 
  3. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa. Sukatan serbuk-serbuk ni agak-agaklah mengikut portion ubi kita tetapi selalu saya guna nisbah 1:1:1. Kalau jintan manis satu sudu teh, jintan putih dan ketumbar pun sama satu sudu teh. 
  4. Kemudian, gaul sehingga ubi disaluti rempah-rempah tadi dengan sekata.
  5. Goreng ubi sehingga bertukar keperangan.
  6. Hidangkan begitu sahaja atau bersama sambal ikan bilis dan sambal cili kicap.

Selamat Mencuba! 



50 ulasan:

  1. ubi oh ubi.. makan ubi panas-panas ngan air kopi ... fuuuhh! sedap

    BalasPadam
  2. lama dah tak makan ubi.. perut sensitif

    BalasPadam
  3. Fav wana ni walau apapun pun resepinya..tp pling suka yg d goreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak suka semua, goreng, rebus, buat tapai buat kerepek ;)

      Padam
  4. Balasan
    1. Buat breakfast boleh, minum petang pun boleh :)

      Padam
    2. ha ah boleh buat nanti... stock ubi kentang pun banyak hihihihi

      Padam
    3. Eh,..yg ni ubi kayu tau... ;)

      Padam
    4. taw yang kak farah ni ubi kayu... ekin nak ubah guna ubi kentang hihihihi :P

      Padam
  5. Sedapnya... suka2..makan panas2..

    BalasPadam
  6. biasa Cik Mimie goreng dengan garam n serbuk kunyit je..heee

    BalasPadam
  7. cicah ngan sambal goreng atau sambal kicap..sedap!

    BalasPadam
  8. 1st time sy mkn ni ms kt kelantan. diorg panggil tapai. sy igt kentang goreng. terus uwekkkk sbb pahit hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhh pahit? Kalau tapai yang diperam pakai ragi kan?

      Padam
    2. diorg kat sana panggil tapai (kalau kt tmpt kita ni yg rendam dgn ragi tu laa yg dipggl tapai kan)

      Padam
  9. Balasan
    1. Nak dok pindah sebelah umah mak SS la. Pindah time makan je... ;)

      Padam
  10. couple kan dgn kopi panas.
    ari tu mak ada umah, goreng sukun.
    adoihai la farrah, mak buat plak kopi panas.
    fullamak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu sukun goreng lagi dap dap dap tapi kat tempat saya ni susah sikit nak cari sukun.

      Padam
    2. Tumpang terliur bayangkan Aida makan sukun goreng lawan ngan kopi panas,..hihihi

      Padam
    3. masa tu mak abah ada umah.
      mr.asben ke famili store beli brg dapur.
      ternampak sukun yg da siap potong tau.
      pe lagi, terus dia beli. mak terus goreng :)
      tu pun nasib baik ada, farrah. memang susah dpt gaks.

      Padam
  11. suka juga termasuk ubi keledek goreng.. mengidam pula hehe

    BalasPadam
  12. ok kita bleh jadi geng.. 'Geng Gila Ubi' kasila mcm
    mana rupa and bentuk kita mesti akan suka..

    BalasPadam
  13. Ubi kayu!!!! mmg feveret..leh buat mcm2 ngan ubi kayu ni..

    BalasPadam
  14. pelik tu nama ubi kayu tapi x keras cam kayu ;p

    BalasPadam
  15. skrg ni dah tak boleh mkn..nanti berangin jek badan..asyik nk lepas BOMMM

    BalasPadam
  16. sedapnye kak farrah
    ubi goreng garing
    xpon rebus cicah sambal pon sodap

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.