728 x 90

Rabu, 10 Ogos 2016

Si Mata Tajam | Si Pintar Bahasa

Assalamu'alaikum, 

Ada dua pengumuman nak buat. Pertama, pemenang Wordmaze Tetamu Hebat Jun. Seperti yang dijanjikan, ada tiga pemenang. Pemenang-pemenangnya ialah:

Scdha Sein
Sis Jari Manis
Cik Mimie

Tahniah! Cik Mimie nanti update alamat dekat akak ye.

Si Pintar Bahasa

Untuk bulan Julai pula, tetamu-tetamu hebat saya jadi watak dalam soalan kesalahan bahasa. Boleh intai entrinya di sini.

JAWAPAN KESALAHAN BAHASA TETAMU HEBAT JULAI

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. “Jika kalian berminat, saya boleh tolong belikan beg ini apabila berkunjung ke kedai itu nanti,” kata Yana TKK kepada rakannya.
Jawapan: kamu/awak (Kesalahan Kata Ganti Nama Diri)

2. Mata Siti Yang Menaip terkedip-kedip beberapa kali kerana dimasuki habuk.
Jawapan:  terkedip-kedip/ terkedip beberapa kali (Kesalahan Kata Ganda - terkedip-kedip bermaksud terkedip beberapa kali/berulang kali)

3. Semua pakaian itu telah Scdha Sein gosok sebelum dia tidur malam tadi.
Jawapan: digosok oleh Scdha Sein (Kesalahan Ayat Pasif Diri Ketiga)

4. Cik Ash menyapu dedaun-dedaun kering di halaman rumah dengan menggunakan penyapu lidi.
Jawapan: dedaun (Kesalahan Kata Ganda - 'dedaun' bermaksud daun-daun. Maka tidak perlu lagi digandakan.)

5. Reruai  Syarikat Jari Manis telah dipilih sebagai reruai paling tercantik di festival itu.
Jawapan: paling cantik/tercantik (Kesalahan Kata Penguat)

6. Ikhwan Yusuff tidak membeli apa-apa di kedai cenderamata itu kerana barang-barang di situ mahal-mahal belaka.
Jawapan: barang...mahal-mahal belaka / barang-barang...mahal belaka (Kesalahan Kata Ganda - apabila kata nama telah digandakan dalam satu ayat, kata adjektif tidak perlu digandakan. Begitu juga sebaliknya.)

7. Mini telekung pemberian Cik Mimie itu bukan sahaja cantik, malah selesa dipakai.
Jawapan: Telekung mini (Kesalahan Hukum DM - Diterangkan Menerangkan)

8. Siti Nurzafirah baru sahaja pulang daripada Osaka, Jepun.
Jawapan: dari (Kesalahan Kata Sendi)

9. “Beta ingin bertolak segera,” titah Sultan Kim Chaa kepada Bendahara Tun Perak.
Jawapan: berangkat (Penggunaan Bahasa Istana)

10.  Adianiez Aida menghantar keretanya untuk diservis di Good Care Pusat Servis.
Jawapan: Pusat Servis Good Care (Kesalahan Hukum DM - Diterangkan Menerangkan) 

11. Oleh kerana terkejut dengan jeritan Huda nhhas, gelas yang dipegang oleh ibu terjatuh ke lantai.
Jawapan: Oleh sebab (Kesalahan Kata Sendi - selepas penggunaan 'oleh' tidak boleh disusuli dengan kata hubung 'kerana')

12. Kuih yang sungguh terenak sekali itu dibuat oleh SalbiahM
Jawapan: enak (Kesalahan Kata Penguat)


...dan pemenangnya ialah,..

IKHWAN YUSUFF

Congrats, Ikhwan! Ikhwan berjaya menjawab 10 daripada 12 soalan dengan tepat. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi mencuba Wordmaze Tetamu Hebat Jun dan Kesalahan Bahasa Tetamu Hebat Julai. Kalian memang awesome!

Psstt! Kepada semua pemenang, mohon maaf awal-awal ye kerana urusan penghantaran hadiah bakal disempurnakan lewat sedikit. Ada komitmen lain yang menanti, jadi nanti saya settlekan sekali harung semua.

Have fun! Enjoy your day!

78 ulasan:

  1. Nama SS ke tu? Gosok gosok mata... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. gosok mata ke??? kihkikih...

      Padam
    2. ingatkan tgh gosok baju.. hihihihi

      Padam
    3. Nak Cik Mimie tolong gosokkan ke mata tu..

      Padam
    4. Gosok mata pakai baju... He He He..

      Padam
    5. gosok jangan tak gosok,.gosok....

      Padam
  2. wahh tahniah kepada pemenang! 👏👏👏👍👍👍 best jugak segment ni, banyak boleh belajar ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekali-sekala buat ulang kaji back to school :)

      Padam
  3. kesalahan paling besar adalah kata Salbiah buat kuih..makan kuih dia tau la..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaahhaa.. kalau ni bkn kesalahan bahasa tu kak Sal.. kihkih

      Padam
    2. Patut tolak markah... Ha ha ha

      Padam
    3. betul cakap Ikhwan, itu tak ada kena mengena dengan kesalahan bahasa ;)

      Padam
  4. salam tahniah semua, duk cari masa plus malas ai pun tak cube

    BalasPadam
  5. cmane la boleh terlepas ni..ish, rugi betul.suka kuiz macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe dun worry.. nanti Kak Farrah mesti buat lagi..

      Padam
    2. Bulan lapan ni bulan sibuk Sal. Hujung tahun nanti kita main kuiz2 lagi ye :)

      Padam
  6. maafkak lama tak singgah tapi masih bersua di ig kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Kesibukan membataskan kita hihihi

      Padam
  7. Balasan
    1. Terima kasih pada anies sebab sudi mencuba :)

      Padam
  8. hahaha... adeh ! tak dapat tangkap yang beberapa tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu Cik IR jawap... Kompom semua org kalah... Sebab... Cik IR je tahu Cik IR ada IR... kah kah kah...

      Padam
    2. Berapa banyak IR dalam komen SS? Siapa nak teka?

      Padam
  9. rezeki lagi ni... hihihihhihi...

    BalasPadam
  10. IY memang studenf yang cemerlang ni hehe..

    BalasPadam
  11. tahniah uols ... hebat.

    hi hi hi ... betul lah tu kak farah - kita tak baca arahan dengan teliti ...

    ha ha ha ...

    BalasPadam
  12. tahniah kepada semua pemenang..

    BalasPadam
  13. Eh.. Eh.. terpilih jugak..hehehe.. KAk Farrah nak update alamat kat mana? emel boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. X yah nak eh eh sangat... Ha ha ha

      Padam
    2. Hihihi tak yah nak eh eh sangat ye...boleh hantar alamat kat emel akak tak pun drop je kat komen ni. Akak tak publish. :)

      Padam
    3. Eh..eh..eh.. hahahaha..

      Padam
  14. Tahniah kpd semua pemenang.. x sempat nak jawab soalan exam..hehehe.. bz sikit.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi nway thanks sebab participate utk wordmaze, Cik Mimie. Moga urusan berjalan lancar:)

      Padam
    2. Amin..mudah-mudahan Kak Farrah.. terima kasih :)

      Padam
  15. huhuhu... dp kalah.. huhu.. sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Boleh cuba lain kali!

      Padam
  16. tahniah gak untuk JM & kawan2 yang lain

    BalasPadam
  17. Siap ada kelas bahasa. lama dah tinggal. boleh refresh skit. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi selamat menelaah, Scha :)

      Padam
  18. Tahniah SS,cik mimie,sis JM dan ikhwan korang semua memey terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. cam tak percaya jek boleh menang tau Ekin

      Padam
    2. SS tengah Gosok Mata lagi tu.. kihkih

      Padam
  19. Tahniah untuk pemenang!

    Akak ketinggalan nak join. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-allah ada kesempatan lain Cik Azz join ye :)

      Padam
  20. Tahniah buat semua pemenang ... =)

    BalasPadam
  21. Farrah , awak tersgt lah kreatif . Selalu buat contest yang kreatif ... Hihihi ... Cuma kadang tak sempat nadia nak join =,(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala,..saja2 je Nadia. In a way dapat interact dengan kawan2 blogger. Tak pe. Nanti ada rezeki nadia join jom cuba nasib yang lain ye :)

      Padam
  22. Tahniah kepada yang menang. Memang bagus buat latihan macam ni. Tapi saya tak sempat nak mengadap sangat. Hahaha.. alasan.. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tak jadi hal. Nanti kita main teka2 yg lain pula ye :)

      Padam
  23. mau nangis la. tak menang tatabahasa ni :(
    camne nak ajo anak2 kat umah ni hu hu hu...

    anyway, tahniah ikhwan. u r d greatest lah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihih.. tq.. taklah greatest sangat.. hihihi

      Padam
  24. baru baca entri ni..rupanya sis JM antara pemenang di mata tajam ke..cam tak percaya jek

    BalasPadam
  25. alaa ruginya x sempat join contest tu..klau tak mesti Ikhwan kalah ngan sis JM

    BalasPadam
  26. Tahniah Ikhwan..sesua sgt menag sbb masih belajar kat Uni heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi dah berkarat sikit ni Sis JM.. tu kena asah..hihihih..

      Padam
  27. rajin nya SS gosok baju ahakss

    BalasPadam
  28. bukan ke SS g keje tak perlu gosok baju..gosok gigi jek heheh

    BalasPadam
  29. terenak? ingatkan ternak kih kih kih,..mmg slah laaa

    BalasPadam
  30. rungi nya x join kalau x, mesti sis JM leh menang keh keh keh

    BalasPadam
  31. cik mimie da aktif balik ke?..
    heheheh comell la kak farrah bt kuiz cmni
    rasa mcm masuk zaman sekolah balik je

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...