Jumaat, Ogos 26, 2016

...untuk Si Dia yang tengah demam Pokemon Go

Malam tadi, lepas habis kelas, saya dihubungi oleh seorang teman yang nak tempah kad istimewa. Katanya dia mahu kad simple bertemakan Pikachu. Nak diberikan kepada someone yang tengah gila dengan Pokemon Go. Saya pun iyakan sahaja sebab sebelum ini saya pernah tengok di Pinterest kad ucapan Pikachu. So, dah ada general idea. Tak adalah pening kepala nak memikir ;)

Pagi ni masuk bilik kraf, sediakan apa yang patut. Saya guna Diamond Press Tool saya dengan dies bulat-bulat yang baru beli. (Baca mengenainya di sini).

Bahan-bahan yang diperlukan.

Mujurlah stok kad kuning tona warna Pikachu ada dalam stok. Ngam-ngam tinggal sekeping. Selebihnya, tidak ada masalah. Kertas hitam, putih dan merah. Gegelang bulat tu dies yang saya maksudkan. Untuk potong bahagian mata dan pipi Pikachu.


Hasilnya,..
Si Pika!

This is an explosion card. Jangan salah sangka. Kad ini tak meletup ye. Apa yang dimaksudkan sebagai explosion card, bukaan bahagian dalamnya seperti di bawah ini. Special sikitla berbanding kad ucapan biasa :)


Tapi, untuk kad Pikachu ni saya belum buat bahagian dalamnya lagi. Nanti akan siapkan sekali dengan sampul surat. Supaya lebih bersesuaian dengan tema, sampul surat saya akan buat style Pokemon Ball. Oh, bagi sesiapa yang nak cuba buat explosion card, boleh intai tutorialnya di sini, di sini dan di sini.

22 ulasan:

  1. pokemon tu cute..anak doraemon ke eh?

    BalasPadam
  2. sesuai untuk orang yang tengah demam pokemon sekarang..

    BalasPadam
  3. Comel ja pika tu.. Nasib baik tak main game ni

    BalasPadam
  4. meletup tu kira = kejutan
    lepas dapat kad macam itu akan terkejut macam nak meletup jantung (*gembira sangat bila dapat) siapa yg tak gembira kan? hehehe
    kreatif betul

    BalasPadam
  5. nina pun tgh demam pokemon go sekarang... hahahaha

    BalasPadam
  6. Comelnya kad Pikachu tu kalau anak saya nampak mesti die nak jugak.

    BalasPadam
  7. Comelnya farrah buat! Rupanya farrah ada ambil tempahan DIY kad ek? Hee.

    BalasPadam
  8. dengar2 pokemon dah nak kena banned kat asia... ehhhhhh..

    BalasPadam
  9. abang ekin main pokeman go hihihihi... comelnya kak farah buat tak sabar nak tengok dah siap nanti

    BalasPadam
  10. ehh da buat ke?..
    mcm xjumpe je
    ke ayu terlpeas pandang ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.