Khamis, September 15, 2016

Jeruk Rambutan Asam Boi



Assalamu'alaikum,
I am away from the tower for a few weeks (or maybe month/s). Ada major commitments yang perlu diselesaikan. So, will not be able to blog for quite some time. Entri-entri sepanjang tempoh ini adalah scheduled and auto published.

Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------

[Scheduled Post]
Baru-baru ni, dapat banyak buah rambutan. Sampai tak termakan. Dek kerana selalu jamu mata tengok sana-sini orang pos tentang jeruk rambutan asam boi ini, tiba-tiba pula tekak rasa teringin nak buat. Ada banyak version resepi jeruk rambutan. Ada yang kena masak, tambah gula tambah garam tetapi saya buat yang paling mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Rambutan (dikopek kulit)
  • Hirisan cili api
  • Asam boi biji (boleh guna sama ada asam boi yang putih atau merah)
  • Perahan jus limau nipis/limau kasturi secukupnya


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Masukkan rambutan yang telah dikopek kulitnya ke dalam sebuah mangkuk atau balang kecil. 
  2. Setelah itu, masukkan beberapa biji asam boi, hirisan cili api dan sedikit perahan jus limau.
  3. Kacau sehingga semuanya sekata. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Makan apabila teringin atau sambil buat kerja ;)

Psstt! Jika tiada asam boi biji, boleh juga gunakan serbuk asam boi.

45 ulasan:

  1. Sedapnyaa lahai. Nani ni nak buat tapi rambutan dekat sini menghijau lagi. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaaa,...book siap2 rambutan atas pokok tu utk buat jeruk! ;)

      Padam
  2. Wah..ni versi paling unik tau kak farrah..versi guna buah rambutan ni sangat rare dan menarik..kalau ada buah rambutan nak try buat juga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada rambutan, boleh guna buah lain juga, Wana. Akak kadang-kadang buat guna hirisan epal hijau dan merah. Sedap gak!

      Padam
  3. Asalam FF macam tu rambutan asam boi ya..sedap nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Cikgu. Memang sedap! Rasanya masam-masam manis dan pedas sedikit.

      Padam
  4. Semoga kembali dengan selamat ya. Amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Mudah-mudahan begitulah. Terima kasih, cikgu. :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Belum lagi, dik Firah. Ni masih bersepah di sana sini,..tapi sempatlah intai blog kejap :)

      Padam
  6. teringin nak buat, tapi tak berkesempatan lagi.. tahun ni tak balik kg pulak kalau tak boleh ke dusun.. aduh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de rezeki ke dusun ye tahun ni...oh bestnya ada dusun!

      Padam
  7. Balasan
    1. Masam-masam manis pedasss.... makan memang tak ingat! :)

      Padam
  8. Akak baru je kopek rambutan semalam. Dapat satu besen. Rasa macam nak buat jugak jeruk macam Farah buat ni tapi tu la, tang cili padi tu yang tak tahan tu. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak mau pedas, abaikan cili padi tu, kak. Asalkan ada asam boi dan jus limau. Best juga. Budak-budak pun boleh makan.

      Padam
  9. perghh..jeruk rambutan..masa kecik2 dulu ada species rambutan masam, dah lama tak jumpa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,..betul. Saya pun pernah rasa. Tapi sekarang memang susah nak jumpa.

      Padam
  10. Balasan
    1. Aishhhhh! Belum jadi orang bandung la....rindu ye? Nak apa? Brownies kartika sari? Ke nak kek lapis?

      Padam
  11. saya tak suka makan jeruk rambutan. suka makan buah rambutan jer

    BalasPadam
  12. wah rambutan asam boi...

    rambutan baru ni pun dapat banyak kupas bubuh dalam peti ais...makan sejuk-sejuk yeahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh kalau dah siap kupas, masuk peti ais,..memang laku laris :)

      Padam
  13. Huh! Biasa nampak orang buat mangga... Ni rambutan lak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi buah rambutan tu dah manis, gatal nak dimasamkan 😊

      Padam
  14. Balasan
    1. Ishhhh meh sini saya tolong lap mulut tu,...meleleh-leleh air liurnya haaa :)

      Padam
  15. Sejukkan di dalam peti sejuk? Adehhh... Ngilu gigi....

    BalasPadam
  16. Fuh, kecur air liur. Kesan sampingan yg sudah dijangka. Ahaks! Cik Farah, tak boleh makan banyak-banyak tau. Batuk nanti.. >,<

    BalasPadam
  17. Wahh biasa saya tengok orang buat guna mangga je. Rambutan pun nampak menarik jugak!

    BalasPadam
  18. biasa beli rambutan 3 kilo RM10..x sempat nk buat jeruk..2 hari je habis huhu

    BalasPadam
  19. kalau gantikan dengan pulasa pun sedap ni..masam2 manis

    BalasPadam
  20. hehhe rambutan pon bt jeruk
    tapi ayu igt dulu nenek suke simpan rambutan yang da kupas dgn buang biji
    simpan dlm peti
    makan sejuk2 mmg nyaman kak farrah
    heavean je rasa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.