NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Isnin, 17 Oktober 2016

Mulakan Hari dengan Teh Halia dan Lemon

Sejauh manapun addiction saya pada kopi, sekali-sekala saya kena struggle jugak untuk kata tidak pada minuman kegemaran saya ni. Banyak sangat coffee consumption tak elok untuk badan. Almaklumlah, kandungan kopi tu sendiri berasid.

Jadi, pada hari-hari yang saya tidak (more to terpaksa) minum kopi, saya akan mulakan hari dengan secawan teh lemon dan halia. Teh lemon dan halia ni elok tau untuk badan.


Antara manfaat dan kebaikan teh halia dan lemon ialah:

  1. Untuk detox - kita ada lemon dan halia yang boleh bantu singkir toksin dari dalam badan.
  2. Jus lemon bersifat alkali. Jadi, apabila kita minum air teh halia dan lemon di permulaan hari, kita siapkan tubuh kita supaya turut bersifat alkali.
  3. Kandungan halia dan lemon dalam teh elok untuk pencernaan. Halia juga dapat bantu keluarkan angin dari dalam badan.
  4. Untuk dapatkan kulit yang lebih sihat dan glowing sebab kita dapat kandungan Vitamin C dan B.
  5. Jika diamalkan selalu, elok untuk turunkan berat badan.

Cara Menyediakan Teh Halia dan Lemon:
  1. Rendam teh dan hirisan halia di dalam cawan. Biarkan buat seketika.
  2. Setelah teh kembang, masukkan sedikit madu (sebagai pemanis) dan perahkan sedikit hirisan lemon.
  3. Kacau sebati. Sedia untuk dinikmati.


Selamat Memulakan Minggu Baru!


20 ulasan:

  1. Salam singgah sini FM... hubby suka sangat minum teh halia ni...

    BalasPadam
  2. tak pernah cuba lagi teh halia. sekarang amalkan green tea untuk detox.

    BalasPadam
  3. Nani takleh minum ai teh halia ni. Haha ! Mengada ngada betul tekak ni

    BalasPadam
  4. part halia tu yang susah sikit.. part lemon tu mabeles...

    BalasPadam
  5. elok tuk buang angin dlm badan sbb halia kan..

    BalasPadam
  6. akak memang gigih minum teh halia , kalau yana entah laaa

    BalasPadam
  7. perut sy mmg x boleh terima ni. lps 15 minit toilet pggl ;-)

    BalasPadam
  8. sedap nih.. habis angin dalam badan dibuangnya.. hehehe..

    BalasPadam
  9. teringin nak minum teh halia. tapi erm ermm halia tu x kuat ke bau dia?

    BalasPadam
  10. tea is my feveret.. Tambah kalau teh susu.. heehee

    BalasPadam
  11. Tah yg berkhasiat ni ada masu, halia n lemon semuanya baik utk badan

    BalasPadam
  12. Betul lah sis JM pun addict tau kopi tp perlu kurangkan demi kesihatan yg baik

    BalasPadam
  13. Teh halia n lemon sedap di minum bersama apa eh kombinasi yg best..biskut kering ke or lepas mkn nasi

    BalasPadam
  14. Lemon ni sebaiknya jangan hiris... lebih baik perah...

    BalasPadam
  15. kena cari buah lemon ni... boleh cuba buat ni

    BalasPadam
  16. on diet so minum green tea tanpa gula.. agak2 leh letak halia gak ke:?
    ape rasa tah nnt

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...