Selasa, Oktober 04, 2016

Resepi Pisang Goreng Cheese Oreo

Hidangan ini saya buat tak rancang pun. Kebetulan petang tu memang nak buat pisang goreng. Kemas-kemas dapur, kemas sekali stok bahan-bahan baking. Ada cheese, Oreo crumbles, chocolate sauce...terus tergerak hati nak buat pisang goreng cheese istimewa. Lama dah tak makan.

Pisang Goreng Cheese Oreo


Cara-caranya mudah sahaja. Mula-mula kenalah ada pisangnya kan? Tak kisahlah nak guna pisang abu ke, awak ke,...Goreng pisang guna bater yang biasa kalian buat. Buat bater kacuk sendiri atau beli je mana-mana tepung pisang goreng rangup yang ada di pasaran. Setelah pisang digoreng, susun dalam bekas/pinggan. Jika hendak dihidangkan kemudian atau nak goreng dalam jumlah/portion yang banyak, letakkan pisang yang telah digoreng di dalam bekas yang dapat kekalkan kepanasannya :)

Dalam keadaan pisang yang masih panas, taburkan dengan parutan keju semewahnya. Pisang goreng perlu dalam keadaan panas supaya keju dapat cair meleleh-leleh :) Kemudian, paipkan sos coklat diikuti dengan taburan Oreo crumbles. Final touch - sedikit lagi sos coklat di bahagian atas,...sedia untuk dihidang!

Bagi saya hidangan ini dah cukup manis dan rich. Jangan tanya kalorinya berapa hehehe. Ada sesetengah resepi pisang goreng cheese yang pernah saya beli sebelum ini, mereka letak campuran susu pekat dan keju. Yang guna molasses pun ada. Jadi, terpulanglah pada citarasa masing-masing ye.

Nak pelbagaikan rasa pisang goreng cheese kalian?
Boleh letak kekacang yang disangai, taburan nestum, oat, cip coklat  atau madu. Satisfy your cravings with this scrumptious treat. Selamat mencuba. Tapi jangan selalu sangat makan ye :)

22 ulasan:

  1. Memang ohsem kalau dapat makan.. Pergh!!

    BalasPadam
  2. Pisang goreng ni salut ke atau tabur je dengan apa-apa pon masih sedap, FMF. Dasyat jugak la taburan oreo tu, sampai tak nampak PG kat bawah tu..

    BalasPadam
  3. Lama dah tak makan sebab dah takde jual dekat dekat rumah heheheh

    BalasPadam
  4. pisang goreng kalau letak cheese tak boleh letak banyak.nanti jadi muak,huhu..tapi bergantung la selera masing2 juga.. tak pernah tabur oreo lagi dgn yang lain2 cadangan. bila dah lapar,nak makan petang pisang goreng mmg pilihan terbaik betul.. berapa ketul masuk dalam perut padahal nak diet..hihi

    BalasPadam
  5. perghh..ada pisang, cheese, oreo lagi..hulala...mmg bestt..

    BalasPadam
  6. mcm resepi boleh buat dengan pisang ni...

    BalasPadam
  7. best tu kak Farrah,... cheeses + oreo kot.. hihihihih

    BalasPadam
  8. haiyaaa, masuk blog kak Wana ada makanan, blog kak Farrah pun ada makanan. hahahahaaha. ni macam kena buat supper je gamaknya.

    BalasPadam
  9. teringin nak makan aiskrim oreo kat mcd - mcfluffy.. eh! eh!

    BalasPadam
  10. Pisang goreng cheese oreo masih belum cuba. Hihihi kalau pisang goreng cheese choc chip dah! Sedap!

    BalasPadam
  11. kalu sy buat ni rs nyer kena jogging non stop pastu hahahaa

    BalasPadam
  12. lain dari yang lain nih.. mesti sedap nih..

    BalasPadam
  13. Kalau sis JM yg mkn makin berlemak lah skrg ni pun berat makin naik

    BalasPadam
  14. blm penah try lg ni... ehhehehe mesti rasa crunchy2 gituewww

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.