728 x 90

Rabu, 23 November 2016

Resit Jadi Points dengan MANIS | Gajah Borneo


Pernah dengar aplikasi MANIS tak? Manis ni sebenarnya satu program yang boleh tukar perbelanjaan kita kepada points. It's a kind of loyalty program lah. Cukup points, kita boleh tebus dengan mana-mana item yang berkenan di hati.

Saya tahu mengenai Manis daripada seorang teman bulan lalu. Found it interesting tapi tak sempat nak buat apa-apa. Busylah kononnya, so malas nak explore. Awal bulan ni baru tergerak hati  installed aplikasi Manis  dalam phone.



Apa yang menarik tentang Manis? Simply kumpul resit perbelanjaan harian kalian,..resit beli makan, beli baju, beli beauty care products,...then upload resit melalui aplikasi Manis (dalam masa 24 jam). Setiap ringgit yang dibelanjakan diberi 1 point. Tetapi, ada sesetengah resit yang tak boleh diterima ye. (yang itu kalian baca sendirilah the do's and don'ts)


Aplikasinya sangat mudah untuk digunakan. Mula-mula kita search kedai. Contohnya, di bawah ni saya nak cari The Chicken Rice Shop cawangan The Gardens. Masukkan je nama kedai dan tekan 'Search'.


Dah jumpa kedai dengan cawangan/address yang betul, kliklah kedai tu. Jika tak jumpa, jangan panik. Tekan butang merah di bahagian bawah dan masukkanlah nama dan alamat kedai secara manual. Seterusnya, kita akan dikehendaki untuk key-in tarikh, nombor resit dan jumlah perbelanjaan sebelum diminta snap gambar resit. Dah selesai snap resit pembelian yang berkaitan, kita tunggu sahajalah. Once resit kita diterima, kita akan peroleh Manis points. Cuba tengok gambar di bawah ni.

Haaa, ni semua resit-resit perbelanjaan saya yang approved. Dah ditukar kepada points :)

Selain itu, melalu aplikasi Manis ni, kita dapat tengok secara kasar allocation perbelanjaan kita.

Kih kih kih. Nampak tak siapa yang kuat makan? Setakat hari ini, perbelanjaan saya untuk November - 53% on Food and Beverages ;) Adoyai,..macammana nak kurus nih?! Oh, kalau bertanda tick warna hijau, maknanya resit dah approved manakala yang kuning dot dot dot tu pula, statusnya pending.

Bantu Lindungi Gajah Borneo

Bila points dah banyak, bolehlah tebus apa yang kita nak di bahagian Rewards. Dalam senarai pilihan di Rewards, saya tertarik dengan collaboration Manis dengan WWF ni. Kita boleh tukar Manis points kita untuk donate pada WWF, bantu usaha mereka lindungi gajah Borneo yang sekarang ini diancam kepupusan. How cool is that?!


So, penebusan kali pertama saya adalah untuk gajah-gajah di Borneo!


Tunggu apa lagi? Jom sama-sama kumpul Manis points. Muat turun aplikasinya di sini. Daftar je dah dapat 500 points.




32 ulasan:

  1. wah siap boleh buat penebusan ya. menariklah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik. Leh buat sambil2 buat isi masa :)

      Padam
  2. Menarik ni. Baru tau. Thanks for sharing dear.

    BalasPadam
  3. bagus juga dengna adanya aplikasi macam ni

    kena jadi pengguna bijak...berbelanja dan dapat benefit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss. Ada juga manfaat yang kita dapat daripada resit2 :)

      Padam
  4. seronoklah macam ni.. lepas ni nak kumpul resit lah pulak...

    BalasPadam
  5. Tapi kadang simpan resit sampai jadi kertas putih ja.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haahaha yang tu tak dapat tolong lah ;)

      Padam
  6. Balasan
    1. Apps jari manis belum launch lagi ;)

      Padam
  7. Apps MANIS? jari manis tahu lahhh heheeh

    BalasPadam
  8. wahh...byk nyeeee shopping..byk point dpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Once in a blue moon. Kebetulan bulan tu memang banyak beli barang ;)

      Padam
  9. untunglahh...resit belian boleh redeem point

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggal kena rajin snap gambar resit je :)

      Padam
  10. pernah dgr apps ni tp x penah cuba lg

    BalasPadam
  11. slalu resit2 saya simpn... dh penuh dlm purse tu buang ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni snap dulu gambar resit sebelum buang :)

      Padam
  12. salam nak tanya lah bila redeem voucher kfc tu, voucher tu di pos ke atau mcm mana ye..saya dah redeem 1st time, lepas tu tak tau dah. cuma ada dalam history voucher yg dah ditebus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Kalau physical voucher macam KFC tu rasanya lepas redeem kita kena email details surat menyurat pada Manis. Cuba baca FAQ/tanya pada staff manis :)

      Padam
  13. ekin duk tengah kumpul.. aritu p KFC ada orang buang resit ekin ambik hahahhaha.. lawak la pulak nak kumpul point jer pun.. tapi ramai org tak taw pasal ni

    BalasPadam
  14. ayu da install... pasni boleh la usha2

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...