728 x 90

Selasa, 13 Disember 2016

Buku Sticker Bertema | Aktiviti untuk Anak-anak

Assalamu'alaikum, 
Sebelum ini saya ada tulis mengenai buku pelekat yang saya beli di Mr. DIY untuk projek kraf dan bahan aktiviti si cilik. Baca mengenainya di sini.


Buku sticker yang diborong ;)

Dua daripadanya yang bertemakan haiwan liar dan haiwan laut akan saya gunakan sebagai material pembelajaran Bahasa Inggeris anak didik saya. Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak prasekolah, Tahun 2 dan Tahun 3.


Pelekatnya comel-comel, kan?!


Satu lembaran pelekat boleh kongsi dua tiga orang murid :)



Aktiviti Mengasah Skil Imaginasi Si Cilik

Sebelum ini, saya menggunakan pre-cut foams. Saya cetak gambar dasar laut dan kemudian minta si kecil untuk tampal haiwan-haiwan dasar laut mengikut imaginasi mereka.

Muat turun gambarnya di sini.

This time around, konsepnya masih sama. Cuma guna gambar lain untuk aktiviti tampal-tampal lekat-lekat ni :)

Colouring Page for Under The Sea

Minta si anak warnakan gambar ini. Setelah siap diwarna, barulah minta mereka tampal pelekat-pelakat haiwan laut. Setelah itu, lakukan aktiviti interaktif dengan mereka. Tanyakan nama haiwan (dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu), cara haiwan ini bergerak dan bunyinya (jika ada). Ajarkan juga ejaan yang betul.
Credit

Jungle Background for Wild Animals

Untuk yang ini pula, berikan pelekat haiwan liar. Ajak mereka tampal pelekat haiwan di lokasi yang sesuai. Contohnya, monyet dan burung di atas pokok, singa di bawah pokok,..dan ada haiwan yang boleh diletakkan di atas tunggul tu :)


Mudah je kan? Dengan buku pelekat ni, macam-macam aktiviti yang dapat dibuat. Pembelajaran berlangsung secara tidak formal, sambil-sambil kita luangkan masa berkualiti dengan mereka. Suasananya lebih santai. Percayalah, aktiviti-aktiviti yang menarik minat si kecil sebegini, lebih mudah lekat di kepala. Plus,  they'll surely love doing this.



20 ulasan:

  1. bgs ada buku beraktiviti mcm ni...x laa anak2 24jam mengadap tab je... lemas sy tgk... mcm x berkembang minda bdk2 kalu tiap2 hari mcm tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss,...personally, saya pun lemas tengok. Kecik2 dah pandai menghadap gadgets 😊

      Padam
  2. hehehe.. kreatifnya Kak Farrah.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tarik minat si cilik. Kalau tak diorang zzZzZzzz dalam kelas! 😆

      Padam
  3. Assalamualaikum Kak Farrah.. good morning !

    BalasPadam
  4. wah! tempting nye tengok. ni bukan kanak-kanak yang main ni, mak budak yang terlebih ekcited nak guna sticker2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih seronok tau Intan, main lekat2 tampal2 ni. 😊

      Padam
  5. seronoknya duk kelas teacher farah.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time seronok,..time akak menyinga mesti rasa menyesal idup ;)

      Padam
  6. Tetiba saya pun rasa nak main tampal tampal haha

    BalasPadam
  7. Masa SS kecik kecik... pelekat camni penuh kat basikal...

    BalasPadam
  8. menarik.. sayang pulak nak guna kan huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sayang, beli dua buku. Satu guna, satu lagi simpan! :)

      Padam
  9. byk btl idea nak bt tok ransang pikiran anak2..
    lps ni boleh cuba lak

    BalasPadam
  10. Wahhhhh, lagi aktiviti yg mrs pip akan cuba utk anak2...
    Lepas ni, mau pigi cari sticker,
    Then play with my kids...
    Pasti seronok..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...