728 x 90

Sabtu, 3 Disember 2016

Nescafe Kopi Pandan | Logitech x100 | Sandisk Ultra Dual Drive

Ada apa dengan tiga item di atas? Haaa,..sebelum ini, saya ada tulis mengenai Box of Joy yang diterima daripada LAZADA. (Boleh baca mengenainya di sini.). Macam-macam yang saya dapat! Dalam banyak-banyak barang awesome yang diterima, saya paling suka, diulangi,...PALINGGGG SUKA tiga produk ini 😃



I am  a coffee lover. Jadi, bila terima kopi pandan ni, senyum sampai ke telinga! Penggemar kopi seperti saya memang harus cuba rasa Nescafe White Coffee Pandan. Sebelum ini, saya quite sceptical. Best ke? Saya suka rasa dan aroma daun pandan dalam makanan but I don't want to have that strong essence in my coffee. Saya silap. Kopi + Pandan = SEDAPPPPPPPP!

Minum petang dengan Nescafe White Coffee Pandan
Bau kopinya wangiiiiii! Bancuh-bancuh, terus jatuh cinta dengan aromanya. One thing for sure, rasa pandannya just nice. Tidak terlalu light hingga kita tercari-cari mana rasa pandan dan tidak terlalu kuat sampai overpower rasa kopi tu. Sesuai sangat untuk mulakan hari atau dijadikan minuman pilihan semasa fika.

 

Teruja Kembali Ke Sekolah

Disember ini, kelas cuti sekolah saya bermula. Sebenarnya saya memang terlebih excited nak mengajar balik di kelas tuisyen saya. Dah hampir dua bulan saya bercuti dek kerana terlibat dengan komitmen lain. Semangat kembali ke sekolah saya semakin berapi-api dengan adanya Logitech Wireless Speaker X100 dan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, kedua-duanya memang saya perlukan dan berada at the top of my To Buy List.



Persediaan untuk Aktiviti Gaya Bahasa KOMSAS
Dalam kelas, kadang-kadang saya perlu gunakan speaker. Mudah nak buat aktiviti bersama students - sing-a-long, tengok video, dengar lagu, buat kuiz dan lisan (bahagian mendengar). Kali terakhir saya buat slot gaya bahasa (Bahasa Malaysia, KOMSAS) dengan mereka, terpaksa letak phone dalam mug untuk kuatkan bunyi sebab speaker lama milik saya dah rosak.

Adanya Logitech Wireless Speaker X100 yang comel dan stylo ni, semakin mudahlah kerja saya. Budak-budak tu dapat dengar dengan lebih jelas sebab speaker ni volumenya kuat! Boleh laras volume pada speaker dan pada gadget kita sekali. So, kekuatan berganda! Hehehe. Sesuailah untuk kegunaan saya di dalam kelas. Plus, it's wireless. I can simply play and switch songs from my place and the kids beri perhatian dengan selesa dari tempat duduk mereka. Tak perlu nak berkerumun berkemut-kemut bagai! ;)



Saya memang pengguna tegar SanDisk. 😀 Untuk bahan-bahan mengajar saya, saya lebih gemar simpan mengikut kategori dalam flash drive yang berbeza. Satu untuk UPSR, satu untuk PT3 dan satu lagi untuk SPM. Tak serabut dan sekiranya saya hilang satu flash drive, saya tak akan kehilangan kesemua bahan saya sekaligus 😅

SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 64GB ini tiba ke tangan saya tepat pada waktunya. Flash drive ini akan diperuntukkan untuk material kelas bacaan dan prasekolah. 64GB. Spacious enough to store all the relevant materials and videos. Apa yang menarik, flash drive ni dual drive. Boleh plug in pada mana-mana Android Smartphones. Mudah nak import files dari smartphone. Nak tonton video atau movie di smartphone pun tak jadi hal.

Thanks so much, LAZADA. Terima kasih tak terhingga juga buat Nescafe, Logitech dan SanDisk. I really treasure my Box of Joy!

Berminat dengan barang-barang di atas? Jangan risau. JUALAN ONLINE REVOLUTION di LAZADA masih berlangsung! ..and the best part is,..minggu ni minggu Techies! Pencinta-pencinta gadgets,..tunggu apa lagi? Jom shopping di LAZADA sekarang! Banyak great deals yang menanti!

Lazada Malaysia



25 ulasan:

  1. sy tgk iklan je rs lom lg... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kesempatan, cuba tau! 😊

      Padam
    2. kalu org tu tlg buat kan... laju je sy nk rasa hahaahahahah

      Padam
    3. Hikhik kat rumah ni ada tinggal 2 sachet lagi, meh saya belanja minum!

      Padam
  2. nescafe pandan..sedap ni..

    BalasPadam
  3. Macam sedap je tu. Nani tak rasa lagi. Heheh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oklah, Nani. Sedap gak. Nanti rasa ye,..

      Padam
  4. Thank you for sharing your most favourite items. I suka 3-3 product ni, dual drive tu very new to me! Klo bleh transfer terus dari iPhone memang best sgt! Especially bila tengah travel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,..sayangkan tak ada untuk iPhone

      Padam
  5. kak farrah...kopi pandan memang best....

    dua barang lain tu....lagi best...mana taknya lagi untuk trasfer file semudah abc satu lagi boleh buka lagu layannnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi2 dapat free, Arz....best berganda-ganda hihihi

      Padam
  6. Balasan
    1. Alhamdulillah, sekarang dah dapat rentak dah :)

      Padam
  7. nescafe tu sedap. dah rasa dah. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan,...oklah for a change :)

      Padam
  8. kan kan kan.. Nescafe pandan tu memang best.. tak overtake gittew ~

    BalasPadam
  9. Part Sandisk tu yang sadis ! ingat boleh guna untuk IOS, tengok2 android je... nak sangat untuk IOS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alangkah indahnya hidup kita kalau boleh guna utk IOS gak :)

      Padam
  10. Balasan
    1. Yes,...sedap beraroma rasa pandannya, Aida :)

      Padam
  11. xtau pon ade kopi pandan ni.. npk yang coconut mocha dgn caramel je... yang tu pon sedap.. pasni nak try pandan lak

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...