Khamis, Mac 18, 2021

Nursery Rhymes - Five Little Monkeys Jumping On The Bed

Hari ini kita nyanyi sama-sama ya! Five Little Monkeys Jumping On The Bed ini nursery ryhmes pilihan untuk aktiviti saya bersama ‘The Cenonets’ (Baca: anak-anak murid tuisyen saya šŸ˜Š) minggu ini. Kelas saya masih dijalankan sepenuhnya secara online. Sekolah pondok saya memang dah lama tidak beroperasi. Alhamdulillah, saya dan ‘The Cenonets’ sudah semakin betah dengan cara ini. Malah ada juga ‘The Cenonets’ baharu dari lokasi dan negeri lain yang sertai kelas saya. 

Minggu ini untuk pronunciation class kita akan nyanyi lagu ini. Sebenarnya ada banyak chords lagu kanak-kanak dan nursery rhymes dalam simpanan saya. Tetapi, tak sempat nak dijadikan entri. Kekakangan masa buat semuanya tergendala. Alang-alang ada kesempatan ni, saya kongsi kord gitar mudah Five Little Monkeys Jumping On The Bed

Chord G7 boleh rujuk rajah yang di bawah ini. Credit goes to Justinguitar.  


Saranan aktiviti sebutan (pronunciations) untuk lagu ini. Fokus pada sebutan:

  • five - pastikan v ada dalam bunyi. Bukan sekadar ‘fai’ 
  • little - sebutan t perlu jelas diikuti dengan bunyi l yang tebal
  • monkeys - pastikan s di hujung tu tidak ditinggalkan. Ambil peluang ini untuk jelaskan pada si cilik perbezaan antara monkey dengan monkeys šŸ˜Š
  • bed - disebut dengan d yang jelas, bukan t. Betulkan andai ada yang pronounce bad atau bait.



Tonton video lagunya di sini.


Chords Five Little Monkeys Jumping On The Bed

C G7
Five little monkeys jumping on the bed
                      
C
one fell off and bumped his head.
                                                
G7
Mama called the doctor and the doctor said,
                           
C G7 C
"No more monkeys jumping on the bed!"


šŸµšŸµšŸµšŸµ
Continue with 'Four little monkeys…'

šŸµšŸµšŸµ
Continue with 'Three little monkeys…'

šŸµšŸµ
Continue with 'Two little monkeys…'

šŸµ
Continue with 'One little monkey…'



3 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.